Monday, December 14, 2009

~bila mat nepal berkaraoke~


13 december 2009..

Semalam aku ikut ayah aku tolong dia setting sound karaoke system kat Crystal Crown hotel Klang.
Saje menolong dan ingin belajar ilmu setting sound.

Function berkenaan adalah jamuan makan tahunan untuk para pekerja kilang LM Services Sdn Bhd(company ayah aku bekerja..)
Majoriti yang hadir adalah para pekerja kilang warga Nepal dan Bangladesh..
Dengan pelbagai ragam dan perangai memang buat aku nak tergelak besar jek..
Dress up ala Shah Rukh Khan..pergh!!!

Ayah aku kene handle karaoke contest untuk dorang semua nih..
Ada 10 peserta kesemuanya..
Masing-masing dah siap bawak cd sendiri memandangkan lagu yang dorang nak nyanyi
adalah lagu hindustan..hahaha..
Yang bestnya bukan cd karaoke yang dorang bawak..
Tapi dvd movie cerita hindustan..hahaha..
Jenuh gak la aku nak forward dan searching satu-satu babak sampai jumpa lagu yang dorang nak nyanyi tu..hahaha..

Tapi dalam pada aku asyik gelak tengok perangai dan ragam mat-mat Nepal dan Bangla ni..
Aku respect satu perkara..
Time rakan mereka nyanyi atas stage..crowds semua supportive..
Siap bagi RM50 kepada hamba Allah yang perform tu..
Kalau 3-4 orang kan dah dapat collect RM200?
hahaha..

Aku tertarik kepada sorang mamat Nepal ni..
Salah seorang peserta karaoke..
Dia siap bagi ceramah dulu sebelum nyanyi..hahaha..
Mula-mula ceramah dalam English(aku tak paham sepatah haram pun English mamat ni)..
Pastu sambung dalam Bahasa Melayu plak..(walaupun Bahasa Melayu dia berterabur)
Panjang gila mamat Nepal tu ceramah..hahaha..
'Kita orang Nepal kerja baik-baik..kasi hormat local people..kerja jangan main-main..'
Then lepas tu mamat tu nyanyi lagu Bahasa Nepal..ala-ala lagu sembahyang..hahaha..
Merdu sungguh syair dia masa tu..hehehe..

Event tamat agak petang..
Aku memang agak penat pikul speaker semua.
Tapi aku juga kagum dengan semangat persahabatan mat-mat Nepal dan Bangla ni..
Ternyata kita tak boleh nak underestimate orang.
Mereka juga manusia normal dan ada perasaan murni.

Cheers!May God bless all of you guys!
;p


Saturday, December 12, 2009

~sundae..sunset dan sweet 1st date~




Date:11.12.2009
Day:Friday(cuti hari jadi Sultan Selangor)

Semalam adalah hari first date antara aku ngan Fiza.
Memang tade plan nak kemana..tatau arah tuju yang sebenar..
Konon nak selamba redah jek..
Aleh-aleh dua-dua blur tatau nak ke mana..hahaha

So kami hanya redah ikut naluri hati jek..

1st destination: THE CURVE and CINELEISURE DAMANSARA.

Asalnya niat nak tengok wayang.Tapi bila sampai sana orang
berduyun beratur nak beli tiket
wayang..hahaha..
So terus cancel nak tengok movie.

Kami hanya chill out kejap kat sana.
Hanya sempat makan sundie cornetto di Mcd The Curve.

Then tetiba aku tercakap:'sayang kita pegi tepi pantai jom!'
Fiza said:'are you serious sayang?'

Malas nak fikir panjang kami terus gerak..


2nd destination: PANTAI BAGAN LALANG,DAERAH SEPANG.

Kami mulanya terfikir nak pergi ke Pantai Morib..
tapi bila dah sampai area Banting
aku ternampak signboard
Pantai Bagan Lalang..
Actually aku pun tak pernah pergi sana
tapi redah la jugak..
So dalam perjalanan kitaorang nampak macam-macam..
Suasana kampung..jalan yang agak sempit..rumah-rumah estet sawit..hahahaha..
Alhamdulillah sampai sana dalam pukul 6.46pm..
Ngam ngam time sunset..
So aku ngan Fiza just grab peluang untuk layan sunset tepi laut..
Sangat indah..feel yang sangat cantik..
Kinda romantic jugak la..hahahahaha..
Suddently aku bagi Fiza box kecik dan ada cincin di dalam.
Sarungkan di jari Fiza..what a sweet moment masa tu..

Then kami terus gerak nak balik..

3rd destination: Ani Aneka Sup Cafe,PJ.

Kami just drop kejap and having a dinner together..
Dinner yang simple saja..
Still ada sikit discussion and heart to heart talk..

Kami terus menuju ke Taman Wahyu dan send Fiza semula..
Dan dalam hati aku berkata..'what a sweet 1st date!'


Total traveling: 282.6 km(bapak jauh gak..hahaha..)
Mood: sangat bahagia dan masih sengal!hahaha














Thursday, December 10, 2009

~kekasihku alienku~

Dulu aku fikir aku saja pelik..
Dari segi perangai dan perilaku..
Minat dan juga tentang makanan..

