Sunday, August 30, 2009

~adakah perempuan itu 'BODOH'???~


Adakah perempuan itu 'BODOH'?


Statement ni bukan niat untuk menjatuhkan atau merendahkan martabat perempuan.
Cuma sekadar penilaian personal aku dengan apa yang aku lihat dan alami..
Aku tidak sesekali menyatakan yang 'kebodohan' perempuan itu dari segi akademik dan akal fikiran.
Tapi 'kebodohan' dalam membuat keputusan dan menilai baik dan buruk..positif dan negatif..

Sekadar memberi contoh..

Situasi 1:

Perempuan A ini amat sayang akan kekasihnya.Tetapi kekasihnya itu secara terang-terangan
telah curang dengan gadis lain.Malah kekasihnya Perempuan A itu telah tidur dengan gadis lain
tersebut.Itu bukan persoalannya.Kekasih Perempuan A itu kerap kali memukul..menendang..
memijak..menampar dan pelbagai penindasan yang kasar terhadap Perempuan A ini..Habis lebam sana
sini..bengkak dan berdarah..Tapi Perempuan A tetap memilih untuk terus bersama kekasihnya itu
dan menolak akan cinta lelaki lain yang mahu ambil berat akan dirinya dan jauh lebih baik..
Adakah Perempuan A itu 'bodoh'?

Situasi 2:

Perempuan B ini ada kekasih.Akan tetapi kekasih Perempuan B ini telah punyai girlfriend lain
sebelum couple ngan Perempuan B ini.Awalnya kekasih Perempuan B ini cuba merahsiakan akan hal
tersebut sehingga la beliau kantoi..Perempuan B amat sedih dan kecewa kerna merasakan dirinya
telah ditipu.Kekasih Perempuan B itu sebenarnya hanya memerlukan Perempuan B itu hanya untuk
melepaskan rasa sunyi dan keperluan seksual beliau sahaja.Kononnya first girlfriend adalah calon
bini dan Perempuan B adalah hanya sebagai tempat melepaskan nafsu..Perempuan B sedar akan hal itu
namun tetap memilih untuk terus kekal dan sayang akan kekasihnya itu sekalipun sudah terang-terangan
kekasihnya itu curang dan kasanova..Perempuan B tetap sayang kekasihnya kononnya atas dasar cinta.
Membiarkan dirinya dinodai..ditiduri..tapi sebenarnya dia tak dapat apa-apa..
Adakah Perempuan B juga 'bodoh'?


Situasi 3:

Perempuan C telah berkahwin.Mempunyai anak kecil.Perkahwinan mereka adalah kerna dia telah pregnant
sebelum nikah.Dan untuk cover line mereka bernikah di Thailand.Kasihannya Perempuan C ini adalah isteri
kedua kepada suaminya.Suaminya sebenarnya telah berkahwin dan punyai ramai anak dengan isteri pertama
beliau.Perempuan C diabaikan.Kerap ditinggalkan sendirian.Sunyi dan sepi tanpa belaian daripada suami
seperti yang sepatutnya dia dapat.Perempuan C survive sendiri..Kerja sendirian dan berusaha sehabis
mungkin untuk menjaga anaknya yang masih kecil.Kadang kala kasihan melihat hidup perempuan C ini.
Lonely..sepi berseorangan..sering ditinggalkan..perlu bersusah payah untuk menjaga anak kecil..
Dalam diam ada seorang hamba Allah telah suka akan Perempuan C dan sanggup menerima seadanya akan
Perempuan C ini..Dan Perempuan C mula rasa dihargai dan diperlukan..Dia tidak lagi sunyi
dengan hadirnya hamba Allah itu dalam hidupnya..Akan tetapi akhirnya Perempuan C memilih untuk menerima suaminya yang sebegitu rupa dan sanggup hidup menderita zahir dan batin dan meminggirkan hamba Allah berkenaan begitu saja..Suaminya pasti gembira kerna tanpa perlu bertanggungjawab sangat..dia dapat apa yang dia nak..pergi dan datang sesuka hati..yang penting baginya adalah seksualiti..
Dan Perempuan C hanya melayan kehendak seksual suaminya.Cuba memenuhi kehendak batinnya sendiri dan
dalam masa yang sama bertindak sebagai isteri..Dalam hatinya dia sayang akan hamba Allah berkenaan yang baik dan mulia hati.Tetapi memilih untuk hidup dengan suami yang tak berapa baik dan sanggup menderita
dalam hidup.
Adakah Perempuan C 'bodoh'?


