Monday, February 22, 2010

~just untuk ayna darling~


Sedikit saja.
Kepada sahabatku AYNA..
Tuhan tahu segala ketentuanNya.
Dan dia sayang kamu.
Sayang kita yang sebegini hati kita.
Teruskan membaca Quran dimalam hari
seperti yang saya dengar tempoh hari.
Kerna ikhlasnya bacaan Quran kamu
buat Tuhan akan berikan apa yang kamu mahu.

Love you darling!

~kisah kakak pelayan dan budi bahasa beliau~


Aku baru je balik dari Melaka.
Penat pun belum hilang lagi namun hatiku sangat
kuat untuk menggerakkan jari untuk menulis sesuatu..

Ada beberapa kejadian yang berlaku sepanjang 2 hari
aku di bumi Melaka Bersejarah ini..

Pertamanya aku gembira dapat luangkan masa untuk bercuti
bersama famili sebelah ayahku..mengambil ruang yang ada
untuk bersuka dengan adik-adik sebelah ayah dan juga mak tiri aku..
Sangat enjoy every moments bersama mereka..
Sedikit sebanyak aku dapat juga rasakan erti hidup berkeluarga..

Lupakan tentang percutian famili dan aku berminat untuk
menulis tentang sesuatu yang terjadi ketika aku dan famili
pergi makan malam di Pantai Pengkalan Balak..
Ayahku bersungguh-sungguh mengajak untuk makan malam di sana..
(Walaupun di Tanjung Bidara Resort ada Astro)..
Katanya di sana ada skrin besar untuk menonton perlawanan bola..
Kebetulan memang malam semalam berlangsungnya game
melibatkan favourite team kami sekeluarga..MANCHESTER UNITED!!..
Dan sampainya di Pengkalan Balak,ayah..aku dan adik-adik
frust sebab tak ada satu pun kedai makan di situ yang ada servis Astro..
yang ada cuma siaran TV2 yang menyiarkan nyanyian Saleem IKLIM..

Jadi sambil aku mencari ruang untuk perking kereta ayah
mencari-cari kedai makan yang mungkin ada siaran Astro
untuk melayan game bola..
Baru je aku nak parking kereta..
seorang kakak pelayan kedai makan di situ bersuara..

'Adik nak parking kereta kat sini ke?'

Aku hanya angguk sambil nak tutup pintu kereta..

'Kalau nak makan kat sana(sambil menunjuk ke arah ayah
yang tercari-cari kedai yang ada Astro)..tak boleh parking kat sini..
kalau nak parking kat sini makan kat sini je!!'

Perghh!!!!

Aku dah mula menyirap darah..dalam hati aku bertanya..
ada peraturan macam tu ke?
ada signboard RESERVED PARKING untuk customer kedai tu je ke?
dan wajib ke kalau parking kat situ makan kat kedai kakak tu je???

Aku malas nak melawan memandangkan muka kakak tu
aku tengok dah macam babi farmville..
(Biarpun bertudung putih..hanya pakai t-shirt..seluar track..badan gemuk..
muka buruk tak cun langsung..pipi tembam..
ada riak muka kampung yang berhati busuk)..

Baru aku nak alih kereta ayah suruh parking semula dan decide
untuk makan si sebelah kedai kakak tadi..
(Di situ adalah medan selera..jadi terdapat lebih kurang
4-5 kedai yang bersebelahan)

Ayah order macam biasa cuma kat kedai yang kami makan tu
tak ada jual ikan bakar..
Jadi ayah pergi ke kedai kakak babi farmville tadi untuk
order ikan bakar.

Sampaikan kami sekeluarga dah nak habis makan menu
yang ayah order..ikan bakar tak sampai-sampai..
Jadi ayah bangun pergi bertanya kakak
tadi kenapa ikan bakar tak sampai lagi??

Ini jawapan kakak babi farmville itu..

'Abang makan kat kedai sebelah..jadi lambat sikit kami
nak masak ikan tu..kami utamakan pelanggan di kedai kami saja!!'

Perghhhh lagi!!!

Memang jawapan kakak tadi macam sundal!
Ayah dah mula berangin dan menjawab..

'Kami dah order dulu tapi customer yang datang kemudian dah
dapat makanan tapi ikan bakar yang saya order tak
sampai-sampai..Saya tau order jadi saya tau juga bayar even
saya makan di kedai sebelah'

Kakak babi farmville diam sambil muka merah padam..

