Wednesday, November 23, 2011

~Mak..eden dah tak sabar! ;)

Di hujung minggu yang lalu.
Di sebuah kenduri kahwin saudara sepupuku..

Para barisan makcik dan pakcik..sepupu dan sepapat..
Kerap kali menyerang dengan satu soalan..

'KAMU BILA LAGI NAK KAHWIN??'

Aku hanya salam cium tangan mereka..
Dengan senyum kambing aku menjawab ringkas..

'BULAN 1 NANTI SAYA AKAN TUNANG!'

Dan para barisan makcik dan makcik tersengeh..
Barangkali lega atau gembira dengan jawapan yang aku berikan..

Untuk itu dengan rasa ikhlas aku ingin nyatakan..
Aku akan bertunang tak lama lagi..
Dan tak sabar untuk berkahwin sebenarnya..
Aku sudah jumpa pasangan impian aku..
Yang aku cinta dan sayang..
Doakan aku..
Kerna aku juga manusia yang normal..
Yang butuh hidup berpasangan..

P/S:Mak..tak sabar nak tunang ni..eden dah tuo ni mak!hahahahahaha

Tuesday, November 22, 2011

~Natrah-Sebuah Memori Indah yang berdarah~


Assalamualaikum.Agak lama tidak meluangkan masa untuk menulis dalam laman blog persendirian ini memandangkan batasan masa dan tiada isu menarik untuk dijadikan bahan penulisan.Namun baru-baru ini aku tertarik dengan satu bahan bacaan yang benar-benar menarik minatku untuk menghabiskan waktu untuk membaca dan mentalaah tentang suatu kisah atau memori lampau.Natrah..sebelum ini aku langsung tidak tahu akan Natrah..siapakah Natrah apatah lagi kisah atau trilogi Natrah..aku tidak pernah ambil tahu sekalipun kecuali pernah terdengar akan nama ini melalui permentasan teater oleh artis tanahair kalau tidak silap..Namun hati aku jadi tertarik setelah membaca ruangan kecil di akhbar akan kepulangan cucu seorang kulit putih bernama Natrah ke Kemaman baru-baru ini..Disebalik kepulangan itu dinyatakan terjadinya suatu peristiwa yang dasyat melanda Singapura dan Tanah Melayu suatu ketika dulu..Jadi aku tertanya dalam hati..'Hebat sangatkah insan bernama Natrah ini?'..
Lalu didorong rasa ingin tahu dan minat untuk mengkaji sejarah aku gagahkan diri untuk membeli sebuah naskah tulisan Fatini Yaacob yang berjudul Natrah-Cinta.Rusuhan.Airmata.Aku mendapat tahu akan naskah ini setelah membuat sedikit bacaan dan kajian personal melalui internet dan melihat sendiri video youtube yang berkaitan dengan isu Natrah..
Aku membaca satu persatu bab dalam penulisan Fatini Yaacob ini dengan minat yang mendalam.Sambil bersantai dalam bilik aku cuba untuk mengetahui apa yang berlaku di tanah airku sendiri ketika zaman datuk nenekku dulu..Aku mungkin anak muda zaman 90an namun tak salah rasanya untuk aku kembali ke zaman terdahulu untuk menjejak suatu kisah hebat yang pernah berlaku yang menyentuh emosi seluruh umat bangsaku dulu..
Jadi setelah membaca dan faham aku terdetik untuk menulis sedikit di sini mengikut persepsi peribadiku sendiri tentang kisah Natrah ini..

Berikut adalah pandangan peribadiku mengenai kisah Natrah..

Terlebih dahulu sebagai hamba Allah dan seorang Islam aku ingin memanjatkan doa dan Al-Fatihah untuk setiap yang telah pergi yang mana terlibat dalam kisah Natrah ini termasuk Natrah sendiri..
Bagi aku Natrah adalah simbol wanita hebat dan cekal..Seorang perempuan berkulit putih yang awalnya mengamalkan budaya Melayu dan amalan Islam dalam hidupnya tetapi dipisahkan dengan kejam kerna undang-undang ciptaan manusia..Natrah telah diketepikan haknya sebagai manusia yang berhak memilih untuk hidup bahagia bersama insan yang disayanginya dan berhak untuk mengamalkan amalan agama yang dipilihnya sendiri..Bagi saya memang sukar untuk menolak atau melawan undang-undang yang digunapakai ketika itu memandangkan Singapura ketika itu adalah sebagai Tanah Jajahan British namun dimanakah perginya pertimbangan dari segi humanity dan nilai kasih sayang dalam diri manusia itu sendiri..Kita tolak usur bangsa dan agama namun kita bicarakan tentang unsur asas manusia..Natrah berhak untuk hidup bahagia tanpa mengira soal bangsa dan warganegara..
Aku jadi kasihan dan simpati dengan penderitaan emosi yang terpaksa ditanggung oleh Natrah sepanjang hidupnya disebabkan perpisahan yang dicipta oleh agenda barat ketika itu.Bagi aku Natrah menjadi mangsa keadaan yang mana dia menjadi perebutan untuk memulihkan nama kerajaan Belanda yang ketika itu luntur akibat kalah perang di bumi Indonesia..
Di pihak bangsa Melayu beragama Islam Natrah telah dirampas akidahnya secara paksa dan sentimen agama inilah ditambah dengan rasa benci terhadap penjajah ketika itu membuatkan tercetusnya rusuhan yang dasyat di Singapura..
Tidak perlu mengulas lanjut atau secara detail di sini kerna anda perlu baca naskah Fatini Yaacob yang amat bagus ini untuk memahami kisah Natrah..
Aku menulis sebagai seorang insan yang ingin belajar akan sejarah dan sebagai seorang manusia yang simpati dengan nasib seorang wanita yang teraniaya kerna pertembungan bangsa Melayu-Barat/Belanda..Islam-Katolik..kasihan sungguh Natrah!
Kepada Natrah@Nadra@Huberdina Bertogh@Bertha..Mansor Adabi..Che Aminah dan pejuang bangsa yang lainnya kalian adalah insan mulia..kepada yang telah pergi ataupun terkoban akibat rusuhan ketika itu aku hadiahkan doa agar kalian tenang disamping Tuhan di sana..
Natrah adalah simbol kekuatan jiwa dan perpaduan Melayu yang unggul..
Al-Fatihah untuk kalian semua..


Inilah bahan bacaan yang menarik minat aku tentang kisah Natrah

Natrah@Nadra@Huberdina Bertogh@Bertha

Natrah bersama Che Aminah-ibu angkat Natrah

Foto perkahwinan Natrah bersama Mansor Adabi yang
mencetus kisah gempar di seluruh dunia ketika itu..

Ketika perbicaraan mahkamah di Singapura..

Foto inilah yang mencabar akan bangsa Melayu/Islam
ketika itu yang mendorong tercetusnya Rusuhan Natrah 1950

Rusuhan Natrah 1950

Friday, September 23, 2011

~Teater Juta Juta = Idea anak muda yang juta juta~


Al kisahnya malam tadi buat pertama kalinya dalam hidup aku pergi untuk menonton teater.Biarpun pada awalnya kerana salah seorang pelakon di dalam permentasan teater itu adalah kakak aku dan juga pujukan oleh buah hati aku.Namun dengan hati yang rela dan pasrah aku gagahkan juga hati dan langkah untuk pergi menonton permentasan teater ini.Tajuk permentasan teater ini adalah TEATER JUTA JUTA.Aku sendiri pun tak tahu apa dia dan kenapa dia juta juta?Jadi aku redah juga lah untuk tahu mengapa ia menjadi juta juta sebagai judul permentasan?
Dengan dress skinheads berserta boot Dr Martens aku ke Dewan Bahasa dan Pustaka bersama buah hati Saudari Sazzy Salleh yang beria bersemangat untuk menonton permentasan teater ini.Aku masih lagi blur dengan hati pasrah dan rela..hahahahaha..Dalam hati aku terdetik 'kalau pergi layan gig takpela jugak'..hahahahaha..
Sampai saja di DBP terus berjumpa dengan Saudari Fariza Hishamuddin untuk claim tiket.Dia senyum dan mungkin bangga atau mungkin juga tak percaya melihat aku datang untuk menonton teater..Dan aku dengan saudari buah hati hanya mundar mandir kemudian ke tandas kemudian duduk di kerusi panjang kemudian hisap rokok sambil menunggu bermulanya permentasan teater ini.
Crowds yang hadir agak ramai juga..(walaupun tidaklah seramai beribu orang seperti Muzikal Teater Puteri Gunung Ledang)..dan aku dapat melihat jenis crowds yang hadir adalah pelajar-pelajar atau bekas pelajar jurusan teater juga..dan mungkin juga yang hadir adalah kawan kepada kawan dan kawan..Jadi aku masih menganggap diri aku yang hadir sebagai orang luar yang secara total buta akan seni teater ni.
Permentasan bermula.Aku bersama saudari buah hati duduk di sisi sudut ngam ngam bawah lampu suluh tepat kat muka..hahahahaha..so taklah dituduh berdua-duaan di dalam gelap..hahahaha..dengan dahi berkerut pada mulanya aku cuba untuk tangkap dan faham akan jalan cerita dan apa yang cuba disampaikan oleh pelakon-pelakon(3 orang je pelakon)..Lontaran suara orang teater ni agak lantang juga kan..berbingit juga telinga..Ingat lagu oi je yang bingit..hahahaha..
Nak dipendekkan cerita permentasan teater juta juta ini adalah teater pelbagai scene.Dari depan ke belakang kemudian ke tengah kemudian ke atas kemudian ke belakang..Agak biol juga kepala aku nak tangkap.Namun disebabkan aku ni jenis brilliant dan genius aku dapat juga faham..hahahaha..Apa yang aku lihat banyak juga kritikan-kritikan pedas secara indirect yang dilontarkan oleh 3 pelakon ketika permentasan.Target mereka adalah pelbagai jenis manusia di dalam industri teater itu sendiri termasuk diri mereka sebenarnya.
Ada juga gelak tawa..memek muka yang kelakar..muzik dan nyanyian sikit-sikit..prob yang disusun sendiri..lighting yang simple..dan apa yang pasti aku lihat semua crowds macam enjoy akan permentasan ini.
Ia teater anak muda.Ia teater kritik sosial.Ia teater bantai dan hantam.Ia teater cambahan idea rebel anak muda.Ia teater gelak tawa.Ia teater kesungguhan anak muda.Dan ia bukan teater yang tipikal.
Jadi syabas buat seluruh pasukan produksi Teater Juta Juta.Anda mungkin takkan kaya dengan memperolehi kutipan duit tiket juta juta dengan permentasan ini tapi anda tetap berjaya dengan idea yang juta juta.Well done!Thumbs Up!
Credit untuk saudari buah hati Sazzy Saleh yang beria pujuk saya untuk menonton teater..saudari Fariza Hishamuddin yang promote dan jual tiket kepada saya dan saudari Fazleena Hishamuddin yang terkinja-kinja di pentas sana untuk kepuasan semua crowds.Cheers!