Situasi 4:

Perempuan D sudah berusia.Punyai anak yang sudah dewasa.Pernah bercerai sebelumnya.Namun bernikah lagi kali kedua dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.Suami Perempuan D ini amat celaka.Berlagak seperti orang bujang.Tak bertanggungjawab.Nafkah diabaikan.Tidak bekerja.Menghabiskan duit Perempuan D sahaja.Minum arak..berjudi..main ngan betina lain..Anak si Perempuan D kerap kali menasihatkan ibunya agar bercerai saja kerna kasihan dan tak sanggup melihat ibunya sedih dan murung sentiasa.Perempuan D kerja hari-hari tetapi duit habis untuk si suami joli sakan.Anak si Perempuan D masih tetap menasihati ibunya tetapi Perempuan D tetap keras hati dan mahu juga akan suami celakanya itu.Suaminya sudah lama meninggalkan rumah tanpa nafkah..pernah masuk penjara atas kesalahan
jenayah..Menyundal dengan betina lain..Dan akhirnya anak si Perempuan D hilang sabar dan meninggalkan rumah kerna tak sependapat dengan ibunya.Perempuan D tetap memilih suaminya dan sanggup menidakkan pendapat dan nasihat akan anaknya itu.Akhirnya suami Perempuan D bertahun-tahun tak balik ke rumah..abaikan tanggungjawab dan nafkah.Perempuan D terpaksa hidup sendirian.Sehinggalah dia akhirnya sedar dan memohon cerai taklik di mahkamah kerna sudah tidak tahan lagi dengan perangai buruk suaminya.Perempuan D berasa malu dan segan dengan anaknya kerna tidak menerima nasihat anaknya dahulu.
Adakah Perempuan D 'bodoh' juga?

Situasi 5:

Perempuan E pernah putus cinta.Dan sejak itu Perempuan E sering berkata 'Fuck off la semua lelaki!!semua lelaki macam sial dan babi..tahu sakitkan hati jek!'..
Kebencian yang agak melampau Perempuan E dan ditambah rasa serik dalam bercinta membuatkan Perempuan E memilih untuk bercinta dengan pengkid.Kononnya selamat dan rasa dihargai..Boleh dapat belaian seperti yang dimahukan.Pengkid lebih memahami dan tidak menyakiti..Namun tidakkah Perempuan E sedar dia sebenarnya telah melanggar hukum alam dan juga hukum Tuhan.Bercinta secara songsang dalah sesuatu yang tidak normal.Kecewa dalam percintaan tak bermaksud perlu melakukan sesuatu yang lebih jijik.
Adakah Perempuan E sangat 'bodoh'?

Situasi 6:

Perempuan F putus cinta.Dia amat kecewa sehingga merasakan hidup ini tak lagi bermakna.Baginya hidup kosong setelah ditinggalkan kekasih yang amat dia sayang.Really frustrated!Dan jalan penyelesaian terhadap rasa kecewa dan sedihnya,dia nekad bertindak cuba menikam perutnya sendiri dengan pisau.Percubaan untuk bunuh diri akibat terlalu kecewa..
Adakah Perempuan F 'bodoh' tersangat-sangat?