Nak tak nak rakan pekerja kakak tadi siapkan juga ikan bakar tu..
Masa ayah nak bayar dia terus sound kakak tadi..
(tak puas hati lagi mungkin)..

'Masakan awak sedap tapi saya tak puas hati dengan cara
layanan awak..Saya Melayu dan awak juga Melayu tapi cara
awak berniaga ni tak betul'

YES!!!!

Puas hati aku ayah sound macam tu.
Memang tepat kene kat muka kakak babi farmville tu..
Padan muka kau sial!

Kami sekeluarga terus berlalu apabila selesai menjamu selera.
Dan ketika aku start enjin kereta untuk balik kakak tu
jeling aku dan ayah sangat tepat..
Samada terasa hati dengan kritikan pedas ayah tadi atau
menyumpah dalam hati..

Dan kini aku terfikir apakah cara kakak tu melayan
pelanggan tu betul??
Beginikah cara orang Melayu berniaga?
Kedai sebelah-sebelah tapi tetap berkira tentang order..
Nak parking pun tak boleh sedangkan situ adalah parking awam..
Tak ada signboard reserved parking untuk pelanggan kedai dia..

So orang berkata budi bahasa budaya kita..
Tapi aku dan ayah memilih untuk jadi Din Beramboi dalam
progam Raja Lawak 4..
Bahasa yang sundal harus dibalas secara tepat di muka
dengan penggunaan bahasa yang agak sundal juga..
Secara terus dan menusuk kalbu.
Biar pedih tapi itulah cara terbaik..
Sebab kalau kita cakap secara baik mungkin kakak tu akan terus
berperangai begitu melayan pelanggan yang lain pula..
Muka tak cantik tak apa tapi cara dan perangai harus cantik beb!
Jangan biarkan perangai buruk anda buat orang meluat kat
anda sekalipun muka dan rupa anda memang dah sedia buruk pun!

Syabas Encik Nasaruddin Mohd Noor!
Saya bangga jadi anak ayah!
Hidup Abang Din!!

hahahahahaha

Coretan:Malam tu MAN U kalah ngan EVERTON 1-3!!Siot!


~bila sahabatku bertudung!!~


Tengahari Khamis sahabatku Azlin call.
Kami ambil peluang untuk berbual seketika.
Ada beberapa topik yang kami bualkan
memandangkan aku tak ada rezeki nak jumpa Lin
masa aku di JB minggu lepas.

Then sahabatku sorang ni buat pengakuan...

'Babe,lu rugi tak jumpa wa masa lu kat JB last week'

'Apsal ek?',aku bertanya.

'Wa dah pakai tudung sekarang'

'Really??Syukurlah..Wa happy sekurang-kurangnya
sahabat wa dah menuju ke jalan yang baik..Congrats babe!'

'Wa pun macam tak percaya tapi wa cuba buat mana
yang wa mampu'

'Berubah perlahan-lahan..wa bangga kalau lu dah
sungguh-sungguh nak berubah..cuma jangan jadi hipokrit..
pakai tudung sekejap-sekejap..pastu berlendir buat maksiat..
wa tau lu pandai jaga diri'

'Lu doakanlah wa..wa tengah cuba ni babe'

Sejujurnya aku gembira bila Lin dah berubah bertudung.
Sebagai seorang sahabat aku dengan ikhlas hati mendoakan
agar perubahan ini akan membuka jalan untuk Lin
mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

Biar perangai sengal dan gila-gila..
Namun asas dalam agama tidak dilupakan.
Wa bangga ngan lu babe!
Congrats sahabatku Azlin!
Wa tak sabar nak jumpa lu bertudung lepas ni..
Agar wa boleh jotos kepala lu dengan lebih mesra lagi..


HAHAHAHAHAHAHA..!


Mode:Terbayangkan Azlin bertukar menjadi Yuna!hehehe..
dan teringat masa temankan Suzie beli tudung kat
Danga Bay last week!
;P



DULU....
Cik Azlin Nassir ketika zaman ranggi primadona..hahahaha


KINI.....
Mengubah haluan dan cara untuk menjadi seperti di bawah ini..
hehehehe..






















































































Friday, February 19, 2010

~songs from soul~

Blog saya sudah ada lagu!!!
Now boleh baca entry sambil layan lagu favourite..

