Friday, September 23, 2011

~Teater Juta Juta = Idea anak muda yang juta juta~


Al kisahnya malam tadi buat pertama kalinya dalam hidup aku pergi untuk menonton teater.Biarpun pada awalnya kerana salah seorang pelakon di dalam permentasan teater itu adalah kakak aku dan juga pujukan oleh buah hati aku.Namun dengan hati yang rela dan pasrah aku gagahkan juga hati dan langkah untuk pergi menonton permentasan teater ini.Tajuk permentasan teater ini adalah TEATER JUTA JUTA.Aku sendiri pun tak tahu apa dia dan kenapa dia juta juta?Jadi aku redah juga lah untuk tahu mengapa ia menjadi juta juta sebagai judul permentasan?
Dengan dress skinheads berserta boot Dr Martens aku ke Dewan Bahasa dan Pustaka bersama buah hati Saudari Sazzy Salleh yang beria bersemangat untuk menonton permentasan teater ini.Aku masih lagi blur dengan hati pasrah dan rela..hahahahaha..Dalam hati aku terdetik 'kalau pergi layan gig takpela jugak'..hahahahaha..
Sampai saja di DBP terus berjumpa dengan Saudari Fariza Hishamuddin untuk claim tiket.Dia senyum dan mungkin bangga atau mungkin juga tak percaya melihat aku datang untuk menonton teater..Dan aku dengan saudari buah hati hanya mundar mandir kemudian ke tandas kemudian duduk di kerusi panjang kemudian hisap rokok sambil menunggu bermulanya permentasan teater ini.
Crowds yang hadir agak ramai juga..(walaupun tidaklah seramai beribu orang seperti Muzikal Teater Puteri Gunung Ledang)..dan aku dapat melihat jenis crowds yang hadir adalah pelajar-pelajar atau bekas pelajar jurusan teater juga..dan mungkin juga yang hadir adalah kawan kepada kawan dan kawan..Jadi aku masih menganggap diri aku yang hadir sebagai orang luar yang secara total buta akan seni teater ni.
Permentasan bermula.Aku bersama saudari buah hati duduk di sisi sudut ngam ngam bawah lampu suluh tepat kat muka..hahahahaha..so taklah dituduh berdua-duaan di dalam gelap..hahahaha..dengan dahi berkerut pada mulanya aku cuba untuk tangkap dan faham akan jalan cerita dan apa yang cuba disampaikan oleh pelakon-pelakon(3 orang je pelakon)..Lontaran suara orang teater ni agak lantang juga kan..berbingit juga telinga..Ingat lagu oi je yang bingit..hahahaha..
Nak dipendekkan cerita permentasan teater juta juta ini adalah teater pelbagai scene.Dari depan ke belakang kemudian ke tengah kemudian ke atas kemudian ke belakang..Agak biol juga kepala aku nak tangkap.Namun disebabkan aku ni jenis brilliant dan genius aku dapat juga faham..hahahaha..Apa yang aku lihat banyak juga kritikan-kritikan pedas secara indirect yang dilontarkan oleh 3 pelakon ketika permentasan.Target mereka adalah pelbagai jenis manusia di dalam industri teater itu sendiri termasuk diri mereka sebenarnya.
Ada juga gelak tawa..memek muka yang kelakar..muzik dan nyanyian sikit-sikit..prob yang disusun sendiri..lighting yang simple..dan apa yang pasti aku lihat semua crowds macam enjoy akan permentasan ini.
Ia teater anak muda.Ia teater kritik sosial.Ia teater bantai dan hantam.Ia teater cambahan idea rebel anak muda.Ia teater gelak tawa.Ia teater kesungguhan anak muda.Dan ia bukan teater yang tipikal.
Jadi syabas buat seluruh pasukan produksi Teater Juta Juta.Anda mungkin takkan kaya dengan memperolehi kutipan duit tiket juta juta dengan permentasan ini tapi anda tetap berjaya dengan idea yang juta juta.Well done!Thumbs Up!
Credit untuk saudari buah hati Sazzy Saleh yang beria pujuk saya untuk menonton teater..saudari Fariza Hishamuddin yang promote dan jual tiket kepada saya dan saudari Fazleena Hishamuddin yang terkinja-kinja di pentas sana untuk kepuasan semua crowds.Cheers!

PS:Gambar kat bawah ni pun aku rembat dalam facebook teater juta juta..hahahahaha..promote sikit boh!


