Friday, July 31, 2009

Entry ini utk semua tukang masak dan pemilik restoren di malaysia!!hahaha



Tetiba aku teringat apa yang aku
YM ngan Leya semalam..

Dalam aku melayan jahit seluar..
Sambil mendengar alunan muzik damai daripada band Travis..

Aku teringat..


Leya:'u tau tak semalam i dinner ngan Deena
kat satu restoran ni..'

Aku just diam.Terus menunggu text dari Leya yang
seterusnya..

Leya:'We all sampai dalam pukul 9 malam camtu..'

Aku: 'Then?'

Leya:'I order nasik putih ngan ???(aku dah lupa
apa nama lauk yang Leya order)hahaha..Deena
order nasik putih ngan sup sayur'

Aku:'Pastu?'

Leya:'u tau tak kitaorang tunggu menu sampai pukul
11 malam..Makanan tak sampai-sampai..Deena
dah mengamuk..then Deena panggil waiter..
pastu Deena tanyalah waiter tu kenapa makanan
tak sampai lagi?..mula-mula Deena cakap baik-baik'

Aku:'ok..then apa jadik?'

Aku dah mula syok layan cite Leya..hehehe

Leya:'Pukul 11 makanan tak sampai.Deena dah ngamuk.
Hidung Deena dah kembang kempis..hahaha..
Deena tanya waiter tu..pastu waiter tu cakap tukang
masak dia bz..Deena naik angin u..i nak gelak jek
masa tu..Deena suruh waiter tu panggil tokey kedai ngan
tukang masak..masa tu suara dah tinggi la..'

Aku:'ok'(sambil hisap rokok sebatang..pergh!!layan beb!)..hahaha

Leya:'Deena ckp camni..Saya ngan kawan saya dah 2 jam tunggu..
Kitaorang order plain water dan nasik putih jek..takkan
tu pun susah nak buat..abis awak nak saya tunggu sini
tengok cara-cara tukang masak awak masak ke??'


hahahaha...masa tu aku dah gelak..bengong gak Deena ni!
Slamber badak sound camtu..hahaha..garang gak si debab ni!
hahaha..

Leya:'Padan muka dorang..!!Deena memang pantang kalau service tak bagus u'

Semangat jek si Leya ni bercerita...hahaha

Aku just gelak..bengongnya Deena!hahaha..

Rokok aku abis sebatang..

Dan aku ambil iktibar..
Kalau nak makan ngan Deena baik jaga-jaga..
kalau tak semua orang akan kene sembur..dan
aku pasti akan terguling-guling gelak...hahaha

Kepada cik Leya..anda seorang tukang bercerita yang agak bagus!
hahaha..


Aku habis mengelamun..
Sambung jahit seluar semula..
Sambil senyum dan tangan meraba-raba mencari kotak rokok..

p/s:Don't try like what Deena did at your home!!!
pesanan kerajaan Malaysia!!!hahaha

Thursday, July 30, 2009

~miss leya yang 'mahal'~


Deena:'Babe..bestfriend i add u'
Aku:'Mana?'

Deena:'Kat Myspace..Nama dia Leya..'
Aku:'Jap i check'

Then aku tengok ada satu friend request..

'Hye..i am Leya beshtie Deena..teringin gak nak berkenalan ngan beshtie Deena nih'

Wah!!ada gak friend request dalam pada profile picture aku gamba flyers gig!!hehehe

Deena:'She is my bestfriend..u are lucky sebab Leya
agak kureng ngan laki'
Aku:'So i bertuah la!!'
Deena:'Yela..Leya agak "mahal"..kalau u tengok page dia ada beribu komen dan dia tak balas..but now dia add u'
Aku:'owh..ok!'

Aku just diam..Padahal masa tu aku sangap rokok.
hahaha..
Pastu aku cuba carik mana letaknya 'mahal' si Leya ni..
Aku cuba skodeng picture takleh sebab private..
So aku biarkan jela tafsiran 'mahal' tu macam tu jek..
Dan pagi tadi aku YM ngan Leya..
Aku cuba nak kesan mana letaknya 'mahal' si Leya..
Masih dalam proses mencari..
Belum jumpa..mungkin sikit kot!hehehe..
Nantilah esok lusa aku carik lagi..
Biarkan 'mahal' tu dulu..
Something yang 'mahal' perlu dijaga rapi..
Tapi kene la carik sebaik mungkin..