Situasi 7:

Perempuan G seorang yang bertudung.Luarannya nampak baik dan alim.Tetapi Perempuan G ini sanggup melakukan aksi seks dengan teman lelakinya dan kemudian merakamkan setiap aksi mereka menggunakan kamera handphone.Wajah Perempuan G ini terpampang dengan jelasnya.Kemudian apabila mereka break off ex boyfriend Perempuan G ini telah menyebarkan aksi seks mereka sama ada di internet atau transfer data melalui bluetooth handphone.Kini aksi seks Perempuan G yang bertudung itu telah ditonton secara meluas sehingga dia merasakan maruahnya tercemar dan merasa malu kepada diri sendiri.
Adakah Perempuan G amat 'bodoh'?


Kesimpulannya aku melihat 'kebodohan' perempuan ini bukan sebab mereka bodoh.Tetapi fitrah perempuan itu kanlemah..lembut dan perlukan belaian lelaki.Aku tidak meletakkan kesalahan terhadap perempuan cuma
terfikir sedikit kenapa perempuan-perempuan seperti kisah di atas bodoh sangat sedangkan dah nampak
akan perkara yang tidak baik di depan mata.Susah sangat ke nak menilai?

Namun tidak semua perempuan itu 'bodoh'..Ada juga yang bijak dan realistik dalam perjalanan hidup mereka.
Pandai membuat keputusan dan mampu berdikari sendiri..

Jadi kepada perempuan-perempuan 'bodoh' di luar sana..jangan lah berkata..'sayang..u akan jumpa perempuan yang lebih baik dari i lepas ni..i ni tak baik untuk u'

Fuck off!!!jangan jadi tipikal sangat!
Sepatutnya korang semua yang harus jadi yang terbaik..jangan lah menjadi 'bodoh'..cuba la menjadi
sedikit bijak dalam membuat keputusan dan terus hidup.Pilih lelaki yang berkualiti untuk hidup korang.
Lelaki sudah semestinya ego dan bijak mengekplotasi perempuan.Kan itu sudah menjadi kebiasaan.
Tetapi kan tidak semua orang sama.Perempuan tak semua 'bodoh'..
Dan lelaki tak semua 'bijak'..

Cubalah buka ruang fikiran sedikit agar dapat menilai akan sesuatu keadaan dengan rasional dan realistik
tanpa menyakitkan hati sendiri dan orang lain..

Kepada perempuan-perempuan di luar sana..anda adalah ciptaan Tuhan yang sangat sempurna dan cantik!
Usah cemarkan 'kecantikan' yang Tuhan beri dengan keputusan yang agak 'bodoh'..

Saya bukanlah anti perempuan!Malah nafsu dan keinginan saya masih ke arah perempuan..Saya punyai ramai
sahabat perempuan..kenalan perempuan tetapi mereka-mereka ini 'bijak' dan realistik.sekadar renungan untuk kita membetulkan salah dan silap kita.Kisah-kisah diatas ditulis berdasarkan pengalaman benar dan apa yang dilihat oleh saya.Maaf kepada perempuan-perempuan yang terasa sekiranya anda merasakan anda adalah 'perempuan' yang saya maksudkan dalam setiap kisah diatas..







Friday, August 28, 2009

~kisah Encik H dan Cik S di bulan pose~


Kisah ini diantara dua orang sahabat baik..
Berbual di telefon setelah agak lama tidak
berhubung antara satu sama lain..

Kisah diantara Encik H dan Cik S..

Encik H:Helo babe
Cik S:Ermmmm(buat suara penat seakan-akan penat
baru abis solat tarawih)
Encik:u kenapa?u jangan nak buat-buat penat..terawih la konon!
Cik S:aiseh...baru nak setting serius..dah kantoi..

hahahaha..

Encik H dan Cik S gelak sesama..mereka tidak pernah serius.
Gelak sepanjang masa..paling lama mereka serius adalah selama
30 saat.Itu pun secara tak sengaja..

