Monday, February 28, 2011

~New episode just begin!~

~HERFIZUL AKMA & NORSAZITA~
~28/02/2011-12.31am~


Friday, February 18, 2011

~KL-Frankfurt-Salzburg..Just a story!~


KL-Frankfurt-Salzburg

Satu kisah perjalanan hidup di negara orang..
Membentuk puzzle suatu kisah yang amat indah..

05 Februari 2011-Sabtu
Aku mula menuju ke KLIA sekitar jam 5.30 petang.
Rakan seperjuangan O'13 GG,AP dan Nad sudi menghantarku
ke sana..Sampai di KLIA maka urusan check in dan luggage
diuruskan di kaunter Lufthansa Airlines..
Ihsan dan Encik Izani sudah awal-awal tiba di sana.
Aku masih ingat masa check in luggage awek kaunter
Lufthansa tu tanya..'u nak ke mana ni?'..
oh..'buat apa ek kat Salzburg tu?''
(sambil mata dia menjeling tajam ke arah aku..
mungkin tak percaya tengok mamat serabai macam aku
ni nak ke Salzburg kot)..
Dan kami sempat layan KFC seketika dan kemudiannya
aku dan Ihsan mula gerak ke gate C12 untuk boarding ke
Frankfurt with Lufthansa..Selesai cop pasport sume aku
dan Ihsan terus boarding sekitar jam 9.30 malam..
Flight ke Frankfurt sekitar 13 jam via Bangkok..


06 Februari 2011-Ahad
Aku dan Ihsan selamat tiba di Frankfurt Airport,Germany
sekitar jam 6.35 pagi waktu Germany..Dan kami perlu transit
flight untuk ke Salzburg di gate B08..sampai je di Frankfurt
Airport kami berdua tiba-tiba ditahan oleh dua orang pegawai
imegresen Germany berpakaian biasa(seorang lelaki
berbadan tegap dan seorang perempuan)..
Mereka bertanya beberapa soalan dan minta
segala dokumen perjalanan kami..dan mujurlah aku reti sikit
bercakap dalam bahasa German dan kami lepas tanpa masalah..
Masa tu agak cuak juga sebab tiba-tiba kena tahan.
Mungkin sebab kami kelihatan Asia sangat kot..hahahaha..
Kemudian kami ke bahagian security control imegresen Germany
dan ketika beratur kami disapa oleh seorang kakak yang juga
dari Malaysia.Sempat jugalah berborak even kejap sangat..
kakak tu mahu ke Poznan,Poland dan kami pula menuju ke
Salzburg,Austria.
Selesai urusan checking dan pasport kami ke gate B08 untuk flight ke
Salzburg pula..terpaksa menunggu kira-kira 2 jam kerna flight ke
Salzburg dalam pukul 8.55 pagi waktu Germany..
Ihsan baring kepenatan dan aku hanya layan berita di televisyen..
Tepat jam 8.55 pagi kami ke Salzburg menaiki Austrian Tyrolean
Fokker 100.Flight yang agak kecil dan berbunyik agak bingit..
Rasa macam nak roboh je flight tu..hahahaha..
Panorama pagi di atas awan ketika itu sangatlah indah.
ciptaan Allah sungguhnya sangatlah cantik..
perjalanan 45 minit dan kami selamat tiba di WA Mozart Salzburg
Airport sekitar jam 9.45 pagi waktu Austria..
Alhamdulillah..

Jejak je kaki di bumi Austria subhanallah sejuknya tak terkata..
Baru merasa cakap keluar asap dari mulut..hahahaha..
sampaikan tak tahu nak beza mana satu asap rokok atau asap
kerna sejuk..Setelah sesi lepas sangap rokok dan mundar mandir
sekitar terminal airportaku bertanya pakcik teksi dan kemudian
menuju ke Untersbergstrasse,Grodig..
Perjalanan sekitar 20 minit melalui highway dan kami tiba di
Pension Bergfried(tempat penginapan kami)..
sebuah rest house di bawah gunung salji Untersberg..
Kami bertemu dengan makcik Austria(maaf aku tatau nama dia..
sepanjang masa kami hanya panggil dia makcik Austria..hahahaha)..
dan check in..

