Friday, September 23, 2011

~Teater Juta Juta = Idea anak muda yang juta juta~


Al kisahnya malam tadi buat pertama kalinya dalam hidup aku pergi untuk menonton teater.Biarpun pada awalnya kerana salah seorang pelakon di dalam permentasan teater itu adalah kakak aku dan juga pujukan oleh buah hati aku.Namun dengan hati yang rela dan pasrah aku gagahkan juga hati dan langkah untuk pergi menonton permentasan teater ini.Tajuk permentasan teater ini adalah TEATER JUTA JUTA.Aku sendiri pun tak tahu apa dia dan kenapa dia juta juta?Jadi aku redah juga lah untuk tahu mengapa ia menjadi juta juta sebagai judul permentasan?
Dengan dress skinheads berserta boot Dr Martens aku ke Dewan Bahasa dan Pustaka bersama buah hati Saudari Sazzy Salleh yang beria bersemangat untuk menonton permentasan teater ini.Aku masih lagi blur dengan hati pasrah dan rela..hahahahaha..Dalam hati aku terdetik 'kalau pergi layan gig takpela jugak'..hahahahaha..
Sampai saja di DBP terus berjumpa dengan Saudari Fariza Hishamuddin untuk claim tiket.Dia senyum dan mungkin bangga atau mungkin juga tak percaya melihat aku datang untuk menonton teater..Dan aku dengan saudari buah hati hanya mundar mandir kemudian ke tandas kemudian duduk di kerusi panjang kemudian hisap rokok sambil menunggu bermulanya permentasan teater ini.
Crowds yang hadir agak ramai juga..(walaupun tidaklah seramai beribu orang seperti Muzikal Teater Puteri Gunung Ledang)..dan aku dapat melihat jenis crowds yang hadir adalah pelajar-pelajar atau bekas pelajar jurusan teater juga..dan mungkin juga yang hadir adalah kawan kepada kawan dan kawan..Jadi aku masih menganggap diri aku yang hadir sebagai orang luar yang secara total buta akan seni teater ni.
Permentasan bermula.Aku bersama saudari buah hati duduk di sisi sudut ngam ngam bawah lampu suluh tepat kat muka..hahahahaha..so taklah dituduh berdua-duaan di dalam gelap..hahahaha..dengan dahi berkerut pada mulanya aku cuba untuk tangkap dan faham akan jalan cerita dan apa yang cuba disampaikan oleh pelakon-pelakon(3 orang je pelakon)..Lontaran suara orang teater ni agak lantang juga kan..berbingit juga telinga..Ingat lagu oi je yang bingit..hahahaha..
Nak dipendekkan cerita permentasan teater juta juta ini adalah teater pelbagai scene.Dari depan ke belakang kemudian ke tengah kemudian ke atas kemudian ke belakang..Agak biol juga kepala aku nak tangkap.Namun disebabkan aku ni jenis brilliant dan genius aku dapat juga faham..hahahaha..Apa yang aku lihat banyak juga kritikan-kritikan pedas secara indirect yang dilontarkan oleh 3 pelakon ketika permentasan.Target mereka adalah pelbagai jenis manusia di dalam industri teater itu sendiri termasuk diri mereka sebenarnya.
Ada juga gelak tawa..memek muka yang kelakar..muzik dan nyanyian sikit-sikit..prob yang disusun sendiri..lighting yang simple..dan apa yang pasti aku lihat semua crowds macam enjoy akan permentasan ini.
Ia teater anak muda.Ia teater kritik sosial.Ia teater bantai dan hantam.Ia teater cambahan idea rebel anak muda.Ia teater gelak tawa.Ia teater kesungguhan anak muda.Dan ia bukan teater yang tipikal.
Jadi syabas buat seluruh pasukan produksi Teater Juta Juta.Anda mungkin takkan kaya dengan memperolehi kutipan duit tiket juta juta dengan permentasan ini tapi anda tetap berjaya dengan idea yang juta juta.Well done!Thumbs Up!
Credit untuk saudari buah hati Sazzy Saleh yang beria pujuk saya untuk menonton teater..saudari Fariza Hishamuddin yang promote dan jual tiket kepada saya dan saudari Fazleena Hishamuddin yang terkinja-kinja di pentas sana untuk kepuasan semua crowds.Cheers!

PS:Gambar kat bawah ni pun aku rembat dalam facebook teater juta juta..hahahahaha..promote sikit boh!


1 comment:

SM said...

serious shit, berapa bintang kau nak bagi?

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com