Maka Encik H dan Cik S berborak sakan..
Mereka agak lama tak berbual.
Masing-masing bz atau pun salah seorang dari mereka handphone
kene barred sebab tak bayar bil..hahaha

Mereka berbual sakan tentang macam-macam perkara.
Kutuk rakan..ngumpat orang..kisah lucu kat tempat kerja..
kenangan dalam friendship mereka..
Pasti akan ada gelak tawa yang berdekah-dekah sehingga
kedua-dua mereka ketawa sehingga perut hampir berkecai..

Mintak nyawa!!!mintak nyawa!!!

Perut mereka hampir krem akibat efek terlalu banyak gelak..

Dan tetiba Cik S bertanya..

Cik S:Babe..u pose tak tadi?
Encik H:Nape?
Cik S:i Macam dapat rasa dalam firasat i yang u ponteng pose siang tadi..kan?..kan?
Encik H:Mana u tau ni?i kantoi tadi...hahaha
Cik S:Sebenarnya i pun tak pose tadi...hahaha
Encik H:i dah agak dah..patut la i macam dapat rasa jek tempias dosa u tadi..hahaha

Encik H:i tak tahan la..i pegi bazaar pukul 2..i beli **tuttt** 2 keping..dah la pakcik yang jual
**tutt** tu pakai kopiah..hahaha...i redah jek..pakcik tu tanya..'awal beli dik?'
i cakap:'saya nak gi outstation ni pakcik ke terengganu..jalan jauh..kene la beli mana yang patut.
takut nanti jalan jammed tak sempat plak..hehehe..pastu kat gerai sebelah i tapau **tuttt**..

Cik S:bengong!hahaha..i pegi giant beli **tuttt** pukul 10 pagi..i pegi ngan sorang kakak ni..dak opis i..
asalnya nak gi car wash basuh kete i..akak tu bleh ajak wa nak ushar baju kat giant plak..i pun apa lagi..
i beli la **tuttt**..pastu on the way nak gi car wash dia drive i plak bleh melantak kat seat sebelah..

hahahaha...Encik H dan Cik S gelak macam sial!!

Encik H:Patut la i dapat rasa something tadi..rupanya u pun kantoi gak pose hari ni..bengong!
Cik S:i pun sama la yang..i dapat rasa u temankan i tak pose jugak hari ni..hahaha

Bengong..Encik H dan Cik S memang sepadan..jiwa mereka sama..bukan soal tak pose..tapi tentang
naluri hati dan persamaan mereka dalam friendship..

Encik H dan Cik S bahagia dan bangga dengan persahabatan mereka..mereka akan say 'love you'
setiap kali sebelum abis berborak di telefon sebagai tanda penghargaan dalam friendship..


**tutttt---->sejenis spesies yang buleh dikunyah!!!hahahaha


Thursday, August 27, 2009

~Tom Hanks adalah Forrest Gump~


Malam semalam aku melayan movie ni..
Dan duration 2jam 22 minit sangat la terbaik..
Forrest Gump adalah best movie yang pernah aku tonton..
Sehingga buat aku menitis air mata di penghujung filem..

Kesungguhan dalam hidup..setia terhadap sorang gadis..
True friendship..dan ketulusan hati..
Forrest Gump sangat menyentuh hati..


Best Film ever!!!

Wednesday, August 26, 2009

~hepi anniversary suzie menjeng sayang!!~


~25.08.2008-25.08.2009~
~1st Anniversary~herfizul akma~suziana~
satu persahabatan yang sengal..menjeng..tapi tetap bermakna..

Tuesday, August 25, 2009

~suzie dan rekod puasa beliau!!~


sedang aku best tengok tv lepas buka pose..

tetiba handphone aku bunyik..

koniciwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!(ringtone untuk text yang selalu memekak)

hehehe..

ada text masuk..
bukak inbox..

'perghhhh wa berjaya pose 3 hari!!!!'~suzie~

hahahaha..
aku ketawa terguling-guling..

last year 2 hari..
tahun ni awal-awal dah berjaya 3 hari..
syabas suzie!!!

hahahaha..

tak payah nak sebuk makan mee wantan cina lagik bulan pose ni!!!
hahahaha..

aku nak rekod berapa hari suzie berjaya pose tahun ni...

hahahaha...