Biarlah dulu..
Perlu masa..mood yang baik...dan long conversation..
Rite miss Leya???

Tuesday, July 28, 2009

~mencari sebuah konklusi~


Dua hari dua malam aku berperang dengan rasa sedih.
Aku menangis..kemudian berfikir..menangis lagi..
Teringat kenangan yang ada biarpun terlalu sedikit..

Terlalu banyak yang aku fikir..
Aku sendiri tak tau apa yang aku fikir..
Sampaikan kepala aku sakit sangat..
Amat pedih..
Mata jadi sembab dan bengkak..

Aku cuba untuk melawan..
Tapi aku juga manusia biasa..
Punyai perasaan dan bertindak spontan dengan apa yang
telah terjadi.

Pastinya aku sedih..
Sedikit rasa terkilan..
Sambil berfikir dengan rasional.
Mencari jawapan kepada satu persoalan..

Dua hari aku duduk sendiri..
Sambil berfikir..
Hisap rokok..
Kemudian fikir lagi..
Cuba menjadi kuat..
Cuba tenang..
Cuba realistik..
Cuba menjadi positif..

Sedikit keluhan..
Namun aku makin baik..
Boleh dan mampu lagi berfikir dan menilai
secara baik..

Cuma aku dapat buat beberapa kesimpulan daripada apa yang dah
terjadi antara aku dan ARA..


1.Perkenalan yang terlalu singkat dan kemudian declare couple
buat aku dan juga ARA terlalu terburu-buru dalam mencari soulmate.

2.Aku sedar even kita buat sebaik mana sekalipun..dan mungkin kita dah jumpa
pasangan yang kita fikir sesuai..masih ada perkara yang perlu diambil
peduli..restu dan izin keluarga!!!

3.Aku cuba untuk faham situasi ARA..tersepit dalam keputusan keluarga yang mahu
dia menjadi anak yang baik..berjaya dalam study..kemudian menumpukan
sebaik mungkin dalam study tanpa ada sebarang komitmen dalam bercinta!!
Bercinta dengan mana-mana lelaki adalah dosa besar dan perkara terlarang
dalam kamus keluarga ARA..

4.Aku mungkin sangat tak bersetuju dengan cara pemikiran keluarga ARA dalam
membuat keputusan dan menentukan cara untuk ARA.Bagi aku tak salah mendidik dan
memelihara anak/adik untuk menjadi baik..Memastikan dia selamat dan tak terganggu
dalam penumpuan study..Tapi apakah menjadi satu kesilapan yang besar sekiranya
ARA meminta ruang untuk rasa disayangi dan menyanyangi seseorang yang dia rasa sesuai
untuk diri dia..???

5.Bagi aku seorang gadis yang sudah berumur 21 tahun tidak perlu lagi dipukul..
disepak terajang..hanya kerna dia bersama dengan lelaki yang dia sayang..
Apa besar sangatkah dosa untuk dia mencintai seseorang..????

6.Seorang abang tak perlu mencampuri hal personal dan privacy si adik yang sudah
pun berusia 21 tahun..Bukan tidak boleh ambil tahu..cuma cara kita membimbing
dan melindungi juga perlu betul dan tidak terlalu mengongkong dan mendesak..
Seorang gadis yang berumur 21 tahun tidak sama dengan gadis sekolah belasan tahun..
Malahan dia sudah pun belajar di tahap ijazah di universiti tapi masih menjadi
robot arahan seorang abang yang terlalu obses dalam mencari cara untuk melindungi
kepentingan si adik.

7.Apakah adil si abang boleh memiliki teman wanita tetapi si adik perempuan dikawal rapi
seperti mesin bernyawa..Keinginan diri dikawal ketat..No love..no relationship..semua itu
dosa besar bagi si adik tapi pada masa yang sama si abang boleh pula keluar bersama
teman wanita tercinta..adil kah???

8.Hak privacy si adik langsung tiada sehingga kan si abang perlu tahu segala password
Myspace..Facebook even YM si adik...Perlu apa semua ini..Jadilah abang yang matang
dan berfikiran sedikit terbuka..Jangan sempitkan cara pemikiran anda sehingga si adik
tidak langsung punyai hak privacy sendiri..Kalau page personal seperti ini si abang yang jaga..
Serupa bra dan seluar dalam si adik abang simpan juga!!!Fikirkan la weh!!!!

