Monday, November 23, 2009

~apabila ijoy memasak~


Ahad,22 November 2009..
Bangun tidur je dah pukul 3 petang.
Tetiba terasa ingin memasak.
Mood sangat bagus dan mendesak untuk masak.
Sunday evening yang santai..
Lalu terus ke Giant untuk beli barang-barang yang perlu.

Mood:Keinginan untuk masak yang tinggi.
Menu:Macaroni and cheese..barbeque steamed and
grilled beef burger..
garlic mashed potato with brown gravy.
Modal:RM58.40


Menu western tak ingat!hahaha
Lagipun dah itu yang aku tau masak.
At last hasilnya agak menarik.
Eksperimen memasak berjaya juga.
Buat petang Ahad aku ceria dan perut juga kenyang..hahaha

P/S:Mahu plan celebrate New Year Eve dengan acara memasak
western food di halaman rumah.

Tuesday, November 17, 2009

~when bestfriend tryin ignore bestfriend~


Aku menulis entry ini bukan niat nak aibkan atau memalukan sesiapa.
Cuma sekadar kritikan dan ruang untuk kita sama
berfikir tentang
sebuah friendship,prinsip hidup dan sikap
keterbukaan diri.


Aku punyai ramai rakan dan kenalan.Tidak kira rakan dari kecil,
rakan sekolah rendah atau menengah,rakan kolej atau juga
kenalan sosial
termasuk di ruang sosial internet.

Dan ada diantara mereka ini amat penting dalam hidup aku dan
aku gelarkan
mereka 'soulmate' atau bestfriend'..

Aku kenal dengan minah ni hanya di ruang sosial Myspace.
Aku gelarkan dia disini
sebagai Nora Danish
(bukan nama sebenar dan bukan juga Nora Danish artis tu)..

Awalnya aku dan Nora Danish hanya berbalas komen di Myspace
dengan isu dan tajuk
untuk dibincang atau debate sesama..
kemudian melarat ke YM..dan tujuan asalnya

hanya untuk berbincang atau debate tentang sesuatu isu atau topik..
Bukan niat untuk
mengorat atau mengayat.
(seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki-lelaki tipikal
dan gersang diluar sana)..

Kami menjadi agak rapat dan ada sedikit persamaan cara pemikiran dan gaya hidup.
Kebetulan waktu aku mula kenal rapat dengan Nora Danish ni,
dia punyai masalah personal
dengan teman lelakinya.
Dan Nora Danish agak depress dan sedih..
sehingga bertindak luar
rasional..akibat terlalu sedih dengan perjalanan
kisah cintanya yang agak kusut dan tak
menentu.
Bermula dari situ aku cuba menasihati dia agar dia
rasional dan kuat untuk
terus survive.Jangan menangis dan terus kecewa.
Aku share pengalaman hidup aku..kisah
lampau aku..agar dia dapat
buat pertimbangan yang putus cinta bukan berakhirnya satu kisah
hidup secara total.

Nora Danish telah menjadi salah seorang bestfriend aku.
Even masih baru tapi aku rasa dia
mampu untuk menjadi bestfriend aku
yang baik seperti bestfriends yang aku telah ada.

Dia masih muda.Awal 20an dan cantik.Cuma cara dia berfikir dan
membuat keputusan agak singkat.


Dalam waktu Nora Danish sedih dan murung aku cuba gembirakan dia..
buat dia senyum dan ketawa.
Sebab dia bestfriend aku.
Alhamdulillah dia perlahan-perlahan sudah boleh
menerima hakikat
dan menjadi seseorang yang lebih kuat dan tabah.

Kami menjadi semakin rapat dan rapat.Bergelar sahabat yang cuba
memahami diri masing-masing.
Kami berkongsi idea..
berkongsi masalah serta apa saja..
kisah hidup personal..kisah cinta..
hal famili dan kehidupan seharian.

Hari-hari kami akan YM..tak pun di Facebook..
berbalas komen dan gelak tawa..
kemudian di Skype..
dan juga berbual di telefon.

Macam-macam kami kongsi sesama..sehingga melibatkan soal agama..
ISLAM DAN KRISTIAN..UMNO DAN PAS..
YAHUDI DAN PALESTIN..
kami discuss dan debate sesama.


Pada masa yang sama kami cuba menyelesaikan masalah personal
dan cinta masing-masing.
Kami gelak dan ketawa setiap masa..
adakala kami menangis kerna sedih..