Friday, September 9, 2011

~i will live and die for Selangor-Mokhtar Dahari~

Edisi Piala Malaysia 2011 telah pun membuka tirai dan kesemua pasukan yang layak bertanding musim ini telah mengharungi perlawanan yang pertama pada hari selasa yang lalu..Sokongan aku semestinya kepada pasukan negeri kesayanganku Selangor Red Giants..Namun pada perlawanan yang pertama lalu Selangor tewas 0-1 kepada T-Team di Kuala Terengganu..Masih ada lagi 5 perlawanan berbaki di peringkat kumpulan dan perjuangan untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia yang ke-33 masih belum tamat..Come On You Selangor!!!
Menjelang pertemuan yang kedua esok hari menentang pasukan PDRM aku tiba tiba teringat akan kenangan masa kecil dulu mengenai Piala Malaysia khususnya yang melibatkan pasukan Selangor..
Piala Malaysia banyak sejarahnya..terlalu banyak keistimewaanya dan kesemua pasukan terlalu ingin untuk bergelar juara Piala Malaysia ini..dan yang pastinya Selangor telah mempunyai 32 kejuaraan secara total sejak Piala Malaysia dipertandingkan pada 1921..Tiada lagi pasukan lain yang mampu menandingi rekod kejuaraan yang dicipta oleh pasukan merah kuning ini..Bukan mahu mendabik dada namun aku berbangga dengan nama Selangor bila bercerita tentang sejarah Piala Malaysia..
Final Piala Malaysia pertama aku adalah ketika Selangor menentang Johor pada 1991 di Stadium Merdeka..ketika itu baru berusia 9 tahun..dengan hujan lebat basah kuyup aku ke Stadium Merdeka bersama ayah..Ayah memang merupakan fans Selangor yang kental..dan ayah lah yang mengajar aku tentang bolasepak dan Selangor..Kami ke Stadium Merdeka menaiki motosikal Yamaha 80 dengan basah kuyup..Suasana di Stadium Merdeka sangatlah meriah padat dengan kehadiran kedua-dua penyokong baik merah kuning untuk Selangor dan merah biru untuk Johor..Namun Selangor tewas 1-3 malam itu dengan kehebatan Ervin Boban dan rakan-rakannya buat aku kecewa yang teramat..Tapi tidak salah aku itulah perlawanan terakhir yang menampakkan kehebatan pasukan Johor dan tidak lagi lahir ketika ini..
Kemudian perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 1992 Selangor menentang Pahang di Stadium Merdeka juga menarik..Menang 4-1 dan suasana riuh dengan sorakan serta warna warni merah dan kuning..dan aku mula memahami cara menyokong ketika itu..
Setelah meningkat remaja final Piala Malaysia seterusnya adalah pada 1995,1996,1997..Treble yang berjaya dilakarkan oleh Selangor untuk 3 tahun berturut-turut..Ia memori indah ketika Stadium Shah Alam mula menjadi venue rasmi untuk pasukan Selangor..Aku masih ingat lagi jaringan kemenangan yang dijaringkan oleh David Mitchell pada tahun 1995 menentang Pahang..Kemudian debaran sepakan penalti menentang Sabah yang diakhiri kemenangan hasil jaringan Talib Sulaiman pada tahun 1996..tahun berikutnya 1997 Selangor sekali lagi menewaskan Pahang hasil jaringan kemenangan Christoper Kiwomya kalau tak silap aku..Ya Tuhan gembiranya rasa untuk ketiga-tiga edisi final ini..Final terbaik yang pernah aku lalui ketika zaman remaja dulu..(pergi ke stadium menaiki bas KL-KLANG NO 51)..
Zaman kecermelangan berikutnya hadir ketika skuad yang juga membariskan Bambang Pamungkas dan Ellie Aboi selaku pemain import..tidak lupa Brian Fuentes yang juga menyumbang kepada kejuaraan Piala Malaysia terakhir Selangor pada tahun 2005..
Kini Piala Malaysia kembali lagi..dan Selangor memburu misi ke 33 untuk membawa kembali Piala Malaysia ke bumi Darul Ehsan..Harap berjayalah untuk skuad kali ini..Aku dan rakan-rakan yang semakin meningkat umur masih lagi setia ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan kesayangan kami..Gate 11 menjadi saksi menang dan kalah kami tetap hadir..Cuma sayangnya aku masih kecil untuk menyaksikan akan kehebatan Arwah Mokhtar Dahari ketika zaman kecemerlangan beliau dalam edisi Piala Malaysia..
Best of luck Red Giants!Kembalikanlah sejarah hebat Merah Kuning untuk misi ke-33 ini..
-ANTIFA GATE11-

THESE ARE MEMORIES OF THE GREAT RED GIANTS!!

