Thursday, April 29, 2010

~birthday..sweet dinner..sate loklok dan muzium negara~

Hujung minggu lalu aku raikan hari lahirku..
Terasa semakin tua dan makin berusia pula..hahaha
28 angka yang agak besar juga rasanya kot?
Pedulilah selagi aku berasa tenang dan bahagia..

Jadi celebration hari lahirku biasa-biasa aja..
Tiada parti-parti besar..kek atau belon-belon..
Namun aku tetap bersyukur..
Dengan hadirnya DIA..

Aku tidak perlu hadiah bertimbun-timbun..
Atau kad ucapan yang berkeping-keping..
Cukup sekadar hadirnya DIA..
Menjadi hadiah paling bermakna di hari penuh erti..

Aku dan DIA tidak perlu ke restoran mewah
untuk raikan hari lahirku.
Tapi candle lite dinner yang simple dan sweet sudah memadai..
Bolognese spagethi dan air strawberi jadi menu..
Amat simple tapi cukup buat aku tersenyum gembira..

Kemudian kami lalui hujung minggu sesama.
Diselangi beberapa moment yang indah dan sangat bererti..

Makan sate loklok di Ampang Park dalam hujan renyai-renyai..
Singgah di depan sekolah lamaku pada jam 2 pagi..
Kemudian santai di tepi tasik Putrajaya..
Dan kami juga sempat dating di Muzium Negara...hahaha

Agak cool juga dating di muzium eh..
Sambil lihat pameran keranda..hahahaha

Kesimpulannya aku sangat gembira..
Bahagia dan bersyukur juga..
Hari Lahirku yang ke 28 agak bermakna..

Terima kasih sayang..
Berikan sedikit rasa diri ini dihargai..

Selepas ini kalau ada sesapa bertanya..
Dimana kau dating di saat hari bermakna
dalam hidup kau ijoy?
Dan aku akan jawab..Muzium Negara!!hahahaha


Mode: Mau jadi Jack Dawson dalam Titanic..


Tuesday, April 20, 2010

~dalam usiaku kini...~


Dalam usiaku kini..
Aku masih meminta duit daripada orang tuaku dikala aku kesempitan wang..
Biarpun orang tuaku memberi..
Tapi sedikit dalam hatiku tetap berasa bersalah..
Aku hanya mampu menolong dengan minimum.
Sedikit demi sedikit aku cuba membantu dan membalas jasa.
Membuatkan kedua orang tuaku tersenyum.
Aku tidak kaya untuk berikan mereka harta.
Namun aku memilih untuk SAYANG akan mereka berdua..

Dalam usiaku kini..
Aku masih mencuba untuk menjadi abang yang baik kepada adik-adikku.
Biarpun mereka tidak meminta dan sesekali merungut.
Tapi sedikit dalam hatiku ingin adik-adikku ketawa riang.
Aku tidak mampu memberi mereka wang.
Hanya kasih sayang dan kesabaran dalam membentuk mereka.
Membuatkan adik-adiku kini semakin membesar.
Aku tidak kaya untuk berikan mereka wang.
Namun aku memilih untuk KASIH akan mereka semua..

Dalam usiaku kini..
Aku berusaha untuk menjadi sahabat yang setia.
Biarpun mereka senang akan adanya aku..
Tapi sedikit dalam hatiku ingin mereka terus ceria dan gembira.
Aku tidak berupaya untuk bekalkan mereka ringgit berjuta.
Hanya sedikit rasa ambil tahu dan sayang aku terhadap mereka.
Membuatkan sahabatku mampu girang.
Aku tidak kaya untuk berikan mereka emas permata..
Namun aku memilih untuk SETIA akan mereka semua..

Dalam usiaku kini..
Aku baru menjumpai dia dan menjadi seorang kekasih.
Biarpun dia jauh di mata..
Tapi sedikit dalam hatiku tetap bersabar.
Aku tidak mampu untuk ada bersamanya sentiasa.
Namun ku cuba untuk terus jujur dan setia..
Membuatkan kekasihku belajar untuk percaya.
Aku tidak kaya untuk berikan dia berlian segala.
Namun aku memilih untuk CINTA akan dia..

Dalam usiaku kini..
Aku seakan makin jauh dariNya..
Sedikit demi sedikit..
Perlahan lahan aku kerap berdoa.
Memohon taubat.
Sujud dan bermunajat.
Agar aku mampu untuk menjadi hamba.
Kalau pun tidak sempurna..
Cukuplah ada iman buat bekalan di sana..


Sunday, April 18, 2010

~webcam dating~

Ramai orang berkata biar jauh di mata tapi dekat di hati..
Kini aku akui akan kebenaran kata-kata sakti itu..
Pengertian bahasa memang benar.
Dikala pasangan lain sibuk bercinta di panggung wayang..
atau shopping di Times Square..
atau juga bersiar-siar di The Curve..
atau mungkin juga bergeli-gelian di taman tasik atau di motel-motel murah..
Kami berdua hanya dating di webcam..
Dating di sebalik internet connection sudah memadai bagi kami..
Dan kini kami sedang belajar akan makna 'Long Distance Relationship'..
Cuba memahami keadaan dimana kami akan sentiasa 'jauh'..

Aku dan Chacha masih mampu tersenyum melepas
rindu di depan laptop..

Tanpa sentuhan fizikal..
Hanya senyuman pengubat rasa rindu yang sangat tebal.
Webcam dating kami sangat bererti..
Dan kami akan berterusan begini..
Sehingga ditakdirkan kami 'dekat' untuk bersama nanti..

Mode: 'Love You Khairunisa!'

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com