Kepada viewers..
Lagu dalam blog saya agak mellow tapi meanful!
Sambil baca cubalah fikir apa yang ada dalam lagu tersebut.
Moga boleh jadikan motivation untuk diri sendiri.

Sekian.
;p

Thursday, February 18, 2010

~istana farmville saya!!~


Hasil kerja dikala bosan dan tertekan memikirkan perjalanan hidup..
Sebuah ladang FARMVILLE yang indah..hahaha..
Istana di atas Bukit Kurma!!!
(dah macam rumah dalam filem 3 Abdul!!hahaha)
Siap bendera Sepanyol berkibar megah di menara istana..
;p

ps: saya amat sayang ladang farmville saya ibarat sayang gf!hahaha

~emakume askea lur askea~

video


Emakume Askea Lur Askea performed by SKALARIAK

Nahigabeak memorian torturatzen zure bularrak
Ezkutuko preso politiko denen neskame Lur
emankorrik ez eeeez ooooh zure lanik gabe oh Lur
askerik ez eeeez ooooh emakumerik gabe oh Nor
garaile? Nor nagusi? Denborak erranen, lurrak
erranen Emakumea ta lurra…libre!

Lur beltza emankorra landu arren ez da zurea
Mundu krudelean langile gizon txurien menpe Lur
emankorrik ez eeeez ooooh zure lanik gabe oh Lur
askerik ez eeeez ooooh emakumerik gabe oh Nor
garaile? Nor nagusi? Denborak erranen, lurrak
erranen Emakumea ta lurra…libre!

Isilpeko langile! Oihan eder ta ustelduan Egun on
bako oihanean Nor garaile? Nor nagusi? Denborak
erranen, lurrak erranen Emakumea ta lurra…libre!


**lirik lagu ni dalam bahasa Euskandi Basque
(salah satu negeri di utara Sepanyol)..

sangat layan mood reggae dan ska punk dalam lagu nih!
rindu mau skankin di gig!

;p

~rasa jealous para boyfriend~



Aku tertarik untuk menulis tentang relationship..
cara menjaga relationship..

sikap kita didalam sesuatu perhubungan..

Selama ini aku sering memerhatikan apa yang berlaku disekeliling..
Cuba untuk memahami
dan mentafsir setiap tindakan orang dalam
sesuatu perhubungan.

Terjadinya perhubungan itu bukan saja perhubungan cinta bak
Romeo dan Juliet..
Mahupun Shah Jahan dan Mumtaz..atau Ali dan Asmida..
ia boleh juga terjadi
sebagai perhubungan yang berlandaskan persahabatan sejati..
perhubungan ibarat
saudara sendiri biarpun tiada pertalian darah..

Jadi erti relationship itu sebenarnya agak luas..
Cuma kekadang kita yang menyempitkan
tafsiran ia untuk menjadi
bubble yang kecil mengikut acuan pemahaman sendiri.


Memang benar masing-masing punyai pemahaman dan tafsiran yang tersendiri..
Namun kadangkala
tafsiran yang ada ketikanya terlalu sempit dan kolot
buat relationship itu seolah-olah
hilang tag pricenya..

Aku mengambil contoh terdekat apa yang berlaku terhadap diri aku sendiri..
Mempunyai sahabat
karib yang berlainan jantina dianggap berdosa oleh
sesetengah insan yang bergelar 'boyfriend'.

Bagi sesetengah mereka lelaki dan perempuan sukar untuk menjadi
sahabat baik apatah lagi kalau
rapat menjadi soulmate.
Mungkin ia didorong oleh rasa cemburu dan curiga..
dan mungkin juga rasa terancam akan risiko hilangkan

girlfriend tercinta..

Namun bagi pendapat peribadi aku tidak ada salahnya kalau lelaki dan
perempuan itu menjadi sahabat
karib asalkan persahabatan itu ikhlas
dan masih ada sempadan..
rasa sayang sebagai sahabat tidak
berubah menjadi
cinta atau tertarik..

Aku tidaklah berminat untuk terlalu mengkritik para boyfriend di luar
sana yang terlalu cemburu
tak tentu pasal sehingga si girlfriend
tiada ruang untuk bersahabat..
Bukan dating malah nak minum
di kedai mamak seketika pun agak sukar..
Si girlfriend pula terpaksa akur dan mengalah untuk menjaga hati
boyfriend masing-masing bagi
mengelakkan salah faham yang boleh
mencetuskan pergaduhan..

