Tuesday, December 28, 2010

~Bitch dengan perempuan tidak sama~

Agak lama tidak berkunjung ke halaman ini untuk menulis.
Tiada masa terluang barangkali.
Hanya diperuntukan untuk tanggungjawab kerja dan motivasi diri.
Namun masih ada sedikit lagi rasa tidak puas hati.
Atau rebel mungkin yang aku masih simpan.
Dan semalamnya aku buang jauh-jauh.
Saki baki rasa pedih dan terhina.

Bertemu dengan salah seorang kenalan rapat dia.
Yang aku anggap rakan baikku juga.
Berkongsi cerita mengenai si dia.
Dan hanya ada satu kongklusi.
Sia dia ku ibaratkan seperti kulat-kulat hijau.
Yang lama kelamaan akan menjadi hitam.
Keruh dan berlekit.
Kasihan sungguh apabila memilih untuk hidup dengan cara menipu.
Seperti suci namun hakikatnya berperi bangsat.
Lalu aku kembalikan serpihan milikan dia.
Agar aku dapat tenang.
Tidak lagi berdendam.
Itu hak dia.
Dan aku wajar untuk memulangkannya.

Bekas kekasihku..semoga kamu berubah baik.
Agar jangan sampai tersidai dalam hidup sendiri.
Cepatlah sedar sebelum aku ketawa di sini.
Melihat kamu teresak-esak.
Meratap akan kesan perbuatan sendiri.
Ketika itu menadah tangan dan sujud belum lagi pasti.
Kerna aku mungkin tidak sebaik dulu lagi.


Saturday, November 27, 2010

~Hati yang sexy hanya untuk hati yang kacak~

‎"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan.

Dua tangan untuk memegang.

Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya anugerahkan sekeping hati pada kita?

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..." ‌

Friday, November 12, 2010

~Kerana Mcd!~


Cik Perempuan:'u..i teringin la nak makan Mcd..'

Encik Lelaki:'lorh..order jela..kat tempat u takkan tade Mcd?Delivery je kan!'

Cik Perempuan:'kat sini manade Mcd..yang ada cuma KFC'

Encik Lelaki:'Kesiannya'

So aku terfikir macam mana ye tetiba kalau mengidam Mcd pukul 2-3 pagi.
Payah jugak tu.Kesian pun ada.

Syukurlah kat tempat aku ada Mcd..Bebila masa boleh layan.
Kalau malas just call delivery.
Nanti muncul depan umah..

Maybe kat bandar ni ada banyak Mcd..
Bukan saja Mcd malah segala jenis macam.
Tapi kami di sini tak bangga mana pun.
Namun bagi sesetengah orang di luar daripada circle bandar.
Mungkin Mcd salah satu idaman.
Yang mungkin bermakna dalam hidup.

Kalau Mcd boleh ubah persepsi dan perjalanan hidup seseorang.
Apatah lagi kelab-kelab malam dan kemewahan di bandar.
Maka harus ingat roots kita.

Saya doakan setiap pelusuk kampung agar satu hari nanti ada Mcd.
Supaya manusia tak mudah lupa diri.

Sekian!

~Happy Birthday Suzie!~


~i tak ada banyak duit nak belikan u hadiah yang mahal..
i tak cukup kaya nak bagi u kemewahan..
tapi i ada banyak kasih sayang dan nilai persahabatan untuk beri kat u~

HAPPY 26th BIRTHDAY MY MENJENG!
LOVE U!



~The Rise and Fall of Berlin Wall~


Tiada aktiviti yang istimewa di hujung minggu aku.
Terperap di bilik dan berterusan berfikir.
Sesekali duduk di depan televisyen.
Dua kali aku menonton satu kisah benar di channel History.
'THE RISE AND FALL OF BERLIN WALL'..

Aku cuba memahami asal usulnya pembinaan Tembok Berlin.
Asas dan sebab mengapa perlu ia dibina.
Berakhirnya perang dunia ke dua dan apabila kerajaan Nazi
Jerman pimpinan Adolf Hitler tewas,bumi Jerman dijadikan hadiah
untuk empat kuasa yang menang ketika perang.
Dan Jerman terbahagi kepada dua blok.
Blok timur dikuasai oleh pihak komunis Russia.
Dan blok barat diperintah oleh perikatan pimpinan Amerika.

Ditengah-tengah dua blok ini adalah bandar Berlin.
Dan juga terbahagi dua antara Berlin Barat dan Berlin Timur.

Lalu pemerintah komunis Jerman Timur membina tembok Berlin
dengan tujuan untuk menghalang setiap warganegaranya untuk lari
dan menyeberang ke barat.
Pembinaan yang bermula pada tahun 1961 merentasi seluruh sempadan
bandar Berlin dan sempadan antara Jerman Timur dan Jerman Barat.
Jerman bukan saja terpisah menjadi dua malah ramai dikalangan rakyat
mereka yang terpisah daripada keluarga dan insan yang tersayang.

Terdapat plot pelbagai emosi di sebalik pembinaan tembok Berlin.
Kesengsaraan warganya dalam kehidupan seharian.
Rasa memberontak untuk melarikan diri dari kongkongan dan pelbagai
sekatan daripada pihak pemerintah komunis.
Tiada kebebasan bersuara.
Tiada kebebasan untuk bekerja.
Hidup setiap daripada mereka sentiasa di dalam circle yang dipenuhi
rasa benci dan tidak puas hati.

Bila terpisahnya kasih sayang sekeluarga.
Mereka sanggup melakukan apa saja untuk melarikan diri dari kepungan
tembok Berlin.
Menyelinap masuk ke Jerman Barat dan mulakan hidup yang
lebih tersusun
dan bermakna.

Mereka memanjat tembok yang dipenuhi kawat dawai.
Mereka merempuh tembok dengan kereta.
Malah sanggup menggali tanah untuk dijadikan terowong.
Hanya untuk membebaskan insan tersayang mereka daripada cengkaman
komunis Jerman Timur.

Aku agak kagum dengan usaha dan idea mereka untuk melepaskan diri.
Sesekali terdetik ada diantara idea mereka tidak terfikir oleh akal.
Namun dalam keadaan tersedak manusia mampu berfikir di tahap
yang melampau.
Kehendak untuk hidup bebas.

28 tahun mereka berusaha untuk melepasi tembok Berlin.
Ramai juga yang terkorban dalam tempoh itu.
Ada yang ditembak oleh stasi atau polis rahsia Jerman Timur.
Ada yang terkandas di kawat berduri tembok.

Namun mereka tetap punyai harapan.
Biarpun pada ketika itu agak mustahil untuk melihat negara
Jerman bersatu semula.

Akhirnya dengan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan pihak
pemerintah Jerman Timur.
Dan penentangan rakyat terhadap kehendak mahu hidup bebas.
Setiap warga Jerman Timur dibenarkan untuk bebas.
Maka jatuhnya pemerintahan komunis di
Jerman Timur.


Seluruh warga Jerman Timur berasak-asak menyeberangi ke Jerman Barat.
Mereka berarak beramai-ramai.
Malah mereka meruntuhkan tembok Berlin yang selama ini agak mustahil
untuk dirobohkan.
Kuasa rakyat memang hebat.
Mereka bebas juga akhirnya.
Ramai yang menitiskan airmata tanda gembira.
Berpelukan sesama mereka.
Merasai erti bebas merdeka yang sebenar.
Yang mereka nantikan berpuluh tahun lamanya.

Negara Jerman bersatu semula.
Menjadi satu negara yang kukuh dan hebat.

Tembok Berlin runtuh juga akhirnya.
Meninggalkan segala kenangan pahit dan pedih.
Seribu rasa sengsara dan derita.