Setelah kemas segala barang dan kelengkapan kami berdua
decide untuk redah ke bandar Salzburg..berbekalkan peta pemberian
makcik Austria tadi dan kamus poket kami redah jalan kaki menuju
ke Untersbergbahn..perhentian bas untuk ke Zentrum
Haupbahnhof Sazlburg(pusat bandar Salzburg)..
Bas nombor 25 dan pertama kali aku naik bas
di Salzburg selamba redah..hahaha..soalan pertama aku kepada pakcik
driver bas..'Sprechen Sie Englisch?(Do you speak English?)'..
dan pakcik driver bas hanya membebel dalam bahasa German..
dan kemudian aku bertutur sedikit dalam bahasa German
seringkas mungkin..selamat!hahahaha
Tambang ke Zentrum Haupbahnhof dari Untersbergbahn 2.10 Euro..
Dan kami menuju ke bandar Salzburg pertama kali dengan meredah
segala kemungkinan..Sampai je Zentrum Haupbahnhof kami sebat
Burger King dulu dan kemudiannya berjalan kaki menuju ke
Mirabellplatz..(sebuah taman peringatan)..
Disana terdapat patung-patung dan tugu peringatan
serta taman yang dipenuhi salji..dengan cuaca yang amat
sejuk kami redah juga dan menikmati keindahan akan Mirabellplatz..
kami juga ke Baroque Muzium dan juga sebuah gereja di sana..
Kami di sana sekejap saja memandangkan hari mula gelap sekitar jam
5.30 petang..Kami beli segala kelengkapan runcit dan kemudian
menaiki bas semula menuju ke Untersbergbahn..
Waktu selebihnya hanya dihabiskan dengan lepak di bilik melayan
TV dalam bahasa German dan online Facebook..
(wajib update status beb!!!!hahahahaha)..


07 Februari 2011-Isnin
Hari pertama technical training di Skidata Austria..
Kelas start pukul 9 pagi dan kami hanya perlu
berjalan kaki sejauh 500 meter ke untuk ke Skidata HQ.
Meredah pagi di Austria memang sangat beku beb..
Dan di dalam kelas sudah ibarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
kerna ada bermacam-macam bangsa dan jenis manusia dari
pelbagai negara yang berbeza..
Ada 2 orang wakil dari Belgium(Marvin dan Michael)..
2 orang wakil dari Ecuador(Juan Pablo dan Roberto)..
3 orang wakil dari Venezuela(Carolina..Maria dan Miguel)..
Seorang dari Austria(Karl) dan seorang dari Argentina(Fabio)..
dan juga aku dan Ihsan wakil dari Malaysia..
Most of time kami bertutur guna English dan aku kadang-kadang
bertutur German dan Spanish sesama mereka..
Dan mereka mulanya agak pelik kerna aku boleh bertutur dalam
bahasa ibunda mereka..hehehehe...
Tamat kelas dalam pukul 5 petang dan kami decide untuk lepak di
bilik saja waktu malam kerna masa tu tak confident lagi
bas ada ke tak untuk ke bandar Salzburg waktu malam..


08 Februari 2011-Selasa
Seperti rutin siang adalah waktu untuk kelas..
Wakil-wakil PBB bertemu semula..belajar dan berborak sesama..
Hisap rokok sesama..dan kami bertukar-tukar rokok dari negara
masing-masing..dan aku hanya bagi Winston Light Malaysia..
itu je yang aku ada..hahahaha
Dan malamnya kami ke Bierhaus di Salzburg untuk sesi social dinner
bersama..ada acara having a typical Bavarian beer dan ia sangat
menarik..dan masalah makan mula timbul bila semua mereka
order babi panggang dan aku tercengang tak tau nak makan apa..
Mujurlah Franz(trainer aku) paham dan dia orderkan chicken wings
untuk aku sebat..hahahaha..aku tak fikir banyak sebab aku sangat lapar
waktu tu..
Kami di Bierhaus sehingga sekitar 11 malam dan aku sangat enjoy
malam itu..