Memang benar cemburu itu perlu..dan ia sebenarnya normal dalam
sesuatu perhubungan cinta..

namun kalau sampai menyekat pergerakan kehidupan sosial dan
persahabatan ia agak keterlaluan.

Ia dah terjadi banyak kali dalam hidup aku sepanjang punyai sahabat
karib perempuan..

Malah aku pernah kehilangan sahabat yang rapat hanya kerna si dia
terpaksa ikut kehendak boyfriend
yang melarang keras untuk terus
berkawan dan bersahabat dengan aku..
Bukan seorang malah adalah 2-3 orang
dalam kes
yang hampir serupa...


Jadi sebagai lelaki aku cuba berfikir dan menilai..
apakah aku juga perlu atau akan lakukan benda yang sama
sekiranya
aku punyai girlfriend...
dan aku tidak nampak sebarang masalah untuk seorang girlfriend

punyai sahabat lelaki mereka sendiri..
Dan aku yakin perempuan kini tahu menilai mana satu sahabat
dan
mana satu buah hati tercinta mereka..

Aku berpendirian tidak perlu menjadi lelaki yang agak obses
dengan rasa cemburu tak menentu..


Timbul juga rasa terkilan kerna persahabatan aku dengan
beberapa sahabat baikku rosak gara-gara
sikap mengongkong dan
cemburu para boyfriend ini.

Namun sebagai sahabat aku harus faham dan hormat ia adalah satu hak
personal dalam perhubungan cinta masing-
masing..

Kepada para boyfriend di luar sana..sekiranya anda berasa takut untuk
membiarkan girlfriend anda punyai sahabat
karib lelaki jadi simpanlah
mereka di dalam almari..
Agar girlfriend kalian tidak kemana-mana dan hanya bertindak

ibarat baju kalian..

Tak perlu bukak Facebook atau Myspace girlfriend korang sebab
macam tak gentle la bila akaun peribadi dikawal rapi
biarpun belum pun
bergelar suami isteri..
tak payah la nak siasat setiap komen di facebook..
setiap ayat disiasat penuh rapi..

Kalau kita setia insyaAllah girlfriend kita akan 10 kali lebih setia daripada kita..
tak payah lah jadi kampung sangat..

Jangan sesekali pertikaikan persahabatan kerna nilai persahabatan
itu sebenarnya tinggi..
Lebih mulia daripada
perangai korang yang belum tentu baik sebenarnya..

Wednesday, February 17, 2010

~awesome trip from PJ to JB!!~


Minggu lepas aku ke JOHOR BAHRU atas urusan kerja disana.
Desakan kerja di Larkin Sentral buat bos hantar aku ke Southern City neh..

Awalnya bos suruh aku naik bas jek dan stay kat hotel ayam sekitar
Larkin
dengan harga RM 50 satu malam..hahaha..
Tapi aku dengan keras kepala bawak kereta dan bajet hotel tu aku sebat
buat duit belanja
aku kat JB..

Aku gerak dari PJ Selasa malam 09.02.2010 pukul 9 malam..
Dengan berbekalkan cara pemanduan hebat ala Fernando Alonso aku just
sampai kat Skudai dalam masa 3 jam jek..hahaha..
abis semua lori hantu..lori balak..lori minyak aku potong selamber jek..hahaha..


Kehadiranku di JB disambut oleh pasangan adik beradik sengal JAI dan AMY(sekadar nama glamour)..hahahaha..dan aku disumbat di sebuah rumah di celahan sub bandar KEMPAS..
Mula-mula agak kempas kempis jugak nafas namun syukurlah aku dah biasa..
dan bilik yang ditawarkan juga agak bagus..Not bad juga...hahaha..
agak berbaloi la dengan tidak perlu bayar apa-apa..FREE sahaja!!!hahahaha


3 hari yang pertama aku agak sibuk dengan tugasan kerja di sekitar bandaraya JB neh..dengan kete Myvi putih yang berkeladak hampi jadi warna kelabu..aku sesat jugak mencari jalan-jalan yang benar di JB ni..hahaha..
tapi sempat jugak la ngular kat Plaza Angsana..Larkin Perdana..Plaza Larkin..Leisure Mall JB...hahahaha..
cuma tak sempat tengok wayang jek masa keje...hahahaha..