Karel Stromsik with Zoran Nikolic with Selangor-1989-1990-


Ervin Boban hurt me during final Malaysian Cup 1991


Selangor team during final Malaysian Cup 1972


Arwah Mokhtar and mates..Champion Malaysian Cup 1978


The last Malaysian Cup for Arwah Mokhtar Dahari 1986


vs Pahang Semi final Malaysian Cup


Karel Stromsik and Ismail Ibrahim vs Pahang

Thursday, September 1, 2011

~Coretan Aidilfitri saya(via Blackberry) ;) ~

Bila ramai orang menulis tentang kisah dan pengalaman berhari raya hati saya juga terdetik juga untuk mencoret sedikit kisah tak seberapa versi sendiri.Tapi maaf entry ini ditulis melalui handphone memandangkan office tutup kosong sebab semua orang cuti beraya.Jadi saya tak tahu hasil tulisan ni bagaimana.Tulisan kecil besar tebal nipis kira halal lah ye..hehehe. Berakhirnya Ramadhan yang agung disambut dengan kehadiran Syawal yang mulia..Hari kemenangan bagi seluruh umat Islam dan hari kesucian untuk kita semua mensucikan diri secara fitrah..Salam kemaafan dihulur dengan harapan segala khilaf dan dosa sesama insan dapat dimaafkan..Ketepikan perasaan benci,buruk sangka!kedengkian..Biar menjadi satu kelengkapan setiap amalan pada Ramadhan diterima Tuhan dan kemaafan pada Syawal disambut sesama muslim.. Ucapan Selamat Hari Raya sana sini dimana umumnya setiap orang riang bergembira meraikan Aidilfitri bersama seisi keluarga,rakan taulan dan sahabat handai..Anak-anak perantau bergerombolan memandu untuk pulang ke desa meraikan hari mulia..Lagu-lagu raya kedengaran di corong radio memeriahkan mood untuk berhari raya.. Aidilfitri disambut sederhana oleh saya..Seperti sebelumnya saya memilih untuk meraikannya bersama mak dan adik-adik..Memandangkan mak dan ayah dah lama berpisah jadi terdapat konflik dalam pemilihan untuk beraya di mana atau dengan siapa diantara mereka berdua.Pilihan lazimnya selalu berpihak kepada mak lah disebabkan mak kan ibu tunggal setelah perginya bapa tiri saya..Dan beraya dengan mak bermakna beraya di kota berbanding kalau memilih untuk beraya bersama ayah yang akan wajib di kampung halaman ibu tiriku..Bukan ada unsur sentimen atau berat sebelah tapi sejujurnya aku memang tidak berapa selesa untuk beraya di kampung.Maaf statement ini hanya statement peribadi saya tanpa ada niat untukl mengguris perasaan anak anak kampung yang lain amnya..Anda berhak gembira untuk beraya bersama famili anda di kampung dan itu keindahan bagi anda semua.Cuma tidak bagi saya kerna saya memang sejak lahir dan kecil beraya di kota.Jadi keselesaan saya lebih kepada memilih untuk meraikan hari raya di kota..(Sebenarnya saya memang tidak mahu memilih kalaupun saya ada pilihan untuk beraya di kampung)..hehehehe.. Jadi beraya di kota sambutannya sederhana saja.Meriah juga dengan gelak tawa dan hadirnya saudara mara sepupu sepapat yang serba cantik dan kacak.Famili saya memang orang bandar jadi sambutan raya di sini masih agak meriah sama kot seperti di kampung..Telatah dan usik mengusik sesama sedara mara juga buat kami gelak gembira..Alhamdulillah raya kali ini agak lebih ceria kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya..Saya hampir setiap masa tersenyum girang dan rasa bahagia dengan sambutan raya tahun ini..Tiada setitis pun airmata mengiringi Aidilfitri kali ini..Bukan tidak sedih atau touching ke apa tapi saya berasa memilih untuk jadi ceria dan gembira itu berhak untuk saya kali ni..Dan lebih bahagia apabila hadirnya kekasih hati saya yang sudi beraya bersama seisi famili.Masuk dalam famili dan melihat sendiri telatah kami..Turut serta dan sambutan raya famili saya.Oh ya saya bersyukur kerna kami dekat amat dan ia mudah untuk kami berdua berjumpa dan mengunjungi famili masing-masing..Raya di Petaling Jaya best juga apa!hehehehe..Terima kasih Norsazita Saleh dengan kehadiran kamu dalam famili saya..dan terima kasih juga untuk famili kamu yang sudi menerima kehadiran saya dengan senang hati..Alhamdulillah! Banyak juga aktiviti raya di kota ini kali ini tapi memandangkan nak taip guna handphone ni banyak betul dugaannya dengan tit tot tit tot bunyi mesej bbm dan facebook maka postponelah ke episod yang seterusnya ye!hehehehehe..Terima kasih semuanya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri anak kota dan anak perantau serta anak desa!We deserved to be happy on the great day!Love all you!And May Allah bless all of You!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com