Monday, January 31, 2011

~Ultras ke ultraman?~


Ini sekadar pandangan peribadi.Tiada unsur provakasi.

Baru saja Liga Super Malaysia 2011 bermula sudah kecoh soal sikap dan perilaku penonton.Perbalahan di ruang maya internet terutamanya Facebook dan Twitter semakin hangat.Masing-masing menyatakan yang mereka selalu benar. Lalu aku terpanggil untuk memberi pendapat peribadi.Ketika perlawanan pembukaan liga yakni perebutan Piala Sumbangsih melibatkan Selangor Darul Ehsan dan Kelantan Darul Naim.Kedua-dua pasukan terkenal dengan kumpulan penyokong yang setia dan juga fanatik.
Aku seorang penyokong Selangor.Dan aku bersama rakan-rakan berada di Stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan sulung untuk musim 2011 ini.
Ye kami adalah skinheads!Yang cinta kepada pasukan negeri kelahiran kami.Namun kami memilih untuk berperwatakan biasa dan neutral.Berkepala botak serta berpakaian kemas dan hanya berdiri menyaksikan perlawanan berlangsung.
Kami menjeling juga ke sekolompok penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai 'ultras'.Kedua-dua pasukan punyai ultras masing-masing.
Tidak mahu berbicara soal chanting atau sokongan kerna itu perkara biasa.Tapi ini soal attitude dan sikap menganggap diri sudah menjadi terlalu bagus.
Apabila 5 ultras Kelantan ditangkap polis kerna dituduh membaling mercun(walaupun mereka sebenarnya hanya membakar flare),boleh dikatakan semua konco-konco ultras ini marah..memberontak dan merasakan apa yang dilakukan oleh rakan sekelompok mereka itu tidak salah.Mereka mula berang dan rebel terhadap polis.Mengata polis macam-macam.Dan apabila ada segelintir penyokong yang bukan ultras memberi pandangan mereka tolak dan berasa terlalu bagus.

Ini pendapat aku:Maaf kalau nak terasa atau apa ke.Aku secara personal memang tidak setuju dengan kewujudan ultras ini.Bukan dengan niat untuk mengutuk atau menidakkan minat orang lain tapi dari segi ideologi dan implemetation dan juga soul.Ironinya apakah ultras di Malaysia ini adalah berpaksikan ultras di Italy atau di Eropah?Atau mungkin di Amerika Latin?
Memang lazimnya ultras di sana membakar flare..berdiri dan chanting.Tapi rasionalkah ia dicedok dan diperlakukan atau dipertontonkan di sini?
Anda mungkin akan katakan flare tak merbahaya?Sekadar untuk menaikkan semangat dan moral pemain(itu alasan yang segelintir kalian beri).Tapi lupakah negara kita ada undang-undang dan sikap toleransi.Bila kejadian membaling mercun terjadi dan polis harus ambil tindakan.Dan dikalangan berpuluh ribu penonton yang hadir senangkah nak kesan siapa yang baling mercun?Jadi apa yang jelas kelihatan adalah mereka yang membakar flare!Jadi jalan mudahnya tangkap saja kerna flare juga bahan terlarang untuk dibawa masuk ke stadium?Polis juga ada rasionalnya untuk ambil tindakan.Bukan dengan niat untuk menghukum tapi dengan niat untuk mengajar sesuatu yang terlarang tetap terlarang.Jadi kenapa mahu melantun seolah-olah anda suci dan tidak bersalah?
Apakah dengan menyalakan flare boleh ubah keputusan permainan?Kalau tiada flare moral pemain merudum?Aku merasakan ia sekadar tindakan menunjuk-nunjuk atau cubaan meraih perhatian.Anda boleh menjadi lebih tersusun dan sopan tanpa nyalaan flare.
Apakah dengan flare baru nampak seperti ultras kental?Hurmmm..fikirkanlah yea wahai kalian!

