Wednesday, June 30, 2010

~Doa untuk seorang mak tiri~


Dia adalah mak tiri saya.
Sungguh pun mak tiri tapi dia baik hati.
Dia tak pernah marah saya.
Dia tak pernah sesekali pukul saya.
Tidak seperti mak tiri yang digambarkan
dalam filem atau TV..

Dan kini dia sakit.
Tidak sihat.
Saya tidak sanggup melihat dia menahan sakit.
Maka saya doa kepada Tuhan.
Agar dia cepat pulih kembali.
Moga mak tiri saya baik-baik aja.
Kerna dia sebaik mak saya sendiri.

~Boyfriend yang baik hati~


GF: 'Before this saya memang tak suka lelaki yang selekeh'

BF: 'Tapi saya selekeh..selebet je..kenapa awak suka saya?'

GF: 'Sebab awak baik hati'

BF: 'Maknanya kebaikan hati saya mengatasi selekeh saya
eh untuk memiliki awak'



Si girlfriend hanya angguk dan senyum.Tanda setuju mungkin.
Dan kemudian memeluk si boyfriend.

Moral of the story: ' Biar buruk atau selekeh yang penting hati kena baik'

Thursday, June 24, 2010

~bola dan para girlfriend~



Sekarang ni semua orang cerita tentang bola..
Di office bola..
Di kedai mamak bola..
Di rumah bola..
Di laman facebook pun bola..
Dimana-mana saja cerita bola..

World Cup hanya hadir 4 tahun sekali.
Jadi suasana dan sambutannya memang agak meriah.
Walaupun team negara kita tak main di World Cup
tapi rata-rata rakyat kita ada team pilihan masing-masing.

Cuma dikala sebilangan kita seronok melayan bola..
Ada juga yang tak berapa senang dengan keadaan..
Maksud saya adalah sebilangan para girlfriend..hahaha

Kesian juga di saat si girlfriend perlukan belaian dan
dahagakan kasih sayang.

Mood terus potong gara-gara si buah hati sibuk
mengadap tv layan bola..

Maka makin ramailah para girlfriend yang muncung
tidak puas hati.

Baru nak bermanja boyfriend pulak syok layan
Wyane Rooney atau Lionel Messi
tendang bola..
Baru nak mengadu-ngadu terus riuh rendah dengan
jeritan GOOOOOOOOOOOL!


Kasihan kalian.
Saya agak bersimpati.
Jadi ini pendapat peribadi saya.
Kalau para boyfriend sanggup luangkan masa untuk
temankan
kalian shopping berjam-jam di mall..
Apa salahnya kalian bagi ruang untuk boyfriend kalian
untuk layan bola.

Bukankah mencintai bola itu sedikit lebih bagus
daripada mencintai
perempuan lain di belakang anda?

Renung-renungkanlah!
Dan selamat beramal!

;p

Mode: Mau lihat cik girlfriend saya pakai jersi Spain..hehehe

Monday, June 21, 2010

~3 months - Learning in relationship~


'Kamu ibarat badut saya..yang sentiasa berikan rasa gembira buat saya..'
kata girlfriendku awal-awal terciptanya relationship kami dulu..

Alhamdulillah kini usia relationship kami berdua mencecah
umur 3 bulan.
Semakin membesar biarpun masih lagi belajar untuk merangkak..
Kami berdua harus belajar untuk berjalan..
kemudian baru boleh berjalan sambil berpegangan tangan..
Syukurlah kini kami kian bahagia..kian gembira..kian matang
dan mula faham akan corak perjalanan relationship ciptaan
kami sendiri..
Dan sejujurnya aku bersyukur dan kian berusaha untuk jadikan
relationship ini sesuatu yang cantik dan bermakna..
Belajar untuk menghargai perempuan..
belajar untuk memujuk ketika si dia merajuk..
belajar untuk memahami emosi si dia ketika dia sedang moody..
dan belajar untuk ceriakan si dia agar dia terus tersenyum riang..
Kami akan berterusan untuk wish 'Happy Anniversary' setiap bulan
biarpun kebiasaannya anniversary itu disambut setiap setahun sekali..
Tapi kami memilih untuk rakamkan ucapan sweet ini
setiap kali umur relationship kami bertambah bulan demi bulan..
agar kami dapat sedar untuk buat relationship dapat berjalan
dan kemudian berlari laju ia perlu ada rasa cinta dan ucapan yang indah..

Friday, June 11, 2010

~berdua lebih baik~


Lately aku agak sibuk bekerja.
Tanggungjawab di tempat kerja semakin bertambah.
Aku harus kerja siang dan malam.
Atas dasar amanah yang bos aku beri.
Dan kesungguhan untuk mula menyimpan duit.
Persediaan awal untuk kahwin..hahahaha

Dulu aku seorang.
Apa saja aku layan seorang.
Susah payah aku redah seorang.
Stress dalam kerja..
Family problem..
Sengkek duit tengah bulan..
Hutang sana sini..
Semua aku kene layan seorang diri..

Alhamdulillah kini sudah berdua.
Hadirnya Khairunisa Abd Wahab dalam life aku..
Secara perlahan-lahan merubah cara perjalanan hidup aku..
Aku tidak mengatakan bila ada girlfriend life kita bagus..
Cuma sejujurnya bila sudah berdua buat self confident aku bertambah..
Aku kini jadi lebih rajin dalam kerja..
Kesungguhan untuk cari duit lebih..
Aku lebih belajar untuk jadi leader dan bertanggungjawab..
Bukan saja terhadap girlfriend tapi famili dan sahabat baik juga..

Kini aku berpendapat berdua itu lebih baik..
Aku perlu akui akan ia..
Syukurlah kepada Allah kerna kirimkan aku seorang yang memahami..
Yang tahu cara hidup aku..
Famili aku..
Perangai aku yang agak pelik..
Dan menerima aku seadanya..

Alhamdulillah...
Aku hanya duduk sambil menadah tangan..
Rasa syukur dan berterima kasih..

Kepada Khairunisa Abd Wahab..
Saya sayang kamu!
Dan saya cuba berusaha sebaik mungkin untuk kita berdua..
Kerna..
Berdua itu lebih baik..

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com