09 Februari 2011-Rabu
Macam biasa siang adalah untuk sesi kelas..
Tamat je kelas sekitar jam 5 petang mulanya aku dan
2 mamat Belgium mau ke Salzburg untuk ushar GPS di MediaMarkt
tapi teksi pula lambat sampai..Jadi kami decide
untuk minum dan kemudian dinner di Untersberg Restaurant.
Rakan-rakan kelas yang lain kemudiannya menyusul
dan sesi perjumpaan PBB bermula lagi.
Kami bercerita dan berborak sesama..bertanya tentang negara
masing-masing sambil layan makan..
Dan waitress malam tu sangatlah cantik dan superb.
Namanya Laura..dengan pakaian typical Austrian lagi
buat dia nampak menawan..She is from Germany!
Laura serve untuk dinner kami..dan dia sangat peramah
even terpaksa layan setiap karenah diantara kami yang
sengal dan gila..

Oh Laura....!!!ICH LIEBE DICH!hahahahahaha..


10 Februari 2011-Khamis
Siang seperti biasa adalah waktu untuk mentelaah..
Selesai saja kelas jam 5 petang aku dan Ihsan dibawa oleh
Franz ke Red Bull Salzburg Arena Stadion..
Kami ke sana menaiki kereta Franz..pergh aku naik
BMW tuh..memang terbaik dari ladang beb..hehehe
Sampai je di Red Bull Arena kami terus berlari sebab Bullshop
tu dah nak tutup..al-maklumlah pukul 5.30 petang dah gelap..
Nasib baik sempat then masuk je aku ke dalam Bullshop terus
aku jadi rambang mata melihat segala stuff yang dijual..
Pergh exactly sama macam yang aku lihat di internet..
Aku tak fikir banyak masa tu..Aku terus je sambar 5 Red Bull
Salzburg scaft..sehelai firm sweater..anak patung kecil dan
beberapa button untuk aku hadiahkan kepada sahabat-sahabatku!
Total perbelanjaan aku di Bullshop adalah 158 Euro..hahahaha..
Gila babi shopping sakan beb!!Bukan selalu nak sampai kan..
So inilah seumur hidup sekali je..
Mamat yang jaga Bullshop tu agak terkejut tengok aku borong
sakan..'Where you come from mate?'..tanya dia kepadaku
masa aku nak bayar..hehehehe
Selesai sesi borong football stuff di Bullshop aku dan Ihsan
ke Europark pula..hanya perlu berjalan kaki melintas jalan ke
seberang highway melalui tunnel...
Europark adalah gabungan shopping complex dan taman tema
terbesar di Salzburg..terdapat pelbagai butik pakaian
berjenama antarabangsa..gedung elektronik dan sudah pastinya
gadis-gadis Austria yang comel-comel..hahahaha
Dan aku bagai nak melompat kegembiraan bila
aku ke Ben Sherman area di Peek&Cloppenburg butik..
Terus aku sambar sehelai kemeja Ben Sherman mods soho
bernilai 79 Euro..Alhamdulillah..
Selesai di Europark aku dan Ihsan ke Zentrum Haupbahnhof
menaiki bas elektrik No 1 seterusnya dinner di Mcd..
Sekitar jam 10.30 malam kami menaiki bas No 25 balik ke
Untersbergbahn..What a great night for me!