Dan aku di depan televisyen tanpa sedar menitiskan airmata.
Cuba memahami erti kepayahan mereka untuk bebas merdeka.
Nilai kemanusiaan yang tinggi.
Kasih sayang yang total.
Biarpun aku bukan warga Jerman.
Aku amat kagum malah rasa terharu.
Dengan segala usaha setiap daripada mereka.
Merempuh hidup dalam perang sebelumnya.
Kemudian hidup dalam penindasan pemerintah komunis.

Bagi aku mereka layak untuk bebas dan gembira.
Dan aku amat bersyukur dilahirkan sebagai anak yang merdeka sepenuhnya.
Di bumi Malaysia yang aman dan damai.

Aku rakamkan rasa kagum dan bangga untuk segenap warga Jerman
yang berani berjuang untuk terus hidup.
Dan terima kasih Jerman kerna memberi aku ilmu
kejuruteraan yang tak ternilai.


DANKE DEUTCHLAND!










~a girl story~


Sejujurnya emosi dan minda aku kini tidak berapa stabil.
Melaratkan diri untuk terus bangun dan survive.
Aku lebih suka bersendiri lately.
Dengan motif untuk merenung dan muhasabah diri.
Mencari salah dan silap.
Memahami corak dan perjalanan untuk terus hidup.
Aku kembali menoleh ke belakang.
Belajar mentafsir segenap kekhilafan diri sendiri.

Kerap kali aku merenung langit.
Dalam gelap aku mencari ruang si sebalik bintang.
Kemudian berfikir akan apa yang menimpa diri aku lately.

Aku masih cuba mencari jawapan.
Apakah silapnya diri aku sehingga aku masih
gagal dalam relationship.


Dengan niat tidak mahu menuding jari kepada sesiapa..
Aku menganggap segala yang jadi adalah kifarah
terhadap dosa aku.

Dan lesson untuk aku kembali merangkak dan belajar.
Memperbaiki salah dan silap.
Dan terus kekal menjadi seorang yang berhati baik.

Aku membaca muka depan akhbar.
Kisah seorang gadis yang berubah hati terhadap tunangnya.
Dalam sibuk bersiap menjadi sang pengantin.
Si gadis merasakan dia tidak lagi mampu untuk
meneruskan relationship.

Lalu mengambil keputusan nekad untuk lari.

Si gadis mengatakan pasangannya berubah menjadi
seorang yang berbeza.

Menjadi lelaki yang panas baran..
suka mengongkong dan tidak faham isi hatinya.

Dan faktor sikap negatif tersebut dijadikan asas untuk
dia bertindak nekad

lari dengan harapan untuk escape daripada meneruskan
ke arah satu perkahwinan.


Jadi aku berpendapat mungkin tindakan gadis
itu ada wajarnya.

Kalau dia merasakan sikap negatif pasangannya itu
akan buat dia berasa tidak

selesa malah tidak lagi yakin untuk terus hidup bersama pada
masa yang akan datang.

Dalam usia 20 tahun aku rasakan dia agak muda
untuk buat penilaian

ditambah pula dengan desakan atas faktor sikap negatif
pasangannya itu.


Aku jadi kasihan melihat gadis itu.
Dan masa yang sama aku cuba faham rasa koyak dan
tawar hati sang lelaki juga.

Pastinya kusut bila saat akhir perkahwinan yang diimpikan
gagal menjadi kenyataan.


Lalu aku cuba terjemahkan ke dalam episod kisah aku pula.
Berkaitan soal sikap kita ketika dalam relationship.
Kerap kali aku mendengar malah melihat depan mata sendiri
perempuan berhadapan dengan pelbagai sikap negatif si
pasangan mereka.

Salah satu contoh adalah kisah di atas lah.
Dan atas sebab sikap negatif sedemikian ramai diantara
perempuan tidak tahan

dan berubah hati untuk mencari sesuatu yang mereka rasakan
lebih baik untuk diri mereka.

Kalau difikirkan secara logik tak ada sesiapa yang mahu
meredah segala sikap

negatif sebegitu dalam relationship.
Bergaduh sepanjang masa..dimaki hamun..
malah disepak terajang oleh pasangan.

Itu belum lagi kes cemburu keterlaluan..
pengawasan ketat dan larangan untuk berkawan.


Namun inilah yang kerap terjadi dan menimpa para gadis
yang berpacaran di luar sana.

Dan dah banyak kali aku mendengar pengakuan daripada
mereka akan masalah sebegini rupa.

Aku cuma mampu limpahkan rasa kasihan untuk mereka.

Tapi bagaimana pula kalau seorang gadis yang mempunyai pasangan
yang bersikap bertentangan

dengan apa yang dinyatakan di atas?
Sikap pasangan yang positif.
Keterbukaan minda dan penerimaan dalam relationship.
Kepercayaan dan kesetiaan yang tulus.
Rasa hormat dan pemberiaan kasih sayang yang ikhlas.
Ditambah bonus pemberiaan hadiah dan segala kelengkapan
diri secara total.

Dan masih memilih untuk berubah hati dan curang.
Malah sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri.

Dalam pada ramai perempuan di luar sana yang merasa
sakit sepak terajang.

Masih ada juga yang tak pandai bersyukur rupanya.
Tidak faham maksud menghargai kebaikan.
Malah sanggup menipu dan berlaku curang.

Aku kategorikan perempuan sedemikan amat bodoh.
Sungguh kasihan melihat hidup kalian.

Itulah yang aku fikirkan setiap hari.
Soal menghargai seseorang yang sanggup sayang dan menerima kita.
Buruk dan baik dia menerima saja.
Tanpa ada kompromi dalam cinta.
Tanpa sedikit pun membantah.
Malah terus berusaha untuk kebaikan bersama.

Aku berfikir soal sikap.
Tidak semua perempuan di luar sana bernasib baik seperti kalian.
Mereka baik tapi terpaksa tempuhi segala kepahitan dan rasa sakit.
Tapi ada yang dilayan dengan sebaik mungkin.
Tetap memilih untuk jadi pembelot.

Aku doakan perempuan di luar sana yang sentiasa survive
dan terus mampu menahan

segala dugaan hidup..
Agar kalian baik-baik aja.
Dan untuk perempuan yang tidak tahu menghargai dan bersyukur...
Tunggu sajalah nasib kalian.

Hutang duit mungkin kalian boleh bayar.
Tapi hutang air mata dan pengorbanan belum tentu kalian
mampu bayar semula.

Titisan air mata akan dibalas dengan titisan air mata.
Itu sudah pasti.

Kalian tak selamanya cantik.
Tak selalunya hot dan market.

Jadi belajarlah untuk menghargai.
Agar tidak tersadai suatu hari nanti.

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Thursday, October 7, 2010

~ayat penutup.kalau nak terasa memang patut pun!~

~When i telling the truth..you get angry and telling that i am say something bad about you..in fact you just worry and fear of yourself because you are fucking bastard!~

Tuesday, October 5, 2010

~Soalan yang tak mampu aku jawab~


En. Engineer:'Betul kau tak nak ke KPJIC JB ni Zul?'

Aku hanya diam dan geleng kepala..

Aku:'Takpela bang..saya setting system tu kat sini je.kita kurier aja..
dorang boleh pasang sendiri system tu'

En Engineer:'Sebelum ni kau beriya nak gi sana?'

Aku diam dan terus blah hisap rokok...

Monday, October 4, 2010

~tears first..sooner will be laughts~

Air mata saya menitis lagi.
Namun saya sendiri tidak pasti.
Apakah saya sedih?
Terlalu terkilan?
Kesal atau marah?

Oh Tuhan!
Saya rindu diri saya yang dahulu.