PS:Gambar kat bawah ni pun aku rembat dalam facebook teater juta juta..hahahahaha..promote sikit boh!


Friday, September 9, 2011

~i will live and die for Selangor-Mokhtar Dahari~

Edisi Piala Malaysia 2011 telah pun membuka tirai dan kesemua pasukan yang layak bertanding musim ini telah mengharungi perlawanan yang pertama pada hari selasa yang lalu..Sokongan aku semestinya kepada pasukan negeri kesayanganku Selangor Red Giants..Namun pada perlawanan yang pertama lalu Selangor tewas 0-1 kepada T-Team di Kuala Terengganu..Masih ada lagi 5 perlawanan berbaki di peringkat kumpulan dan perjuangan untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia yang ke-33 masih belum tamat..Come On You Selangor!!!
Menjelang pertemuan yang kedua esok hari menentang pasukan PDRM aku tiba tiba teringat akan kenangan masa kecil dulu mengenai Piala Malaysia khususnya yang melibatkan pasukan Selangor..
Piala Malaysia banyak sejarahnya..terlalu banyak keistimewaanya dan kesemua pasukan terlalu ingin untuk bergelar juara Piala Malaysia ini..dan yang pastinya Selangor telah mempunyai 32 kejuaraan secara total sejak Piala Malaysia dipertandingkan pada 1921..Tiada lagi pasukan lain yang mampu menandingi rekod kejuaraan yang dicipta oleh pasukan merah kuning ini..Bukan mahu mendabik dada namun aku berbangga dengan nama Selangor bila bercerita tentang sejarah Piala Malaysia..
Final Piala Malaysia pertama aku adalah ketika Selangor menentang Johor pada 1991 di Stadium Merdeka..ketika itu baru berusia 9 tahun..dengan hujan lebat basah kuyup aku ke Stadium Merdeka bersama ayah..Ayah memang merupakan fans Selangor yang kental..dan ayah lah yang mengajar aku tentang bolasepak dan Selangor..Kami ke Stadium Merdeka menaiki motosikal Yamaha 80 dengan basah kuyup..Suasana di Stadium Merdeka sangatlah meriah padat dengan kehadiran kedua-dua penyokong baik merah kuning untuk Selangor dan merah biru untuk Johor..Namun Selangor tewas 1-3 malam itu dengan kehebatan Ervin Boban dan rakan-rakannya buat aku kecewa yang teramat..Tapi tidak salah aku itulah perlawanan terakhir yang menampakkan kehebatan pasukan Johor dan tidak lagi lahir ketika ini..
Kemudian perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 1992 Selangor menentang Pahang di Stadium Merdeka juga menarik..Menang 4-1 dan suasana riuh dengan sorakan serta warna warni merah dan kuning..dan aku mula memahami cara menyokong ketika itu..
Setelah meningkat remaja final Piala Malaysia seterusnya adalah pada 1995,1996,1997..Treble yang berjaya dilakarkan oleh Selangor untuk 3 tahun berturut-turut..Ia memori indah ketika Stadium Shah Alam mula menjadi venue rasmi untuk pasukan Selangor..Aku masih ingat lagi jaringan kemenangan yang dijaringkan oleh David Mitchell pada tahun 1995 menentang Pahang..Kemudian debaran sepakan penalti menentang Sabah yang diakhiri kemenangan hasil jaringan Talib Sulaiman pada tahun 1996..tahun berikutnya 1997 Selangor sekali lagi menewaskan Pahang hasil jaringan kemenangan Christoper Kiwomya kalau tak silap aku..Ya Tuhan gembiranya rasa untuk ketiga-tiga edisi final ini..Final terbaik yang pernah aku lalui ketika zaman remaja dulu..(pergi ke stadium menaiki bas KL-KLANG NO 51)..
Zaman kecermelangan berikutnya hadir ketika skuad yang juga membariskan Bambang Pamungkas dan Ellie Aboi selaku pemain import..tidak lupa Brian Fuentes yang juga menyumbang kepada kejuaraan Piala Malaysia terakhir Selangor pada tahun 2005..
Kini Piala Malaysia kembali lagi..dan Selangor memburu misi ke 33 untuk membawa kembali Piala Malaysia ke bumi Darul Ehsan..Harap berjayalah untuk skuad kali ini..Aku dan rakan-rakan yang semakin meningkat umur masih lagi setia ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan kesayangan kami..Gate 11 menjadi saksi menang dan kalah kami tetap hadir..Cuma sayangnya aku masih kecil untuk menyaksikan akan kehebatan Arwah Mokhtar Dahari ketika zaman kecemerlangan beliau dalam edisi Piala Malaysia..
Best of luck Red Giants!Kembalikanlah sejarah hebat Merah Kuning untuk misi ke-33 ini..
-ANTIFA GATE11-

THESE ARE MEMORIES OF THE GREAT RED GIANTS!!