Aku tidak pernah berkira dengan Nora Danish..
dia hanya perlu miss call saja..pasti aku akan call
dia semula..
dan sembang berjam-jam lamanya..
ada saja topik yang kami bincang dan debate sesama.


Bila Nora Danish kusut dia akan carik aku..dan aku buat lawak..
kemudian dia gelak dan ceria semula..

Bila Nora Danish sedih dan nangis aku akan pastikan dia ketawa selepas tu.
Bila Nora Danish stress dengan masalah kerja aku akan suruh dia bertenang..
Sebab apa?
Sebab dia bestfriend aku.

Kami akan cuba share pendapat masing-masing..

Semua perkara tidak kira kecil atau besar kami cuba settlekan sebaik mungkin.

Bila Nora Danish nak beli kereta baru dia tanya pendapat aku.
Warna apa?Nak design macam mana?Berapa harga?
Nak bayar kat bank mana?Bila nak bayar?


Cuma ada satu jek perkara yang aku kurang setuju ngan Nora Danish ni..
Dia kelihatan 'bodoh' dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan cinta
dan lelaki dalam hidupnya.

Dan aku ada kritik dia dalam blog aku.
Aku gelarkan dia 'A STUPID BESTFRIEND'..
Bukan niat aku nak katakan dia bodoh..cuma dia tak matang dalam
menilai dan membuat keputusan
dalam hal perjalanan berkaitan cinta
dan lelaki.


Sepanjang aku kenal Nora Danish ni tak salah aku dia dah kapel ngan
3 atau 4 orang lelaki.
Semuanya dalam masa yang singkat..
Mungkin juga 2 atau 3 hari.
Bukan soal masa jadi persoalan
tapi tentang apa yang dia nak dalam hidup dia?
tentang apa yang dia mahu dalam relationship dia?

tentang apa yang dia fikir dalam future life dia?


Nora Danish seolah-olah menjadikan kapel itu seperti satu cara untuk dia
tunjukkan sesuatu atau niat
untuk menyakitkan hati ex bf dia.

Bagi aku dia tak rasional dalam hal tu.
Dia dalam tak sedar dah sakitkan 2 atau 3 orang lelaki yang menaruh
harapan terhadap dia..kapel 2-3 hari
kemudian putus.
Dalam tak sedar dia dah tambah lelaki-lelaki yang mungkin sakit hati
atau berdendam ngan dia.


Aku dah berbuih mulut nasihatkan dia.
Tapi dia ada alasan dan sebab dia sendiri.
Aku hanya diam dan merasakan urusan personal adalah hak masing-masing.

Sehingga Nora Danish kenal dan kapel dengan MANGKUK
(maaf aku panggil kau mangkuk..mampos la!!)..

Pun keputusan untuk kapel dengan MANGKUK dibuat tergesa-gesa..
Selepas putus kapel putus kapel
dengan 2-3 orang lelaki tadi.
Aku memang tak setuju bila Nora Danish decide nak kapel ngan MANGKUK..
Bukan soal jeles atau apa...Cuma bagi aku Nora Danish perlukan
masa untuk dia bersendiri dahulu.

Menilai baik dan buruk..Belajar daripada kesilapan yang lepas..
luangkan masa dengan famili tercinta.

Concerntrate pada kerjaya..mungkin juga sambung study..
sebab dia masih muda beb!!


Tapi ternyata Nora Danish tak boleh hidup tanpa insan bergelar boyfriend..

Dan si MANGKUK tu hanya berusia 19 tahun.
Entah cukup matang atau tidak untuk menjaga si Nora Danish ni.
Ayat dan perangai tak kalah macam budak sekolah.
Tapi Nora Danish tetap pujuk aku agar aku dapat terima MANGKUK
sebagai bf baru dia.

Tapi tak tau kenapa hati aku tetap menolak MANGKUK atas dasar
Nora Danish perlu belajar
menilai kehidupan terlebih dahulu..
lebih penting daripada hidup berkasih dengan lelaki
yang belum tentu
terjamin akan jaga kau sampai mati.


Dan satu hari ada sorang hamba Allah ni telah bersuara kepada aku..
Ayat si hamba Allah tu lebih kurang macam ni..
'Joy,aku tengok page Facebook Nora Danish penuh ngan ayat-ayat
jiwang je..
aku tengok Nora Danish dah kelihatan macam PEREMPUAN MURAH je'


Aku diam dan cuba betah..
'Beb..Nora Danish tu bestfriend aku..kenapa kau cakap macam tu?'