Friday, October 1, 2010

~ikhlas untuk kamu!~



Maafkan saya kalau bahasa saya kasar.
Mungkin ada rakan-rakan di luar sana yang fikir saya tak wajar memaki.
Tapi yang koyaknya saya.
Yang sakitnya saya.
Yang biru mata menangis saya juga.
Satu demi satu bukti penipuan dan ketidakjujuran terbuka depan mata saya.
Saya dapat tahu juga.
Biar disorok bawah katil pun.
Saya tetap tahu juga.
Dan saya terkilan sangat.
Sedih.
Kerna pemberian dan kasih sayang yang baik.
Dibalas dengan cara jahat sebegini.

Tuhan itu maha adil.
Biar Dia saja yang membalas.
Perlakuan jahat akan dibalas jahat.
Semoga kamu berubah baik.
Agar satu hari nanti kamu tak menyesal.

Saya sukar untuk maafkan dia.
Mungkin saya harus tunggu dan lihat saja.
Dan tunggu masa untuk senyum sinis.
Dimana waktu itu dia akan menangis.
Dan kesal akan segala apa yang dibuat kini.

Saya rasakan kamu jahat.
Para sahabat baik saya juga kata kamu jahat.
Jadi fikirkanlah.
Sementara saya masih bernyawa dan berpeluang untuk maafkan kamu.

Berkat penat lelah saya bekerja siang malam.
Saya cuma harap kamu hidup tenang.
Kalau tidak tenang jangan salahkan saya.
Kerna saya penat cari rezeki untuk kamu sebenarnya.
Cuma kamu jenis yang tak reti menghargai.

Ruang masih ada selagi saya masih hidup.
Kalau rasa nak mohon maaf saya masih ada.
Kalau tidak pikullah kesalahan itu sendiri.
Dan usah sesekali kesal.

Sekian

;p


Thursday, September 23, 2010

~PJ-Pekan Nanas-Benut-Skudai-PJ~

Aku kini dalam proses pemulihan emosi.
Kembali refresh untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Apa yang terjadi menimpa aku dua-tiga menjak ini buat
aku berfikir akan hidup.
Aku sendirian dan hanya sentiasa berfikir.
Bahawa hidup ini tidak semudah yang disangka.

Aku baru pulang dari Johor.
Cuti raya yang ada aku luangkan untuk bertemu sahabat-sahabat tercinta.
Habiskan setiap saat untuk sesuatu yang berkualiti.
Sekian waktunya aku di Pekan Nanas aku dilayan dengan baik
oleh keluarga sahabat baikku Suzie.
Aku bagaikan seperti ahli keluarga mereka sendiri.
Tatkala aku masih berperang dengan emosi sedih aku masih
menerima rasa perhatian dan kasih sayang daripada Suzie sekeluarga.
Bahagianya bila melihat telatah dan gurau senda setiap daripada mereka.
Kasih sayang mereka sekeluarga jujur sangat.
Mereka tidak melabelkan sesiapa yang datang bertandang ke rumah mereka.
Layanan diberi ibarat saudara sendiri.
Ya Allah mulianya hati mereka sekeluarga.
Aku hanya memerhati saja.
Sesekali senyum dan tertawa juga.
Menumpang sedikit rasa gembira.
Walaupun kerap kali juga aku keluar dan berdiri di luar rumah.
Merenung ke langit untuk menenangkan hati.
Terima kasih Suzie,Mama June,Papa Sobri dan yang lainnya.
Kalian baik sangat.

Hatiku sangat tertarik untuk menemui mama ex-girlfriendku.
Bila aku memandu merentasi daerah Pontian hati aku terpanggil-panggil.
Jadi bila mama mempelawa aku gagahkan diri untuk hadir.
Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa dalam hati.
Yang berlegar dalam fikiran.
Sampainya aku di Benut disambut dengan baik oleh mama.
Subhanallah baiknya mama.
Mungkin baru pertama kali bertemu tapi aku dapat rasakan kebaikan hati mama.
Terdapat sesi diskusi antara kami.
Bercerita tentang apa yang berlaku.
Perjalanan kisah cinta aku dengan ex-girlfriendku.
Aku lihat mata mama.
Aku dapat rasa akan sesuatu yang mama fikirkan.
Diskusi antara kami lancar sahaja.
Lebih kepada sesi mencari penyelesaian secara baik dan matang.
Aku senyum tawar.
Hati koyak sangat waktu itu.
Apatah lagi bila melihat mama.
Sayup dalam hati aku waktu itu.
Jadi aku paksakan juga untuk senyum.
Walaupun aku tahan rasa sedih aku.
Ya Allah mama baik sangat.
Usahlah diperlakukan lagi perkara yang tidak enak untuk dia.
Kasihan aku melihat mama.
Biarpun aku kasihan juga melihat diri aku sendiri.
Wahai ex-girlfriendku..awak tipu saya tidak mengapa.
Tapi janganlah tergamak untuk awak tipu mama.
Lalu aku hulurkan salam sebelum berlalu pulang.
Aku cium tangan mama atas dasar hormat.
Tanpa ada sedikit rasa dendam.
Biarpun yang lukakan hati aku itu anaknya sendiri.
Mama minta maaf.
Mama suruh aku bersabar.
Jadi aku hanya diam dan terus memandu pulang.

Seterusnya ada satu lagi plot cerita menarik semasa aku di bumi Johor.
Bertemunya 3 sahabat karib.
Aku,Suzie dan Vee.
Di sebuah restoran ayam penyet di Taman U Skudai.
Di tengah malam.
Tiada ramai orang di sana ketika itu melainkan kami bertiga sahaja.
Sesi pertemuan yang sangat bermakna.
Bila 3 sahabat karib berjumpa dan bercerita tentang pelbagai perkara.
Kami ketawa sesama.
Berselang seli bercerita tentang kisah hidup masing-masing.
Sambil berbual ayam penyet tetap juga licin.
Mujurlah aku tak order chikong..hahahahahaha
(Baru aku tau chikong itu sebenarnya lai chi kang)
Cerita kami bertiga agak detail dan padat malam itu.
Setiap di antara kami rupanya punyai kisah tersendiri dalam hidup.
Yang sebelum ini kami tak luahkan.
Kami hanya simpan.
Tapi malam itu kami sejujurnya bercerita dan berkongsi sesama.
Dalam pada kami ketawa kami juga serius dalam berkongsi pengalaman hidup.
Sampaikan rokok aku habis 19 batang kerna terlalu khusyuk melayan 2 orang
menjeng kesayanganku..hahahaha
Kami di sana sehingga jam 4 pagi.
Sampai brader ayam penyet seolah nak menghalau kami pergi.hahahaha
Kisah yang berbeza jalan ceritanya tapi moralnya tetap sama.
Aku cuma mampu harap agar kami berjaya dalam menjejak pasangan hidup yang baik.

Lengkap sudah hajatku.
Bertemu dengan insan-insan yang aku sayang di Johor.
Pelbagai emosi suka duka.
Namun aku tetap merasakan kasih sayang dan nilai sebenar persahabatan.
Terima kasih Johor kerna berikan aku sedikit rasa gembira.
Untuk aku bawa pulang ke kota dan tempuh hidup yang serba baru.
Kepada rakan-rakan lain yang tidak sempat aku jumpa di Johor.
Aku minta maaf.
Aku bukan tidak mahu jumpa kalian.
Cuma keadaan emosi aku tidak berapa baik ketika itu.

Selamat Hari Raya untuk kalian.
Aku hulurkan salam kemaafan.
Agar dosa-dosa dan kesilapan kita saling dimaafkan.

Kepada sahabatku Suziana dan Adaviah.
Terima kasih untuk segala perhatian kalian berdua.
Aku sayang korang dowh!

Kepada Mama June.
I love u mama.
Mama masak sedap sangat.
Lagi sedap bila makan free.hahahaha..

Kepada Mama ex-girlfriendku.
Maafkan saya kerna tak mampu menjaga anak mama.
Saya dah cuba sehabis baik.
Namun dia punyai keputusan dan penilaian sendiri.
Terima kasih atas prihatin mama.
Saya hargai segala kebaikan mama terhadap saya.

