Monday, May 30, 2011

♥ Happy 3rd Monthsary ♥


Sekadar ingin merakamkan rasa syukur dan gembira
setelah meniti hari bersama selama 3 bulan.
Kalau mahu dihitung tempohnya memang masih singkat
namun hadirnya dia cukup buat aku rasa bahagia dan motivated.
Masih perlu bertatih untuk terus meneruskan perjalanan
hubungan ini.
Masih perlu belajar dan mengecap pengalaman agar semuanya
baik dan indah saja.
Syukur Alhamdulillah!Aku rakam rasa syukur terhadapNya.

Dikirimkan daku kekasih yang baik harus
dibalas untuk menjadi kekasih yang baik juga..


With love..hugs and kisses..Love you darl!

Si dia pernah berkata:'Kalau ikutkan tidak ada ciri-ciri idaman saya pada kamu.Kamu tidak tinggi.Kamu tidak kacak mana..Cuma kesungguhan dan hati yang baik kamu buat saya jatuh cinta terhadap kamu.Cukuplah hati yang cantik buat saya rasa apa itu cinta'


Thursday, May 26, 2011

~Larut-versi baru.. ;p ~

Semakin aku larut dengan duniaku kini.
Dunia yang aku cipta sendiri.
Berdekorasikan kesungguhan..cinta..
Dan amanah terhadap diri sendiri.
Ya aku kini senang dengan duniaku.

Kalau dulu aku kerap kali ditepis.
Melambung terhuyung hayang.
Mahu berpaut sedikit pun agak rapuh.

Kini pautan dalam duniaku kian utuh.
Menerbitkan rasa syukur dan gembira.
Indah juga rasa larut ini.

Larut dalam manis.
Tidak lagi larut dalam bodoh.
Lalu ku tadahkan tangan.
Agar larutku ini menerbitkan insaf dan sedar.
Berasa syukur dan kemudian sujud.

Senyum.
Larutku ini sangat bagus.
Alhamdulillah Ya Tuhan!

;p

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com