Monday, March 28, 2011

~Purnama pertama~


Satu purnama sudah aku bersama dia.
Satu ikatan baru..
Ya aku sangat bahagia dan timbul juga rasa syukur.
Dia memberi aku ruang untuk bernafas semula.
Setelah aku sesak dalam kesedihan sebelumnya.
Kini aku sudah mula belajar untuk merangkak semula.
Sambil terukir sedikit senyum.
Ya Tuhan berikanlah kami sedikit ruang.
Untuk kami bersama mentelaah hati kami.
Kemudiannya berlari bersama..
Dengan tapak tangan tergenggam erat jiwa gembira..

Alhamdulillah untuk semua ini..
Terima kasih Norsazita Saleh..
Anda sungguh comel.. ;p



Friday, March 25, 2011

~Happy 19+10 yea sayang...~


20 tahun lalu..
Dia adalah rakan sesekolahku..
Dia juga adalah rakan sekelasku..
Dan mungkin juga rakan sepermainan kecilku..
Namun tiada langsung komunikasi..
Dimana aku mungkin hampir tiada dalam kisah semasa kecilnya..

20 tahun kemudian..
Dia adalah kekasih hatiku..
Dia adalah teman jiwaku..
Dia adalah segalanya bagiku..
Dan di hari bahagianya..
Aku rakamkan ucapan..
Selamat Hari Lahir sayang...
Moga kamu baik-baik aja..
Dan saya suka melihat kamu senyum..

-Norsazita Saleh..sayang kamu!-



Wednesday, March 23, 2011

~From classmate become a lover~


2o tahun lalu kami dekat saja..
Namun kami langsung tidak bertegur sapa.
Kami hanya sekelas dan mungkin berselang beberapa meja saja..
Namun tidak pernah sekali kami berbual bicara..

Si dia masih saya ingat..comel kecil molek..
Berambut lurus dan satu-satunya yang tidak bertudung..hurmm..
Kisah dan memori 20 tahun lalu ketika kami masih
lagi bertatih kecil di sekolah rendah..
3 tahun kami sekelas tapi peliknya langsung tak pernah berbual..


Selang 20 tahun..kami berjumpa semula..
Terima kasih Facebook kerna menemukan kami semula..hehehe..
Memang pada mulanya agak sukar untuk aku refresh siapakah gadis
cantik putih munggel yang berkata pernah sekelas
denganku masa kecil dulu...hehehehe..
Dalam hatiku terdetik berkata..
'cun jugak awek ni..betul ke satu kelas dengan aku?'...


Kami berkenalan semula..Terus menjadi rapat dan mesra..
Mungkin kerna kami pernah kenal dulu..
Jadi setidak-tidaknya memudahkan urusan perkenalan semula ini..
Kami mula mengenal diri dan menjejak chemistry dalam diri..


Dan dengan tempoh singkat kami sepakat untuk
mulakan satu ikatan cinta..
Dan aku bersyukur..gembira dan masih lagi tidak percaya..
Rakan sekelas yang tidak pernah aku tegur 20 tahun dulu
Kini menjadi teman dan juga kekasih hatiku..


Alhamdulillah aku bahagia dengan hadirnya
Norsazita Saleh ke dalam hidupku kini..
Doakan kami..
Dan semakin hari aku kian belajar dan ingin diberi ruang
untuk menebus semula apa yang aku terlepas
pandang 20 tahun yang lalu...
Kata kemaafan kepada sayangku kerna mungkin
dulu aku tidak perasan akan kehadiranmu..
Namun kini aku mahu tampal rasa maaf dengan
rasa sayang dan cinta aku terhadapnya..


Maka kini terciptalah satu bubble yang baru..
yang aku akan jaga dan pelihara sebaiknya..
Syukur Tuhan dengan kurniaanmu..
Aku kini sudah mampu tersenyum gembira semula..
mengikis segala kisah sedih dan duka..
Menerbitkan rasa bahagia dan cinta bersama si dia..


Oh Sazzy Saleh!Cinta kamu!
;p




HERFIZUL AKMA NASARUDDIN-NORSAZITA SALEH
-From classmate become a lover-

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com