Karel Stromsik with Zoran Nikolic with Selangor-1989-1990-


Ervin Boban hurt me during final Malaysian Cup 1991


Selangor team during final Malaysian Cup 1972


Arwah Mokhtar and mates..Champion Malaysian Cup 1978


The last Malaysian Cup for Arwah Mokhtar Dahari 1986


vs Pahang Semi final Malaysian Cup


Karel Stromsik and Ismail Ibrahim vs Pahang

Thursday, September 1, 2011

~Coretan Aidilfitri saya(via Blackberry) ;) ~

Bila ramai orang menulis tentang kisah dan pengalaman berhari raya hati saya juga terdetik juga untuk mencoret sedikit kisah tak seberapa versi sendiri.Tapi maaf entry ini ditulis melalui handphone memandangkan office tutup kosong sebab semua orang cuti beraya.Jadi saya tak tahu hasil tulisan ni bagaimana.Tulisan kecil besar tebal nipis kira halal lah ye..hehehe. Berakhirnya Ramadhan yang agung disambut dengan kehadiran Syawal yang mulia..Hari kemenangan bagi seluruh umat Islam dan hari kesucian untuk kita semua mensucikan diri secara fitrah..Salam kemaafan dihulur dengan harapan segala khilaf dan dosa sesama insan dapat dimaafkan..Ketepikan perasaan benci,buruk sangka!kedengkian..Biar menjadi satu kelengkapan setiap amalan pada Ramadhan diterima Tuhan dan kemaafan pada Syawal disambut sesama muslim.. Ucapan Selamat Hari Raya sana sini dimana umumnya setiap orang riang bergembira meraikan Aidilfitri bersama seisi keluarga,rakan taulan dan sahabat handai..Anak-anak perantau bergerombolan memandu untuk pulang ke desa meraikan hari mulia..Lagu-lagu raya kedengaran di corong radio memeriahkan mood untuk berhari raya.. Aidilfitri disambut sederhana oleh saya..Seperti sebelumnya saya memilih untuk meraikannya bersama mak dan adik-adik..Memandangkan mak dan ayah dah lama berpisah jadi terdapat konflik dalam pemilihan untuk beraya di mana atau dengan siapa diantara mereka berdua.Pilihan lazimnya selalu berpihak kepada mak lah disebabkan mak kan ibu tunggal setelah perginya bapa tiri saya..Dan beraya dengan mak bermakna beraya di kota berbanding kalau memilih untuk beraya bersama ayah yang akan wajib di kampung halaman ibu tiriku..Bukan ada unsur sentimen atau berat sebelah tapi sejujurnya aku memang tidak berapa selesa untuk beraya di kampung.Maaf statement ini hanya statement peribadi saya tanpa ada niat untukl mengguris perasaan anak anak kampung yang lain amnya..Anda berhak gembira untuk beraya bersama famili anda di kampung dan itu keindahan bagi anda semua.Cuma tidak bagi saya kerna saya memang sejak lahir dan kecil beraya di kota.Jadi keselesaan saya lebih kepada memilih untuk meraikan hari raya di kota..(Sebenarnya saya memang tidak mahu memilih kalaupun saya ada pilihan untuk beraya di kampung)..hehehehe.. Jadi beraya di kota sambutannya sederhana saja.Meriah juga dengan gelak tawa dan hadirnya saudara mara sepupu sepapat yang serba cantik dan kacak.Famili saya memang orang bandar jadi sambutan raya di sini masih agak meriah sama kot seperti di kampung..Telatah dan usik mengusik sesama sedara mara juga buat kami gelak gembira..Alhamdulillah raya kali ini agak lebih ceria kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya..Saya hampir setiap masa tersenyum girang dan rasa bahagia dengan sambutan raya tahun ini..Tiada setitis pun airmata mengiringi Aidilfitri kali ini..Bukan tidak sedih atau touching ke apa tapi saya berasa memilih untuk jadi ceria dan gembira itu berhak untuk saya kali ni..Dan lebih bahagia apabila hadirnya kekasih hati saya yang sudi beraya bersama seisi famili.Masuk dalam famili dan melihat sendiri telatah kami..Turut serta dan sambutan raya famili saya.Oh ya saya bersyukur kerna kami dekat amat dan ia mudah untuk kami berdua berjumpa dan mengunjungi famili masing-masing..Raya di Petaling Jaya best juga apa!hehehehe..Terima kasih Norsazita Saleh dengan kehadiran kamu dalam famili saya..dan terima kasih juga untuk famili kamu yang sudi menerima kehadiran saya dengan senang hati..Alhamdulillah! Banyak juga aktiviti raya di kota ini kali ini tapi memandangkan nak taip guna handphone ni banyak betul dugaannya dengan tit tot tit tot bunyi mesej bbm dan facebook maka postponelah ke episod yang seterusnya ye!hehehehehe..Terima kasih semuanya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri anak kota dan anak perantau serta anak desa!We deserved to be happy on the great day!Love all you!And May Allah bless all of You!

Monday, August 22, 2011

~Ramadhan 2011.. ;)

Ketika entry ini ditulis sudah pun menjangkau 22 Ramadhan.Yakni selang beberapa hari lagi bersilih ganti dengan kehadiran Syawal..Ramadhan tahun 2011 ini agak sederhana dan biasa-biasa saja.Cuma yang berbezanya dengan hadirnya Cik girlfriend yang sudi menemani hidup aku kini.Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini..Masa yang terluang kadangkala diluangkan untuk berbuka puasa bersama si dia..Jadi secara peribadi Ramadhan kali ini agak lebih baik dari segi pembentukan emosi aku berbanding dengan tahun yang lalu..Bazaar Ramadhan Bandar Baru Ampang menjadi saksi di mana petang harinya aku dan si dia sering tapau Taufu Fa..murtabak daging..Nasi Lemak Ayam(ni favourite girlfriend aku)..dan air mata kucing..Jadi menu-menu sedemikian bagaikan rutin untuk kami berdua setiap kali membeli di Bazaar Ramadhan..

Ramadhan kali ini juga aku tak dapat lagi membantu ayah untuk meniaga Roti John di bazaar..Jadual waktu kerja yang kerap balik lewat buat aku serahkan mandat untuk bungkus roti john kepada adik aku yang lain..hehehehe..Jadi Pak Din Lam Soon dan generasi baru tetap terus berjuang untuk jualan roti john beliau..

Aktiviti malam lebih kepada kerja part time di Hilton KL..sedikit sebanyak dapat jugalah rezeki tambahan menjelang kehadiran hari raya nanti..

Hujung minggu pula lebih kepada aktiviti shopping baju dan kelengkapan raya baik bersama cik girlfriend mahupun bersama mak..Kalau dah ikut perempuan pergi shopping faham faham jela mesti sampai lebam..hahahaha..beli belum tentu pilihnya berjam jam..adoyai..

Ramadhan kali ni tiada majlis berbuka sesama rakan tidak kiralah rakan sekolah ke..rakan kolej ke..apa jenis rakan ke..memang aku takde mood nak join apa jenis majlis berbuka tahun ni...

Ringkas saja Ramadhan kali ini..Moga amalan diberkati Tuhan..Tidak banyak sedikit pun kita cuba untuk beramal di bulan yang mulia ini..Meriahnya Ramadhan dengan amalan solat tarawikh dan bacaan Quran..aneka makanan di bazaar..gelagat orang tak puasa..gelagat orang bersiap untuk berhari raya..anak kecil main bunga api dan mercun..

Cuma yang tak bestnya Ramadhan sekarang ini sudah terlalu susah nak jumpa kad raya..Kalau tahun lepas aku dapat 2 keping kad raya ramadhan kali ini aku berjaya juga dapat sekeping..tu pun daripada syarikat barangan kemas..bukan daripada rakan taulan..hahahaa..

Zaman kini kian berubah..Jadi sambutan Ramadhan sedikit sebanyak berubah juga dari segi cara dan pembawakan..Kenangan Ramadhan akan dibawa ke tahun berikutnya..Moga Tuhan panjangkan umur kita dan kurniakan kesempatan untuk kita berjumpa dengan Ramadhan lagi nanti..Ramadhan itu indah sebenarnya..Emosi dan hati kita dekat dengan Tuhan..Jahat dan nakal macam mana pun kita ramadhan buat kita rasa senang untuk mendekati tuhan..

Dengan Syawal bakal tiba..Lebaran bakal muncul pula..Ucapan kemaafan ditujukan sesama insan..sebagai kifarah segala khilaf dan dosa kita..Semoga kita semua bakal merasa gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri..kepada yang memandu untuk pulang ke kampung berhati-hati lah..pandu kereta dengan cermat dan guna kepala otak..hargai nyawa semua agar kita tidak bersedih di saat orang lain gembira dan ketawa riang...

Salam Ramadhan..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Pecah Kaca Pecah Gelas..Lantak Pi Lah Kat Gelas tu!!hahahaahahhahahahaha

Aku dan Cik Girlfriend possing ala-ala raya gitu..

Ni gambar di suatu malam ramadhan ketika
aku sedang kerja..hehehe..Lisa cun wooo!

Ni gambar raya tahun bila ntah?3 tahun lepas kot ngan Angah!