Segelintir di kalangan kalian sudah merasa diri terlalu bagus sampai menidakkan effort orang lain.Anak-anak kecil yang baru bertatih ke stadium secara terangan di lama sosial mempersoalkan kumpulan penyokong lain yang ada diantara mereka jauh lebih tua atau senior daripada anda.Anda labelkan orang sebagai 'lalang'..'penyokong sakai'..'tau makan kuaci je'..Come on la dude!Usah arrogant sangat!Mereka yang makan kuaci dan ketuk gendang itu dah menjelajah seluruh stadium di muka bumi Malaysia ini malah ke Indonesia..Anda?Jangan baru sekarang nak naik dah mula bersikap sombong dan bongkak seolah-olah anda sorang yang reti tengok bola.Jangan nak labelkan orang dan pertikaikan apa orang lain nak buat.Kalau pun mereka nak makan kuaci sambil tengok bola itu hak masing-masing.Meraka juga bayar tiket!Guna duit sendiri.Anda boleh buat apa saja yang anda mahu di stadium selagi tidak melanggar undang-undang.Nak chanting sampai subuh pun tiada siapa nak halang!Nak kibar bendera sampai reput tiada siapa nak marah!Tapi tolong hormat orang lain juga seperti mana anda mahu dihormati oleh orang lain.
Kalian sekadar cendawan yang baru tumbuh.Sedangkan sudah banyak pohon yang sudah berdiri teguh dan berbunga rendang.Usah jadi poyo sangat!Muda tetap muda.Harus hormat yang lebih tua.Suburkanlah cendawan anda dahulu dengan spesies cendawan ultras kalian yang lain.Dah 15 tahun berdiri di stadium tanpa terlepas satu perlawanan baru boleh gebang!
Anda mungkin tidak merasa atau mungkin tidak lahir lagi ketika orang yang anda label makan kuaci ini chanting di Stadium Merdeka sekitar 1980an dulu.Anda tidak merasa pergi stadium naik bas mini kemudian jalan kaki beramai-ramai kene pow serta dipukul oleh penyokong pasukan lawan.Jadi duduk sana diam-diam.Nak chanting pun chantinglah jangan jadi bongkak!
Semoga kalian diberkati Tuhan!

Much respect untuk brader-brader SSFC!Yang sekian lama bersama Selangor Red Giant since zaman Stadium Merdeka lagi.Yang bersama di mana-mana.Di away games dari Kangar sehingga ke Singapura!Teruskan ketuk gendang kebanggaan Selangor biarpun ada anak kecil merengek tidak suka!Sekurang-kurangnya brader-brader SSFC tidak pernah melabelkan penyokong lain sebagai lalang atau kuaci!Malah disambut seperti adik atau anak sendiri!

Maju Selangor!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Thursday, January 27, 2011

~Yugoslavia in tears!~


Dalam aku menilai erti kehidupan aku sesekali cuba menoleh ke belakang.Menyelak helaian sejarah kemanusian.Berkaitan dengan sikap manusia.Kehendak manusia.Dan skrip kehidupan suka dan duka.Aku teringat akan Yugoslavia..sebuah negara yang kini telah hancur lebur angkara sikap permusuhan dan angkuh manusia.Perbezaan etnik dan agama dijadikan alasan untuk mewujudkan perang setempat.Ribuan nyawa terkorban.Ribuan juga yang menderita secara fizikal dan emosi.Wujudnya rasa trauma dan kemurungan yang agak kritikal.Pembunuhan demi pembunuhan ibarat nyawa manusia seperti tiada harga.
Mengapa?

Yugoslavia dahulunya dihuni oleh sebilangan etnik yang berbeza identiti dan agama.Biarpun roots mereka sama namun perbezaan mencetuskan angkara.Serbs adalah Ortodoks..Croat adalah Katolik dan Bosnian adalah Muslim.Bila terdapat 3 entiti berbeza didalam sesuatu komiti maka wujud rasa tidak puas hati dan memberontak.
Apabila Croat mengisytiharkan kemerdekaan dan membentuk negara mereka sendiri iaitu CROATIA sekarang dan kemudiannya Muslim Bosnian juga bertindak sama dengan kemerdekaan BOSNIA HERZEGOVINA daripada pemerintahan puak Serbs maka memulakan tindakan serangan tentera dan cubaan penghapusan etnik.Croat dan Bosnian dibunuh dengan sewenang-wenangnya.Maka terdapat juga pemberontakan di pihak yang ditindas.
Perperangan setempat ini memecahkan Yugoslavia secara kominiti masyarakat dan geografi.Negara pecahan baru terbentuk dan memulakan pentadbiran secara sendiri.
Dan Serbs tidak berpuas hati dan menghapuskan sesiapa saja yang menentang mereka.
Anak-anak kecil terbunuh..Wanita diperkosa..remaja ditembak..serangan roket dan bom merata-rata..Seluruh Yugoslavia hancur berkecai..
Yang tinggal hanya cebisan rasa sedih dan airmata..Penderitaan emosi dan kenangan pahit dalam hati warganya..