Kepada ex-girlfriendku.
Terima kasih kerna lukakan hati saya.
Saya halalkan segala apa yang saya beri kepada awak.
Saya tidak akan berdendam.
Cuma saya terlalu terkilan.
Apa yang awak buat ini tidak adil untuk saya.
Semoga awak gembira dengan pilihan awak.
Belajarlah untuk terus hidup.
Dan jujurlah kepada orang yang kita sayang.
Menipu itu salah dan tidak baik.
Lebih lebih lagi terhadap ibu kita.
Moga awak berubah baik.
Maafkan saya sebab tak jumpa awak.
Saya memang tidak mahu jumpa awak.
Sebab awak jahat terhadap saya.


Aku hanya berdoa agar nama-nama di atas dikurniakan ketenangan dan kegembiraan.
Semoga Allah pelihara kalian.

Amin.

Saturday, September 18, 2010

~Nasihat untuk diri sendiri~

Sekalian orang masih dalam mood raya.
Bergembira dan bergelak ketawa.
Bertemu sanak saudara dan sahabat handai.
Saya gembira melihat kalian.

Saya masih dalam episod sedih.
Masih berusaha perlahan-perlahan untuk merubah skrip hidup.
Memerah hati untuk selangkah ke hadapan.
Memang agak payah memupuskan saki baki rasa perit.
Serpihan kesan penipuan dan ketidakjujuran.

Dalam pada saya melangkah untuk kembali bangun.
Saya ditemani para sahabat yang berhati mulia.
Tidak lokek memberi nasihat dan semangat.
Bertanya khabar untuk pastikan saya baik-baik aja.
Mereka berikan saya kekuatan.
Ada juga yang memberi peringatan kepada saya.
Kritik membina untuk saya tidak silap lagi.

Jadi hari ini.
Ketika saya di urban Pekan Nanas.
Saya berfikir dan cuba memujuk minda supaya refresh semula.
Sebenarnya yang cantik di depan itu belum tentu indah di belakang kita.
Jangan mudah terpedaya.
Usah menjadi terlalu baik sehingga kita lupa akan diri kita sendiri.
Bangkitlah wahai Herfizul Akma Nasaruddin!
Senyum kembali.
Biar tawar tapi ia tetap satu usaha untuk ketawa.

Monday, September 13, 2010

~Life is about appreciation~


Dahulunya Gadis tidak punyai apa-apa.
Hanya berjalan kaki keseorangan.
Kemana mana hanya sendirian.
Sehingga kaki sakit lebam akibat berjalan.

Kemudian Gadis terjumpa sebuah Proton Saga buruk.
Agak lusuh dan comot.
Gadis suka akan Proton Saga itu.
Biar buruk tapi dia tekad untuk menjaga Proton Saga itu.
Maka Gadis mencuci Proton Saga itu.
Ambil kain dan mengilap.
Sungguh sayang kepada Proton Saga itu.
Saban hari setiap pagi Gadis pasti akan start enjin Proton Saga.
Pastikan Proton Saga tetap berfungsi.
Kemudian lap lagi.
Berkilat-kilat jadinya Proton Saga.

Gadis lalui hidup seterusnya ditemani Proton Saga.
Setiap saat tidak pernah renggang.
Dalam hatinya hanya ada Proton Saga.
Malam sebelum tidur Gadis akan selimutkan Proton Saga.
Takut terkena embun katanya.
Risau Proton Saga akan berkarat.

Kemana mana Gadis akan bawa Proton Saga.
Dari Kuala Lumpur sehingga Johor Bahru.
Gadis gembira sangat.
Bahagia sangat.
Gadis tunjukkan Proton Saga kepada rakan-rakannya.
Katanya Proton Saga itu adalah kesayangan yang abadi.

Gadis letak Proton Saga dalam garaj.
Pastikan Proton Saga tak kemana mana.
Kerna dia hanya berharap kepada Proton Saga.
Kemana Gadis mau pergi maka Proton Saga akan setia menemani.

Namun sedikit demi sedikit hati Gadis mula berubah.
Bila keinginan mula tinggi.
Keseronokan mengusai diri.
Gadis mula lupa diri.
Tatkala Gadis memandu Proton Saga dia tertoleh toleh akan Toyota Alphard.
Senyum dan menaruh keinginan.
Tapi Gadis masih perlukan Proton Saga.
Selama ini Proton Saga yang menemani hidupnya.
Proton Saga sudah banyak berjasa.

Gadis mula kerap keluar malam.
Simpan Proton Saga dalam garaj.
Namun bertenggek pula kepada Toyota Alphard.
Ingin merasa katanya.
Lama kelamaan Gadis sudah mula tertarik akan Toyota Alphard.
Maklumlah canggih.
Mahal pula tu.
Setengah juta harganya.

Perlahan-lahan Gadis buka pintu garaj.
Proton Saga sudah mula berhabuk.
Gadis start enjin dan memandu perlahan.
Dalam kabus pagi.
Menuju ke lereng bukit.
Gadis berhentikan Proton Saga di tepi lereng bukit.
Keluar dan merenung Proton Saga.
Dalam fikirannya sudah terbayang Toyota Alphard.

Gadis perlahan-perlahan menolak Proton Saga.
Maka terjunamlah Proton Saga ke dalam gaung.
Berguling-guling hancur remuk.
Gadis hanya berdiri dan senyum.
Berhasrat untuk memilik Toyota Alphard pula.
Kasihan Proton Saga.
Diperlakukan sebegitu.
Jasanya dipandang sepi.
Namun harus diingat.
Toyota Alphard itu bukan milik Gadis.
Bila-bila masa boleh menghumban Gadis ke tepi jalan.
Dan ketika itu Gadis akan menangis terkenangkan
Proton Saga yang buruk miliknya dulu.

Monday, September 6, 2010

~kerinduan~


Awak suruh saya bawakan domo.
Sebab awak rindukan dia.
Jadi saya bawakan domo untuk awak.
Awak peluk domo.
Rindu sungguh awak pada domo.

Saya juga bawa diri saya.
Tapi awak tak peluk saya.
Jadi saya terfikir.
Apakah awak sudah tidak rindu saya lagi?
Hurmmm..





Tapi saya tetap merindui awak.
Saya rindu Chacha saya!
;p

Saturday, September 4, 2010

~Permintaan seorang hamba~

Saya tak berkuasa nak menghalang.
Namun saya hanya mampu berdoa.
Menadah tangan mengadu kepada Tuhan.
Agar segalanya baik saja.
Tidak perlu meminta daripada manusia.
Hanya perlu meminta daripadaNya.
Hanya Dia yang maha berkuasa.

Subhanallah..

Tuesday, August 31, 2010

~dua sahabat baik dan kehendak untuk bahagia~


Malam semalam dua orang sahabat baikku bertandang ke rumah.Asalnya plan mahu berbuka puasa bersama.Namun mereka hadir agak lewat.Tidak mengapa.Aku faham dan bagi ruang untuk mereka berdua.Dua sahabat baikku ini adalah pasangan kekasih.Mereka nampak agak cocok.Baik daripada pandangan luaran mahupun persepsi dalaman.Itulah apa yang aku lihat tentang mereka berdua.Kelihatannya dua sahabat baikku ini amat bahagia.Terpancar riak bahagia disebalik wajah mereka.Dan aku amat senang dengan apa yang mereka punya sekarang.Apa dia?Rasa bahagia ciptaan mereka sendiri.

Mereka sampaikan berita gembira kepadaku.Cadangan untuk disatukan.Aku lihat sahabat perempuan aku agak excited.Semangat semacam.Terdetik dalam hati aku dia berhak akan rasa gembira itu.Dulu dia sengsara.Menjadi mangsa penipuan dan tingkah laku negatif sang boyfriend.Kini mujurlah dia ada sahabat lelaki aku itu.Yang lebih banyak berdiam dan menyampuk sekali sekala dalam perbualan.