Gambar kat bawah ni pun sama..ngan Ajun.. ;p

Thursday, August 11, 2011

~Football Travel:Singapore~

Dah agak lambat nak post entry ni..since dah ada masa dan ruang aku taip juga mana yang aku ingat..Oh ya ia berkaitan dengan football travel aku bersama sahabat baik aku GG ke Singapura tempoh hari untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Singapura..
Perjalanan ke kota Singa adalah dibawah naungan Selangor Soccer Fans Club(SSFC) dimana SSFC dimandatkan untuk membawa sebilangan kecil penyokong Malaysia untuk bersama menyokong ke Stadium Jalan Besar,Singapura..
Jadi travel trip kali ni lebih bercorak rombongan Kak Kiah..tiada unsur hooligans atau firm ke apa..lebih kepada rombongan berpersatuan..aku tolak ketepi soal itu bagi aku yang pentingnya dapat aku ke Singapura untuk kali ketiga..
Jadi bergeraklah kami menuju ke kota Singa dengan hati yang riang dan duit di dalan wallet yang tak seberapa..hahahaha..ada lah dalam 150 Sin Dollar..hahahahaha..
Salah satu tujuan kami berdua ke Singapura selain daripada untuk game bola adalah untuk menziarah butik Ben Sherman dan kedai akak..(GG nak beli Harrighton)..so sesi ke Singapura adalah santai santai saja..tanpa ada unsur keganasan dan kerakusan..
Tibanya kami di bumi Singapura kami terus ke destinasi yang ingin dituju..kami berlegar legar dan menaiki MRT untuk ke Orchard Road..MRT train lebih kurang sama dengan LRT Putra kalau di KL..agak padat dengan manusia..cuma yang canggihnya MRT ia semuanya di dalam tunnel..dan keluar je kat station terus jumpa shopping complex..tak la kagum sangat cuma ia agak menarik..
Kami ke satu shopping complex..aku tak ingat nama..Paragon Mall ke apa ntah..lalu ke butik Ben Sherman..perghh!jadi batak aku jap bila tengok bermacam jenis kemeja yang lawa lawa..kaki gegel sebab excited..hahahahaha..nasib duit tak berapa nak ada..tapi for sure aku akan datang balik untuk shopping nanti...buat barang hantaran tunang woo!hehehehe..Lepas tu kami naik teksi ke Peninsular Complex kat Coleman Street apa ntah..hahahahaha..GG nak beli stuff kat kedai akak..(dah macam kat Campbell Complex kat KL je)..so banyak juga kedai yang jual Dr Martens boots..lawa lawa juga...
Menarik perhatian aku adalah cara layanan pemandu teksi di sana..Mereka bukan saja ramah malah jujur juga..majoriti yang bawa teksi di sana berbangsa Cina..jadi aku dan GG speaking Omputeh London la dengan pemandu teksi tersebut..public service yang diberikan amat bagus dan kami berdua amat selesa sekali..bukan nak membandingkan tapi kalau kat KL adakah keadaan sama sebegitu rupa kalau anda naik teksi warna merah Proton Iswara?Renungkanlah..
Sampai di Stadium Jalan Besar sekitar jam 5 petang dan kami decide untuk mandi di swimming pool kat sebelah stadium tu je..kena bayar dalam 2 Dollar..apa yang menarik pemerhatian aku kat tempat mandi tu..orang Singapore tak kira bangsa dengan tanpa segan silu selamba bogel masa dalam shower..kecik besar semua selamba radak je bogel..berbulu ke togel ke sunat ke kulop ke semua selamba..hahahahaha..so kat sini aku buat tanggapan penerimaan dan keterbukaan civic mereka agak di tahap berbeza dengan kita..well done dude!hahahaha
Malas nak cerita tentang game bola..sebab kalah..dan main pun shalala je..
Cuma nak dinyatakan misi travel kali ni adalah misi pendamaian dalam sokongan bolasepak..persahabatan tidak mengira warganegara..tidak kira warna kulit dan bangsa..asalkan perangai cantik dan tak menggelabah..so bendera ANTIFA tersergam indah di bumi Singapura tanda sokongan kami kepada gerakan Anti-Fascism dan perkauman..
Tapi apa yang jadi selepas game di luar stadium lain pula..bila dua puak dari dua negara berbeza berkonfrantasi sesama mereka..baik Harimau mahupun Sang Singa..lantaklah korang..nak berentap ke..nak bertumbuk ke..aku datang sebagai penyokong bolasepak yang ada maruah tinggi dan menghormati peraturan dan undang-undang negara lain..Tidak kiralah di pihak Lion City Firm/Skinheads atau KLC atau pun Ultras Malaya ke..lantak korang la...kami barisan ANTIFA tetap dengan pegangan setiap insan harus dihormati dengan persahabatan yang bagus...tapi jangan kerna kami pakai Dr. Martens atau botak kami di cop sebagai pro negara lain..kami juga punyai jiwa dan cinta terhadap negara sendiri cuma kami taklah nasionalisme sangat macam kalian..kami ada pertimbangan sendiri dan membuka sedikit garisan sempadan agar kita sesama manusia bisa hidup aman sentosa..So KLC..watch out!Just being ordinary dude!And people will respect you guys..for us only middle finger to you!
So travel trip ke Singapura banyak memberi kenangan dan hamparan baru dalam bentuk sokongan bolasepak terutamanya kepada pasukan kebangsaan Malaysia..Malangnya pasukan kebangsaan kita tak kemana selepas tewas juga akhirnya..Perjalanan masih jauh dan banyak aspek perlu diperbaiki...Congrats Lions!See you next time!Tunggu kehadiran kami sebagai Red Giants pula.. ;p




Tuesday, August 9, 2011

~Manusia dan pengertian Ramadhan~

Ada beberapa perkara aku lihat sepanjang bulan puasa ini..tingkahlaku manusia sekeliling..dan kemudiannya buat aku terfikir akan laluan kehidupan manusia yang lainnya..

Di negara kita makanan melimpah ruah..Walaupun di bulan puasa tetap ada bazaar Ramadhan..pusat jualan aneka juadah makanan dan minuman..namun di suatu sudut lain di muka bumi ada manusia yang kebulur tidak makan..kurus kering tanpa zat..anak anak kecil mati kerna tidak cukup khasiat..mereka tidak makan..setitis air pun susah nak jumpa..mereka kebulur dan mati..namun disebalik makanan melimpah limpah di bazaar Ramadhan..masih ada lagi manusia di kalangan kita yang memilih untuk sengaja tidak berpuasa..

Tempat kita aman damai..kita bisa buat apa saja..tiada langsung rasa tertekan atau ditekan..kita bebas beragama..amalkan budaya dan agama kita..kita bisa buka puasa ramai-ramai..kita bisa bahagia dan gembira..namun di suatu sudut di muka bumi Tuhan ini..mereka berperang..mereka berbunuhan..saban hari ada saja nyawa yang hilang akibat letupan bom dan mortar..mereka sering berselisihan..politikal berbeza..mazhab berbeza..etnik berbeza..ideologi berbeza..hurmmm..apakah perbezaan bisa menghalalkan pembunuhan?Kita harus menadah tangan kepada Tuhan kerna kita bisa aman dan bahagia di sini..

Manusia di tempat kita mati dibunuh..jatuh motor ketika diragut..disimbah asid..kemudiannya kemalangan jalanraya..main mercun atau meriam buluh mungkin..di suatu sudut di bumi lain..nyawa mereka di hujung senapang dan bom..murah sungguh nilai darah dan nyawa manusia..

Ramadhan dan amalan puasa mengajar kita akan sabar..akan kesucian jiwa..keluhuran hati..aku sekadar terfikir akan saudara Islam yang lainnya..di negara yang tetap bergolak..survival mereka untuk terus hidup apatah lagi mahu berpuasa..

Semoga Tuhan pelihara kalian..atas berkat Ramadhan..
Kita di sini jangan mati akibat terlebih makan..kerna di hujung sana saudara kita terus hidup biar tiada makanan sekalipun..




~30 hari mencari syurga~

Dalam pada kita asyik bergembira.Kekadang kita terlepas pandang akan sedikit rasa insaf dan sedar.Lalu Tuhan kirimkan Ramadan buat kita.Menjadi hamparan untuk kifarah salah dan dosa.Dan setidaknya ada juga kesempatan untuk menambah modal akhirat.Tuhan beri 30 hari untuk kita mencari syurga.menjejak berkat dan kemuliaan..

Sudah agak lama aku tidak melagukan ayat suci Al-Quran.Sudah terlalu lama juga aku tidak berjemaah dalam ibadah solat..Dunia membuatkan ku jadi sibuk.Sesekali alpa.Mencari rezeki dunia hingga menjadi lupa akan hari kemudian hari.

Ramadan menjadikan keindahan nurani.Pembentukan hati yang luhur.Menemukan manusia dengan Tuhan.Doa dan harapan malaikat di ruang langit..

Bukan sekadar menahan diri daripada nafsu makan dan minum.Ramadan sebenarnya adalah proses pemulihan hati dan penghapusan akan dosa..

Ya Tuhan terima kasih untuk hadirnya 30 hari penuh bermakna..
Memerdekakan diri dari belenggu dosa..menjadi fitrah kembali di pagi bulan seterusnya..
Dimana seluruh umat manusia menadah tangan kesyukuran akan nikmat dan rasa gembira..

Ramadan ya Ramadan!
Selamat Beribadah dan Berpuasa!

Friday, July 15, 2011

~Middle finger to Silver State Ultras!~


Terlalu kerap menulis tentang hidup personal kali ini tergerak hati untuk menulis sedikit tentang bola..dah lama jugak aku simpan memandangkan belum berkesempatan menggerakkan jari untuk menaip..Oh ya banyak event yang melibatkan bolasepak hadir kebelakangan ini di negara kita..jadi akau cuba memberi pandangan peribadi dalam satu satu isu berbangkit..

Pertamanya kejadian di Stadium Ipoh,Perak tempoh hari yang melibatkan perlawanan terakhir MSL antara Perak dan Selangor..Aku dan sahabat hadir ke Stadium Ipoh memandangkan ia awaydays yang terakhir untuk perlawanan liga..Kami cuma bergerak bertiga drive dari PJ..Kami sejujurnya tiada langsung sentimen ataupun kemarahan melibatkan pasukan atau fans negeri Perak..tiada langsung permusuhan antara kami..namun sedikit bara api dengan sengaja ingin dibakar oleh segelintir penyokong pasukan Perak..(aku ulang semula..SEGELINTIR..bermakna bukan semua)..awalnya tiba di Ipoh susasana biasa-biasa aja..dan kaunter tiket pun belum dibuka memandang masih awal lagi ketika itu..jadi kami bertiga pun ambil keputusan untuk makan dulu..menuju ke gerai bihun sup di sisi sudut stadium kelihatan 3-4 orang pemuda ala ultras memukul gendang dengan irama berterabur..menjerit tak tentu hala..dengan serba hitam dan scaft hitam kuning di leher..jadi kami bertiga hanya memerhati dan senyum saja kerna niat di hati ingin sental bihun sup dulu..aku terfikir juga apa yang cuba mereka buat?menarik perhatian orang ramai?menunjuk hebat?show off?atau memang dia seorang perajurit negeri Perak?Ignore sudah..bihun sup tetap menjadi tujuan asal..

