Wednesday, January 4, 2012

~self-reflection!~

Assalamualaikum..
Sudah menjengah akan 2012 rupanya..Selamat Tahun Baru untuk semua!

Pergi mati dengan sambutan ambang tahun baru sebab aku memang tak pernah dan tak berminat akan sambutan ambang tahun baru..Lantaklah orang nak celebrate kat KLCC ke..Dataran Merdeka ke..dan yang latest kat ICT ke..ada aku kesah?..Bagi aku mat rempit..budak underage..dan budak kampung je yang melepak kat tempat-tempat berkenaan sambut malam tahun baru!

Dulu aku pernah menulis dengan mengkritik sikit tentang sikap 'kampung' akan orang kampung..tapi atas nasihat sahabat aku yang tak mahu aku kelihatan prejudis terhadap orang kampung..aku delete la..

Tapi aku kerap jugalah memerhati sikap akan golongan-golongan 'kampung' ini..maaf ya bukan bermaksud orang asal dari kampung tapi orang berfikiran 'kampung'..jangan salah tafsir statement aku di sini..

Aku lihat kelompok 'kampung' ni bajet Islamik sangat..dengan adanya internet dan facebook lagi senang la dorang ni semua maki hamun..herdik dan hina orang tanpa mengira akan sensitiviti dan perasaan orang..aku bukan sekular..aku hanya berpendirian berdasarkan apa yang aku lihat dan percaya...aku percaya kepada naluri hati sendiri..

Contoh: Kes terbaru si Amalina kejadah apa ntah budak cerdik pandai yang dikatakan membuka tudung dan berpakaian seksi di UK..bertujai maki hamun malah beliau digelar serupa 'tak payah jadi Islam' oleh puak puak 'kampung' ni..

Aku bukan nak backup si Amalina ni..aku dah tengok gambar dia..dan pendapat aku simple je..DIA DAH DEWASA..BIARLAH DIA PILIH..DIA TAHU BAIK DAN BURUK..DOSA DAN PAHALA..SO BIAR DIA DECIDE!!..
Bukan apa kalau nak berbicara soal tudung dan aurat lepas tu pasal seksi nampak lurah tetek semua dah muak..
Sebenarnya yang maki hamun tu pun bukannya Islamik sangat pun..dorang lagi teruk lagi ada..cakap je macam alim..borak memang kalah Nik Aziz..tapi takdela Islamik sangat pun..dok sebuk cakap orang ahli neraka sebab bukak tudung..cakap orang macam pelacur sebab pakai seksi..korang tu sembahyang penuh?..korang tu berlitup ke tutup auratnya?
Ada sorang kenalan aku ni..pakai jubah time raya kalah Yaseer Arafat..cerita pompang pompang bab hudud..bab Islam..hari-hari dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus..gantung bendera bulan dalam bilik..poster Nik Aziz besar besar kat dalam bilik tapi malam bawak jugak awek masuk bilik..kongkek tetap kongkek..siap poster Nik Aziz besar besar lagi dalam bilik time kongkek..
takde pun sembahyang penuh..tunggang langgang jugak..haih!
Tapi bab maki orang kalau buat silap memang terer..tapi ayat awek kat chatting pun power!PUIHHHH!Lu orang pun sama lah macam setan!

Sorry aku bukan emosi tapi geram sikit..
Bagi aku kita boleh nasihat sesama sendiri..masing-masing ada salah dan dosa..kita bukan nabi atau rasul..kita bukan malaikat..kita manusia yakni hamba Allah yang penuh dengan khilaf..jadi ada masa kita tergelincir dan tersentak..ketika itulah kita berpesan agar kembali ingat kepada Allah..Bukan maki hamun..komen bangsat kat facebook..cakap orang sundal..cakap orang pelacur..kafirkan orang..tu bukan caranya..

Baik PAS..PKR atau UMNO..kita sesama Islam..politik itu pendirian dan pilihan masing-masing..respect each other!Tak usah nak sibuk sangat nak cari salah orang sampai kita terlupa kita juga berlaku dosa juga kadangkala..

Kepada sesapa nak terasa..lantak korang la..korang memang kampung pun!
Bak kata Dato panglima gelang patah AC Mizal..*Shah Alam peace yo!*

No comments:

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com