Monday, August 22, 2011

~Ramadhan 2011.. ;)

Ketika entry ini ditulis sudah pun menjangkau 22 Ramadhan.Yakni selang beberapa hari lagi bersilih ganti dengan kehadiran Syawal..Ramadhan tahun 2011 ini agak sederhana dan biasa-biasa saja.Cuma yang berbezanya dengan hadirnya Cik girlfriend yang sudi menemani hidup aku kini.Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini..Masa yang terluang kadangkala diluangkan untuk berbuka puasa bersama si dia..Jadi secara peribadi Ramadhan kali ini agak lebih baik dari segi pembentukan emosi aku berbanding dengan tahun yang lalu..Bazaar Ramadhan Bandar Baru Ampang menjadi saksi di mana petang harinya aku dan si dia sering tapau Taufu Fa..murtabak daging..Nasi Lemak Ayam(ni favourite girlfriend aku)..dan air mata kucing..Jadi menu-menu sedemikian bagaikan rutin untuk kami berdua setiap kali membeli di Bazaar Ramadhan..

Ramadhan kali ini juga aku tak dapat lagi membantu ayah untuk meniaga Roti John di bazaar..Jadual waktu kerja yang kerap balik lewat buat aku serahkan mandat untuk bungkus roti john kepada adik aku yang lain..hehehehe..Jadi Pak Din Lam Soon dan generasi baru tetap terus berjuang untuk jualan roti john beliau..

Aktiviti malam lebih kepada kerja part time di Hilton KL..sedikit sebanyak dapat jugalah rezeki tambahan menjelang kehadiran hari raya nanti..

Hujung minggu pula lebih kepada aktiviti shopping baju dan kelengkapan raya baik bersama cik girlfriend mahupun bersama mak..Kalau dah ikut perempuan pergi shopping faham faham jela mesti sampai lebam..hahahaha..beli belum tentu pilihnya berjam jam..adoyai..

Ramadhan kali ni tiada majlis berbuka sesama rakan tidak kiralah rakan sekolah ke..rakan kolej ke..apa jenis rakan ke..memang aku takde mood nak join apa jenis majlis berbuka tahun ni...

Ringkas saja Ramadhan kali ini..Moga amalan diberkati Tuhan..Tidak banyak sedikit pun kita cuba untuk beramal di bulan yang mulia ini..Meriahnya Ramadhan dengan amalan solat tarawikh dan bacaan Quran..aneka makanan di bazaar..gelagat orang tak puasa..gelagat orang bersiap untuk berhari raya..anak kecil main bunga api dan mercun..

Cuma yang tak bestnya Ramadhan sekarang ini sudah terlalu susah nak jumpa kad raya..Kalau tahun lepas aku dapat 2 keping kad raya ramadhan kali ini aku berjaya juga dapat sekeping..tu pun daripada syarikat barangan kemas..bukan daripada rakan taulan..hahahaa..

Zaman kini kian berubah..Jadi sambutan Ramadhan sedikit sebanyak berubah juga dari segi cara dan pembawakan..Kenangan Ramadhan akan dibawa ke tahun berikutnya..Moga Tuhan panjangkan umur kita dan kurniakan kesempatan untuk kita berjumpa dengan Ramadhan lagi nanti..Ramadhan itu indah sebenarnya..Emosi dan hati kita dekat dengan Tuhan..Jahat dan nakal macam mana pun kita ramadhan buat kita rasa senang untuk mendekati tuhan..

Dengan Syawal bakal tiba..Lebaran bakal muncul pula..Ucapan kemaafan ditujukan sesama insan..sebagai kifarah segala khilaf dan dosa kita..Semoga kita semua bakal merasa gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri..kepada yang memandu untuk pulang ke kampung berhati-hati lah..pandu kereta dengan cermat dan guna kepala otak..hargai nyawa semua agar kita tidak bersedih di saat orang lain gembira dan ketawa riang...

Salam Ramadhan..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Pecah Kaca Pecah Gelas..Lantak Pi Lah Kat Gelas tu!!hahahaahahhahahahaha

Aku dan Cik Girlfriend possing ala-ala raya gitu..

Ni gambar di suatu malam ramadhan ketika
aku sedang kerja..hehehe..Lisa cun wooo!

Ni gambar raya tahun bila ntah?3 tahun lepas kot ngan Angah!