Kemudiannya terlihat bas yang membawa pasukan Selangor..dan ia telah pun kena spray dengan perkataan 'IPOH'..dan cermin bahagian depan retak menanti pecah..sedikit sebanyak dah mula panas hati..apakah ini provokasi yang sengaja dilakukan atas dasar berbeza negeri?atau budak budak agas yang baru nak up terlalu proud dengan pekan sendiri?Aku masih boleh rasional dan sempat bergambar dengan abang-abang pasukan gendang Kelab Penyokong Bolasepak Perak..Tiada sikit pun sentimen!

Game seri!Agak hambar!Tamat sudah!(malas nak bercerita pasal game)..

Namun insiden selepas perlawanan di luar stadium di ruang utama stadium yang menjadi ruang untuk pemain pasukan Selangor pulang menjadi tumpuan..Segerombolan pemuda yang menggelarkan diri sebagai SILVER STATE ULTRAS(saja aku letak huruf besar)..berarak dan bersorak..chanting la lagu-lagu yang biasa kedengaran(walaupun asalnya ia chanting team Indonesia)...dan bila masuk part chanting MENGANJINGKAN Selangor aku memang tak boleh terima..aku dan sahabat ketika itu berdiri dekat saja dengan mereka semua..scaft merah kuning masih terlilit di leher masing-masing..2-3 orang daripada mereka menunjukkan jari tengah ke arah kami dan berterusan MENGANJINGKAN negeri kami...hati memang panas tapi kami cuba untuk rasional dan simpan rasa hormat akan tempat orang..senyum biarpun menggenggam penumbuk...

Cuma aku ingin bertanya?Apakah pemuda-pemuda serba hitam dan scaft hitam kuning itu sudah cukup bagus?Ultras sangatkah mereka?Sampai nak ANJINGKAN negeri orang!Ada kami timbulkan provokasi?Ada kami maki negeri anda?Ada kami pecahkan stadium anda?

TIADA!Kami datang negeri orang secara baik..tapi bas pemain negeri kami dipecahkan serta diconteng malah negeri kami DIANJINGKAN!

Jadi..anda sendiri harus ingat..diam tak bermakna lemah..diam tak bermakna tak marah..

Buat baik dibalas baik..buat jahat kena dibalas jahat!

PS:Kredit untuk SSFC yang turut hadir pada malam itu..dan abang-abang KELAB PENYOKONG BOLASEPAK PERAK yang sporting habis!

Kepada SILVER STATE ULTRAS...hormatilah negeri orang...sesekali mungkin kita akan melangkau sempadan negeri untuk hal yang lain..bukan setakat di negeri sendiri saja..




Monday, July 11, 2011

~Operasi Risik 2.0~


09.07.2011-Sabtu..

Sedikit preparation dan harapan..
Usaha dan cinta..
Operasi Risik berjalan dengan lancar..
Pertemuan dua keluarga dengan satu ikatan permulaan
Cincin menjadi simbolik..
Akan satu tujuan ikhlas..
Menuju ke arah satu kebahagiaan..
Berkat doa dan restu..
Aku bersyukur dan gembira..
Kepada Norsazita Saleh..
Tunggu cincin tunang pula..

;p



Tuesday, June 14, 2011

~Merisik Khabar~ ;)

Misi untuk melanjutkan perjalanan hidup..
Merisik khabar..
Cincin belah rotan sudah pun dibeli..
Menanti untuk disarungkan di jari..
Oh kamu sabarlah menanti..
Agar kamu bisa tersenyum penuh erti..

;)

Thursday, June 9, 2011

~Kisah lelaki miang di alam virtual~

Saya kian memerhati perlakuan segelintir manusia bangsa kita yang juga lelaki di Facebook.
Bukanlah niat nak mencaci atau membenci ke apa.
Sekadar ingin menjadikan ia sebagai satu lession kepada diri sendiri.
Oh ya!Ia juga didorong oleh segelumit rasa tidak selesa sebenarnya.

Al-kisahnya..

Kisah yang melibatkan perlakuan lelaki yang mungkin gatal miang keladi..atau mungkin juga sunyi kesepian..atau horny kegersangan tanpa belaian..dan mungkin juga hobi mereka sebagai mengisi masa lapang..

*Seorang hamba Allah perempuan ini cantik..Meletakkan gambar di halaman Facebook personalnya..Gambar hari ini adalah tidak bertudung..Tidaklah seksi mana.Cuma tidak bertudung aja memandangkan si perempuan itu pun free hair..----dan sepantas kilat si manusia lelaki terus komen..'I RASA YOU LAGI CANTIK KALAU BERTUDUNG.AYU DAN SOPAN.'

*Kemudiannya selang beberapa hari berikutnya si hamba Allah perempuan pun meletakkan gambar bertudung pula..Mungkin gambar diambil di pejabat atau tempat kerja berdasarkan cara pemakaiannya..--sekali lagi si manusia lelaki terus like dan komen..'MACAM NI KAN CANTIK!BARU LAH NAMPAK SEPERTI PEREMPUAN MELAYU ISLAM!'..

Di satu sudut bertentangan yakni di halaman Facebook si manusia lelaki itu-----AHMAD now being friend with *dot dot dot*

Dan kesemua dot dot dot itu adalah perempuan seksi berpakaian separuh bogel dan seksi amat!Siap nampak bra dan alur bagai!

Moral:TAK PAYAHLAH KAU NAK TUNJUK KAU TU BAIK SANGAT.NAK AJAR ORANG TENTANG BERTUDUNG DAN HUKUM.CERMIN DULU DIRI SENDIRI!INTAI DULU CELAH KANGKANG SENDIRI!TAK GUNA NAK NASIHAT ORANG SURUH BERTUDUNG SEDANGKAN KAU SENDIRI SEBENARNYA SUKA AKAN PEREMPUAN SEPARUH BOGEL DAN MUNGKIN JUGA SEPENUH BOGEL!

*Saja tulis guna font besar!
*AHMAD bukan nama sebenar.

Sekian..

Wednesday, June 1, 2011

The next entry to be.. ;)

Dalam proses mengkaji tentang Yakjuj dan Makjuj..
siapakah ia?
apakah ia?dari mana asalnya ia?
dan kaitan ia dengan kisah Zulqarnain Qurain di dalam surah Al Kahfi..


Perlu lebih faham akan pelbagai diskripsi..
Will do next here!

;p

Monday, May 30, 2011

♥ Happy 3rd Monthsary ♥


Sekadar ingin merakamkan rasa syukur dan gembira
setelah meniti hari bersama selama 3 bulan.
Kalau mahu dihitung tempohnya memang masih singkat
namun hadirnya dia cukup buat aku rasa bahagia dan motivated.
Masih perlu bertatih untuk terus meneruskan perjalanan
hubungan ini.
Masih perlu belajar dan mengecap pengalaman agar semuanya
baik dan indah saja.
Syukur Alhamdulillah!Aku rakam rasa syukur terhadapNya.

Dikirimkan daku kekasih yang baik harus
dibalas untuk menjadi kekasih yang baik juga..


With love..hugs and kisses..Love you darl!

Si dia pernah berkata:'Kalau ikutkan tidak ada ciri-ciri idaman saya pada kamu.Kamu tidak tinggi.Kamu tidak kacak mana..Cuma kesungguhan dan hati yang baik kamu buat saya jatuh cinta terhadap kamu.Cukuplah hati yang cantik buat saya rasa apa itu cinta'


Thursday, May 26, 2011

~Larut-versi baru.. ;p ~

Semakin aku larut dengan duniaku kini.
Dunia yang aku cipta sendiri.
Berdekorasikan kesungguhan..cinta..
Dan amanah terhadap diri sendiri.
Ya aku kini senang dengan duniaku.

Kalau dulu aku kerap kali ditepis.
Melambung terhuyung hayang.
Mahu berpaut sedikit pun agak rapuh.

Kini pautan dalam duniaku kian utuh.
Menerbitkan rasa syukur dan gembira.
Indah juga rasa larut ini.

Larut dalam manis.
Tidak lagi larut dalam bodoh.
Lalu ku tadahkan tangan.
Agar larutku ini menerbitkan insaf dan sedar.
Berasa syukur dan kemudian sujud.

Senyum.
Larutku ini sangat bagus.
Alhamdulillah Ya Tuhan!

;p

Thursday, April 28, 2011

~Purnama kedua ;) ~


Purnama kedua sudah..
Sekelip mata waktu berlalu..
Bertatih perlahan-lahan..
Sambil kami menoleh kiri dan kanan.
Menepis tohmah..caci..dan onar rekaan sang luaran..
Namun biarkan aja mereka..
Kerna angel sudah ada berkepak di depan mata..
Saya dan dia amat bahagia..
Doa dan usaha..
Senyum dan terus hidup..
Terima kasih bubble saya..
Anda sungguh comel dan indah..
LOVE YOU.. ;p

PS:teringat detik pertama kali beli bunga>>>tadaaaaaa!