9.ARA juga terlalu lurus..lembut dan menurut segala perintah..Aku akui kita semua wajib hormat
akan orang tua kita..hormat akan adik beradik kita..family seluruhnya..bagi aku family adalah segalanya.
Buruk baik mereka tetap antara yang kita sayang..Semua akan berasa begitu..
Mungkin aku dibesarkan dengan keluarga yang berfikiran agak terbuka dan bebas untuk menilai
dan mebuat sesuatu keputusan sendiri tanpa ada unsur tekanan dan paksaan..Dan tidak semua orang sama..
Cara pembawakan dan pemikiran berbeza..aku tidak mahu salahkan sesapa..ini lebih kearah keputusan
keluarga..sekalipun aku tak bersetuju tapi aku tak mampu untuk mengubah..
Cuma bagi aku mereka-meraka ini agak sempit dan sendat cara pemikiran mereka..kampung sangat sehingga
itu tak boleh dan ini tak boleh!!
Maafkan aku!Aku hanya bersikap jujur dengan apa yang aku nampak dan rasa..Aku tak fikir cara mengongkong
dan mendesak itu bagus untuk anak-anak..Kita perlu bersikap lebih terbuka..Berbincang dan bertukar pendapat.
Kita mungkin salah dan apa salahnya kita buka ruang untuk orang lain menegur kita..
Dan apakah ARA perlu dinafikan haknya untuk merasai sedikit rasa gembira dengan lelaki..
Dia baru belajar untuk kenal dan bercinta..bukannya menyundal atau menyerah tubuh!!!Tapi kalau itu pun dah
dianggap sebagai punca kepada sesuatu kegagalan..tak boleh la diubah lagi..
Janganlah terlalu negatif sangat sehingga merampas sedikit ruang untuk orang lain gembira..Jangan jadi hipokrit
dan mementingkan diri sendiri..!!


The game is over!!!Aku memang sayang akan ARA..cuma aku tetap kena hormat keluarga dia even aku memang
tak setuju dengan apa yang dah jadi.Maafkan aku kalau kata-kata aku ni terlalu direct dan menyakitkan hati
sesetengah pihak..Ini sekadar pendapat peribadi aku..Penialaian personal aku..
Yang tak bermaksud nak menjatuhkan maruah sesiapa..Sekadar pengajaran kepada diri aku untuk aku mengenal
hati budi orang..Belajar untuk terus hidup!!Belajar untuk hidup disamping pelbagai jenis sifat dan perangai manusia
yang berbeza-beza..

Cuma aku agak sedih dan terkilan..
Aku tak diberi ruang untuk jelaskan situasi yang sebenar..
Disamping aku agak sedih..
Dan simpati kepada ARA..

Aku harap aku kuat.
Aku harap ARA juga tabah.
Sekuat mana kita sayang..
Keluarga tetap yang utama..
Cuma kita juga boleh tegur mereka
Kalau kita rasakan mereka silap..

Tak salah kita menegur..
Bukan bersikap derhaka atau kurang ajar..
Sekadar menegur dan berbincang sebaik mungkin.

Ini bukan zaman P.Ramlee!!Zaman hitam putih lagi!!
Kita harus bersikap terbuka..
Kalau pun tidak banyak..
Sekurang-kurangnya perlu mendengar pendapat orang lain..
Bukan hanya bersikap negatif dan menidakkan
hak orang lain..

Maafkan aku sekali lagi..
Aku hanya jujur terhadap diri sendiri.
Kalian telah rampas ruang gembira saya!
Jadi saya harus bersuara..

Buat ARA..
Jadilah anak/adik yang baik.
Hormatilah mereka..
Study rajin-rajin..
Buktikan yang ARA mampu untuk survive sendiri..
Berdoalah kepada ALLAH agar suatu hari nanti
Ruang itu akan tiba..

Mungkin kesan lebam dan bengkak itu satu anugerah.
Mungkin rasa sakit itu satu berkat.
Jadi ingatlah selalu..
Saya akan terus sayang awak..
Dan terus menghormati orang sekeliling kita.

Monday, July 27, 2009

~a sad thing just happened~


Aku kurang tido.
Mungkin kerna terlalu berjaga dan berfikir malam tadi.

Sejujurnya aku sedih.
Aku tak mampu nak tipu perasaan sendiri.