Gambar kat bawah ni pun sama..ngan Ajun.. ;p

Thursday, August 11, 2011

~Football Travel:Singapore~

Dah agak lambat nak post entry ni..since dah ada masa dan ruang aku taip juga mana yang aku ingat..Oh ya ia berkaitan dengan football travel aku bersama sahabat baik aku GG ke Singapura tempoh hari untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Singapura..
Perjalanan ke kota Singa adalah dibawah naungan Selangor Soccer Fans Club(SSFC) dimana SSFC dimandatkan untuk membawa sebilangan kecil penyokong Malaysia untuk bersama menyokong ke Stadium Jalan Besar,Singapura..
Jadi travel trip kali ni lebih bercorak rombongan Kak Kiah..tiada unsur hooligans atau firm ke apa..lebih kepada rombongan berpersatuan..aku tolak ketepi soal itu bagi aku yang pentingnya dapat aku ke Singapura untuk kali ketiga..
Jadi bergeraklah kami menuju ke kota Singa dengan hati yang riang dan duit di dalan wallet yang tak seberapa..hahahaha..ada lah dalam 150 Sin Dollar..hahahahaha..
Salah satu tujuan kami berdua ke Singapura selain daripada untuk game bola adalah untuk menziarah butik Ben Sherman dan kedai akak..(GG nak beli Harrighton)..so sesi ke Singapura adalah santai santai saja..tanpa ada unsur keganasan dan kerakusan..
Tibanya kami di bumi Singapura kami terus ke destinasi yang ingin dituju..kami berlegar legar dan menaiki MRT untuk ke Orchard Road..MRT train lebih kurang sama dengan LRT Putra kalau di KL..agak padat dengan manusia..cuma yang canggihnya MRT ia semuanya di dalam tunnel..dan keluar je kat station terus jumpa shopping complex..tak la kagum sangat cuma ia agak menarik..
Kami ke satu shopping complex..aku tak ingat nama..Paragon Mall ke apa ntah..lalu ke butik Ben Sherman..perghh!jadi batak aku jap bila tengok bermacam jenis kemeja yang lawa lawa..kaki gegel sebab excited..hahahahaha..nasib duit tak berapa nak ada..tapi for sure aku akan datang balik untuk shopping nanti...buat barang hantaran tunang woo!hehehehe..Lepas tu kami naik teksi ke Peninsular Complex kat Coleman Street apa ntah..hahahahaha..GG nak beli stuff kat kedai akak..(dah macam kat Campbell Complex kat KL je)..so banyak juga kedai yang jual Dr Martens boots..lawa lawa juga...
Menarik perhatian aku adalah cara layanan pemandu teksi di sana..Mereka bukan saja ramah malah jujur juga..majoriti yang bawa teksi di sana berbangsa Cina..jadi aku dan GG speaking Omputeh London la dengan pemandu teksi tersebut..public service yang diberikan amat bagus dan kami berdua amat selesa sekali..bukan nak membandingkan tapi kalau kat KL adakah keadaan sama sebegitu rupa kalau anda naik teksi warna merah Proton Iswara?Renungkanlah..
Sampai di Stadium Jalan Besar sekitar jam 5 petang dan kami decide untuk mandi di swimming pool kat sebelah stadium tu je..kena bayar dalam 2 Dollar..apa yang menarik pemerhatian aku kat tempat mandi tu..orang Singapore tak kira bangsa dengan tanpa segan silu selamba bogel masa dalam shower..kecik besar semua selamba radak je bogel..berbulu ke togel ke sunat ke kulop ke semua selamba..hahahahaha..so kat sini aku buat tanggapan penerimaan dan keterbukaan civic mereka agak di tahap berbeza dengan kita..well done dude!hahahaha
Malas nak cerita tentang game bola..sebab kalah..dan main pun shalala je..
Cuma nak dinyatakan misi travel kali ni adalah misi pendamaian dalam sokongan bolasepak..persahabatan tidak mengira warganegara..tidak kira warna kulit dan bangsa..asalkan perangai cantik dan tak menggelabah..so bendera ANTIFA tersergam indah di bumi Singapura tanda sokongan kami kepada gerakan Anti-Fascism dan perkauman..
Tapi apa yang jadi selepas game di luar stadium lain pula..bila dua puak dari dua negara berbeza berkonfrantasi sesama mereka..baik Harimau mahupun Sang Singa..lantaklah korang..nak berentap ke..nak bertumbuk ke..aku datang sebagai penyokong bolasepak yang ada maruah tinggi dan menghormati peraturan dan undang-undang negara lain..Tidak kiralah di pihak Lion City Firm/Skinheads atau KLC atau pun Ultras Malaya ke..lantak korang la...kami barisan ANTIFA tetap dengan pegangan setiap insan harus dihormati dengan persahabatan yang bagus...tapi jangan kerna kami pakai Dr. Martens atau botak kami di cop sebagai pro negara lain..kami juga punyai jiwa dan cinta terhadap negara sendiri cuma kami taklah nasionalisme sangat macam kalian..kami ada pertimbangan sendiri dan membuka sedikit garisan sempadan agar kita sesama manusia bisa hidup aman sentosa..So KLC..watch out!Just being ordinary dude!And people will respect you guys..for us only middle finger to you!
So travel trip ke Singapura banyak memberi kenangan dan hamparan baru dalam bentuk sokongan bolasepak terutamanya kepada pasukan kebangsaan Malaysia..Malangnya pasukan kebangsaan kita tak kemana selepas tewas juga akhirnya..Perjalanan masih jauh dan banyak aspek perlu diperbaiki...Congrats Lions!See you next time!Tunggu kehadiran kami sebagai Red Giants pula.. ;p