Banyak gak peristiwa lucu..sengal..yang berlaku sepanjang aku di JB..dapat berjumpa dan dating ngan beberapa bestfriends di sana cukup istimewa..

Dating makan nasik ayam penyet di sebuah lorong jahat di area City Square JB ngan Chacha..agak kelakar sebab Chacha jauh lagi tinggi dari aku dan cun pula..rasa macam aku budak sekolah plak..hahaha..masa dinner tu orang sekeliling semua ushar pelik..rasa tak puas hati kot budak pendek dapat awek cun tinggi macam model...hahahaha...
Nasik ayam penyet kat situ taklah sedap mana tapi harga bapak mahal..hohoho..2 pinggan nasik RM 15..perghh!!!!memang gerek sangat la..hahahahaha..nasib parking kereta kat JB semua free subsidi METRO PARKING...hahahaha...Thanks Chacha sayang for the sweet dinner on that night!

Pastu acara menghantar kereta ke car wash untuk disental..hahaha..aku drop kat car wash SHELL Jalan Tampoi(kalau tak salah la)...tukang cuci semua mat-mat Nepal atau Bangla..dan macam-macam ragam dan perangai mangkuk-mangkuk cuci ni..ada sorang tu keje dia cuci sportrim jek...dahtu lembab dan melayan jiwa dia cuci sportrim sambil mencangkung...habis sume sportrim kereta yang ada kat situ dicucinya..nasib tak sampai kereta kat tengah jalan dia cuci..hahahaha..yang tukang sembur air sibuk sampai nak sembur air kat aku...hahaha..haram jadah!..pastu ada sekor pulak asyik senyum dan sengih jek..lap kereta sengih..lap cermin sengih..vacuum pun sengih..agak-agak kalau kencing tepi jalan pun sengih jek...hahahaha..ada sekor lagi dok bukak tutup bukak tutup bone kereta aku...haih..maybe masa tu aku sekali ngan JAI dan IMA..tu semua mat-mat Bangla ni sibuk nak buat aksi hebat masing-masing...hahahaha..Kami bertiga masa tu gelak bagai nak mampos dan aku kene bayar RM11 untuk servis cuci kereta tu sekali dengan servis lawak babi yang mat-mat Bangla tu buat..hahaha..(kat KL bru RM 8 jek cuci kereta..)

Then acara dating ngan menjeng sayangku SUZIE..memang agak lama tak jumpa since raya tahun lepas..dan kitaorang sempat dinner kat SAYAM Stulang Laut dulu..(bersama mama dan adik-adik Suzie)..pastu berpoya-poya di Danga..ada acara mengumpat..kutuk orang..gelak-gelak sampai krem perut..pastu acara testing tudung pulak(Suzie sibuk nak beli tudung plak masa tu)..macam-macam jenis tudung dia try..kalau boleh nak lawa dan murah..hahaha..
pastu sesi shopping bundle..dengan hanya berbekalkan RM10 kami berjaya membeli 4 helai baju yang sangat menarik...hahahaha..dan kami lepak minum sambil tengok Mawi dan Ekin mundar mandir di depan butik koleksi milik mereka...hahahaha..

Ada lagi beberapa acara dan peristiwa menarik sepanjang di JB neh..melayan karenah makcik kedai makan yang bergurau lucah di Medan Selera Taman Cempaka..(boleh cerita bab 'telor' plak makcik neh)..hahahaha...sesi karaoke ngan brader-brader kat Diva..hahaha..sesi bola jaring di Pulai Perdana..
di gertak Pak Guard india mabuk..hahahaha..haih..macam-macam..


Tak lupa air coke ala campur ubat batuk..hahahaha..nasi ambang..hahaha

Thanks kepada semua yang terlibat sepanjang aku di JB..Encik Fadzil(bos aku) sebab benarkan aku pergi JB..Mizan..Arif dan Apis ( geng technician MES JB)..Jai..Amy..Wahyu..Ijal..Ima..Naza Fify..Qayyum..dan tak lupa untuk Suzie sayang..Cacha darling...thanks!Korang memang gerek seyh!!

Sedikit rasa terkilan sebab tak dapat jumpa Azlin menjeng dan Vee darling...(atas sebab bf masing-masing tak bagi aku jumpa dorang..hohoho..simpan la awek korang dalam gobok!..hahaha)..and EDY yang tade masa aku ke JB..next time maybe..

God Bless JOHOR!
Love ya!







~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com