Jadi aku sekadar merenung..Apakah manusia perlu berperang untuk terus hidup?Apakah dengan membunuh manusia lain kita akan rasa hidup kita lebih bagus?
Aku tidak mahu meletakkan kesalahan kepada sesiapa saja..baik Serbs..Croat atau Bosnian..Mereka adalah mangsa kekejaman sesetengah jenis manusia yang berhati syaitan..yang mahu berkuasa dan memulakan sengketa..
Aku berasa insaf dengan khilaf manusia.Tidak kiralah Ortodoks..Katolik atau Muslim sekalipun manusia ada hak untuk hidup dengan sempurna dan gembira.Anak-anak kecil butuh senyum dan gelak tawa bukannya bedilan mortar dan bom..
Yugoslavia hanya tinggal kenangan airmata..Makam kepada barisan pejuang dan mangsa perang..Yang tinggal hidup maka harus meneruskan hidup..
Kesat airmata kalian dan teguhkan hati untuk bangkit semula.
Rasa benci memang ada di kalangan kalian.Namun kita juga manusia yang tidak lari berbuat dosa.Maka sama ada Serbs..Croat atau Bosnian..semoga kalian hidup aman dan sejahtera.Meninggalkan Yugoslavia terpalit sebagai sejarah selamanya..

Former Yugoslavia=Serbia.Croatia.Bosnia Herzegovina.Slovenia.Montenegro.Macedonia.Kosovo

Al-Fateha for all Bosnian who died in Balkan War.May Allah bless all of you.Rest in peace!



Bosnian grandma in Sarajevo



Yugoslav War in memories!

Monday, January 17, 2011

~Silence rejected!~

Silence rejected!
Tersiat sedikit terasa juga perit.
Namun khilaf harus dipelihara.
Agar tidak menjadi dusta.
Fitnah harus dihindar.
Hidup akan berterusan berputar.

Wednesday, January 5, 2011

~Ultras ke?~


Sekalung tahniah buat pasukan kebangsaan Malaysia
kerna berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama
dalam sejarah.Satu kejayaan yang sangat membanggakan
seluruh rakyat Malaysia dan kalian wajar digelar
pejuang.

Disebalik kejayaan pasukan kebangsaan kita,sempat
aku melihat dan menilai akan satu perkara yang kian
menjadi fenomena.
Selain kejayaan bergelar juara satu perkara lagi
yang mendapat perhatian ramai adalah wujudnya
kelompok-kelompok ULTRAS.
Kelompok-kelompok kecil ini menggelarkan mereka
sebagai ULTRAS.Bermula daripada kelompok ULTRAS
peringkat negeri dan kini menjadi ULTRAS
peringkat nasional.
Dan seiring dengan kejayaan pasukan kebangsaan
kita nama ULTRAS kini kian popular.
Kini semua mahu menjadi ULTRAS.Satu demi satu
kelompok baru ULTRAS wujud di peringkat negeri.

Namun apa yang menjadi persoalan bagi aku adalah
siapakah ULTRAS ini?
Aku tidak menafikan akan semangat nasionalisme
terhadap negara atau usaha dan sorakan namun
ia lebih kepada pengertian ULTRAS..perlaksanaan..
soul dalam bolasepak..knowledge mungkin..
dan sikap..

Maaf kalau aku menyinggung sensitiviti sesetengah
individu tapi apa yang aku lihat dengan mata kasar
sendiri dalam perlawanan yang melibatkan pasukan
kebangsaan baru-baru ini apakah ULTRAS yang kini
menjadi ikutan mengikut paksi yang benar-benar berjiwa
ULTRAS?

Apakah pengertian ULTRAS dalam bolasepak?
Apakah ULTRAS dan Hooligansime itu sama?
Bagaimana pula dengan Football Firm di Britain?
Siapakah yang berada disebalik sesuatu ULTRAS?
Apakah semua orang boleh bergelar ULTRAS?
Wujudkah perbezaan antara ULTRAS dan peminat
bolasepak yang normal?

Niat aku bukan untuk mengutuk.
Cuma sekadar ingin satu jawapan kepada suatu persoalan.

Persoalannya dimanakah kelompok-kelompok ULTRAS ini sebelumnya?
Apakah baru kini perlu wujud ULTRAS?
Kenapakah di saat hampir semua stadium di negara ini
lengang dan kosong tidak pernah aku melihat ULTRAS?
Mengapa baru kini perlu wujudnya ULTRAS?

Untuk menunjukkan yang anda adalah penyokong yang kental?
Membakar dan memegang flare itu ULTRAS?
Atau bersorak dan menyanyikan chant itu ULTRAS?
Atau memakai topeng dan berbaju hitam itu ULTRAS?
Atau memakai kasut atau sweater ADIDAS itu ULTRAS?

Siapakah yang berperanan sebagai ULTRAS?
Adakah anda benar-benar football casual atau lover?
Aku tidak menafikan akan usaha seorang dua yang
nampak menjurus akan perjuangan ULTRAS.
Tapi selebihnya adakah anda juga ULTRAS?
Setakat datang stadium di perlawanan akhir wajarkah
digelar ULTRAS?
Bersorak dan mengibarkan bendera itu ULTRAS?