Tuesday, August 9, 2011

~Manusia dan pengertian Ramadhan~

Ada beberapa perkara aku lihat sepanjang bulan puasa ini..tingkahlaku manusia sekeliling..dan kemudiannya buat aku terfikir akan laluan kehidupan manusia yang lainnya..

Di negara kita makanan melimpah ruah..Walaupun di bulan puasa tetap ada bazaar Ramadhan..pusat jualan aneka juadah makanan dan minuman..namun di suatu sudut lain di muka bumi ada manusia yang kebulur tidak makan..kurus kering tanpa zat..anak anak kecil mati kerna tidak cukup khasiat..mereka tidak makan..setitis air pun susah nak jumpa..mereka kebulur dan mati..namun disebalik makanan melimpah limpah di bazaar Ramadhan..masih ada lagi manusia di kalangan kita yang memilih untuk sengaja tidak berpuasa..

Tempat kita aman damai..kita bisa buat apa saja..tiada langsung rasa tertekan atau ditekan..kita bebas beragama..amalkan budaya dan agama kita..kita bisa buka puasa ramai-ramai..kita bisa bahagia dan gembira..namun di suatu sudut di muka bumi Tuhan ini..mereka berperang..mereka berbunuhan..saban hari ada saja nyawa yang hilang akibat letupan bom dan mortar..mereka sering berselisihan..politikal berbeza..mazhab berbeza..etnik berbeza..ideologi berbeza..hurmmm..apakah perbezaan bisa menghalalkan pembunuhan?Kita harus menadah tangan kepada Tuhan kerna kita bisa aman dan bahagia di sini..

Manusia di tempat kita mati dibunuh..jatuh motor ketika diragut..disimbah asid..kemudiannya kemalangan jalanraya..main mercun atau meriam buluh mungkin..di suatu sudut di bumi lain..nyawa mereka di hujung senapang dan bom..murah sungguh nilai darah dan nyawa manusia..

Ramadhan dan amalan puasa mengajar kita akan sabar..akan kesucian jiwa..keluhuran hati..aku sekadar terfikir akan saudara Islam yang lainnya..di negara yang tetap bergolak..survival mereka untuk terus hidup apatah lagi mahu berpuasa..

Semoga Tuhan pelihara kalian..atas berkat Ramadhan..
Kita di sini jangan mati akibat terlebih makan..kerna di hujung sana saudara kita terus hidup biar tiada makanan sekalipun..




~30 hari mencari syurga~

Dalam pada kita asyik bergembira.Kekadang kita terlepas pandang akan sedikit rasa insaf dan sedar.Lalu Tuhan kirimkan Ramadan buat kita.Menjadi hamparan untuk kifarah salah dan dosa.Dan setidaknya ada juga kesempatan untuk menambah modal akhirat.Tuhan beri 30 hari untuk kita mencari syurga.menjejak berkat dan kemuliaan..

Sudah agak lama aku tidak melagukan ayat suci Al-Quran.Sudah terlalu lama juga aku tidak berjemaah dalam ibadah solat..Dunia membuatkan ku jadi sibuk.Sesekali alpa.Mencari rezeki dunia hingga menjadi lupa akan hari kemudian hari.

Ramadan menjadikan keindahan nurani.Pembentukan hati yang luhur.Menemukan manusia dengan Tuhan.Doa dan harapan malaikat di ruang langit..

Bukan sekadar menahan diri daripada nafsu makan dan minum.Ramadan sebenarnya adalah proses pemulihan hati dan penghapusan akan dosa..

Ya Tuhan terima kasih untuk hadirnya 30 hari penuh bermakna..
Memerdekakan diri dari belenggu dosa..menjadi fitrah kembali di pagi bulan seterusnya..
Dimana seluruh umat manusia menadah tangan kesyukuran akan nikmat dan rasa gembira..

Ramadan ya Ramadan!
Selamat Beribadah dan Berpuasa!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com