~buka puasa di raya ketiga saja lah!!~


Ramadhan Al Mubarak datang kembali..
Bersama-sama sinar iman dan amal..
Dan kita diberi ruang dan peluang menghapus dosa yang bertimbun..

Bercerita pasal puasa..semua orang sebuk tanya aku pose ke tak?
Dah tentu bulan pose..mestilah aku pose..
Kalau pun aku tak pose..takkan aku nak kecoh kat semua orang..
'Wei semua..hari ni aku tak pose sebab aku period!!!!'

hahaha..(bila masa plak aku period?)

Then tetiba my sis Fiffy text..suruh aku call dia..
Kitaorang borak la kejap sebab aku pun guna phone ofis..
Bapak aku pun takde share dalam company..
jadi takleh la nak gayut lama sangat..

hahahaha..

dengan suara Fiffy yang seakan-akan cover line..
Kitaorang borak la jugak..

aku:'dik..bila ko nak buka puasa ngan aku?'

fiffy:'tatau la bang..ramai dowh ajak aku buka pose sama..'

aku:'kira ko femes la ni..'

fiffy:'tadela..kan awal lagi bang..pose baru jek 3 hari..'

aku:'yela..kene la setting tarikh awal-awal..nanti masing-masing bz'

fiffy:'nantila bang..aku tatau la..'

aku:'apa kata ko bukak pose ngan aku masa raya ketiga jek...'

hahahahaha...(kami berdua gelak)

fiffy:'baik tak payah bukak pose raya ketiga..'

aku:'apa plak tak boleh..pose 6 la ngok..dah ko bz sangat..tunggu raya ketiga la..'

hahahahaha..

fiffy:'ko bengong la bang'


kitaorang sambung borak dan gelak semaksima mungkin..
dan aku just rindu adik aku sorang ni..mish u sis fiffy!!!
jangan tak pose melainkan anda perlu memakai kotex!!

hahahaha


Friday, August 21, 2009

~kisah cinta seorang mamak~


petang semalam aku gelak terbahak-bahak lagi..
darling ayna buzz aku kat ym..
ayna:'darl..baca blog i..'

aku pun dengan lurus dan ikhlas baca blog darling aku sorang ni..

kisah cinta terlarang antara ayna darling dan mamak berbulu lebat..

hahaha..

kuah kari..dal dan sambal..

hahahaha..

dengan iringan angin sepoi-sepoi bahasa..
si mamak mundar-mandir perlukan perhatian..

sesekali menjeling tajam ke arah si gadis(dalam kes ni adalah ayna darling)
cuba beramah mesra..
sambil ambil order sambil cuba menjejak cinta..

hahahaha..


dan kepada darling ayna..
itulah akibat terlalu kerap lepak di mamak..

jangan lupa bawak partition setiap kali u online free wifi disana..
agar si mamak-mamak bernafsu rakus tidak menjeling manja ke arah u..

tapi kalau itu sudah jodoh u..
saya sanggup undur diri..
walaupun si mamak itu bulu dadanya kerinting..


hahahaha..

Wednesday, August 19, 2009

~when liverpool lost their 1st league match~


agak lewat untuk entry ni.
tapi aku tetap nak tulis.

last sunday nite..
i've watched super sunday BPL match..

and i wanna scream that time..
feel happy just because of one thing..

Liverpool FC 1 Tottenham Houspur FC 2????

When the fuckin reds lost.
Means you'll will always walk alone baby!!
hahaha..

Spurs was awesome dat nite!!

For the reds fans out there..
don't cry baby!!
the season just started!!

but i still wanna laugh and feel happy!!
Cause Liverpool win nothing for BPL title since 1989!!
20 years with nothing?
hahaha..

*look at steven gerrard in above picture!!!
hahahaha...kinda sad face baby!!!

