Thursday, September 23, 2010

~PJ-Pekan Nanas-Benut-Skudai-PJ~

Aku kini dalam proses pemulihan emosi.
Kembali refresh untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Apa yang terjadi menimpa aku dua-tiga menjak ini buat
aku berfikir akan hidup.
Aku sendirian dan hanya sentiasa berfikir.
Bahawa hidup ini tidak semudah yang disangka.

Aku baru pulang dari Johor.
Cuti raya yang ada aku luangkan untuk bertemu sahabat-sahabat tercinta.
Habiskan setiap saat untuk sesuatu yang berkualiti.
Sekian waktunya aku di Pekan Nanas aku dilayan dengan baik
oleh keluarga sahabat baikku Suzie.
Aku bagaikan seperti ahli keluarga mereka sendiri.
Tatkala aku masih berperang dengan emosi sedih aku masih
menerima rasa perhatian dan kasih sayang daripada Suzie sekeluarga.
Bahagianya bila melihat telatah dan gurau senda setiap daripada mereka.
Kasih sayang mereka sekeluarga jujur sangat.
Mereka tidak melabelkan sesiapa yang datang bertandang ke rumah mereka.
Layanan diberi ibarat saudara sendiri.
Ya Allah mulianya hati mereka sekeluarga.
Aku hanya memerhati saja.
Sesekali senyum dan tertawa juga.
Menumpang sedikit rasa gembira.
Walaupun kerap kali juga aku keluar dan berdiri di luar rumah.
Merenung ke langit untuk menenangkan hati.
Terima kasih Suzie,Mama June,Papa Sobri dan yang lainnya.
Kalian baik sangat.

Hatiku sangat tertarik untuk menemui mama ex-girlfriendku.
Bila aku memandu merentasi daerah Pontian hati aku terpanggil-panggil.
Jadi bila mama mempelawa aku gagahkan diri untuk hadir.
Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa dalam hati.
Yang berlegar dalam fikiran.
Sampainya aku di Benut disambut dengan baik oleh mama.
Subhanallah baiknya mama.
Mungkin baru pertama kali bertemu tapi aku dapat rasakan kebaikan hati mama.
Terdapat sesi diskusi antara kami.
Bercerita tentang apa yang berlaku.
Perjalanan kisah cinta aku dengan ex-girlfriendku.
Aku lihat mata mama.
Aku dapat rasa akan sesuatu yang mama fikirkan.
Diskusi antara kami lancar sahaja.
Lebih kepada sesi mencari penyelesaian secara baik dan matang.
Aku senyum tawar.
Hati koyak sangat waktu itu.
Apatah lagi bila melihat mama.
Sayup dalam hati aku waktu itu.
Jadi aku paksakan juga untuk senyum.
Walaupun aku tahan rasa sedih aku.
Ya Allah mama baik sangat.
Usahlah diperlakukan lagi perkara yang tidak enak untuk dia.
Kasihan aku melihat mama.
Biarpun aku kasihan juga melihat diri aku sendiri.
Wahai ex-girlfriendku..awak tipu saya tidak mengapa.
Tapi janganlah tergamak untuk awak tipu mama.
Lalu aku hulurkan salam sebelum berlalu pulang.
Aku cium tangan mama atas dasar hormat.
Tanpa ada sedikit rasa dendam.
Biarpun yang lukakan hati aku itu anaknya sendiri.
Mama minta maaf.
Mama suruh aku bersabar.
Jadi aku hanya diam dan terus memandu pulang.

Seterusnya ada satu lagi plot cerita menarik semasa aku di bumi Johor.
Bertemunya 3 sahabat karib.
Aku,Suzie dan Vee.
Di sebuah restoran ayam penyet di Taman U Skudai.
Di tengah malam.
Tiada ramai orang di sana ketika itu melainkan kami bertiga sahaja.
Sesi pertemuan yang sangat bermakna.
Bila 3 sahabat karib berjumpa dan bercerita tentang pelbagai perkara.
Kami ketawa sesama.
Berselang seli bercerita tentang kisah hidup masing-masing.
Sambil berbual ayam penyet tetap juga licin.
Mujurlah aku tak order chikong..hahahahahaha
(Baru aku tau chikong itu sebenarnya lai chi kang)
Cerita kami bertiga agak detail dan padat malam itu.
Setiap di antara kami rupanya punyai kisah tersendiri dalam hidup.
Yang sebelum ini kami tak luahkan.
Kami hanya simpan.
Tapi malam itu kami sejujurnya bercerita dan berkongsi sesama.
Dalam pada kami ketawa kami juga serius dalam berkongsi pengalaman hidup.
Sampaikan rokok aku habis 19 batang kerna terlalu khusyuk melayan 2 orang
menjeng kesayanganku..hahahaha
Kami di sana sehingga jam 4 pagi.
Sampai brader ayam penyet seolah nak menghalau kami pergi.hahahaha
Kisah yang berbeza jalan ceritanya tapi moralnya tetap sama.
Aku cuma mampu harap agar kami berjaya dalam menjejak pasangan hidup yang baik.