Monday, March 28, 2011

~Purnama pertama~


Satu purnama sudah aku bersama dia.
Satu ikatan baru..
Ya aku sangat bahagia dan timbul juga rasa syukur.
Dia memberi aku ruang untuk bernafas semula.
Setelah aku sesak dalam kesedihan sebelumnya.
Kini aku sudah mula belajar untuk merangkak semula.
Sambil terukir sedikit senyum.
Ya Tuhan berikanlah kami sedikit ruang.
Untuk kami bersama mentelaah hati kami.
Kemudiannya berlari bersama..
Dengan tapak tangan tergenggam erat jiwa gembira..

Alhamdulillah untuk semua ini..
Terima kasih Norsazita Saleh..
Anda sungguh comel.. ;p



Friday, March 25, 2011

~Happy 19+10 yea sayang...~


20 tahun lalu..
Dia adalah rakan sesekolahku..
Dia juga adalah rakan sekelasku..
Dan mungkin juga rakan sepermainan kecilku..
Namun tiada langsung komunikasi..
Dimana aku mungkin hampir tiada dalam kisah semasa kecilnya..

20 tahun kemudian..
Dia adalah kekasih hatiku..
Dia adalah teman jiwaku..
Dia adalah segalanya bagiku..
Dan di hari bahagianya..
Aku rakamkan ucapan..
Selamat Hari Lahir sayang...
Moga kamu baik-baik aja..
Dan saya suka melihat kamu senyum..

-Norsazita Saleh..sayang kamu!-



Wednesday, March 23, 2011

~From classmate become a lover~


2o tahun lalu kami dekat saja..
Namun kami langsung tidak bertegur sapa.
Kami hanya sekelas dan mungkin berselang beberapa meja saja..
Namun tidak pernah sekali kami berbual bicara..

Si dia masih saya ingat..comel kecil molek..
Berambut lurus dan satu-satunya yang tidak bertudung..hurmm..
Kisah dan memori 20 tahun lalu ketika kami masih
lagi bertatih kecil di sekolah rendah..
3 tahun kami sekelas tapi peliknya langsung tak pernah berbual..


Selang 20 tahun..kami berjumpa semula..
Terima kasih Facebook kerna menemukan kami semula..hehehe..
Memang pada mulanya agak sukar untuk aku refresh siapakah gadis
cantik putih munggel yang berkata pernah sekelas
denganku masa kecil dulu...hehehehe..
Dalam hatiku terdetik berkata..
'cun jugak awek ni..betul ke satu kelas dengan aku?'...


Kami berkenalan semula..Terus menjadi rapat dan mesra..
Mungkin kerna kami pernah kenal dulu..
Jadi setidak-tidaknya memudahkan urusan perkenalan semula ini..
Kami mula mengenal diri dan menjejak chemistry dalam diri..


Dan dengan tempoh singkat kami sepakat untuk
mulakan satu ikatan cinta..
Dan aku bersyukur..gembira dan masih lagi tidak percaya..
Rakan sekelas yang tidak pernah aku tegur 20 tahun dulu
Kini menjadi teman dan juga kekasih hatiku..


Alhamdulillah aku bahagia dengan hadirnya
Norsazita Saleh ke dalam hidupku kini..
Doakan kami..
Dan semakin hari aku kian belajar dan ingin diberi ruang
untuk menebus semula apa yang aku terlepas
pandang 20 tahun yang lalu...
Kata kemaafan kepada sayangku kerna mungkin
dulu aku tidak perasan akan kehadiranmu..
Namun kini aku mahu tampal rasa maaf dengan
rasa sayang dan cinta aku terhadapnya..


Maka kini terciptalah satu bubble yang baru..
yang aku akan jaga dan pelihara sebaiknya..
Syukur Tuhan dengan kurniaanmu..
Aku kini sudah mampu tersenyum gembira semula..
mengikis segala kisah sedih dan duka..
Menerbitkan rasa bahagia dan cinta bersama si dia..


Oh Sazzy Saleh!Cinta kamu!
;p




HERFIZUL AKMA NASARUDDIN-NORSAZITA SALEH
-From classmate become a lover-

Monday, February 28, 2011

~New episode just begin!~

~HERFIZUL AKMA & NORSAZITA~
~28/02/2011-12.31am~


Friday, February 18, 2011

~KL-Frankfurt-Salzburg..Just a story!~


KL-Frankfurt-Salzburg

Satu kisah perjalanan hidup di negara orang..
Membentuk puzzle suatu kisah yang amat indah..

05 Februari 2011-Sabtu
Aku mula menuju ke KLIA sekitar jam 5.30 petang.
Rakan seperjuangan O'13 GG,AP dan Nad sudi menghantarku
ke sana..Sampai di KLIA maka urusan check in dan luggage
diuruskan di kaunter Lufthansa Airlines..
Ihsan dan Encik Izani sudah awal-awal tiba di sana.
Aku masih ingat masa check in luggage awek kaunter
Lufthansa tu tanya..'u nak ke mana ni?'..
oh..'buat apa ek kat Salzburg tu?''
(sambil mata dia menjeling tajam ke arah aku..
mungkin tak percaya tengok mamat serabai macam aku
ni nak ke Salzburg kot)..
Dan kami sempat layan KFC seketika dan kemudiannya
aku dan Ihsan mula gerak ke gate C12 untuk boarding ke
Frankfurt with Lufthansa..Selesai cop pasport sume aku
dan Ihsan terus boarding sekitar jam 9.30 malam..
Flight ke Frankfurt sekitar 13 jam via Bangkok..


06 Februari 2011-Ahad
Aku dan Ihsan selamat tiba di Frankfurt Airport,Germany
sekitar jam 6.35 pagi waktu Germany..Dan kami perlu transit
flight untuk ke Salzburg di gate B08..sampai je di Frankfurt
Airport kami berdua tiba-tiba ditahan oleh dua orang pegawai
imegresen Germany berpakaian biasa(seorang lelaki
berbadan tegap dan seorang perempuan)..
Mereka bertanya beberapa soalan dan minta
segala dokumen perjalanan kami..dan mujurlah aku reti sikit
bercakap dalam bahasa German dan kami lepas tanpa masalah..
Masa tu agak cuak juga sebab tiba-tiba kena tahan.
Mungkin sebab kami kelihatan Asia sangat kot..hahahaha..
Kemudian kami ke bahagian security control imegresen Germany
dan ketika beratur kami disapa oleh seorang kakak yang juga
dari Malaysia.Sempat jugalah berborak even kejap sangat..
kakak tu mahu ke Poznan,Poland dan kami pula menuju ke
Salzburg,Austria.
Selesai urusan checking dan pasport kami ke gate B08 untuk flight ke
Salzburg pula..terpaksa menunggu kira-kira 2 jam kerna flight ke
Salzburg dalam pukul 8.55 pagi waktu Germany..
Ihsan baring kepenatan dan aku hanya layan berita di televisyen..
Tepat jam 8.55 pagi kami ke Salzburg menaiki Austrian Tyrolean
Fokker 100.Flight yang agak kecil dan berbunyik agak bingit..
Rasa macam nak roboh je flight tu..hahahaha..
Panorama pagi di atas awan ketika itu sangatlah indah.
ciptaan Allah sungguhnya sangatlah cantik..
perjalanan 45 minit dan kami selamat tiba di WA Mozart Salzburg
Airport sekitar jam 9.45 pagi waktu Austria..
Alhamdulillah..

Jejak je kaki di bumi Austria subhanallah sejuknya tak terkata..
Baru merasa cakap keluar asap dari mulut..hahahaha..
sampaikan tak tahu nak beza mana satu asap rokok atau asap
kerna sejuk..Setelah sesi lepas sangap rokok dan mundar mandir
sekitar terminal airportaku bertanya pakcik teksi dan kemudian
menuju ke Untersbergstrasse,Grodig..
Perjalanan sekitar 20 minit melalui highway dan kami tiba di
Pension Bergfried(tempat penginapan kami)..
sebuah rest house di bawah gunung salji Untersberg..
Kami bertemu dengan makcik Austria(maaf aku tatau nama dia..
sepanjang masa kami hanya panggil dia makcik Austria..hahahaha)..
dan check in..

Setelah kemas segala barang dan kelengkapan kami berdua
decide untuk redah ke bandar Salzburg..berbekalkan peta pemberian
makcik Austria tadi dan kamus poket kami redah jalan kaki menuju
ke Untersbergbahn..perhentian bas untuk ke Zentrum
Haupbahnhof Sazlburg(pusat bandar Salzburg)..
Bas nombor 25 dan pertama kali aku naik bas
di Salzburg selamba redah..hahaha..soalan pertama aku kepada pakcik
driver bas..'Sprechen Sie Englisch?(Do you speak English?)'..
dan pakcik driver bas hanya membebel dalam bahasa German..
dan kemudian aku bertutur sedikit dalam bahasa German
seringkas mungkin..selamat!hahahaha
Tambang ke Zentrum Haupbahnhof dari Untersbergbahn 2.10 Euro..
Dan kami menuju ke bandar Salzburg pertama kali dengan meredah
segala kemungkinan..Sampai je Zentrum Haupbahnhof kami sebat
Burger King dulu dan kemudiannya berjalan kaki menuju ke
Mirabellplatz..(sebuah taman peringatan)..
Disana terdapat patung-patung dan tugu peringatan
serta taman yang dipenuhi salji..dengan cuaca yang amat
sejuk kami redah juga dan menikmati keindahan akan Mirabellplatz..
kami juga ke Baroque Muzium dan juga sebuah gereja di sana..
Kami di sana sekejap saja memandangkan hari mula gelap sekitar jam
5.30 petang..Kami beli segala kelengkapan runcit dan kemudian
menaiki bas semula menuju ke Untersbergbahn..
Waktu selebihnya hanya dihabiskan dengan lepak di bilik melayan
TV dalam bahasa German dan online Facebook..
(wajib update status beb!!!!hahahahaha)..