11 Februari 2011-Jumaat
Last day training with Skidata Austria dan aku perlu
attend exam..Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang dan
dapat sijil daripada Skidata Austria.Aku happy dan bersyukur
sangat akhirnya aku berjaya juga lulus dalam technical training
di Austria ni..Franz panggil aku 'Akma St. Pauli' dan serahkan
sijil dan aku bagi dia scaft Malaysia sebagai tanda penghargaan
aku kepadanya..Vielen Dank Herr Franz!
Kemudian ada sesi farewell dengan rakan-rakan sekelas yang lain..
Agak sedih juga rasanya nak berpisah dengan mereka..Entah bila
ah boleh jumpa dengan mereka lagi..Lepas ni pasti kami akan
pulang ke negara masing-masing dan mengenang kenangan
terindah kami di bumi Salzburg..kami hug each other dan
say good bye..
Sekitar jam 5.30 petang maka tamatlah kelas training aku secara rasmi..
Dan aku akan bawa pulang sijil tanda aku berjaya di Salzburg..
Syukur Alhamdulillah..
Sesi malam aku dan Ihsan tak kemana-mana kerna aku demam
menggigil..Hanya lepak di bilik sambil online dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan di Malaysia..


12 Februari 2011-Sabtu
Sabtu adalah free day dan pagi-pagi lagi sudah hujan lebat..
Sudahlah dengan salji ditambah dengan hujan lebat lagi
membuatkan keadaan menjadi sejuk beku..suhu di luar ketika
itu mencecah -13..Memang kalau duduk di luar memang keras
beku la..hehehehe
Sementara menunggu hujan berhenti aku sempat online
dengan rakan-rakan di Malaysia..Aku voice call via YM
dengan Wan Nazirah dan adik Erin..Kami berborak sakan dan
gelak-gelak sesama..What a great moment!
Lebih kurang jam 1.30 tengahari aku dan Ihsan bergerak ke
Zentrum Haupbahnhof menaiki bas No 25..kemudian kami berjalan
kaki merentasi segenap ruang di Salzburg..kami ke Karajanplatz..
di sana adalah pusat pelancongan Salzburg dan hujung minggu dipenuhi
dengan pelancong yang datang dari serata dunia..terdapat pelbagai
kedai menjual cenderamata dan hadiah..juga butik pakaian dan aksesori..
aku sempat beli sedikit buah tangan dan coklat untuk mereka-mereka
di Malaysa..harga barangan di sana agak sederhana cuma kalau
ditukar ke RM memang jadi mahal lah..so hanya coklat je yang
mampu aku beli..hehehehe..
Kemudiannya aku dan Ihsan ke Mozartplatz dan Universitat Salzburg
serta sebuah gereja..sesi bergambar berjalan lancar even
menggigil kesejukan masa tu..Aku ambil peluang untuk snap
gambar bangunan-bangunan yang cantik dan permandangan yang
indah di sekitar sana..Terdapat sebuah istana dan
kubu di atas bukit tinggalan sejarah Austria..namun kerna
terlalu sejuk aku hanya mampu ambil gambar dari bawah saja..
dah tak mampu nak berjalan sebab kaki kejang sejuk..
Aku dan Ihsan redah segenap lorong dan jalan..
bergambar untuk kenang-kenangan..Kemudian kami jalan kaki
semula ke Haupbahnhof untuk pulang ke Untersberg..
Kami tiba semula di Untersberg sekitar jam 5 petang dan waktu
selebihnya aku habiskan dengan menonton game bola live antara
FC St. Pauli vs Borussia Mochenglabach.
Sabtu adalah hari bolasepak bagi seluruh Germany dan siaran
televisyen hanya dipenuhi oleh highlight game Bundesliga Germany..


13 Februari 2011-Ahad
Kami bersiap-siap dan kemas segala barang untuk pulang
ke tanahair..
Aku dan Ihsan check out sekitar jam 2.30 petang..
Say good bye dan thanks kepada Makcik Austria..
Aku hug dia atas segala kebaikan dan kualiti servis yang dia beri
sepanjang aku menginap di Pension Bergfried..Danke Aunty!
Kami terus ke W.A Mozart Salzburg Airport dan perlu menunggu
flight jam 6.35 petang..kami menunggu di sana dalam 3-4 jam..
Aku sempat lepak di Stiegl Terminal sambil layan game bola
Red Bull Salzburg vs Wacker Innsbruck..
memang style lah lepak di Stiegl Terminal..
dengan awek waitress yang cun dan mantap serta suasana
cool buat aku rasa bahagia sangat..Tamat saja game aku terus ke
kaunter imgresen dan checking..
malangnya Stiegl aku kene rampas dan tak lepas untuk aku
bawa naik ke flight..huhuhu..
Aku dan Ihsan naik Austrian Tyrolean Fokker 100 ke Frankfurt..
Bye Bye Austria!!!!!!!!!..I will miss you Salzburg!