Dan apabila penyokong yang 'bukan ULTRAS' memakai jersi Malaysia
anda seolah menyindir seolah-olah bumi Malaysia ini anda
punya seorang.
Apa bezanya anda yang 'ULTRAS' dan yang lainnya yang 'bukan ULTRAS'?

Maafkan aku.
Aku dah menjelajah ke semua stadium di semenanjung Malaysia ini
untuk menyaksikan bolasepak.
Adakalanya stadium itu hampir kosong.
Dan aku tetap membeli tiket untuk bersama pasukan kesayangan aku.
Dan pada masa yang sama sebilangan anda duduk minum teh ais
di mamak menyaksikan game BPL.
Atau clubbing di malam minggu di tengah kotaraya KL.
Saban tahun anda memakai jersi Barcelona mungkin..
Tak kurang juga jersi Chelsea atau Manchester United.
Aku tidak katakan ia berdosa atau salah.
Itu hak dan minat individu.
Persoalannya mengapa kini baru anda muncul
dengan identiti ULTRAS dan claim seolah-olah anda saja
yang tahu pasal bolasepak?

Salah seorang daripada ULTRAS ini pernah menggelarkan
aku dan sahabat-sahabatku bukan ULTRAS tetapi Hooligans.
Dan mempersoalkan kenapa kami tak pakai ADIDAS?
Aku ingin bertanya kembali.
Dimanakah anda saban tahun ketika kami sentiasa ada di stadium?

Ada diantara anda yang datang ke stadium memakai selipar.
Tapi pernah kami tanya apakah itu ULTRAS?
Ada diantara anda menggelarkan kami skinheads dalam bolasepak
bukan sebagai ULTRAS..tapi anda benar-benar ULTRAS sangat kah?
Masa berlakunya sesuatu riot di stadium ULTRAS ke yang turun
menentang?

Terlalu banyak persoalan.
Dan mungkin persepsi aku silap.
Dan anda mungkin sentiasa benar.

Aku kepingin mahu lihat dimanakah ULTRAS next season?
Apakah ULTRAS ini memenuhi stadium-stadium di negeri masing-masing?
Atau sekadar berperanan sebagai pasukan sorak ala cheerleading.
Mengumpulkan brader-brader kereta dan clubbers serta
perlbagai jenis manusia lagi.
Aku harap ULTRAS tidak menjadi seperti PEKIDA atau MYVI Club
atau juga PUTERA UMNO..

Semoga anda berjaya!
Teruskan menyokong bolasepak tempatan!
Syabas Malaysia!

Contohilah ULTRA ST PAULI sebagai salah satu ULTRAS terhebat di muka bumi ini.
Dan juga ICF sebagai football firm yang berpengaruh di Britain.
Tak lupa SSFC sebagai salah satu kelab penyokong terulung
Selangor Red Giant
sekian lamanya.

Saturday, January 1, 2011

~Pieces of puzzle 2010~


2010 meninggalkan pelbagai kenangan suka dan duka.
Gelak tawa dan airmata.

Cinta dan persahabatan.Harapan dan janji palsu.
Karier dan kehidupan.



Januari 2010

Awal tahun baru sudah bermula episod sedih apabila adikku
Herfizul Azli
terlibat dalam kemalangan jalanraya di Tapah.
Aku masih ingat awal pagi
aku drive ke Teluk Intan untuk
menjenguk dan membawa pulang adikku
yang cedera agak teruk
di pergelangan kaki.Perjalanan seorang diri ke
Teluk Intan ketika
itu agak mencabar emosi ditambah ketika itu
aku masih lagi berasa
kesedihan setelah gagal dalam percintaan singkatku
dengan
Nurhafiza Mat Tahia.Boleh dikatakan sepanjang Januari aku dalam

proses pemulihan emosi akibat baru putus cinta.Namun sempat juga
aku ke
Perlis bersama GG untuk menyaksikan game bola antara
Selangor dan Perlis
sambil tenangkan hati.Pengalaman ketika di bumi
Kangar dan Padang Besar
agak menarik juga.Ia bukan sekadar game
bola tapi lebih kepada
exposure kita terhadap tempat dan kehidupan
orang lain di negeri
yang berbeza.
Thanks GG dan brader-brader SSFC untuk pengalaman
yang menakjubkan.


Februari 2010

Apa yang menarik kenangan ketika aku outstation ke Johor Bahru.
Even pergi
ke sana atas urusan kerja aku sempat juga bertemu
beberapa sahabat baikku.
Aku disambut baik oleh Jai dan Amy.
Mereka izinkan aku menetap beberapa
hari di rumah mereka
tanpa perlu membayar single cent pun.
Aku di bumi JB hampir
seminggu.Harus bekerja di beberapa site sekitar
Larkin.
Banyak juga perkara menarik yang aku dapat lihat di JB.
Meluangkan
masa bersama Jai dan Amy serta
beberapa rakan baru di sana.Sempat juga
bertemu Naza dan
Qayum even kejap sangat.Aku sedaya upaya berusaha
untuk
luangkan masa berjumpa dengan sahabat-sahabat di JB.