Aku bertanya sendiri..
Kenapa aku susah nak dapat ruang untuk sedikit rasa gembira?
Bukan menidakkan ketentuan takdir.
Sekadar merenung dan bertanya sendirian.
Sambil menilai salah dan silap sendiri.

Aku kehilangan ARA..
Perhubungan yang amat singkat.
Dalam pada aku mula merasa gembira.
Mula untuk belajar rasa bagaimananya cinta.
Mengenali rasa dihargai.
Sekelip mata ia hilang.

Entah lah..aku agak kusut untuk berfikir.
Kadangkala mengeluh.
Sebaik mana pun apa yang kita buat.
Belum tentu orang dapat terima.

Dan aku harus belajar.
Dalam hidup ini..
Sekalipun kita dah jumpa insan yang sesuai dengan kita..
Sekeliling kita mungkin tidak suka.
Mungkin benci.

Aku amat sedih.
Tapi aku cuba untuk terima.
Sekalipun pedih dan sukar.
Atas dasar hormat dan tak sanggup lihat ARA derita..
Aku terpaksa jua.

Aku sayang ARA..
Susah nak menafikan apa yang aku rasa.
Tapi aku cuma tak punyai ruang dan peluang.
Agak sadis juga.

ARA sayang..
Saya cuma tak mahu kamu sakit.
Hanya kerna kamu bersama saya.
Hormatilah keluarga.
Ini sudah pilihan mereka.
Kamu amat baik untuk saya.
Saya bersyukur dengan adanya ARA..
Biar seketika..
Saya tetap juga gembira.

Saya sayang kamu ARA..
Amat sayang.
Dan saya sedih.
Cuma perlu menyedari akan semua yang dah jadi.

Gembira lah ARA dengan pilihan keluarga.
Yang lebih suka meletakkan kamu di dalam bubble.
Ciptaan mereka sendiri.
Harapan mereka sendiri.
Saya tak ada ruang untuk menukar.
Cuma saya mampu berdoa..
Agar ARA saya tetap bergembira..


P/S:'Happy birthday ARA-21 years-
26/07/1988~26/07/2009~'





Tuesday, July 21, 2009

~man united asia tour KL09~

Glory Glory Man United!!

Sepanjang hari aku rasa teruja jek.
Sebabnya aku nak pegi Stadium Bukit Jalil.
Untuk saksikan game favourite team aku..
Manchester United lawan Malaysia..

Secara jujur perasaan berbelah bahagi nak sokong
team mana satu..
Sebabnya aku sayang akan Malaysia..tanah tumpah darah kita..
Dan Man United yang menjadi kelab pujaan aku..

So dengan jersi merah Man United,aku pegi ke stadium
dengan bestfriend aku Pak Tam..
Yang bestnya Pak Tam pakai jersi Malaysia..
Tapi bendera Man United di masih ditangan..

Kitaorang sampai kat stadium dalam pukul 4 lebih..
Lepas redah carik parking kete yang amat payah..
Dan terkial-kial carik yellow gate..
Berjaya gak masuk stadium yang masa tu dah penuh
dengan bermacam jenis manusia..

Hampir 90% penonton yang hadir adalah berjersi merah Man United..
Cuma segelintir yang memakai jersi kuning team Malaysia..
Menarik jugak sebab aku dapat tengok macam-macam jenis manusia..

1.Berpuluh ribu supporter yang berbangsa cina datang ke stadium..
(dan aku rasa majoriti dorang ni tak pernah langsung ke Stadium
Bukit Jalil sebelum game ni)..

2.Macam-macam jenis bangsa yang aku nampak..daripada Melayu,India dan Cina..
ada jugak omputih..negro..pak Arab..Singaporean..dan juga dari Brunei..

3.Masih ada supporter yang pakai jersi musuh ketat Man United..
Ada yang pakai jersi Chelsea..(teruk seyh mamat tu kene 'boo' sampai dia bukak jersi
Chelsea tuh!!hahaha..)Ada negro 2 orang pakai jersi Arsenal dan duduk betul-betul
belakang aku(rasa nak terajang pun ada..tapi aku sempat perli sambil salam mamat negro tuh)
Dan yang paling aku impress masa nak balik aku nampak ada Omputih ni pakai jersi Liverpool
sekali ngan anak binik dia..gila kental dowh!!!