Lengkap sudah hajatku.
Bertemu dengan insan-insan yang aku sayang di Johor.
Pelbagai emosi suka duka.
Namun aku tetap merasakan kasih sayang dan nilai sebenar persahabatan.
Terima kasih Johor kerna berikan aku sedikit rasa gembira.
Untuk aku bawa pulang ke kota dan tempuh hidup yang serba baru.
Kepada rakan-rakan lain yang tidak sempat aku jumpa di Johor.
Aku minta maaf.
Aku bukan tidak mahu jumpa kalian.
Cuma keadaan emosi aku tidak berapa baik ketika itu.

Selamat Hari Raya untuk kalian.
Aku hulurkan salam kemaafan.
Agar dosa-dosa dan kesilapan kita saling dimaafkan.

Kepada sahabatku Suziana dan Adaviah.
Terima kasih untuk segala perhatian kalian berdua.
Aku sayang korang dowh!

Kepada Mama June.
I love u mama.
Mama masak sedap sangat.
Lagi sedap bila makan free.hahahaha..

Kepada Mama ex-girlfriendku.
Maafkan saya kerna tak mampu menjaga anak mama.
Saya dah cuba sehabis baik.
Namun dia punyai keputusan dan penilaian sendiri.
Terima kasih atas prihatin mama.
Saya hargai segala kebaikan mama terhadap saya.

Kepada ex-girlfriendku.
Terima kasih kerna lukakan hati saya.
Saya halalkan segala apa yang saya beri kepada awak.
Saya tidak akan berdendam.
Cuma saya terlalu terkilan.
Apa yang awak buat ini tidak adil untuk saya.
Semoga awak gembira dengan pilihan awak.
Belajarlah untuk terus hidup.
Dan jujurlah kepada orang yang kita sayang.
Menipu itu salah dan tidak baik.
Lebih lebih lagi terhadap ibu kita.
Moga awak berubah baik.
Maafkan saya sebab tak jumpa awak.
Saya memang tidak mahu jumpa awak.
Sebab awak jahat terhadap saya.


Aku hanya berdoa agar nama-nama di atas dikurniakan ketenangan dan kegembiraan.
Semoga Allah pelihara kalian.

Amin.

Saturday, September 18, 2010

~Nasihat untuk diri sendiri~

Sekalian orang masih dalam mood raya.
Bergembira dan bergelak ketawa.
Bertemu sanak saudara dan sahabat handai.
Saya gembira melihat kalian.

Saya masih dalam episod sedih.
Masih berusaha perlahan-perlahan untuk merubah skrip hidup.
Memerah hati untuk selangkah ke hadapan.
Memang agak payah memupuskan saki baki rasa perit.
Serpihan kesan penipuan dan ketidakjujuran.

Dalam pada saya melangkah untuk kembali bangun.
Saya ditemani para sahabat yang berhati mulia.
Tidak lokek memberi nasihat dan semangat.
Bertanya khabar untuk pastikan saya baik-baik aja.
Mereka berikan saya kekuatan.
Ada juga yang memberi peringatan kepada saya.
Kritik membina untuk saya tidak silap lagi.

Jadi hari ini.
Ketika saya di urban Pekan Nanas.
Saya berfikir dan cuba memujuk minda supaya refresh semula.
Sebenarnya yang cantik di depan itu belum tentu indah di belakang kita.
Jangan mudah terpedaya.
Usah menjadi terlalu baik sehingga kita lupa akan diri kita sendiri.
Bangkitlah wahai Herfizul Akma Nasaruddin!
Senyum kembali.
Biar tawar tapi ia tetap satu usaha untuk ketawa.

