Friday, September 9, 2011

~i will live and die for Selangor-Mokhtar Dahari~

Edisi Piala Malaysia 2011 telah pun membuka tirai dan kesemua pasukan yang layak bertanding musim ini telah mengharungi perlawanan yang pertama pada hari selasa yang lalu..Sokongan aku semestinya kepada pasukan negeri kesayanganku Selangor Red Giants..Namun pada perlawanan yang pertama lalu Selangor tewas 0-1 kepada T-Team di Kuala Terengganu..Masih ada lagi 5 perlawanan berbaki di peringkat kumpulan dan perjuangan untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia yang ke-33 masih belum tamat..Come On You Selangor!!!
Menjelang pertemuan yang kedua esok hari menentang pasukan PDRM aku tiba tiba teringat akan kenangan masa kecil dulu mengenai Piala Malaysia khususnya yang melibatkan pasukan Selangor..
Piala Malaysia banyak sejarahnya..terlalu banyak keistimewaanya dan kesemua pasukan terlalu ingin untuk bergelar juara Piala Malaysia ini..dan yang pastinya Selangor telah mempunyai 32 kejuaraan secara total sejak Piala Malaysia dipertandingkan pada 1921..Tiada lagi pasukan lain yang mampu menandingi rekod kejuaraan yang dicipta oleh pasukan merah kuning ini..Bukan mahu mendabik dada namun aku berbangga dengan nama Selangor bila bercerita tentang sejarah Piala Malaysia..
Final Piala Malaysia pertama aku adalah ketika Selangor menentang Johor pada 1991 di Stadium Merdeka..ketika itu baru berusia 9 tahun..dengan hujan lebat basah kuyup aku ke Stadium Merdeka bersama ayah..Ayah memang merupakan fans Selangor yang kental..dan ayah lah yang mengajar aku tentang bolasepak dan Selangor..Kami ke Stadium Merdeka menaiki motosikal Yamaha 80 dengan basah kuyup..Suasana di Stadium Merdeka sangatlah meriah padat dengan kehadiran kedua-dua penyokong baik merah kuning untuk Selangor dan merah biru untuk Johor..Namun Selangor tewas 1-3 malam itu dengan kehebatan Ervin Boban dan rakan-rakannya buat aku kecewa yang teramat..Tapi tidak salah aku itulah perlawanan terakhir yang menampakkan kehebatan pasukan Johor dan tidak lagi lahir ketika ini..
Kemudian perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 1992 Selangor menentang Pahang di Stadium Merdeka juga menarik..Menang 4-1 dan suasana riuh dengan sorakan serta warna warni merah dan kuning..dan aku mula memahami cara menyokong ketika itu..
Setelah meningkat remaja final Piala Malaysia seterusnya adalah pada 1995,1996,1997..Treble yang berjaya dilakarkan oleh Selangor untuk 3 tahun berturut-turut..Ia memori indah ketika Stadium Shah Alam mula menjadi venue rasmi untuk pasukan Selangor..Aku masih ingat lagi jaringan kemenangan yang dijaringkan oleh David Mitchell pada tahun 1995 menentang Pahang..Kemudian debaran sepakan penalti menentang Sabah yang diakhiri kemenangan hasil jaringan Talib Sulaiman pada tahun 1996..tahun berikutnya 1997 Selangor sekali lagi menewaskan Pahang hasil jaringan kemenangan Christoper Kiwomya kalau tak silap aku..Ya Tuhan gembiranya rasa untuk ketiga-tiga edisi final ini..Final terbaik yang pernah aku lalui ketika zaman remaja dulu..(pergi ke stadium menaiki bas KL-KLANG NO 51)..
Zaman kecermelangan berikutnya hadir ketika skuad yang juga membariskan Bambang Pamungkas dan Ellie Aboi selaku pemain import..tidak lupa Brian Fuentes yang juga menyumbang kepada kejuaraan Piala Malaysia terakhir Selangor pada tahun 2005..
Kini Piala Malaysia kembali lagi..dan Selangor memburu misi ke 33 untuk membawa kembali Piala Malaysia ke bumi Darul Ehsan..Harap berjayalah untuk skuad kali ini..Aku dan rakan-rakan yang semakin meningkat umur masih lagi setia ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan kesayangan kami..Gate 11 menjadi saksi menang dan kalah kami tetap hadir..Cuma sayangnya aku masih kecil untuk menyaksikan akan kehebatan Arwah Mokhtar Dahari ketika zaman kecemerlangan beliau dalam edisi Piala Malaysia..
Best of luck Red Giants!Kembalikanlah sejarah hebat Merah Kuning untuk misi ke-33 ini..
-ANTIFA GATE11-

THESE ARE MEMORIES OF THE GREAT RED GIANTS!!

Karel Stromsik with Zoran Nikolic with Selangor-1989-1990-


Ervin Boban hurt me during final Malaysian Cup 1991


Selangor team during final Malaysian Cup 1972


Arwah Mokhtar and mates..Champion Malaysian Cup 1978


The last Malaysian Cup for Arwah Mokhtar Dahari 1986


vs Pahang Semi final Malaysian Cup


Karel Stromsik and Ismail Ibrahim vs Pahang

No comments:

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com