Game bagi aku sekadar biasa-biasa jek..Nampak Man United macam sekadar main tak bersungguh..
Dan secara personal aku nak puji cara permainan team muda Malaysia kali ni..
Memang amat jauh nak dibandingkan dari segi tektikal..tapi aku harus puji dorang..
Bukan senang nak main dengan team hebat macam Man United..
Dengan majoritinya muda aku bangga dengan apa yang dorang persembahkan dalam game..

Dengan hampir semua player Man United main dalam game tu..
Penampilan pertama Michael Owen untuk team Man United..(buat ramai orang tertunggu-tunggu
aksi pertama Owen dengan Man United)..
Aku masih frust sebab Michael Carrick dan Nemanja Vidic tak ada kali ni..
Cuma dengan hadirnya idola aku Paul Scholes buat aku rasa happy sangat..

Umumnya bagi aku ia game yang biasa..
Cuma keghairahan majoriti fans Man United buat game ni jadik bermakna..
Aku agak excited dan aku juga bangga dengan Malaysia..
skor 3-2 agak mengejutkan!
Amri Yahyah wajib diberi pujian kerna berjaya jaringkan 2 gol bermakna Malaysia..
Meskipun kalah aku bangga dengan Amri..bukan senang beb!semua orang sedar akan itu!

Lepas habis game aku terus gerak ngan Pak Tam..
Dengan game Man United cancel kat Indonesia..
Ribuan fans Man United masih ada peluang kedua untuk saksikan team idola ni
beraksi lagi di bumi Malaysia ini..

Aku tatau lagi nak pegi ke tak..
Bagi aku apa yang aku dah saksikan sudah memadai..
Aku gembira..sambil bangga dengan team Malaysia..

Mungkin Amri Yahyah tak sehebat Wayne Rooney..tapi dia juga wajar diberi pujian..
Syabas Malaysia!
Glory Glory Man United!

P/S:Man United still a great team eventhought without Cristiano Ronaldo!!
FUCK REAL MADRID!!!!





Tuesday, July 14, 2009

~13.07.2009-02.02pm-i love you ARA~


~13.07.2009-02.02pm-i love you ARA~

Kata orang jodoh takkan kemana..
Ia akan datang juga..

Selama ni aku anggap tu kata-kata klise..
Sekadar untuk memuaskan hati..
Agar sentiasa realistik..
Hakikat dalam hidup..

Tepat jam 02.02pm 13 Julai 2009..
Hadir seorang gadis..
Secara tiba-tiba
Langsung tak diduga
Yang menghargai aku seadanya
Sudi untuk terima
Hadir dalam sebuah cerita

Biar sebelum ini tidak terfikir
Untuk memiliki dan dimiliki
Atau menyayangi dan juga disayangi..

Secara spontan..
Dia hadir..
Secara tenang..
Smooth and follow the flow..

Aku akhirnya temui apa yang aku cari
Apa yang aku impikan selama ini
Seseorang yang boleh ada disisi

Dengan hadirnya ARA..
Aku jujurnya gembira..
Juga bersyukur tak terkira..

Rasa cinta dan sayang datang..
Hanya untuk dia..
Hanya kerna dia..
Cuma untuk ARA..

Dalam diam aku berfikir..
Duduk sendirian sambil hati kecilku berkata..
'I LOVE YOU ARA!!'

~transformasi skinheads yang educated!!~



Sabtu lepas aku nekad ambil keputusan untuk gunting rambut.
Bukan saja gunting tapi
kembali botak..

Dah agak lama aku tak botakkan kepala..
Kali terakhir masa zaman stadi kat GMi dulu.
Dan aku akhirnya nekad dengan apa yang aku putuskan.

Banyak aspek dan sebab kenapa aku botakkan kepala..
Ia lebih kepada mencari satu kepuasan dalam diri sendiri.
A true satisfaction!

Dalam beberapa hari aku selalu berfikir..
Juga bertanya pada diri sendiri..
Siapa diri aku?
Apa yang aku mahu?

Dan dengan cara membotakkan kepala aku rasa
sedikit sebanyak dapat beri aku kepuasan yang aku cari.
Aku hanya ingin ikut kata hati
dan menjadi diri sendiri.

Jiwa skinheads aku tetap menebal..
Aku hanya ingin kembali kelihatan seperti skinheads
dari segi luarannya.
Kerna dalaman dan soul aku tetap skinheads..

Kenapa perlu jadi skinheads?
Bagi aku definisi skinheads berbeza dengan tafsiran
dan penerimaan masing-masing.
Aku memilih apa yang aku fikir baik dan
boleh untuk motivate diri aku menjadi yang terbagus.
Ia adalah cara hidup dan pembawakan yang kita rasakan sesuai
dengan diri.