Kini aku dah ada 'teman'.
'teman' yang aku sayang..
Dan 'teman' aku itu juga pelik..

Berikut adalah antara perkara-perkara pelik antara kami:
(ia berlaku secara kebetulan..kami sendiri pun tak sangka)

1.Aku tak makan ikan..dan 'temanku' juga tak makan ikan!hahaha..
kalau makan ikan konfem muntah atau hilang ingatan!hahaha.
yang peliknya kami makan laksa..keropok lekor dan ikan bilis..

2.Aku benci bau durian..apatah lagi nak makan durian..hahahaha..
dan 'temanku' juga anti durian..tak makan dan tak sanggup nak bau durian.
hahaha..orang lain mungkin pantang nampak durian terus naik nafsu
nak makan..
tapi kami sanggup tutup hidung daripada menghidu
bau durian..hahaha..


3.Aku tak makan sayur..sayur hijau ke..sayur ungu ke..apa jenis sayur!hahaha..
dan 'temanku' ini juga tak makan sayur..kalau kami makan nasi atau
mi goreng
yang ada sayur..konfem tepi pinggan kami penuh dengan sayur jek..
sebab kami
pasti akan asingkan sayur..kesannya sekarang..
kami dua-dua tak cukup vitamin
dan kaki menjadi pendek!hahahaha..

5.Aku amat minat akan brand 'Paul Smith'..sampaikan aku ada sikit
kumpul stuff
Paul Smith..kasut,kemeja.seluar slack,perfume..
yang peliknya 'temanku' pun gila
Paul Smith sehingga baju nak colour
pink pun Paul Smith gak!hahaha..


6.Ayah aku lahir di Batu Kurau Perak!..dan sangat pelik bila ayah
'temanku' juga
berasal dari sana..then mak tiri aku orang Bagan Serai
Perak..(malah aku pernah
sekolah kat sana dulu)..dan mak 'temanku'
juga berasal dari sana..ya Allah!mungkin
ni kebetulan kot!

Mungkin ini semua berlaku secara kebetulan..
Tapi kebetulan inilah yang buat aku dan 'temanku' kini bersama.
Kami berdua memang pelik..

'temanku' pernah berkata:'sayang,dulu kawan i panggil i alien sebab tak makan durian..
but now i dah ada teman alien i..dan i sayang alien tu.hahaha..'

So aku rasa ada betulnya kata-kata kawan 'temanku' tu..
Aku dan 'temanku' adalah alien!!!
Hahahaha..

Dan dalam hati kami kini tersimpan..
'KEKASIHKU ALIENKU'

;p







sama tak?hahahaha..

Monday, December 7, 2009

~fizul+fiza=07122009~


~monday,07122009,05.56am~
~HERFIZUL AKMA NASARUDDIN & NURHAFIZA MAT TAHIA~
+a sweet relationship has been started+
+with love.sincere.honest.trust.loyal+

Thank God for give us a chance and space..
for this beautiful relationship




























Friday, December 4, 2009

~usaha itu kan sweet??~

tatkala kita lapar pasti kita mau makan.
lalu kita suapkan makanan ke dalam mulut kita.
itu adalah satu usaha..

tatkala kita tiada kerja..
kita akan isi borang di jobstreet dan hantar resume.
itu adalah satu usaha..

tatkala kita ngantuk kita akan baring..
paling tidak bersandar di sofa.
lalu tarik selimut dan kemudian tidur.
itu juga satu usaha.

tatkala kita sakit atau demam..
kita akan pergi klinik berjumpa doktor.
ambil ubat dan kemudian telan.
dan itu satu usaha..

tatkala kita sedih atau ditimpa musibah
kita pasti akan tarik sejadah dan berwuduk.
lalu sujud dan berdoa kepada-Nya.
agar keadaan akan kembali pulih dan sejahtera.
kan itu satu usaha..??

jadi apabila hati kita sudah terdetik dan berkata:'aku suka pada si dia'..
jadi apa salahnya kita buat something yang sweet.
agar si dia akan perasan dan terasa dihargai..
dan itu juga satu usaha..

jadi bagi aku usaha itu sangat penting..
dan usaha juga menunjukkan kesungguhan.
kesungguhan dalam relationship sangat indah.
yang menggambarkan keikhlasan dan kejujuran.
tak kira apa pun usaha kita..
even nampak macam bangang dan simple.
ia juga boleh menjadi satu usaha yang sangat sweet!

~downloading bunga-bunga ke dalam hati~


current mood:hati tenang dan terasa damai

saya kini sedang downloading bunga-bunga.
semakin mekar dan terus mekar.
flow yang smooth dan semakin baik.

dan hari demi hari saya sudah mula belajar
untuk memahami si dia.
menerima si dia.
dan memberi ruang untuk diri sendiri.

bunga-bunga terus downloading.
percent makin lama makin naik.
lalu aku kini hanya tersenyum.
dan berasa amat tenang.
kepada si dia..thank you so much!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com