07 Februari 2011-Isnin
Hari pertama technical training di Skidata Austria..
Kelas start pukul 9 pagi dan kami hanya perlu
berjalan kaki sejauh 500 meter ke untuk ke Skidata HQ.
Meredah pagi di Austria memang sangat beku beb..
Dan di dalam kelas sudah ibarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
kerna ada bermacam-macam bangsa dan jenis manusia dari
pelbagai negara yang berbeza..
Ada 2 orang wakil dari Belgium(Marvin dan Michael)..
2 orang wakil dari Ecuador(Juan Pablo dan Roberto)..
3 orang wakil dari Venezuela(Carolina..Maria dan Miguel)..
Seorang dari Austria(Karl) dan seorang dari Argentina(Fabio)..
dan juga aku dan Ihsan wakil dari Malaysia..
Most of time kami bertutur guna English dan aku kadang-kadang
bertutur German dan Spanish sesama mereka..
Dan mereka mulanya agak pelik kerna aku boleh bertutur dalam
bahasa ibunda mereka..hehehehe...
Tamat kelas dalam pukul 5 petang dan kami decide untuk lepak di
bilik saja waktu malam kerna masa tu tak confident lagi
bas ada ke tak untuk ke bandar Salzburg waktu malam..


08 Februari 2011-Selasa
Seperti rutin siang adalah waktu untuk kelas..
Wakil-wakil PBB bertemu semula..belajar dan berborak sesama..
Hisap rokok sesama..dan kami bertukar-tukar rokok dari negara
masing-masing..dan aku hanya bagi Winston Light Malaysia..
itu je yang aku ada..hahahaha
Dan malamnya kami ke Bierhaus di Salzburg untuk sesi social dinner
bersama..ada acara having a typical Bavarian beer dan ia sangat
menarik..dan masalah makan mula timbul bila semua mereka
order babi panggang dan aku tercengang tak tau nak makan apa..
Mujurlah Franz(trainer aku) paham dan dia orderkan chicken wings
untuk aku sebat..hahahaha..aku tak fikir banyak sebab aku sangat lapar
waktu tu..
Kami di Bierhaus sehingga sekitar 11 malam dan aku sangat enjoy
malam itu..


09 Februari 2011-Rabu
Macam biasa siang adalah untuk sesi kelas..
Tamat je kelas sekitar jam 5 petang mulanya aku dan
2 mamat Belgium mau ke Salzburg untuk ushar GPS di MediaMarkt
tapi teksi pula lambat sampai..Jadi kami decide
untuk minum dan kemudian dinner di Untersberg Restaurant.
Rakan-rakan kelas yang lain kemudiannya menyusul
dan sesi perjumpaan PBB bermula lagi.
Kami bercerita dan berborak sesama..bertanya tentang negara
masing-masing sambil layan makan..
Dan waitress malam tu sangatlah cantik dan superb.
Namanya Laura..dengan pakaian typical Austrian lagi
buat dia nampak menawan..She is from Germany!
Laura serve untuk dinner kami..dan dia sangat peramah
even terpaksa layan setiap karenah diantara kami yang
sengal dan gila..

Oh Laura....!!!ICH LIEBE DICH!hahahahahaha..


10 Februari 2011-Khamis
Siang seperti biasa adalah waktu untuk mentelaah..
Selesai saja kelas jam 5 petang aku dan Ihsan dibawa oleh
Franz ke Red Bull Salzburg Arena Stadion..
Kami ke sana menaiki kereta Franz..pergh aku naik
BMW tuh..memang terbaik dari ladang beb..hehehe
Sampai je di Red Bull Arena kami terus berlari sebab Bullshop
tu dah nak tutup..al-maklumlah pukul 5.30 petang dah gelap..
Nasib baik sempat then masuk je aku ke dalam Bullshop terus
aku jadi rambang mata melihat segala stuff yang dijual..
Pergh exactly sama macam yang aku lihat di internet..
Aku tak fikir banyak masa tu..Aku terus je sambar 5 Red Bull
Salzburg scaft..sehelai firm sweater..anak patung kecil dan
beberapa button untuk aku hadiahkan kepada sahabat-sahabatku!
Total perbelanjaan aku di Bullshop adalah 158 Euro..hahahaha..
Gila babi shopping sakan beb!!Bukan selalu nak sampai kan..
So inilah seumur hidup sekali je..
Mamat yang jaga Bullshop tu agak terkejut tengok aku borong
sakan..'Where you come from mate?'..tanya dia kepadaku
masa aku nak bayar..hehehehe
Selesai sesi borong football stuff di Bullshop aku dan Ihsan
ke Europark pula..hanya perlu berjalan kaki melintas jalan ke
seberang highway melalui tunnel...
Europark adalah gabungan shopping complex dan taman tema
terbesar di Salzburg..terdapat pelbagai butik pakaian
berjenama antarabangsa..gedung elektronik dan sudah pastinya
gadis-gadis Austria yang comel-comel..hahahaha
Dan aku bagai nak melompat kegembiraan bila
aku ke Ben Sherman area di Peek&Cloppenburg butik..
Terus aku sambar sehelai kemeja Ben Sherman mods soho
bernilai 79 Euro..Alhamdulillah..
Selesai di Europark aku dan Ihsan ke Zentrum Haupbahnhof
menaiki bas elektrik No 1 seterusnya dinner di Mcd..
Sekitar jam 10.30 malam kami menaiki bas No 25 balik ke
Untersbergbahn..What a great night for me!


11 Februari 2011-Jumaat
Last day training with Skidata Austria dan aku perlu
attend exam..Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang dan
dapat sijil daripada Skidata Austria.Aku happy dan bersyukur
sangat akhirnya aku berjaya juga lulus dalam technical training
di Austria ni..Franz panggil aku 'Akma St. Pauli' dan serahkan
sijil dan aku bagi dia scaft Malaysia sebagai tanda penghargaan
aku kepadanya..Vielen Dank Herr Franz!
Kemudian ada sesi farewell dengan rakan-rakan sekelas yang lain..
Agak sedih juga rasanya nak berpisah dengan mereka..Entah bila
ah boleh jumpa dengan mereka lagi..Lepas ni pasti kami akan
pulang ke negara masing-masing dan mengenang kenangan
terindah kami di bumi Salzburg..kami hug each other dan
say good bye..
Sekitar jam 5.30 petang maka tamatlah kelas training aku secara rasmi..
Dan aku akan bawa pulang sijil tanda aku berjaya di Salzburg..
Syukur Alhamdulillah..
Sesi malam aku dan Ihsan tak kemana-mana kerna aku demam
menggigil..Hanya lepak di bilik sambil online dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan di Malaysia..


12 Februari 2011-Sabtu
Sabtu adalah free day dan pagi-pagi lagi sudah hujan lebat..
Sudahlah dengan salji ditambah dengan hujan lebat lagi
membuatkan keadaan menjadi sejuk beku..suhu di luar ketika
itu mencecah -13..Memang kalau duduk di luar memang keras
beku la..hehehehe
Sementara menunggu hujan berhenti aku sempat online
dengan rakan-rakan di Malaysia..Aku voice call via YM
dengan Wan Nazirah dan adik Erin..Kami berborak sakan dan
gelak-gelak sesama..What a great moment!
Lebih kurang jam 1.30 tengahari aku dan Ihsan bergerak ke
Zentrum Haupbahnhof menaiki bas No 25..kemudian kami berjalan
kaki merentasi segenap ruang di Salzburg..kami ke Karajanplatz..
di sana adalah pusat pelancongan Salzburg dan hujung minggu dipenuhi
dengan pelancong yang datang dari serata dunia..terdapat pelbagai
kedai menjual cenderamata dan hadiah..juga butik pakaian dan aksesori..
aku sempat beli sedikit buah tangan dan coklat untuk mereka-mereka
di Malaysa..harga barangan di sana agak sederhana cuma kalau
ditukar ke RM memang jadi mahal lah..so hanya coklat je yang
mampu aku beli..hehehehe..
Kemudiannya aku dan Ihsan ke Mozartplatz dan Universitat Salzburg
serta sebuah gereja..sesi bergambar berjalan lancar even
menggigil kesejukan masa tu..Aku ambil peluang untuk snap
gambar bangunan-bangunan yang cantik dan permandangan yang
indah di sekitar sana..Terdapat sebuah istana dan
kubu di atas bukit tinggalan sejarah Austria..namun kerna
terlalu sejuk aku hanya mampu ambil gambar dari bawah saja..
dah tak mampu nak berjalan sebab kaki kejang sejuk..
Aku dan Ihsan redah segenap lorong dan jalan..
bergambar untuk kenang-kenangan..Kemudian kami jalan kaki
semula ke Haupbahnhof untuk pulang ke Untersberg..
Kami tiba semula di Untersberg sekitar jam 5 petang dan waktu
selebihnya aku habiskan dengan menonton game bola live antara
FC St. Pauli vs Borussia Mochenglabach.
Sabtu adalah hari bolasepak bagi seluruh Germany dan siaran
televisyen hanya dipenuhi oleh highlight game Bundesliga Germany..