Aku tidak memikirkan apa ideologi skinheads yang aku bawa..
Aku hanya mengambil apa yang positif dalam skinheads yang
aku boleh praktikkan dalam kehidupan seharian aku.
Ia hanya sub-budaya yang kearah penampilan diri..
cara berpakian dan berfikir..

Aku bukanlah skinheads yang berpuak-puak..
Punyai kumpulan yang besar..
Yang berlagak kuat..
Bergaduh sana sini..

Aku mahu jadi skinheads yang ada pelajaran..
Ada kerja tetap.
Rajin bekerja..
Bangga dengan diri sendiri..
Sayang kepada family dan teman baik..
Suka kepada bolasepak dan muzik..

Working class..brotherhood..Footbal..Muzik..unity..

Aspek positif dalam skinheads yang aku cuba ikut.
Aku mahu jadi educated skinheads..
Bukan skinheads jalanan yang bodoh..selekeh..
tak sekolah..pau orang tepi jalan..gaduh..

Aku hanya mahu jadi diri aku.
Transformasi ini sekadar luaran.
Sama ada botak..rambut panjang atau apa saja..
Jiwa dalaman harus ada.
Dan aku bangga dengan apa yang aku ada.

Cheers!!

Monday, July 6, 2009

~KL indie Fest-satu kepuasan!!~

Aku ke KL Indie Fest semalam kat KL Tower.
Last year aku tak pegi tapi this year
hati terasa kuat nak hadirkan diri.

Aku gerak ngan bestfriend aku Wan Nazirah..
dan sampai KL Tower dalam hampir jam 2 petang.

Dan aku dapat tengok crowds dah mula ramai.
opening band Skudap Skudip pun dah ready
atas stage.

Ada beberapa reason yang buat aku nak pegi
ke kl indie fest kali ni.

First aku nak layan band-band fevret aku.
majoriti dari bandlist yang ada aku minat.

Then aku nak spread flyers untuk gig Peace
To World nanti..

Dan juga jumpa adik aku Fiffy.Aku rindu dia
sangat.

Hampir seharian melayan kl indie fest tu aku
dapat buat beberapa kongklusi dengan apa yang
aku lihat sendiri..(aku memang suka melihat
dan mentafsir keadaan sekeling)..


1.Penganjuran gig or live konsert yang agak
bagus,teratur dan efisyen.Maybe sebab gig
sponsor dan promotion yang dasyat.Lokasi pun
menyenangkan dan mudah untuk crowds datang.

2.Pemilihan band yang sederhana.Mungkin
dipelopori oleh sesetengah individu yang
memilih band.Majoritinya band kroni-kroni.
Tapi boleh tahan even ada satu dua band yang
aku fikir masih tak layak untuk perform atas
stage event sehebat kl indie fest ni..
(tak payah la nak mention band apa)

3.Sistem bunyi yang adakalanya bagus.Tetapi agak
rabak pada sesetengah band yang guna banyak
intruments.Especially yang main muzik Ska..

4.Crowds yang datang agak ramai.Maybe dalam
5 ribu orang.Ramai gak mat-mat Kelantan..
Rambut ala retro..pengaruh mods
dan The Times kot!..ramai jugak hardcore kids..
aku suka tengok style dorang..indie kids bersepah.
budak-budak sekolah..skinny jeans merata-rata.
awek-awek sekolah disana sini.hahaha..dan skinheads
bootboys juga ramai kali ni..aku proud beb!!

5.Performance band agak bagus..Ada gak yang hancur
tapi majotitinya bagus..Memandangkan yang perform
banyak band yang sudah ada nama..


Aku puas hati dengan event ni..Kerna beberapa sebab
kot..dengan adanya ACAB perform atas stage buat
aku sing along..feel the vibe..sampaikan ada sorang
awek kat sebelah aku tanya..

Awek:'u hafal ek semua lagu ACAB?'

Aku:'yeah.almost their song la'

Awek:'tapi u tak nampak macam skinhead pun'

Aku:'skinhead perlu rambut botak ke?skinhead
i dalam hati..dalam soul..'


Awek tu hanya diam dan melayan jek lagu..hehe..

Ada minah omputih yang layan reggae masa ROB
perform dan aku terdengar dia cakap kat kawan dia..


