Friday, July 15, 2011

~Middle finger to Silver State Ultras!~


Terlalu kerap menulis tentang hidup personal kali ini tergerak hati untuk menulis sedikit tentang bola..dah lama jugak aku simpan memandangkan belum berkesempatan menggerakkan jari untuk menaip..Oh ya banyak event yang melibatkan bolasepak hadir kebelakangan ini di negara kita..jadi akau cuba memberi pandangan peribadi dalam satu satu isu berbangkit..

Pertamanya kejadian di Stadium Ipoh,Perak tempoh hari yang melibatkan perlawanan terakhir MSL antara Perak dan Selangor..Aku dan sahabat hadir ke Stadium Ipoh memandangkan ia awaydays yang terakhir untuk perlawanan liga..Kami cuma bergerak bertiga drive dari PJ..Kami sejujurnya tiada langsung sentimen ataupun kemarahan melibatkan pasukan atau fans negeri Perak..tiada langsung permusuhan antara kami..namun sedikit bara api dengan sengaja ingin dibakar oleh segelintir penyokong pasukan Perak..(aku ulang semula..SEGELINTIR..bermakna bukan semua)..awalnya tiba di Ipoh susasana biasa-biasa aja..dan kaunter tiket pun belum dibuka memandang masih awal lagi ketika itu..jadi kami bertiga pun ambil keputusan untuk makan dulu..menuju ke gerai bihun sup di sisi sudut stadium kelihatan 3-4 orang pemuda ala ultras memukul gendang dengan irama berterabur..menjerit tak tentu hala..dengan serba hitam dan scaft hitam kuning di leher..jadi kami bertiga hanya memerhati dan senyum saja kerna niat di hati ingin sental bihun sup dulu..aku terfikir juga apa yang cuba mereka buat?menarik perhatian orang ramai?menunjuk hebat?show off?atau memang dia seorang perajurit negeri Perak?Ignore sudah..bihun sup tetap menjadi tujuan asal..

Kemudiannya terlihat bas yang membawa pasukan Selangor..dan ia telah pun kena spray dengan perkataan 'IPOH'..dan cermin bahagian depan retak menanti pecah..sedikit sebanyak dah mula panas hati..apakah ini provokasi yang sengaja dilakukan atas dasar berbeza negeri?atau budak budak agas yang baru nak up terlalu proud dengan pekan sendiri?Aku masih boleh rasional dan sempat bergambar dengan abang-abang pasukan gendang Kelab Penyokong Bolasepak Perak..Tiada sikit pun sentimen!

Game seri!Agak hambar!Tamat sudah!(malas nak bercerita pasal game)..

Namun insiden selepas perlawanan di luar stadium di ruang utama stadium yang menjadi ruang untuk pemain pasukan Selangor pulang menjadi tumpuan..Segerombolan pemuda yang menggelarkan diri sebagai SILVER STATE ULTRAS(saja aku letak huruf besar)..berarak dan bersorak..chanting la lagu-lagu yang biasa kedengaran(walaupun asalnya ia chanting team Indonesia)...dan bila masuk part chanting MENGANJINGKAN Selangor aku memang tak boleh terima..aku dan sahabat ketika itu berdiri dekat saja dengan mereka semua..scaft merah kuning masih terlilit di leher masing-masing..2-3 orang daripada mereka menunjukkan jari tengah ke arah kami dan berterusan MENGANJINGKAN negeri kami...hati memang panas tapi kami cuba untuk rasional dan simpan rasa hormat akan tempat orang..senyum biarpun menggenggam penumbuk...

Cuma aku ingin bertanya?Apakah pemuda-pemuda serba hitam dan scaft hitam kuning itu sudah cukup bagus?Ultras sangatkah mereka?Sampai nak ANJINGKAN negeri orang!Ada kami timbulkan provokasi?Ada kami maki negeri anda?Ada kami pecahkan stadium anda?

TIADA!Kami datang negeri orang secara baik..tapi bas pemain negeri kami dipecahkan serta diconteng malah negeri kami DIANJINGKAN!

Jadi..anda sendiri harus ingat..diam tak bermakna lemah..diam tak bermakna tak marah..

Buat baik dibalas baik..buat jahat kena dibalas jahat!

PS:Kredit untuk SSFC yang turut hadir pada malam itu..dan abang-abang KELAB PENYOKONG BOLASEPAK PERAK yang sporting habis!

Kepada SILVER STATE ULTRAS...hormatilah negeri orang...sesekali mungkin kita akan melangkau sempadan negeri untuk hal yang lain..bukan setakat di negeri sendiri saja..




Monday, July 11, 2011

~Operasi Risik 2.0~


09.07.2011-Sabtu..

Sedikit preparation dan harapan..
Usaha dan cinta..
Operasi Risik berjalan dengan lancar..
Pertemuan dua keluarga dengan satu ikatan permulaan
Cincin menjadi simbolik..
Akan satu tujuan ikhlas..
Menuju ke arah satu kebahagiaan..
Berkat doa dan restu..
Aku bersyukur dan gembira..
Kepada Norsazita Saleh..
Tunggu cincin tunang pula..

;p



~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com