Aku gembira melihat mereka bersama.Tuhan ketemukan mereka dengan kasih sayang.Didekorasi dengan pengalaman dan kisah pahit manis silam.Diwarnai dengan rasa percaya dan setia.Susah senang bersama.

Syukur.Aku doakan dua sahabat baikku ini bahagia.Bersatu dalam ikatan yang sah.Menjadi pasangan yang ceria sentiasa.Aku mahu melihat mereka senyum sentiasa.Menampakkan raut wajah yang cantik dan berseri.

Ketentuan dua sahabat baikku ini telah tercipta.Menunggu masa saja untuk direalisasikan.
Sedikit dalam hati aku berdetik dan berharap.Agar aku dan kekasih hatiku akan menjadi seperti dua sahabat baikku ini.

Aku juga butuh kebahagiaan dalam hidup.Berdua.


Monday, August 30, 2010

~Hurmmmm..i just miss u!~



Hati saya agak gundah.
Tidak tahu mengapa.
Terlalu rindu mungkin.
Saya doakan dia baik-baik aja di sana.
Dan saya harap dia setia.
Kerna saya cinta amat akan dia.




I miss you sayang!
;p

Friday, August 27, 2010

~cerita ogos!~


Masa untuk menulis di blog ini agak terbatas sekarang.
Cuma aku ingin buat sedikit konklusi tentang segalanya di bulan Ogos.
Apa yang aku rasa dan apa yang aku lihat.

Bulan ini mood untuk bekerja agak kureng kerna dapat tahu
yang aku akan ditransfer ke company baru..dan akan ditugaskan kerja
di bandaraya KL...Aduh malasnya nak redah jammed pagi-pagi nanti!
Dah terbayang akan kepayahan!

Then mood rindu terhadap cik Girlfriend agak melampau..hahaha
Sebulan lebih tak jumpa dan tanpa acara dating buat lagi feel aku
tak stabil..hormon cinta aku berselerakan!
Handphone cik Girlfriend rosak jatuh masuk lubang jamban.
Jadi agak lost connection.
Jarang berbual dan meset.Lagi buat aku tak keruan dan kerinduan terlampau.

Mujur bulan Ogos ini bulan Ramadhan.
Dan syukurlah aku dapat puasa dengan baik tahun ini.
Masih penuh dan keinsafan kepada Allah.
Kembali sujud dan berdoa terhadapNya.
Alhamdulillah..
Dan mujurlah murtabak dan air mata kucing yang jadi
peneman harian aku.
Sedap woooo!!!!!hahahaha

Kemudian aku juga sedih bila sorang dua sahabat
baik aku..(tak perlu nyatakan nama)..
Alami masalah dalam percintaan mereka..
Mereka mengadu dan kemudian sedih..
As a bestfriend aku rasa sedih jugak lah..
Aku cuma mahu melihat mereka gembira dan bahagia..
Tapi aku tetap berdoa agar mereka back to track
dan lanjutkan hidup ini dengan senyuman yang ceria..

Bulan Ogos ni juga ada 'Pig Day' antara aku dan Ayna.
Ia disambut pada 18 Ogos setiap tahun atas rasa rebel dan
ketidaktentuan emosi serta rasa memberontak terhadap
segala perkara dalam hidup..dan rasa kesal itu ibarat babi..
maka ia digelar 'Pig Day'!hahahahaha...

21 Ogos pula genap 5 bulan relationship aku dengan Chacha!
Dan aku semakin sayang dan cinta akan dia!


Kemudian 25 Ogos lalu genap 2 tahun friendship aku dengan
Suzie menjengku..kejap je rasa dan dalam tempoh itu aku rasa
sangat happy dan best gelak dengan Suzie..
Happy 2nd Anniversary for our friendship darl!

Dan kini aku sibuk nak carik duit untuk persiapan Hari Raya..
Memanglah nak sambut secara sederhana..
Tapi komitmen terhadap keluarga dan cik Girlfriend buat
aku rasa sedikit tertekan juga.
Aku perlu usaha untuk cari duit.
Untuk bagi mereka keperluan harian dan rasa puas hati.
Aku perlu jaga dan tanggung makan minum mereka..
Memang penat kerja siang malam..
Kadang-kadang sampai migrain dan muntah-muntah..
Tapi atas dasar tanggungjawab dan cinta..
Aku harus usaha juga kan?

Untuk kalian semua..
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Jaga peribadi dan emosi.
Saya cinta kalian!





Wednesday, August 18, 2010

~satu kisah dari sudut yang jarang kita dengar~


Sedang aku cuba menyiapkan English essay untuk cik Chacha,aku terbaca akan satu link
di Facebook.Satu tulisan berkenaan dengan kisah Adolf Hitler ketika kerja-kerja penghapusan bangsa Yahudi di bumi Jerman ketika perang dunia ke dua dahulu.

Agak tertarik dengan apa yang ditulis serta beberapa bukti foto yang mengaitkan tindakan Hitler dengan hujah Islamic..

Aku berpendirian di tengah-tengah kerna hanya Allah yang mengatahui..Sedikit dalam hati aku
aku berpendapat adakalanya segala tindakan Hitler dalam menghapuskan bangsa Yahudi dulu
ada benarnya..Lihat sahaja apa yang Yahudi telah lakukan ke atas bumi dan penduduk Palestin.
Mereka bukan saja merampas tanah milik penduduk Palestin malah mencabul serta membunuh
setiap penduduk Palestin meskipun kanak-kanak dan wanita.

Aku pernah menonton filem Shindler's List mengenai bangsa Yahudi yang dibunuh beramai-ramai oleh rejim Hitler di Jerman dulu.Mereka memaparkan kesedihan masyarakat minoriti Yahudi yang diseksa dengan kejam.Malah dibunuh hidup-hidup dan dibakar.
Ada satu masa dulu aku menonton dokumentari tentang perkara yang sama di History Channel.
Cerita bagaimana tentera Jerman naungan Hitler membunuh setiap Yahudi dalam kem pembunuhan yang amat dasyat..

Jadi dari sudut kemanusiaan,aku berpendapat tindakan membunuh itu satu yang kejam.
Apatah lagi dengan niat untuk menghapuskan etnik atau bangsa.
Namun bila difikir semula..bagaimana dengan tindakan Israel yakni Yahudi sekarang yang cuba menghapuskan penduduk Arab Palestin di tanah air mereka sendiri?

Bagaimana pula dengan tindakan kejam pemimpin rejim Serbia yang memerangi dan membunuh penduduk Muslim Bosnia dalam perang Yugoslavia sekitar tahun 90an dulu?

Bagaimana pula dengan tindakan tentera Amerika yang gugurkan bom atom ke bumi Hiroshima dan membunuh ribuan rakyat Jepun yang tidak berdosa ketika perang dunia ke dua dulu?

Bagaimana pula dengan nasib masyarakat Islam di Iraq yang kini masih dijajah oleh tentera Amerika?

Media barat memang bijak memutarbelitkan fakta..Filem mereka hanya memaparkan tentera Amerika dan British itu baik dan mulia..Tentera Jepun dan Jerman semuanya jahat dan binatang..namun bagi aku manusia tidak perlu berperang dan saling membunuh.Tidak kira apa agama dan anutan kita,kita harus hidup dengan senang dan harmoni.

Jadi renung-renungkanlah artikel kisah Adolf Hitler ini..benar atau tidak waallahualam!


http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063&ref=mf

Sila klik link di atas untuk baca artikel yang aku maksudkan.