Then teringat juga sesi dating bersama Chacha
(ketika itu belum bergelar
girlfriend lagi) di celah lorong jahat JB
sambil makan malam bersama.
Aku masih ingat kami dinner sesama
menikmati nasi ayam penyet kemudian
bercerita tentang diri
masing-masing.Malam yang simple tapi bermakna
juga memandangkan
ketika itu aku sikit pun tak menjangkakan yang
aku dan Chacha
kemudiannya akan bercinta.Memang terdapat beberapa
perbezaan
namun jujurnya aku sudah mula suka akan Chacha masa itu.

Kemudian sesi dating dengan Suzie di Danga Bay juga penuh bermakna.

Masa yang ada aku luangkan juga untuk bersama Suzie
dan keluarga dinner di
Sayam Stulang Laut dan kemudian shopping
sesama di Danga Bay.
Aku still ingat lagi saat menemani Suzie membeli
tudung dan kami shopping
bundle di Danga.
20.02.2010-Birthday Chacha ke 20.Tiada celebration memandangkan

ketika itu masih dalam proses suai kenal dan mengenal hati budi
masing-masing.



Mac 2010

Awal Mac dimulai dengan Hari Lahir Ayna yang ke-27(01.03.2010)
dan adikku Nabila
yang ke-10.Boleh dikatakan ketika Mac aku dalam
proses untuk mengenali Chacha.
Sudah mula intim dan timbul rasa suka
dan sayang.
Teringat juga sesi bersama sahabatku Malynn yang datang
bertemuku dari Terengganu.
2-3 hari kami keluar bersama dan having
fun together.Teringat saat bersama Malynn
ketika hujan di Shah Alam
dan aku still ingat saat touching bila Malynn mengajakkku
ke sebuah rumah
dan hanya berdiri di luar pagar beberapa minit.Moment itu sangat
touching
bagi Malynn dan aku paham kenapa.
Dan 21.03.2010 jam 02.48am saat
terindah dan bahagia aku bersama Chacha termetrai
secara rasmi apabila
kami sepakat untuk memulakan satu relationship.
Agak terkejut
dan mulanya macam tak percaya yang ketika itu hidupku
kini berteman.
Thanks Chacha
for that great moment.I will never forget that.


April 2010

Awal April aku dan GG ke Paroi untuk menyaksikan game bola antara
Selangor dan
Negeri Sembilan.Teringat apabila tayar kereta aku
tetiba bocor di tol Sungai Besi
dan kami berdua sedaya upaya cuba untuk
tukar tayar spare dalam panas terik.
Syukurlah ada seorang brader yang
mulia hati datang membantu kami untuk
tampal tayar yang bocor.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Paroi dengan selamat.

Then Chacha praktikal di Nilai dan aku hampir setiap hari ke sana
untuk bertemu insan
tersayang.Setiap petang selepas tamat kerja aku
pasti bertolak dari Puchong ke Nilai
untuk luangkan masa bersama Chacha.
Agak penat namun harus juga berusaha memandangkan
kami ketika itu
di awal usia relationship.
Ada beberapa sesi dating bersama Chacha yang
sangat bermakna.First date dinner
di restoran yang penuh lalat di Nilai.
Kemudian sesi karaoke di Alamanda bersama Ayna.
Pertama kalinya aku
bawa Chacha bertemu mak dan kemudian ke malam puisi bersama
Angah
dan Ajun.April sangat bahagia ketika itu.Dan satu-satunya kenangan terbaik

dalam tahun 2010 ini adalah ketika hari lahirku ke-28 bila ia disambut
bersama
Chacha.Thanks sebab sanggup datang dari JB untuk
celebrate birthday saya.Even aku tak
dapat hadiah apa-apa tapi
kehadiran Chacha ketika itu sudah cukup bermakna dan
candle lite dinner
with bolognese spagethi di ruang bilik dan dating di Muzium Negara
sangat
sweet untuk birthday tahun ini.Thanks again Chacha!



Mei 2010

Mei hanya dipenuhi dengan jadual kerja yang padat disamping rasa
rindu yang menebal
terhadap Chacha.Kami hanya berkesempatan untuk
berjumpa 2 atau 3 minggu sekali untuk
lepaskan rasa rindu.
Aku masih ingat kami makan sate lok lok dalam hujan renyai di
Ampang Park.
Juga sesi dating dan shopping di One Utama serta ke
Stadium Shah Alam
menonton bola.Drive sampai ke Kajang malam hari
untuk makan sate Haji Samuri.Kami juga
sempat layan gig hardcore di One Cafe
juga sesi shopping di Downtown.
Boleh dikatakan May hanya melibatkan kenangan
personal antara aku dan Chacha.