13 Februari 2011-Ahad
Kami bersiap-siap dan kemas segala barang untuk pulang
ke tanahair..
Aku dan Ihsan check out sekitar jam 2.30 petang..
Say good bye dan thanks kepada Makcik Austria..
Aku hug dia atas segala kebaikan dan kualiti servis yang dia beri
sepanjang aku menginap di Pension Bergfried..Danke Aunty!
Kami terus ke W.A Mozart Salzburg Airport dan perlu menunggu
flight jam 6.35 petang..kami menunggu di sana dalam 3-4 jam..
Aku sempat lepak di Stiegl Terminal sambil layan game bola
Red Bull Salzburg vs Wacker Innsbruck..
memang style lah lepak di Stiegl Terminal..
dengan awek waitress yang cun dan mantap serta suasana
cool buat aku rasa bahagia sangat..Tamat saja game aku terus ke
kaunter imgresen dan checking..
malangnya Stiegl aku kene rampas dan tak lepas untuk aku
bawa naik ke flight..huhuhu..
Aku dan Ihsan naik Austrian Tyrolean Fokker 100 ke Frankfurt..
Bye Bye Austria!!!!!!!!!..I will miss you Salzburg!

Kami selamat tiba di Frankfurt Airport sekitar jam
7.50 petang..Dan kami terus ke gate B28 untuk flight yang
seterusnya ke KL via Bangkok.
Sambil menunggu aku sempat ke Mcd untuk beli burger
dan pastinya ke smoking room untuk lepaskan sangap..
Smoking room di Frankfurt Airport ibarat ruang PBB juga
kerna pelbagai jenis manusia daripada bangsa dan negara
yang berbeza merokok bersama dalam ruang yang kedap..hehehehe
Flight kami ke KL adalah Lufthansa Airlines pukul
10.55 malam..namun sekitar pukul 10.00 malam aku ke kaunter
Lufthansa dan seorang staff beritahu flight kami overbooked
dan minta aku dan Ihsan volunteer naik next flight
esoknya..mulanya aku refuse jugak tapi bila dia bagitau kami
disediakan hotel di Frankfurt dan mereka bayar 600 Euro
terus aku tak cerita banyak..
Kami deal untuk stay satu malam lagi di Frankfurt dan kaut 600 Euro
yangditawarkan..Seronoknya aku kerna dapat juga aku jejak kaki di
bumi Germany yang selama ini aku impikan selalu..
Alhamdulillah seronok sangat..
setelah selesai urusan tiket flight untuk esoknya aku dan Ihsan keluar
dari airport menuju ke Frankfurt..Yezzaaa!
Kami ke Intercity Frankfurt Hotel menaiki shuttle bas..
Dan subhanallah kami diberi bilik satu setiap seorang dan free dinner..
Aku sempat ke bar hotel dan dinner di sana..Superb!
Satu perkara yang menarik di Frankfurt adalah 2 free adult channel..hahahaha
Memang sesuatu yang tak boleh dapat di Malaysia..
memang terbaik beb!
I LOVE GERMANY!!!hahahahaha..


14 Februari 2011-Isnin
Aku bangun sekitar jam 7 pagi dan terus bersiap untuk ke
Frankfurt Airport..
Kami naik Malaysia Airlines direct ke KLIA pukul 12.00 tengahari..
Sampai saja di Frankfurt Airport aku terus cash kan voucher
600 Euro yang diberi oleh Lufthansa..hehehehe..
Kami terus ke gate E05 dan menunggu flight di sana..
Lebih kurang jam 11.15 tengahari kami boarding dan sedia
untuk terbang semula ke Malaysia..
Perjalanan dari Frankfurt ke KLIA dalam 11 jam..
dan aku hanya melayan movie dan lagu sambil berbual
dengan pramugari MAS yang cun..hahahaha..


15 Februari 2011-Selasa
Tepat jam 6.35 pagi waktu Malaysia aku dan Ihsan
selamat mendarat di KLIA..
Meninggalkan sebuah kenangan terindah dalam
hidup kami..Austria dan Germany yang sangat indah
dan bermakna bagi aku..Aku pasti akan rindu akan suasana
sejuk beku..salji dan pelbagai perkara menarik ketika di Eropah..
dan pastinya aku harus terus survive di bumi Malaysia
tercinta even cuaca agak panas..hahahahaha...


Perkara atau fakta menarik di Austria/Germany:

1.Sudah pastinya suhu amat berlainan.
Secara purata suhu harian adalah -3 celcius.
Paling panas adalah 9 celcius.

2.Malam yang panjang.Pukul 5.30 petang dah gelap.

3.Kedai atau shopping complex tutup pukul
6.00 petang..dan Ahad ditutup sepenuhnya.

4.Rakyat Austria kuat hisap rokok.
Tidak kira lelaki atau perempuan.
Puntung rokok penuh di dalam ashtray di bus stop.
Namun dilarang merokok di dalam premis atau pejabat.

5.Hampir tiada jual air mineral di kedai..
kalau ada pun air mineral ada gas.
Kalau nak air mineral minum saja air paip.

6.Tiada mat rempit.Aku hanya nampak
3 biji motor je sepanjang aku di Salzburg.
Itu pun skuter.

7.Kereta mewah-mewah..paling banyak
Volkswagen..Audi..BMW..Mercedez Benz..Skoda..
Subaru..kalau ada kereta Jepun
pun Toyota..kat sana kereta mahal-mahal
parking selamba tepi jalan dan penuh habuk..
Messerati dan Porcshe parking kene timbus
dengan salji je..hahahaha

8.Masa sangat tepat..Bas dan keretapi sampai on time..
semua guna GPS dan pasti menepati masa.

9.Gadis Austria kebanyakkannya berambut coklat
dan tidak tinggi sangat.Gadis Germany pula majoriti
berambut blonde dan tinggi gedabak.. ;p

10.Melintas jalan kene tunggu lampu hijau..
tidak ada seorang pun melintas jalan
kalau lampu merah.

11.Barang dan baju-baju agak mahal.
Yang murah cuma makan dan beer je..hahahaha..

12.Terdapat banyak gereja..
dan aku tak jumpa satu masjid pun..
mungkin ada tapi aku tak jumpa..

13.Semua channel di Austria dan Germany
dalam bahasa German..even kalau filem
English akan ditukar bahasa ke German..
dan ada 2 adult channel..free je beb!


Rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerna beri aku
kesempatan untuk merakamkan kenangan dan pengalaman
bermakna di bumi Austria dan Germany..
Kemudiannya Smart Parking Management Systems Sdn Bhd
kerna sponsor dan kos perbelanjaan di sana..
Encik Izani dan Ihsan..O'13 mates!Skidata Austria..
Herr Franz..Herr Christian..Herr Jurgen..Rakan-rakan sekelas..
Marvin.Michael.Juan Pablo.Roberto.Karlz.Carolina.
Maria.Miguel.Fabio..You guys were superb!!
Makcik Austria Pension Bergfried.Laura at Untersberg Restaurant..
Brader Red Bull Salzburg..awek Mcd di Zentrum Salzburg..
awek comel Burger King di Zentrum Salzburg..
pakcik kedai rokok serta anak perempuannya di Zentrum Salzburg..
brader kedai kebab Bosnia di Zentrum Salzburg..
makcik kedai runcit di Untersberg..
awek promoter di Europark..
pakcik dan akak driver bas No 25..
tak lupa awek cun di Stiegl Terminal Salzburg Airport..
Brader dan kakak imegresen di Malaysia..Austria dan Germany..
Para pramugari dan staff Lufthansa Airlines..
serta pramugari dan staff Malaysia Airlines..

I LOVE ALL OF YOU!
DANKE SCHON OSTERRIECH UND DEUTSCHLAND!


SECEBIS KENANGAN PERJALANAN AKU DI SANA..


Tiket Flight Lufthansa Airlines..



View di ruang udara Frankfurt-Salzburg



Yang ni bekalan makanan dari Malaysia..Ihsan bawak!



Aku dan Ihsan di Mirabellplatz..First day..



Carolina tengah ketuk typical Bavarian Beer!



Wakil-wakil PBB..hahahahaaha



View Untersberg Mountain di pagi hari..


View perkampungan dan salji dari Pension Bergfried




View Karajanplatz serta istana atas bukit..


Sungai di Salzburg..tanpa ada orang buang bayi..hahaha



Pantang jumpa signboard nak snap aje..hehehe

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com