Friday, October 16, 2009

~rajuk seorang sahabat~

Sudah agak lama aku tak jumpa izwan shah..salah seorang sahabat aku sejak dari kecil.
sudah hampir setahun lebih.dulu kami amat rapat.
ibarat adik beradik.

tapi kalau hanya kerna aku tak datang kenduri kahwin kau..
dan buat kau marah dan meminggirkan aku..
terpaksalah aku redha.

cuma aku nak kau tau satu benda.
aku tak dapat datang majlis kenduri kahwin kau sebab bebanan kerja masa tu.
kau pun tau aku kene standby 24 jam 2 minggu masa kerja tempat lama dulu.
So aku memang tak boleh nak serong.

Maafkan aku wahai sahabat.
Tapi aku agak terasa hati bila korang semua pinggirkan aku
Aku dah tak diajak lepak sesama.
Tak dijemput majlis berbuka puasa.
Tak diajak main futsal.

Sedih beb..Aku call kau tak jawab.
Tiada wish hari raya..

Aku hanya mampu lihat gambar korang semua kat facebook.
Ada riak wajah yang ceria.
Cuma aku jek yang tiada.

Tak apa lah..mungkin dosa aku besar.
Yang kau tak boleh nak maafkan..
Cuma aku nak kau tau..

Kau tetap sahabat terbaik aku dunia dan akhirat.
Congrats for having a cute baby.
Tahniah atas perkahwinan kau.
Aku doakan agar kau bahagia dan gembira.
Even aku dipinggirkan dari hidup korang semua.






Thursday, October 8, 2009

~your service has been barred due to exceeded credit limit~


saya ingin sekali berbual dengan dia.sebab malam ini rasa sunyi.
jadi saya terasa ingin teman untuk berbual dan berdiskusi.

setidak-tidak jikalau saya boleh berbual dengan dia sekarang saya
boleh tersengih sendirian dan juga ketawa.
tapi talian handphone saya telah disekat.
Celcom hantar text
mengatakan talian handphone saya disekat dan kerana dah lebih credit limit.huhuhu..
saya perlu menunggu gaji yang seterusnya untuk bayar bil telefon saya.
dan sementara itu terpaksalah saya menunggu.
tak sabar rasanya tunggu gaji! agar saya dapat berbual semula dengan dia.

Monday, October 5, 2009

~when ayna said:'appreciate yourself!'~


~Sunday,04102009
~Location:Burger King Extreme Park Sec 13 Shah Alam,
Restoran Al Safa Kayu Ara Damansara and
Puncak Damansara Apartment.
~Time:17.48pm until 23.47pm

A long coversation between me and Ayna darling.
Sharing and debating.
Talking and give opinion.
Surprising!
Heart to heart discussion.
Smile.laughing.and thinking.

About friendship.love.life.past life.and kifarah dosa.
Such a quality moment that i ever have.

Ayna said:'darling..u harus appreciate diri u!learn to appreciate yourself!'

then aku terfikir akan kata-kata itu.
dan aku perlu consider sebab ia satu nasihat yang ikhlas dan membina.

Thanks Ayna!My bestest soulmate ever!
For those words and advise.
Love you darl and..
Semoga Allah rahmati kamu!

Thursday, October 1, 2009

~sms bangang ijoy dan fiffy!!~



Fiffy:Kak!:-)

Aku:yea dik!

Fiffy:ok?sehat?korek hidung dah?berak?camne ngan
itik belakang umah?cukop ke?

Aku:Sume bagus-bagus je.

Fiffy:Bagus la.2,3,4 ni aku nak melarikan diri.nak
release tension.

Aku:ko nak lari ke mana plak?trek ke padang?hahaha

Fiffy:Ni baiknya.Bukan trek bukan padang tapi jalan
tar.hahaha!

Aku:terbaek tu dik.lari laju-laju tau sampai ko kurus.haha

Fiffy:Memang nak kurus pun!tak pasal kene lari atas jalan tar.

Aku:teruskan usaha murnimu wahai ramaas!

Fiffy:yeah!ramaas oh ramaas!

Aku:adikku fiffy dah gila menjeng ingin meramaas semua didepan
mata beliau.hahaha

Fiffy:lantas fiffymu mengesyorkan gadis yang berbaju merah di
bawah lampu itu kerana teteknya sangat puas hati untuk
ijoynya ramaas!!

Aku:bodoh!ntah gadis baju merah celah mana ntah!ko main sebat je ek!

Fiffy:owh..pilihan ku tidak menepati citarasa ijoyku.Maaf,bagaimana
pula dengan gadis berbaju sendat di kedai mak eton itu?
ku lihat dari tadi dia memerhatikan mu wahai ijoyku.Seolah-olah
gadis itu merelakan idirnya untuk diramaas olehmu!

Aku:oh tidak wahai fiffyku!saya kini berpuasa daripada melakukan
adegan lucah dan ghairah kerna saya ingin menjadi baik~

Fiffy:alhamdulillah syukur.Akhirnya ijoyku telah mendapat hidayah dariMu.
(sambil menadah tangandan dongak muka ke atas tanda syukur)


Aku:syukran jazila ya ustazah!(berdiri sambil pakai kain samping
songket colour purple)

Fiffy:baiklah murid-murid.Hati-hati ketika turun tangga nanti.jangan ada yang berebut-rebut
(ketika ini murid-murid sedang bersalaman dengan

cikgu jamilah,guru agama islam kelas 3 mawar)

Aku:hahaha..bongok!~saya di bilik bang!!(berkata dengan nada sangap)~

Fiffy:astaga!baru habis kelas agama kan?cepat betul budak ni dah
sampai kelas sains.hukh!

