Tuesday, May 25, 2010

~circle oh circle~



'There is no wrong there is no right the circle only has one side'

Aku berfikir dan cuba mentafsir bait-bait lirik lagu
SIDE daripada band TRAVIS ini..
Dan kita masing-masing punyai circle ciptaan kita sendiri.
Circle dimana boleh ditafsirkan sebagai kebahagiaan..
Mungkin juga penjalanan hidup..
Adakala circle yang kita cipta boleh jadi suatu kesedihan
dan kepayahan.

Namun aku tetap berpendirian circle ciptaan kita adalah
milik kita.
Hak mutlak kita kerna kita yang cipta dan tentukan.
Cuma dalam pembentukan circle itu ia disempurnakan
dengan hadirnya restu keluarga..
doa daripada sahabat karib dan insan-insan istimewa dan bermakna di sekeliling kita.

Jadi cuma insan terpilih sahaja yang berhak bersuara dalam
pembentukan circle ciptaan kita itu..
Para parasit yang dengki..berhati busuk dan keji janganlah bersuara.
Kalaupun kalian tidak suka..mungkin sakit mata memandang akan circle itu..
maka diam saja lah.
Kalian tiada hak untuk bersuara dan menilai.
Cipta saja circle kalian sendiri dan jaga ia sebaiknya.
Usah nak sibuk nak menempek di circle orang lain seolah-olah
nak ambil tahu..

Kesempurnaan setiap circle adalah penuh suka duka.
Usaha..doa dan harapan menjadi rencah dalam suatu circle
yang sempurna.
Ketepikan segala hasad dengki..iri hati..kata-kata makian
yang mungkin timbul di sebalik pencarian kesempurnaan
circle itu.

Hargai circle yang cantik dan indah.
Kerna hanya dengan circle ciptaan sendiri kita akan
berasa bahagia dan bersyukur.
Semoga circle itu dan terbang bebas..
Tenang di ruang langit luas.
Menuju pengakhiran yang gembira dan bahagia..

Wednesday, May 12, 2010

~Happy Nurses Day~

Just for Miss Khairunisa Abd Wahab..
'HAPPY NURSES DAY'

Hope you could be a good and beautiful nurse.
and..
could be my 'nurse'..

Saya sayang nurse berbaju biru saya..hehehe

;p

Monday, May 10, 2010

~long distance relationship~

Aku tertarik untuk menulis tentang relationship..
'LONG DISTANCE RELATIONSHIP'..

Bila kita berbicara soal perhubungan jarak jauh..
Masing-masing punyai pendapat dan
penerimaan tersendiri.
Ada yang boleh menerima..
Dan ada juga yang tidak mampu untuk
menanggung risiko..

Aku menulis dengan niat untuk berdiskusi
dengan pelbagai pendapat.
Ramai yang berkata long distance
relationship itu sukar.
Aku tak menafikannya bila aku sendiri kini
di dalam satu perhubungan yang jauh jaraknya..
Terpisah dari segi jarak agak memeritkan juga..
Namun ia memerlukan kesetiaan..
rasa percaya yang sangat tinggi..
Cinta yang ikhlas dan luhur serta pemahaman
akan pasangan kita.

Memang ramai diluar sana akan berkata susah
untuk survive dalam long distance relationship..
Ramai yang telah tewas.
Tapi ramai juga pasangan yang berjaya dan bahagia.
Jadi bagi aku jarak itu sekadar subjektif.
Terpulang kepada kita untuk menerima
dan sesuaikan diri dengan corak dan perjalanan relationship kita..

Semuanya bergantung kepada diri sendiri.
Bagaimana kita mencorakkan hubungan cinta kita.
Keterbukaan minda..
Penerimaan akan tindakan pasangan
kita yang jauh di mata.
Perhatian yang semaksimum mungkin juga penting.
Komunikasi dengan kerap.

Long distance relationship ada soal rasa percaya dan setia.
Jadi kita hanya punyai perbualan di telefon..
Kini wujud satu cara yang moden melalui
Yahoo Messager dan Webcaming..
SMS yang agak kerap juga perlu..

Kita hanya perlu tahu dan yakin akan pasangan kita.
Dimana dia?
Apa aktivitinya?
Sehatkah dia?
Mood dia?

Lebih indah bila kita selangi dengan ucapan
selamat tidak kira pagi petang siang atau malam..
Ungkapan rasa rindu dan cinta..

Kini aku makin belajar untuk survive dalan
long distance relationhip aku dan dia..
Kami kian memahami..
Kami kian mengerti..
Kami kian berusaha..

Dan jarak yang jauh sebenarnya hanya membuatkan
kami bertambah dekat di dalam hati kami..


MODE: PETALING JAYA to JOHOR BAHRU!

~sweet candle lite dinner~

Dulu aku sering punyai impian..
Untuk bersama gadis yang aku cinta..
Simple sweet candle lite dinner..
Menu yang dimasak sendiri..
Western food..

Dan apabila aku berkata 'I LOVE YOU'..
Si dia hanya perlu senyum dan menjawab..
'I LOVE YOU TOO SAYANG'..

Alhamdulillah..
Impian aku telah dimakbulkan.
Dan aku bersyukur kini..
Aku akan terus berdoa dan berusaha..
Agar kami akan dapat terus untuk
menikmati sweet candle lite dinner lagi..

MODE: JUST CHACHA!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com