Kami selamat tiba di Frankfurt Airport sekitar jam
7.50 petang..Dan kami terus ke gate B28 untuk flight yang
seterusnya ke KL via Bangkok.
Sambil menunggu aku sempat ke Mcd untuk beli burger
dan pastinya ke smoking room untuk lepaskan sangap..
Smoking room di Frankfurt Airport ibarat ruang PBB juga
kerna pelbagai jenis manusia daripada bangsa dan negara
yang berbeza merokok bersama dalam ruang yang kedap..hehehehe
Flight kami ke KL adalah Lufthansa Airlines pukul
10.55 malam..namun sekitar pukul 10.00 malam aku ke kaunter
Lufthansa dan seorang staff beritahu flight kami overbooked
dan minta aku dan Ihsan volunteer naik next flight
esoknya..mulanya aku refuse jugak tapi bila dia bagitau kami
disediakan hotel di Frankfurt dan mereka bayar 600 Euro
terus aku tak cerita banyak..
Kami deal untuk stay satu malam lagi di Frankfurt dan kaut 600 Euro
yangditawarkan..Seronoknya aku kerna dapat juga aku jejak kaki di
bumi Germany yang selama ini aku impikan selalu..
Alhamdulillah seronok sangat..
setelah selesai urusan tiket flight untuk esoknya aku dan Ihsan keluar
dari airport menuju ke Frankfurt..Yezzaaa!
Kami ke Intercity Frankfurt Hotel menaiki shuttle bas..
Dan subhanallah kami diberi bilik satu setiap seorang dan free dinner..
Aku sempat ke bar hotel dan dinner di sana..Superb!
Satu perkara yang menarik di Frankfurt adalah 2 free adult channel..hahahaha
Memang sesuatu yang tak boleh dapat di Malaysia..
memang terbaik beb!
I LOVE GERMANY!!!hahahahaha..


14 Februari 2011-Isnin
Aku bangun sekitar jam 7 pagi dan terus bersiap untuk ke
Frankfurt Airport..
Kami naik Malaysia Airlines direct ke KLIA pukul 12.00 tengahari..
Sampai saja di Frankfurt Airport aku terus cash kan voucher
600 Euro yang diberi oleh Lufthansa..hehehehe..
Kami terus ke gate E05 dan menunggu flight di sana..
Lebih kurang jam 11.15 tengahari kami boarding dan sedia
untuk terbang semula ke Malaysia..
Perjalanan dari Frankfurt ke KLIA dalam 11 jam..
dan aku hanya melayan movie dan lagu sambil berbual
dengan pramugari MAS yang cun..hahahaha..


15 Februari 2011-Selasa
Tepat jam 6.35 pagi waktu Malaysia aku dan Ihsan
selamat mendarat di KLIA..
Meninggalkan sebuah kenangan terindah dalam
hidup kami..Austria dan Germany yang sangat indah
dan bermakna bagi aku..Aku pasti akan rindu akan suasana
sejuk beku..salji dan pelbagai perkara menarik ketika di Eropah..
dan pastinya aku harus terus survive di bumi Malaysia
tercinta even cuaca agak panas..hahahahaha...


Perkara atau fakta menarik di Austria/Germany:

1.Sudah pastinya suhu amat berlainan.
Secara purata suhu harian adalah -3 celcius.
Paling panas adalah 9 celcius.