Aku:sains rumahtangga tu best ustazah!khasiat kacip halimah!

Fiffy:(tarik tangan ali sambil berbisik di telinga)..malam tadi
sebelum tidur ustazah minum kacip fatimah macam dalam iklan tu.
suami ustazah tak larat layan ustazah.eh kamu jangan bagitau
sesapa yea.rahsia!

Aku:kemudian ali menjerit kuat-kuat..malam tadi ustazah main ek?
kak fiffy cakap ustazah main sampai jerit kepuasan!

Fiffy:serta merta 'paap'!tamparan wanita hinggap di pipi ali dengan
tak sengaja kerna ustazah terkejut dan pantang disergah.

Aku:ali berjalan perlahan-lahan sambil kesat airmata.kemudian berkata..
'saya bagitau ayah saya ustazah kuat main.mesti ayah saya suka'hahaha

Fiffy:setibanya dirumah:'pak oh pak!tadi ali dapat tamparan hebat dari
ustazah gara-gara ali ingin main owek owek dengannya.tapi ali
frust ustazah bilang mau main owek owek dengan bapak.
(pak meon tersenyum sendiri sambil angkat kening)..


Sial aku gelak sampai nak terburai perut aku malam tu..
kimaknya Fiffy!boleh plak melayan ngarut sms malam-malam buta.

Aku dan Fiffy kemudian sambung ketawa sampai dua-dua menangis..
hahahaha..
memang gelak macam haram malam tu!
sial la ko dik!

Esok petangnya akibat terlalu terkenang akan peristiwa sms bangang
tu fiffy telah hilang akal dan tuang syampu kat tangan
tapi sapu di muka..hahahaha...kemudian pedih kemerahan muka fiffy!

siyes bangang dowh ko dik!!
hahahaha..

~kisah sedih adik-adikku di aidilfitri~


Aidilfitri kembali lagi.Selepas berpuasa sepanjang Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh segenap umat Islam seluruhnya. Pelbagai ragam dan mood sepanjang meraikan hari yang mulia ini. Suka dan gelak tawa.Sedih terkenangkan insan tersayang. Bersalam dan bermaafan.

Bagi aku Aidilfitri tahun ni dipenuhi dengan pelbagai mood dan kisah sedih. 3 hari sebelum raya aku mendapat khabar adik lelaki aku ditangkap polis dan disumbat ke dalam lokap atas tuduhan bergaduh. Dan aku sangat tertekan memandangkan hari raya dah semakin hampir sedangkan adik kesayangan aku di dalam lokap. Kepala dah mula kusut dan apatah lagi mendengar mak menangis..lagi membuatkan aku sedih. Aku usahakan juga untuk melepaskan adik dari lokap dan Alhamdulillah sehari sebelum raya adik dibebaskan dengan jaminan polis. Syukur Alhamdulillah..

Dan aku berpeluang beraya dengan mak,adik lelaki aku Jeli dan adik pompuan bongsu aku Nabila..kemudian bersama famili yang lainnya. Ada sedikit rasa gembira dan syukur sebab dapat juga aku beraya dengan dorang even ada juga sedikit terkilan sebab tak dapat beraya bersama ayah tercinta di pagi Aidilfitri memandangkan ayah ke kampung untuk beraya dengan famili mak tiri aku.

Kemudian aku dikejutkan dengan khabar ayah tiri aku(ayah Nabila) meninggal dunia di kampung beliau di Baling Kedah..Mak kejut aku bangun tidur dalam pukul 2 pagi dan menangis-nangis..Aku peluk mak agar dia dapat bertenang sebaik mungkin. Aku secara jujurnya tak berapa ngam dengan arwah..atas dasar sikap dan perangai buruk arwah terhadap isteri dan anak dia..
Tapi bila dah melibatkan kematian aku ketepikan
rasa marah dan benci aku.. Tak sanggup aku melihat mak menangis dan aku hanya nak menemukan Nabila dengan ayah dia buat kali terakhir.Mak tanya aku nak balik Kedah ke?Nak melawat arwah ke? Aku hanya diam.Perasaan bercampur-campur masa tu.Rasa bengang dan marah masih ada tapi bila terkenangkan Nabila aku gagahkan juga untuk bawa mak dan Nabila ke Baling,Kedah. Aku terpaksa bersengkang mata drive kereta awal pagi meredah highway sejauh 400km demi mak dan Nabila..

Arwah dah pun pergi..dan aku amat sedih bila melihat Nabila menangis teresak-esak
bila melihat mayat ayah dia dikafankan..Nabila peluk aku.Dia terus menangis. Mungkin dia cuba faham keadaan itu sebab dia masih kecil dan belum fasih untuk menilai tentang kematian. Menitis air mata aku bila melihat Nabila menangis dan terus memeluk aku. Merelakan pemergian ayah dia.. Demi Nabila..aku berjanji kepada diri sendiri.Aku akan menjaga Nabila sampai dia besar. Biar dia tak rasa kehilangan..aku tak mahu lihat Nabila menangis sebab aku amat sayang akan adik aku yang sorang ni..

Untuk HERFIZUL AZLI dan ROSMA NABILA..abang sayang korang berdua!! Al-Fatihah untuk Arwah ayah tiri aku~ROSLAN MAT HUSSAIN.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan yang beriman.

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com