Minah Omputih:'this is the great reggae performance
that i ever see'


Wah!!proud ah gak..minah omputih tu siap tangkap
gambar ngan skinheads..katanya agak menarik sama
macam kat England..negara asal dia..
dia even join kitaorang skankin sesama..
layan beb!!

Event tamat dalam pukul 11 malam camtu.
Ada rasa kepuasan dalam diri aku.

ACAB..GERHANA SKA CINTA..REDEMPTION..REPUBLIC
OF BRICKFIELD..RESTRAINT..buat aku rasa
berbaloi hadir kali ni.

cheers guys!

Wednesday, July 1, 2009

~tarik kete..ym..dan puzzle!!~

30/06/2009-selasa-

mood aku berbeza-beza hari ni.

banyak perkara yang tak dijangka
berlaku..

semalam kereta myvi kesayangan aku
kene tarik.Even aku just kantoi
monthly installment sebulan lebih jek,
still kene tarik gak.

Aku cuba gak nak 'kaw tim' ngan
brader tukang tarik tu..
tapi polisi bank buat aku jadik kusut.

Nak tak nak kene gak tarik myvi aku yang
tersayang..

Syukur ada ayah..ayah yang tolong aku.
Keluarkan duit dan bayar segala tunggakan
kat bank.

Dan myvi aku bebas semula..
selepas beberapa jam..

Alhamdulillah..


Then pagi tadi aku YM ngan Vee..
Coversation yang agak santai..
macam biasa..
Cuma ada dua tiga perkara yang agak personal.
Kongklusinya aku senang dengan Vee..
Even perkara yang kitaorang discuss
agak personal..
tapi flownya masih cantik..
smooth..dan ada gelak tawa..

Tengah best YM ngan Vee..

My darling Miss Fazleena buzz!..


Angah:'Sayang i miss u so much!!'

Aku:'I miss u too darl'

Angah:'Feel like wanna hug u'

Aku:'yeah..me too rindu mau borak sama kamu'

Angah:'Saya agak busy dengan kerja..
Saya ke merata-rata.
All around Malaysia nih'

Aku:'Keje la selagi mampu darl..
but i miss u so much'

Angah:'i miss u too..bila mau melawat saya?'

Aku:'u yang selalu busy..so i tamo
ganggu keje u darl'

Angah:'i memang busy but i cuba adakan
masa i untuk yang tersayang'

Aku:'Bila mau dating ni?saya rindu mau borak
dan ngadu domba ngan kamu.
Kamu jek yang paham saya..'

Angah:'u kan mr kusut?..hehehe..
i miss the long coversation'

Aku:'saya juga..rindu mau discuss dan
debate sama kamu darl'

Angah:'i busy ngan meeting but i will see u nanti..
maybe this week.
i will text or give u a call'

Aku:'ok..we will..'


Pastu conversation terhenti.
Angah ada meeting.
dan dia perlu bekerja..

Dan kemudian bila balik keje..
Aku singgah kat rumah mak..
Ada satu bungkusan untuk aku..


daripada:Suhaida Sukandar,Mid valley KL

Baru aku teringat Sue ada send birthday
present untuk aku..
Even birthday aku dah 2 bulan berlalu..
Masih ada hadiah.

Aku bukak bungkusan perlahan-lahan..
Ada satu puzzle kecil(mungkin dibeli
di Jepun sebab semua ada tulisan Jepun)

Ada juga kad kecil..
Tertulis something didalamnya..


Dearie Ijoy@Zul..

Happy Birthday!!
Semoga panjang umur dan murah rezeki..

'Our life is just like a piece of puzzle..
kene sambungkan untuk jadi satu cerita..:)'

Aku hanya diam dan senyum..
Sambil berterima kasih kepada Sue..
Sebab ni jek satu-satunya hadiah birthday
yang aku terima tahun ni..

Thanks!

Aku cuba sambungkan puzzle tu..
tapi aku penat..
dan aku mungkin akan sambung semula
kepingan kecil puzzle tu..


Segalanya berbeza plot jalan cerita..
Episod yang berbeza..
Tapi semuanya buat aku tersenyum.
Masih ada orang yang ingat..
dan sayang aku..

Untuk my 'April'(myvi aku!!)..
Vee(my bestest soulmate!!)..
Angah(my kakak yang jelita!!)..
dan Sue(my ex gf yang baik hati!!)..

i love you!!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com