Si hamba Allah cakap..
'Tadela..ia just kelihatan macam PEREMPUAN MURAH'..


Aku ulang balik..KELIHATAN!!!!!
bukan niat direct bermaksud si Nora Danish ni perempuan murah..

Bila aku tengok dan baca balik apa yang ada kat page Facebook
Nora Danish masa tu,
aku pun agak menyampah..

Lalu aku kritik Nora Danish lagi kat blog aku..'A STUPID BESTFRIEND-PART 2'
Tetap bukan niat untuk menghina..cuma untuk dia sedar apa yang dia
buat tu tak berapa betul.

Itu saja..
Sebagai sahabat aku rasa tak salah kalau aku menegur salah dan silap kau.
Nak terima atau tak itu hak personal.
Cuma aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai sahabat.

Dan MANGKUK pun dah terasa hati.
Dia spesies lelaki yang susah nak terima seorang perempuan boleh bersahabat dengan lelaki.
What a typical guy!!
Dasar budak kecik..otak pun kecik la..!!

Ni antara text sms yang dia bagi kat aku..
'Aku tak suruh kau masuk campur dalam hal aku ngan gf aku.Cuma kitaorang selalu bergaduh pasal
kau dan kawan-kawan.Boleh tak kau bagi aku ruang dengan gf aku!Dan boleh tak kau jangan paksa atau drag
dia ke..kalau kau betul kawan baik dia kau patutnya happy dengan dia..'-sedikit cebisan text si MANGKUK.

So ini jawapan aku buat si MANGKUK:

1.Kau memang sejenis lelaki yang tak boleh terima perempuan boleh bersahabat dengan lelaki.
2.Bukan gf ko sorang bestfriend aku..aku ada ramai lagi bestfriend kat luar sana..dan ada diantara mereka
adalah perempuan dan sudah ada bf..tapi bf dorang matang..berfikir guna otak dan percaya kat gf dorang..
3.Jangan pertikaikan friendship..sebab friendship tahu batasan..kawan adalah kawan even kawan itu gf atau bf
atau suami atau isteri orang sekalipun..friendship tetap friendship.
4.Jangan mintak kat aku ruang..sebab ruang kau ngan gf kau..korang yang cipta..kenapa bodoh sangat sampai
takut pada bayang-bayang sendiri..kalau dah sekarang pun kau mintak ruang kat aku..macam mana kau nak bimbing
gf kau?macam mana kau nak jadik future husband gf kau?
5.Dan jangan lah nak ajar aku soal ruang dan friendship..sebab kau just 19!dan kau just budak kampung yang otak
kau kecik dan sempit...kau perlu datang dan hidup kat bandar ni..dan lihat macam mana aku dan bestfriend
aku bergaul dan hidup..lepas 5 tahun bila otak kau dan besar dan lebar baru ajar aku apa itu friendship dan ruang.
6.FUCK YOU!!PERGI MAMPOS!!!aku tak perlu nak ikut cakap kau dan hormat kau..sebab cara kau bercakap takde adab..so aku
balas pun dengan cara yang takde adab!!

Now Nora Danish dah tak tegur aku..Mungkin juga dia dah ignore dan cuba avoid aku dalam life dia.
Aku jujurnya sedikit terkilan.
Aku dah nasihatkan dia.
Aku dah share semua dengan dia.
Bil telefon aku kene barred sebab bil sampai cecah 500 lebih..sampai hari ni aku terpaksa tak makan lunch kekadang
sebab nak save duit untuk bayar bil..semua sebab aku call dia..
Tapi Nora Danish tetap dengan keputusan dia.
So aku just harap dia happy disana.

Aku dah malas nak ambil tau.
Aku tak kesah pun apa nak berlaku.
Aku tak ambil hati kalau dia nak singkirkan aku dalam hidup dia.
Aku tak terasa kalau dia delete aku kat friendlist Facebook atau Myspace..
Sebab bagi aku bestfriend aku yang sejati takkan buat aku macam tu.

Kepada Nora Danish..ingatlah apa yang aku pernah cakap kat kau dulu.
Segala nasihat dan menda yang aku cuba motivate kau dulu.
Aku tak mau lihat kau menangis lagi.
Andaikata kau menangis lagi kerna MANGKUK lepas ni..
Terimalah..sebab itu pilihan kau..