Jun 2010

Jadual dan bebanan kerja yang padat.Siang malam bekerja untuk
mencari duit.
Satu peristiwa menarik berlaku dalam Jun apabila aku
drive seorang diri
dengan baju kerja ke JB untuk bertemu Chacha.
Gerak ke sana dari office tengahari
dan sampai di JB petang harinya.
Sesi dating dan shopping bersama Chacha di sekitar
bandar JB.
Juga dinner bersama sahabatku Vee di Singgah Selalu JB.
Tak lupa
juga detik kelakar bila aku hentam tiang lampu ketika reverse
kereta sampai bumper
kereta aku kemek.hahahaha..
Dan perjalanan jauh aku ke JB ketika itu hanya kerna
aku mahu Chacha
peluk aku!Biar penat drive KL-JB balik hari tapi moment tu sangat
bermakna
dan aku akan ingat.
Jun juga berlangsungnya SKANKIN FEST dan aku
menikmati gig yang benar-benar
berkualiti daripada band-band ska dan
reggae yang aku minat.Plague Of Happiness
dan Johny Comes Lately
sangat awesome performance mereka.




Julai 2010

Julai lebih banyak dihabiskan dengan menonton game bola World Cup.
Hampir setiap
malam aku pastinya berjaga untuk menyaksikan
game yang menarik.Final World Cup
sangat seronok apabila Spain berjaya
menjadi juara.Satu feeling yang sangat
menarik bagi aku secara personal.
Apa yang menarik dalam Julaijuga bila aku dan Chacha ke PD untuk
sambutan Family Day
anjuran company aku bekerja.Sesi santai di pantai
dan resort sangat menarik.
Dan aku still ingat dress Chacha untuk annual
dinner malam berkenaan sangat awesome!
Consider a last date time kami
sedang hangat bercinta.Aku still ingat Chacha janji
untuk setia dan sedia
untuk kami get enggage next year kononnya.




Ogos 2010

Bulan puasa dan juga antara moment yang mencabar iman
dan kesabaran aku dalam
episod cinta aku dan Chacha.
Awal bulan saja sudah mencabar bila Chacha bagitau
kononnya
handphonenya rosak dan aku tak boleh nak contact dia melainkan
sesekali
Chacha call or text guna handphone kawannya
(tak perlu nyatakan nama).
Aku sangat
rindu Chacha waktu tu memandangkan kami tak jumpa
sebulan lebih.
Ketika itu sudah mula nampak tanda-tanda kecurangan
dan tidak jujur dan aku hanya
diam dan bersabar.
Ada beberapa sms yang salah dihantar dan gerak hati aku
yang sangat
tidak enak.Memandangkan bulan puasa aku hanya bersabar dan telan saja

segala rasa gundah dan curiga aku terhadap Chacha ketika itu.

Tak lupa aku bersengkang mata siapkan setiap chapter essay untuk
Chacha di tengah
malam.



September 2010

Last date aku dan Chacha di majlis berbuka puasa bersama rakan
sekelasku di SACC
pada 04.09.2010.Saat dimana betul-betul
menguji kesabaran aku.Cukup sekadar aku
nyatakan ia adalah saat
terburuk dan tersedih yang aku telan sepanjang relationship
aku
dengan Chacha.Namun aku sempat belikan Chacha baju
kurung untuk raya,anak patung
sebagai hadiah dan juga duit belanja
terakhir yang aku beri ketika aku hantar
dia sampai ke JB.
Cuma Allah je yang tahu apa yang aku rasa
ketika itu.
Syukurlah ada sahabatku Vee yang sudi temankan aku
berbuka puasa di Danga sambil
cuba tenangkan emosi aku yang
ketika itu amat koyak.Thanks Vee for that moment.

Aku still ingat aku dengan sedaya upaya tahan air mata supaya
jangan menitis depan Vee
tapi aku gagal jugak.Moment yang sangat
sedih waktu tu dan hanya Vee yang faham
kondisi aku ketika itu.
Aku drive pulang dari JB ke KL tengah malam
ditemani air mata
yang tak henti-henti menitis.
Aku cuma nak say terima kasih sangat-sangat kat Vee
sebab faham
dan tenangkan aku waktu tu.
Teruk kan Vee?Subhanallah!