Monday, September 13, 2010

~Life is about appreciation~


Dahulunya Gadis tidak punyai apa-apa.
Hanya berjalan kaki keseorangan.
Kemana mana hanya sendirian.
Sehingga kaki sakit lebam akibat berjalan.

Kemudian Gadis terjumpa sebuah Proton Saga buruk.
Agak lusuh dan comot.
Gadis suka akan Proton Saga itu.
Biar buruk tapi dia tekad untuk menjaga Proton Saga itu.
Maka Gadis mencuci Proton Saga itu.
Ambil kain dan mengilap.
Sungguh sayang kepada Proton Saga itu.
Saban hari setiap pagi Gadis pasti akan start enjin Proton Saga.
Pastikan Proton Saga tetap berfungsi.
Kemudian lap lagi.
Berkilat-kilat jadinya Proton Saga.

Gadis lalui hidup seterusnya ditemani Proton Saga.
Setiap saat tidak pernah renggang.
Dalam hatinya hanya ada Proton Saga.
Malam sebelum tidur Gadis akan selimutkan Proton Saga.
Takut terkena embun katanya.
Risau Proton Saga akan berkarat.

Kemana mana Gadis akan bawa Proton Saga.
Dari Kuala Lumpur sehingga Johor Bahru.
Gadis gembira sangat.
Bahagia sangat.
Gadis tunjukkan Proton Saga kepada rakan-rakannya.
Katanya Proton Saga itu adalah kesayangan yang abadi.

Gadis letak Proton Saga dalam garaj.
Pastikan Proton Saga tak kemana mana.
Kerna dia hanya berharap kepada Proton Saga.
Kemana Gadis mau pergi maka Proton Saga akan setia menemani.

Namun sedikit demi sedikit hati Gadis mula berubah.
Bila keinginan mula tinggi.
Keseronokan mengusai diri.
Gadis mula lupa diri.
Tatkala Gadis memandu Proton Saga dia tertoleh toleh akan Toyota Alphard.
Senyum dan menaruh keinginan.
Tapi Gadis masih perlukan Proton Saga.
Selama ini Proton Saga yang menemani hidupnya.
Proton Saga sudah banyak berjasa.

Gadis mula kerap keluar malam.
Simpan Proton Saga dalam garaj.
Namun bertenggek pula kepada Toyota Alphard.
Ingin merasa katanya.
Lama kelamaan Gadis sudah mula tertarik akan Toyota Alphard.
Maklumlah canggih.
Mahal pula tu.
Setengah juta harganya.

Perlahan-lahan Gadis buka pintu garaj.
Proton Saga sudah mula berhabuk.
Gadis start enjin dan memandu perlahan.
Dalam kabus pagi.
Menuju ke lereng bukit.
Gadis berhentikan Proton Saga di tepi lereng bukit.
Keluar dan merenung Proton Saga.
Dalam fikirannya sudah terbayang Toyota Alphard.

Gadis perlahan-perlahan menolak Proton Saga.
Maka terjunamlah Proton Saga ke dalam gaung.
Berguling-guling hancur remuk.
Gadis hanya berdiri dan senyum.
Berhasrat untuk memilik Toyota Alphard pula.
Kasihan Proton Saga.
Diperlakukan sebegitu.
Jasanya dipandang sepi.
Namun harus diingat.
Toyota Alphard itu bukan milik Gadis.
Bila-bila masa boleh menghumban Gadis ke tepi jalan.
Dan ketika itu Gadis akan menangis terkenangkan
Proton Saga yang buruk miliknya dulu.

Monday, September 6, 2010

~kerinduan~


Awak suruh saya bawakan domo.
Sebab awak rindukan dia.
Jadi saya bawakan domo untuk awak.
Awak peluk domo.
Rindu sungguh awak pada domo.

Saya juga bawa diri saya.
Tapi awak tak peluk saya.
Jadi saya terfikir.
Apakah awak sudah tidak rindu saya lagi?
Hurmmm..





Tapi saya tetap merindui awak.
Saya rindu Chacha saya!
;p

Saturday, September 4, 2010

~Permintaan seorang hamba~

Saya tak berkuasa nak menghalang.
Namun saya hanya mampu berdoa.
Menadah tangan mengadu kepada Tuhan.
Agar segalanya baik saja.
Tidak perlu meminta daripada manusia.
Hanya perlu meminta daripadaNya.
Hanya Dia yang maha berkuasa.

Subhanallah..

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com