Sunday, August 15, 2010

~lost connection seketika~


Sudah beberapa hari aku dan chacha tak berhubung.
Bukan kerna gaduh atau apa saja.
Tapi kerna handphone chacha rosak masuk dalam lubang jamban.
Aduyai..makin parah la jiwa laraku ini..hahahaha

Terasa agak janggal juga.
Bila tiada sms dan wish daripada chacha.
Tiada panggilan jam loceng kejutkan aku bangun pagi.

Dah seminggu macam ni.
Aku sangat rindu chacha.
Seriously dah gegel menahan rasa rindu ni.

Moga kamu baik-baik aja sayang..
Usah nakal..
I just miss u!

Wednesday, July 28, 2010

~sweet date dan rasa rindu yang gila~

26 Julai 2010..Isnin..

Aku memang dah tak mampu nak tampung
rasa rindu.

Tak keruan rasanya..hahahaha..
Aku cuma teringat dan terfikirkan dia.
Chacha oh Chacha..
Rindu teramat..

Maka setelah bertekad serta bersemangat waja..
Aku decide nak pergi JB..
Walaupun belum gaji..duit pun cukup-cukup je..
Hati meronta nak pergi juga..

Aku apply emergency leave half day..
Tinggalkan segala kerja di meja office..
Tanpa makan tengahari..
Tanpa berfikir banyak..
Dengan baju kerja..
Aku tetap nekad nak pergi JB..

Berbekalkan Myvi Vtech turbo yang
dipenuhi habuk..hahaha

Aku gerak meredah highway utara selatan
menuju ke JB..

Oyeah bebeh!I am coming!!!yabedabedu!!!

Habis segala lori aku potong dengan jayanya..
Lori balak..lori pasir..lori ayam..dan lori oink oink..
Semua aku cantas dengan tak berhati perut..hahahaha
Kelajuan semaksima mungkin..
Sehingga BMW aku potong selamber je..
(Ketika itu BMW berkenaan sedang bergerak perlahan
di lorong kiri)..hahahaha

Dan sampai di tol Skudai dalam 4 petang..
Namun kerna aku terlalu hebat maka aku sesat larat
di kota JB dekat nak sejam juga la..hahahaha
Siot punya PLUS tutup lorong nak ke Skudai..
Mampos aku sesat siot!hahahaha..

Aku menanti cik girlfriendku di KPJIC JB..
(Rupanya sebelah City Plaza je..hampeh betul)..
Ketika menanti kelihatan berduyun-duyun bakal-bakal
jururawat berlari-lari anak menuju ke bas untuk
pulang ke asrama..
Beruniform biru serta topi jururawat warna putih di kepala..
Cute juga mereka itu!hahaha

Namun cik girlfriendku yang paling cute kelihatan juga..
Sama seperti mereka..beruniform biru..
Serta tudung putih..hehehe
(kali pertama aku lihat miss girlfriendku bertudung)..
Aku mula tersenyum..
Rindu terlerai jua..
Hati dup dap berbunga-bunga..hahaha

Sesi dating yang pertama di Plaza Pelangi..
Mundar mandir berjalan-jalan..
Turun naik eskalator..hahahaha
Kami berdua meneruskan acara shopping dengan
rasa tidak bersalah..hahahaha

Dan untuk rekod peribadi..
Buat pertama kalinya aku beli baju atau seluar
atau apa saja yang branded..hahahaha
Hari itu atas desakan cik girlfriend maka dia pilihkan
sehelai baju dan short yang ada jenama..
Harganya juga baik..hahahahahaha...!
(Thanks cik girlfriend membuatkan saya kelihatan
macam lelaki macho seolah mau pergi main golf..
rasa macam kaya pula..hahaha)..

Acara shopping sesi kedua diteruskan di Jusco Tebrau pula..
Dan kali ni sesi penuh milik cik girlfriend pula..hahaha..
Tak perlu dinyatakan apa yang dibeli..
Cuma aku agak kagum dan suka melihat cik girlfriend
setiap kali memakai dress yang baru..cantik amat!

Setelah selesai sesi shopping yang tak berperikemanusiaan..
Maka kami berdua singgah sebentar untuk dinner..
Dan amatlah bertuah sekali apabila sesi dinner disertai oleh
Cik Adaviah aka lecturer UTM menjeng.hahahaha..

Bermulalah sesi borak dan gosip menggosip antara kami bertiga..
Perbualan yang santai sahaja..
Sambil mulut mengunyah segala makanan yang
telah diorder..hahaha

Hampir jam sebelas lebih maka kami pun bersurai..
Aku dengan berat hati menghantar cik girlfriend pulang ke hostel..
Dan sebelum berpisah sempat juga aku hentam tiang lampu
Membuatkan bumper belakang Myvi turbo Vtech ku
kemek dengan bergaya..hahahaha

Aku merenung mata cik girlfriend..
Dan aku tahu dalam hatinya amat berat untuk berpisah..
Namun aku tetap berasa gembira..

Sweet date yang seketika..
Segala kerja gila yang aku buat hari itu..
Meredah perjalanan yang jauh..
Rasa penat badan..
Hanya kerna satu perkara saja..

Aku cuma perlukan pelukan dia...

Lalu aku pulang semula ke KL..
Meredah laluan gelap highway..
Dengan rasa gembira dan bahagia..

Kepada sayangku..Khairunisa Abd Wahab..
Terima kasih untuk pelukan itu..
Aku cinta padamu!

Sekian..



~~aku dan cik girlfriend~~



~vee and chacha~~para-para gadisan pontian~


Wednesday, July 21, 2010

~4 purnama mengenal cinta~



Sekejap saja sudah 4 bulan.

Pejam celik pejam celik kini dah

bertambah usia relationship kami.

Syukur Alhamdulillah..


4 bulan aku mengenal cinta..


Belajar untuk memahami perempuan.

Belajar untuk melayan kehendak perempuan.

Belajar untuk bersabar sentiasa.
Belajar untuk merasa apa itu cemburu.

Belajar untuk berjauhan.


Dan kini aku makin matang dalam bercinta.

Masih mencuba untuk mengenal cinta.


Terima kasih Khairunisa Abd Wahab..

Untuk cinta anda.
Untuk kasih sayang anda.
Untuk kesungguhan anda.
Untuk setia anda.

Saya berterima kasih untuk itu.

Love You!

Always!

Monday, July 19, 2010

~don't simply make ur own judgement~


Kini saya perasan ada orang-orang di luar sana
mula judge diri saya.

Mereka jeling ke arah saya.
Mereka ushar pelik ke arah saya.
Dan ada juga yang check facebook saya dan
lihat semua foto-foto saya.

Mereka mula berkata tentang saya.

Saya tahu..

Mungkin bagi mereka saya sosial.
Kaki lepak sana sini.
Bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batasan.

Mereka jeling bila saya bersama girlfriend saya.
Mereka renung tepat bila lihat girlfriend saya
pakai gaun seksi.

Mereka pandang bila kami berpegangan tangan.
Dan ada juga yang bisik-bisik bila lihat saya peluk
sahabat perempuan saya.


Saya tahu..

Ada di antara mereka berkata saya terlalu western..
Mereka judge dan kata saya tidak setia.

Kini saya ingin bertanya..

Apakah reason untuk kalian berkata saya sedemikan rupa?
Beritahu saya..

Usah menilai saya kalau kalian tidak kenal saya!
Saya tahu apa saya buat.
Saya tahu bagaimana untuk sayang sahabat saya.
Dan saya ada cara tersendiri.

Cermin diri sendiri dulu sebelum judge orang..

Lelaki pakai seluar pendek dan peluk sahabat
perempuan belum tentu jahat.

Dan perempuan yang smoking..pakai seksi dan
clubbing belum tentu sundal.


Usah judge orang sesuka hati.
Usah masuk campur hal orang.

Jagalah hal sendiri.
Jagalah tepi kain kalian sendiri.
Jangan sampai terselak luas pula nanti.