Esok harinya setelah Chacha tak jawab call aku yang
berpuluh-puluh kali(dengan alasan
keluar dengan Cath) dan ditambah
rasa kecewa dan sedih aku memang buat aku rasa diri
aku sangat
bodoh waktu tu.Tepat jam 08.27am 07.09.2010 aku lepaskan Chacha
dan episod
sedih bermula semula.Koyak sangat waktu tu sampai
aku hampir hilang pertimbangan.Air mata
usah kiralah.
Terima kasih Chacha untuk satu kenangan dan relationship
yang bermakna.
I have to say that I love you even
u jahat terhadap i..Tapi at least u juga pernah buat
baik dan
bahagiakan i even untuk 5 bulan 2 minggu 3 hari.
Thanks and love u!
Kemudiannya aku ke Pekan Nanas untuk
berhari raya dan juga sesi pemulihan emosi
aku yang koyak
teruk bersama Suzie dan Vee.Juga tak lupa Mama June dan family.

Dan sesi berjumpa dengan mama Chacha juga
antara moment yang bererti juga
untuk September ini..
September sangat sucks!

September juga adalah hari lahir Vee ke-26(09.09.2010)
Happy Birthday Vee!




Oktober 2010

Awal Oktober sahabatku Vee datang ke KL dan kami
sempat jugalah jumpa dan spend masa
sesama.
Teringat juga bila aku salah hantar Vee ke Jusco Maluri
(sebenarnya Vee nak ke
Jusco Cheras Selatan)..
kelakar juga bila tengok reaksi Vee nak nangis akibat takut

mungkin..hahahaha..dan tak pasal-pasal buka dashboard
kesan daripada nervous yang
gagal dibendung..hahahaha..
Jujurnya Oktober jiwa aku sangat kosong dan sangat koyak.

Hampir setiap hari aku hanya bersendirian dalam bilik
sambil terkenangkan kenangan
aku bersama Chacha.
Performance kerja masa tu pun
agak teruk dan minda dan emosi
aku terjejas teruk juga.
Kemudian teringat juga bila aku,GG dan rakan-rakan bertempur
dengan mat-mat Budu
ketika perlawanan bola antara Selangor
dan Kelantan di Stadium Shah Alam.
Satu pergaduhan
yang agak besar dan dasyat sehingga ramai
juga yang bermandi darah malam itu.
Hari demi hari dalam
Oktober sejujurnya aku berperang dengan emosi untuk tidak

terlalu depress dan mengingati Chacha.Setulusnya aku rindu Chacha
sebenarnya.
Mujurlah aku still ada sahabat yang selalu remind aku
agar aku tak terlalu tertekan
dan murung.



November 2010

November hanya dipenuhi dengan jadual kerja siang
dan malam.Aku saja mahu diri aku sibuk
agar aku dapat
lupakan segala kisah sedih dan pedih aku.
Kondisi aku bertambah baik
dan mula realistik untuk
terus survive dalam hidup.Aku juga hadir ke Showcase Gerhana

Ska Cinta dan ia sangat awesome.Comeback GSC yang aku tunggu
sekian lama dan
aku sangat enjoy malam itu.Aku juga merindui
Suzie dan family dan Chacha.Cuma aku mampu doakan yang
terbaik
untuk mereka di sana.
Aku juga ditukarkan ke company baru dengan beban kerja
yang semakin bertambah.

Setiap hari aku bekerja siang dan malam untuk duit dan
kepuasan diri.
Hujung November aku ke PD bersama Fiffy
dan rakan-rakannya untuk satu sesi
melupuskan kisah sedih
yang aku simpan dan pendam selama ini.

What a great moment juga even aku sebenarnya masih
teringatkan Chacha.
November juga menghadirkan hari
lahir Suzie ke-26(12.11.2010) dan Angah ke-31(13.11.2010)

Happy Birthday for both u darls!


Disember 2010

Penutup tahun 2010 agak menarik dan mencabar juga.
Disember dipenuhi dengan pelbagai kisah suka
dan duka..
Awal Disember secara rutinnya dihabiskan dengan
komitmen kerja.Memandangkan
aku dalam company baru
dan aku harus rajin untuk terus belajar satu system yang baru.

Kemudian aku mendapat satu khabar yang sangat menggembirakan
bila aku ditawarkan
untuk ke AUSTRIA bagi menjalani kursus
bersama SKIDATA di Salzburg awal Februari nanti.

Jujurnya aku sangat gembira dan bersyukur sangat dengan
perkahabaran itu.Dan wujud
satu rasa semangat dan motivasi
dalam diri aku berkenaan soal kualiti kerja dan hidup aku.