~ijoy and ayna-our pig day(18.08)~


18.08.2009 adalah HARI BABI!!!!atau kalau nak lebih canggih dalam English 'PIG DAY'..
Bermula dengan conversation dengan Ayna darling..

sesi ym yang penuh gelak tawa..

sengal dan gila..

dan kami ada nickname baru~MENBI-manja macam babi!! hahaha..
cute sangat!
biar nampak kasar tapi yang penting kami suka!
saya sangat happy petang itu.

'Happy Pig Day Menbi Sayang!!!'
i miss u so much Ayna.itu sudah pasti.
nanti kita main sekeh-sekeh lagi.

Thursday, August 13, 2009

Q&A-jawab sejujur mungkin~

Mari menjawab soalan sejujur mungkin...

1. Bekas kekasih saya adalah :
-> Seorang perempuan.

2. Saya sedang mendengar :
-> Turn dendangan kugiran Travis.

3. Mungkin saya patut:
-> Hisap rokok sebatang dua.

4. Saya suka :
-> Muzik dan bolasepak.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
-> Adalah insan-insan yang teratas di hati saya.

6.Saya tak paham :
-> Perangai manusia yang pelbagai.

7.Saya kehilangan :
-> Kekasih hati saya.Kesian kan saya?

8.Ramai yang berkata :
-> Bila kau nak kahwin?

9.Makna nama saya :
-> Sempurna!!!

10.Cinta itu adalah :
-> Fitrah!

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
-> Mengayat awek.

12.Saya akan cuba :
-> Duduk diam dalam bilik sambil mendengar lagu yang saya suka.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
-> Kekal Abadi.

14.Telefon bimbit saya :
-> Nokia buruk yang saya rembat daripada adik saya.hahaha

15.Bila saya terjaga dari tidur :
-> Saya capai handphone dan tengok pukul berapa?

16.Saya paling meluat apabila :
-> Gadis tergedik-gedik depan mata saya.

17.Pesta/Parti adalah :
-> Tempat yang ada ramai gadis cantik,lelaki kacak dan juga insan-insan yang sunyi tanpa jodoh.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
-> Kura-kura.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
-> 3 tahun.Mula belajar bercakap dan berjalan sendiri.

20.Hari ini :
-> Kepala saya sakit kerna rindukan seseorang.

21.Malam ini saya akan :
-> Duduk diam dan hisap rokok semampu mungkin.

22.Esok pula saya akan :
-> Bangun dan bekerja seperti biasa.

23.Saya betul-betul inginkan :
-> Bersantai di Pantai Acapulco di Mexico.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
-> Bersyukur kerna masih hidup.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
-> Pusat membeli-belah.

26.Makanan Barat atau Jepun :
-> Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap:
-> Terang.

28.Makanan segera adalah :
-> Senang dibeli dan dimakan.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
-> OK Bos!

30.Siapa yang anda nak Tag?
-> Sapa-sapa la..

Monday, August 10, 2009

~cukuplah sekadar 12 hari-sedih jek bunyik!!~


Petang semalam aku ke Alamanda Putrajaya.
Dan sedang aku khusyuk menikmati grilled chicken chop..
Kakak aku Miss Fazleena tetiba bertanya..

'Kenapa u putus cinta sayang?'

Aku hanya diam.Senyum tawar..

'Si dia tak cukup baik ke untuk u?'

Diam lagi..
Cuba untuk senyum..

'Sekejap sangat kan?'


'Cukuplah 12 hari..tu pun dah cukup baik'..

Baru aku mampu bersuara.


'Kesian u.i rasa u kene mandi bunga la darling'


Angah pandang dan senyum kat aku.
Sambil mengusap kepala aku.
Kemudian aku berfikir..Tak mengapalah.
Mungkin aku harus kuat.
Dan masih ada yang mahu bertanya dan ambil tahu.

Cinta tak seharusnya untuk memiliki.
Tapi untuk dihargai..
Tempoh waktu bukan ukuran sebenar..
Untuk mengukur penghargaan terhadap rasa cinta...

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com