Cuma aku harap kau tak perlu menangis lagi.
Sebab aku tau kau taklah sejahat mana.
Sedikit dalam hati kau tu mulia juga.





Sunday, November 15, 2009

~happy birthday angah darling~




fazleena hishamuddin..
13.11.1979~13.11.2009

dia seorang kakak saya.
dan seorang soulmate saya.
dia juga adalah kekasih hati saya.
malah dia juga adalah tempat saya mengadu domba.
rakan discuss dan debate saya.

dia tempat untuk saya gembira.
dia tempat untuk saya sedih juga.
dia melayan segala kusut saya.
dia juga tidak jemu nasihati saya.

dia selalu sekolahkan saya.
dia selalu ingatkan saya.
dia selalu peluk saya.
dia selalu kuatkan semangat saya.

bagi saya dia antara yang terhebat.
non-typical person.
superduper unpredictable person.
gila filem dan seni teater.
dia sorang survivor.
yang mudah jatuh cinta.
mungkin mudah juga koyak hatinya.

namun dia tetap fazleena hishamuddin..
yang saya sayang dan hormat.

happy birthday sista!
happy birthday darling!

love you strong-strong..
moga Allah kurniakan kebahagiaan untuk kamu.
kegembiraan dan keceriaan.
kejayaan duniawi dan akhirat.

dan moga dikirimkan kepada kamu kekasih
yang mulia hatinya..
kerna kamu juga bukan semakin muda..
maka dengan kiriman seorang kekasih akan
buat hidup kamu lebih bermakna..

amin..~~



Thursday, November 12, 2009

~happy birthday suzie!!!~




dia adalah menjeng saya..
dia adalah soulmate saya..
dia adalah bestfriend saya..
dia adalah teman ketawa saya..
dia adalah teman bicara saya..
dia adalah penghibur hati saya..
dia adalah sahabat terbaik saya..
dia adalah rakan umpatan saya..
dia adalah rakan gosip saya..
segalanya adalah dia bagi saya..

suziana sobri..happy birthday sayang!!
lu memang sahabat terbaik wa!
dan wa doakan Tuhan pelihara sahabat terbaik wa..
daripada segala rasa sedih..

love ya!

Monday, November 9, 2009

~bila sakai tengok bola~


bila 'sakai' tengok bola..
memang kecoh satu dunia..
bila 'sakai' tengok bola..
habis mercun letup sini sana..
bila 'sakai' tengok bola..
menang gaduh kalah pun gaduh..
bila 'sakai' tengok bola..
kesian stadium dibakar segala..
bila 'sakai' tengok bola..
trak polis terbalik dan hangus juga..
bila 'sakai' tengok bola..
jaga kepala anda..kalau tak pasti bocor kene botol..mercun atau apa saja..
kerna bila 'sakai' tengok bola..
dorang bukan tengok bola dengan mata..
tapi guna lutut dan kurang adab tatasusila..

Thursday, November 5, 2009

~renungan sejenak tentang diri sendiri~


kebelakangan ni aku banyak menyendiri.
banyak masa dihabiskan dengan memerap dalam bilik.
kemudian berfikir tentang hidup.
seolah-seolah cuba menyelak sesuatu.
agar ada jawapan di dalam sana.

temanku hanya rokok winston light dan farmville.
asap rokok dan ladang ciptaan facebook yang mampu buat aku rasa tenang.

seperti ada sesuatu yang 'hilang'
tapi aku sendiri tak tahu apa dia.
jadi ia jadi tersangkut disitu.

sahabatku ayna berkata agar aku bertenang dan bersabar.
dan aku ikut saja.
dulu kakakku angah juga pernah berkata just let it be.
dan aku masih ingat dan ikut.

kini aku masih begini.
masih tak berubah.
mungkin aku tak perlu jadi 'terlalu baik' lepas ni.
agar aku dapat berpegang dan terus ingat pesan angah dan ayna.

ya Allah..berilah aku sedikit ruang untuk rasa gembira.
tidak banyak sedikit pun jadilah.
sekurang-kurang aku mampu untuk senyum ceria.


p/s:untuk ayna darl..saya gembira dengan apa yang kamu lalui sekarang.
airmata saya semalam saya dedicate untuk kegembiraan kamu.
peace and love ya!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com