2.Malam yang panjang.Pukul 5.30 petang dah gelap.

3.Kedai atau shopping complex tutup pukul
6.00 petang..dan Ahad ditutup sepenuhnya.

4.Rakyat Austria kuat hisap rokok.
Tidak kira lelaki atau perempuan.
Puntung rokok penuh di dalam ashtray di bus stop.
Namun dilarang merokok di dalam premis atau pejabat.

5.Hampir tiada jual air mineral di kedai..
kalau ada pun air mineral ada gas.
Kalau nak air mineral minum saja air paip.

6.Tiada mat rempit.Aku hanya nampak
3 biji motor je sepanjang aku di Salzburg.
Itu pun skuter.

7.Kereta mewah-mewah..paling banyak
Volkswagen..Audi..BMW..Mercedez Benz..Skoda..
Subaru..kalau ada kereta Jepun
pun Toyota..kat sana kereta mahal-mahal
parking selamba tepi jalan dan penuh habuk..
Messerati dan Porcshe parking kene timbus
dengan salji je..hahahaha

8.Masa sangat tepat..Bas dan keretapi sampai on time..
semua guna GPS dan pasti menepati masa.

9.Gadis Austria kebanyakkannya berambut coklat
dan tidak tinggi sangat.Gadis Germany pula majoriti
berambut blonde dan tinggi gedabak.. ;p

10.Melintas jalan kene tunggu lampu hijau..
tidak ada seorang pun melintas jalan
kalau lampu merah.

11.Barang dan baju-baju agak mahal.
Yang murah cuma makan dan beer je..hahahaha..

12.Terdapat banyak gereja..
dan aku tak jumpa satu masjid pun..
mungkin ada tapi aku tak jumpa..

13.Semua channel di Austria dan Germany
dalam bahasa German..even kalau filem
English akan ditukar bahasa ke German..
dan ada 2 adult channel..free je beb!


Rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerna beri aku
kesempatan untuk merakamkan kenangan dan pengalaman
bermakna di bumi Austria dan Germany..
Kemudiannya Smart Parking Management Systems Sdn Bhd
kerna sponsor dan kos perbelanjaan di sana..
Encik Izani dan Ihsan..O'13 mates!Skidata Austria..
Herr Franz..Herr Christian..Herr Jurgen..Rakan-rakan sekelas..
Marvin.Michael.Juan Pablo.Roberto.Karlz.Carolina.
Maria.Miguel.Fabio..You guys were superb!!
Makcik Austria Pension Bergfried.Laura at Untersberg Restaurant..
Brader Red Bull Salzburg..awek Mcd di Zentrum Salzburg..
awek comel Burger King di Zentrum Salzburg..
pakcik kedai rokok serta anak perempuannya di Zentrum Salzburg..
brader kedai kebab Bosnia di Zentrum Salzburg..
makcik kedai runcit di Untersberg..
awek promoter di Europark..
pakcik dan akak driver bas No 25..
tak lupa awek cun di Stiegl Terminal Salzburg Airport..
Brader dan kakak imegresen di Malaysia..Austria dan Germany..
Para pramugari dan staff Lufthansa Airlines..
serta pramugari dan staff Malaysia Airlines..

I LOVE ALL OF YOU!
DANKE SCHON OSTERRIECH UND DEUTSCHLAND!


SECEBIS KENANGAN PERJALANAN AKU DI SANA..


Tiket Flight Lufthansa Airlines..



View di ruang udara Frankfurt-Salzburg



Yang ni bekalan makanan dari Malaysia..Ihsan bawak!



Aku dan Ihsan di Mirabellplatz..First day..



Carolina tengah ketuk typical Bavarian Beer!



Wakil-wakil PBB..hahahahaaha



View Untersberg Mountain di pagi hari..


View perkampungan dan salji dari Pension Bergfried




View Karajanplatz serta istana atas bukit..


Sungai di Salzburg..tanpa ada orang buang bayi..hahaha



Pantang jumpa signboard nak snap aje..hehehe

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com