~rasa hormat para pak guard~



Aku bekerja malam di Hilton Hotel KL..
Sekadar mencari duit tambahan..
Kene plak dah ada keinginan nak kahwin ni..
hahahahaha..

Setiap malam bila sampai je di Hilton Hotel pasti
akan ada proses checking kereta.
Setiap kereta yang keluar masuk hotel akan diperiksa
dengan rapi dan teliti.
Tak kira kereta besar atau kecil..
Mahal atau murah..
Mercedez..Bently malahan Ferrari sekali pun..
Tetap akan diperiksa oleh para pak guard.

Para pak guard di sana kebanyakkannya warga Nepal.
Aku sering perhatikan mereka setiap kali mereka
checking kereta aku.
Seorang akan pegang cermin bomb sensor dan
pusing keliling kereta..
Dan seorang lagi akan buka bonet checking kot-kot
kita ada bawak senjata nuklear..
hahahahahahaha..
Itulah rutin kerja mereka yang dibuat beribu-ribu
kali tanpa rasa jemu.
Tidak ada satu kereta pun yang boleh terlepas
daripada diperiksa oleh para pak guard Nepal ini..

Selepas selesai checking bonet segala mereka
berdua ni akan berdiri di tepi..
Kemudian seorang akan tekan suis palang untuk
membuka laluan masuk.
Dan apabila aku tukar gear untuk bergerak aku
sering lihat mereka.
Kedua pak guard itu akan berdiri tegak dan
tabik kepada aku..
bukan saja aku tapi setiap guest yang lalu di situ..
Tabik mereka sangat tulus.
Seolah-olah amat hormat lah kepada guest..

Satu hari ketika mereka sedang checking kereta aku..
Aku turunkan tingkap dan bertanya kepada salah
sorang pak guard itu..

'Kenapa you selalu tabik saya?'
'Saya kerja incik..cari makan..kalau tarak buat kena
buang kerja incik!',jawab pak guard Nepal itu..
'You tak perlu tabik saya lagi lah lepas ini..
saya bukan bos maa..saya pun macam you juga.'

Pak guard tu hanya angguk kepala tapi daripada riak
muka dia aku tau dia serba salah.
Rasa takut kalau tak tabik aku mesti kene tiaw dengan
bos atau terus dibuang keje..

Dan sejak itu setiap kali aku sampai di hotel dan
kereta aku diperiksa..
Pak guard itu masih lagi tabik pada aku..
Masih patuh pada arahan bos mereka.
Demi rezeki dan sesuap nasi.
Namun aku dapat lihat dari wajah mereka ada kegusaran..
Ada rasa serba salah..ada bebanan..ada harapan..
dan juga ada kesedihan..
Namun mereka tetap cekal dan tabah..
Walaupun gaji tak banyak mana..
Mereka tetap juga bekerja dan terus tabik..
Aku kagum sama para pak guard itu.
Kesungguhan mereka sangat hebat.
Dan kini setiap kali aku melintasi kawasan checking kereta
di Hilton Hotel pasti aku akan tabik para pak guard itu..
Kerna bagi aku merekalah yang sewajarnya diberi penghormatan..
Bukan orang kaya yang berkereta mewah bertinted gelap itu..


Tuesday, July 13, 2010

~Brotherhood never die!~


Akhirnya selepas 2 tahun..
Dua sahabat karib saling memaafkan..
Permasalahan akibat terasa hati..
Rasa terkilan yang menebal..
Membuatkan dua sahabat berjauhan..

Dan di ruang IM Facebook..
Dua sahabat ini bertegur dan berbual..
Walau hanya dengan tulisan yang ditaip..
Cukup membuatkan air mata bergenang
dan menitis perlahan..


Persahabatan dari kecil memang kuat.
Ibarat hubungan saudara..
Dan dua sahabat sudah melupakan
sengketa mereka..

Bermaafan dan persahabatan tetap diteruskan..

Syukur kepada Tuhan..
Kerna memberi ruang dan peluang..
Agar dua sahabat dapat menebus
segala silap..

Senyum dan ketawa kembali
seperti sebelumnya..

Monday, July 12, 2010

~Viva Espana!~


Masih mahu bercerita tentang bola..
Tentang World Cup dengan segala kenangan pahit manis..
Awal pagi semalam..12/07/2010,berlangsungnya final match World Cup 2010..
Dan julung kalinya team kesayangan aku ESPANA berjaya layak untuk merebut kejuaraan terulung bolasepak di muka bumi ini..

Namun sebelum itu aku ingin imbas suka duka yang lepas selama aku sokong Espana dalam beberapa edisi World Cup dan EURO yang lalu..

WORLD CUP 2002

Setelah melepasi halangan kumpulan yang agak mudah..aku merasakan skuad Espanawaktu itu agak mantap dan punyai potensi untuk pergi jauh..
Squad yang dibarisi oleh Raul Gonzalez dan Fernando Morientes di bahagian serangan..kemudian para midfield yang kreatif seperti Ruben Baraja..Juan Carlos Valeron..Joachin Sanchez serta kubu pertahanan diketuai Fernando Hiero..Ivan Campo dan Carles Puyol memang agak mantap secara keseluruhannya..
Selepas melepasi ancaman Ireland di pusingan kedua..airmata aku akhirnya menitis juga di suku akhir apabila Espana tewas melalui sepakan penalti menentang hos Korea..
Memang agak kecewa dan aku hanya termenung dan mengesat airmata yang menitis jatuh mengiringi episod sedih akan kekalahan yang tak dijangka di tangan wakil Asia itu..
Amat frust sehingga aku takde mood dalam 3 hari gitu..


EURO 2004

Squad yang hampir sama dengan squad World Cup 2002 di Korea/Japan kali itu turun dengan reputasi yang agak bagus untuk mencabar dalam kejohanan di kalangan negara Eropah..Kemenangan bergaya pada perlawanan pertama menentang Russia dan kemudian seri dengan Greece pada perlawanan berikutnya...Namun pertembungan dengan seteru utama semenanjung Iberia,Portugal akhirnya membuatkan airmata aku menitis sekali lagi bila Espana tewas 0-1 hasil jaringan Nuno Gomez..Melayan match sorang diri di rumah dan melihat La Furia Roja tewas memang agak perit dan sedih..Dan aku terus tidak menonton perlawanan EURO yang selebihnya selepas itu ....


WORLD CUP 2006

Barisan pemain yang baru..gabungan pemain senior dan bakat muda yang genius menghadirkan cabaran yang berkualiti daripada Espana pada World Cup 2006 di bumi Germany..
Melepasi halangan kumpulan dengan mudah tetapi tetap tersungkur di pusingan kedua ditangan France walaupun menguasai permainan hampir secara total..Sekali lagi permainan yang cantik dan menraik tidak menjaminkan kemenangan seperti mana yang diinginkan..Airmata kesedihan mengalir lagi sekali dan edisi World Cup 2006 terus diboikot dengan rasa sedih dan kecewa..
;p


EURO 2008

Dengan mengekalkan hampir sebahagian pemain dalam squad World Cup 2006,ternyata squad kali ini mampu menjelmakan kejayaan yang ditagih dan ditunggu sekian lama oleh segenap rakyat di bumi Espana ini..Dengan gandingan Fernando Torres dan David Villa yang sangat berkesan serta barisan midfield yang genius..Xavi..Xabi Alonso..Marcos Senna dan David Silva berjaya membawa sinar kemenangan untuk Espana..
Halangan kumpulan yang mudah..Kemudian menewaskan Italy dan Russia di peringkat seterusnya akhirnya menemukan Espana dengan gergasi Eropah,Germany...
Dan aku melonjak gembira apabila Fernando Torres berjaya meloloskan diri dan menjaringkan gol kemenangan di babak pertama cukup menghadirkan kejuaraan Eropah yang bermakna untuk Espana setelah menanti sekian lama..Dan kali ini airmata yang mengalir adalah airmata gembira...