Aku cuma mahu buktikan kepada diri sendiri yang aku
juga mampu untuk berjaya teruskan hidup
dengan bagus
selepas kecewa teruk sebelumnya.
Kemudian hujung Disember
motosikal baru aku hilang dicuri pula.Pada mulanya aku agak

marah dan stress tapi aku juga harus positif dan serap rasa marah
aku untuk
redha dan menerima mungkin ia adalah dugaan yang
Allah beri kepada aku sebagai
laluan untuk sesuatu yang lebih
baik di masa akan datang.
Sehari dua sebelum penghujung
Disember aku ke Thailand selepas satu urusan kerja di
Pulau Pinang.
Satu pengalaman yang menarik juga di wilayah selatan Thailand
aku
agak impress dan terkejut juga dengan persekitaran di sana.
Apa yang boleh aku katakan industri perempuan di sana agak dasyat.
Satu kenangan yang menarik juga memandangkan ia pertama
kali aku jejakkan kaki
di bumi Thailand.


Setahun telah pun berlalu.Meninggalkan secebis kenangan
dan pengalaman
untuk aku nilai dan bawa ke tahun berikutnya.
Banyak perkara yang berlaku
dan penting untuk aku renung agar
aku dapat terus survive dalam hidup.
Kehidupan ini adalah satu
proses pembelajaran dan ia harus diteruskan
tak kira masa dan
tempat.Aku melihat dan melalui pelbagai peristiwa

dan perkara yang mana pengalaman itu aku harus simpan untuk aku
lebih realistik dan menjadi seorang yang makin matang untuk
meneruskan hidup.
Ada perkara positif yang aku perlu ambil
dan memotivasikan diri sendiri
dan perkara negatif yang aku harus
jadikan pengajaran agar tidak
berbuat silap lagi di masa hadapan.
Aku menilai kehidupan 2010 dalam pelbagai aspek dan aku bangga
dengan persahabatan
aku dengan sahabat-sahabat yang sangat
mulia hati mereka.Hanya ucapan terima kasih
tanda penghargaan
terhadap segala perhatian dan nasihat yang kalian beri
tak kira
waktu susah atau senang.
2010 juga menerbitkan satu lagi kisah
cinta yang mana secara personal
buat aku berfikir dan belajar
tentang pelbagai perkara.Aku tidak mahu meletakkan

kegagalan relationship aku dengan Chacha atas silap atau
khilaf sesiapa.Cuma
yang aku dapat belajar daripada apa yang
berlaku adalah sebuah kejujuran
dan kesetiaan disamping jangan
berlaku terlalu baik dengan orang.
Dengan tulus hati aku juga mahu
merakamkan rasa insaf dan maaf terhadap Chacha
sekiranya ada
salah dan khilaf yang aku lakukan sepanjang usia relationship

kami.Aku bukan manusia yang sempurna seperti malaikat.
Aku maafkan Chacha atas
apa yang berlaku dan halalkan segala
pemberian yang aku berikan kepadanya.
Dari aspek kerjaya aku
merasakan ia sekadar sederhana namun aku harus berbangga

dengan kualiti kerja dan peluang yang diberikan.
Aku berharap dapat bekerja
dengan lebih baik di masa yang akan
datang dan menjadi seorang working class
yang berguna kepada semua.

Ucapan terima kasih dan rasa kasih sayang teristimewa buat
Azizi..Rizal Effendy dan family..
Adaviah..Suziana & Mama June
dan family..Raja Nuraina..Fazleena & Fariza dan family..

Nurul Hafiana..Mama Ruziah dan family..Cathrine & Nanai..
Sharpshooter family..
Skudap Skudip family..sahabat-sahabat di JB..
Qayum dan Redemption family..
All the skinheads and reggae family..
serta sahabat-sahabat yang mungkin aku tak sertakan nama
kalian yang
mana banyak membantu aku untuk terus survive
dalam hidup..thanks untuk my beloved Myvi APRIL..
Travis..
Eisley..311..Marketa Irglova dan Glen Hansard..Skalariak..
Plague Of Happiness..
Gerhana Ska Cinta..The Official..
Pure Vibracion untuk karya muzik kalian yang motivate aku..

Metro Equipment Systems dan Smart Parking Management Systems..
Encik Izani..Encik Rahim..
Ihsan dan rakan sekerja yang lain..
juga untuk brigade Selangor Red Giants fans yang sama-sama
enjoy
erti bolasepak..tak lupa para exgirlfriend aku..
Khairunisa..Nurhafiza..Ara..Nadya dan yang
paling baik hati Suhaida..
thanks untuk segala kasih sayang dan perhatian kalian..

yang termulia ibu dan ayah..Nasaruddin Mohd Noor & Asimah Rein
serta adik-adik..
Herfizul Azli & Rosma Nabila juga sekalian family
yang faham diri aku..
yang tahu menilai baik dan buruk HERFIZUL AKMA..

Love u all!Allah will bless you!

HAPPY NEW YEAR!!!SELAMAT DATANG WAHAI 2011!





~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com