Dan...

Awal pagi tadi satu lagi sejarah terukir untuk bolasepak Espana dan kegembiraan mutlak untuk aku bila Espana berjaya menewaskan Netherlands di Final World Cup 2010 1-0 hasil jaringan gol Andres Iniesta 4 minit sebelum tamat masa tambahan..Aku melonjak riang..Bersorak gembira..Mengibarkan bendera Espana..Berbalas sms di telefon..berkongsi rasa gembira yang tidak terhingga..Buat pertama kalinya Espana berjaya bergelar juara dunia dan ia memang sangat manis..Akhirnya airmata sedih yang kerap kali mengalir beberapa tahun yang lalu terasa berbayar dengan kejayaan awal pagi tadi..
Aku agak speechless dan dalam diam airmata aku mengalir juga..tapi airmata kegembiraan mengiringi kejayaan manis dan bersejarah ini...

Untuk barisan terbaik Espana..Felicitaciones por todos Espanoles y Espanolas!
Viva Espana para siempre!!!!!Siempre en mi corazon!!!



Spanish Couple..


La Chica Espanola...


Gloria Espana!!!


CAMPIONES World Cup 2010!!!
VIVA ESPANA!!!

Thursday, July 1, 2010

~kenangan world cup saya~


Idea asal entry ini diambil daripada blog Herman..Sorry Man aku pinjam konsep idea ko untuk kongsi pengalaman bola aku..hehehe



Masa ni aku umur 8 tahun.Darjah 2 dan masih kecil lagi.Baru belajar nak tengok bola.Seingat aku..aku berjaga juga awal pagi layan bola..Masa ni belum ada astro lagi..maka layan bola ihsan daripada RTM jela..Aku ingat lagi ayah ada bagi aku hadiah syiling World Cup..setiap keping syiling ada nama negara yang bertanding..dan aku masih ingat aku layan Brazil vs Argentina second round kalau tak silap..Bila Claudio Cannigia skor aku loncat dan sorak gila babi sebab punya la tak suka Brazil....hahaha..dari kecik dan set memang tak suka Brazil..Tapi masa ni tak sokong Spain lagi..just jadi pemerhati bebas...hahahaha

Player kesukaan: Gary Lineker..Paul Gasgoine(England)..Salvatore Schilaci(Italy)
Juara: West Germany..Naib Juara: Argentina




World Cup 1994 agak menyeksakan bila game main awal pagi dah nak subuh..Agak rabak jugak la nak bangun awal pagi..Orang bangun awal nak pergi sekolah..aku pulak siap-siap pakai uniform sekolah pastu layan bola...hahaha..Masa ni dah mula faham macam mana nak layan bola dengan emosi yang sebenar..hahaha..Still takde team favourite cuma agak impress tengok Bulgaria main..Siap masuk semi final masa tu..Tapi Brazil hebat plak dengan Romario dan Bebeto jadi senjata pemusnah..Siot betul la!hahaha..Final match di subuh hari si Roberto Baggio boleh sepak penalti melambung tinggi plak..Dan Brazil jadi juara!Hampeh!!Still tak suka Brazil..hahahaha

Player kesukaan: Hristo Stoikov(Bulgaria)
Juara:Brazil..Naib Juara: Italy



World Cup 1998 masa ni Form 4 kat sekolah teknik..Sekolah pun kat hulu banat maka peluang nak layan bola memang sangat terhad la..Kira berdosa la kalau layan bola..lebih baik bangun awal pagi solat tahhajud je masa ni..hahahaha..warden pun kaki pukul bukan kaki bola..memang macam haram jadah la..Seingat aku..aku just layan game Brazil vs Denmark second round agaknya ngan ayah..Itu pun layan kat umah sebab cuti hujung minggu..Punyalah tak suka Brazil aku sanggup sokong Denmark sampai ayah bengang..hahahaha..Tapi Brazil menang jugak dan ayah kutuk aku kaw-kaw..siot betul la!Tapi bila Brazil kalah final ngan France aku sengih je sebab puas hati Brazil kalah jugak akhirnya...hahahaha..

Player kesukaan: Peter Schmichael(Denmark)..Davor Suker(Croatia)
Juara: France..Naib Juara: Brazil




Episod menyokong Spain bermula pada edisi World Cup 2002 di bumi asia..Masa ni aku kat German Malaysian Institute(GMi) study diploma..So banyak game main pukul 7.30 petang lepas maghrib gitu..Aku layan bola ngan rakan-rakan di asrama..Siap bawak TV dari umah sebab mana nak datang astro masa ni..Masing-masing ada team favourite sendiri dan ramai gak rakan-rakan kolej yang support Germany atas dasar study kat kolej Jerman kononya..Piiraaahhh!Kelas bahas Jerman pun fail..hahahaha..Lecturer Jerman kat kolej pun semangat gak masa ni..majoriti keliling aku support Germany..semua nak belajar cakap Jerman..siot jek!..Tapi aku tetap dengan jiwa Spanish aku sebab masa ni aku tengah layan belajar bahasa Spanish..So memang semangat Spain tu tebal la..hahaha..Aku siap beli jersi Spain bagai..Bila game serentak kitaorang letak TV sebelah-sebelah sampai pening tengok 2 game serentak..hahaha..Dan aku memang tak boleh lupa bila Italy kalah ngan Korea kawan aku si Nazarizal ngan Seli touching gila sampai tak keluar bilik kena bahan ngan semua orang..Aku gelakkan dorang alih-alih Spain pulak yang kene kitai ngan Korea masa suku akhir..boleh kalah penalti plak...sial punya refree batalkan 3 gol Spain..dan menitis air mata bila Spain kalah..3 hari muka monyok tade mood..hahahaha

Player kesukaan: Fernando Morientes..Ruben Baraja..Raul Gonzalez(Spain)
Juara: Brazil..Naib Juara: Germany



World Cup 2006 pulak aku dah start keje..So dah mula layan bola kat kedai makan..Macam biasa aku support Spain la..Siap beli jersi bagai..hahaha..Setiap kali Spain main konfem terpacak kat kedai makan punya..hahaha..Group stage Spain memang hebat siap kitai semua team baik punya..Harapan agak tinggi la masa ni tapi kalah pulak second round ngan France..Menangis lagi..termenung panjang berhari-hari..hahahaha..Dan lepas game Spain kalah tu aku terus tak tengok World Cup..final game pun aku tak tengok sampai lah kawan aku yang bagitau Italy champion..punyalah frust Spain kalah...hahahahaha

Player kesukaan: David Villa..Fernando Torres..Xabi Alonso(Spain)
Juara: Italy..Naib Juara: France



World Cup 2010 di usia 28 tahun..Temasya 4 tahun sekali ni masih berlangsung..masih support Spain yang tercinta..hahahaha..aku bukan lalang weii!!!!Sehingga entry ini ditulis Spain berjaya masuk suku akhir dan akan bertemu Paraguay pagi Ahad nanti..Even game pertama kumpulan Spain kalah ngan Switzerland dan menyebabkan handphone aku dipenuhi kata-kata cemuhan dan sindiran tak henti-henti dan facebook aku bersawang bagai..Spain tetap berjaya masuk suku akhir..hahaha..Portugal pun dah kene kitai..harap-harap boleh pergi sejauh mungkin...dan aku berharap dapatlah jumpa Brazil di final nanti agar aku dapat puaskan hati aku yang terbuku sejak umur aku 8 tahun lagi membenci Brazil...hahahahaha..VIVA ESPANA!!!!!

Player kesukaan: David Silva..David Villa(Spain)..Javier Hernandez(Mexico)
Juara: ??????(Spain kot)...hahahaha

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com