Friday, June 26, 2009

SURVEY:Perempuan di kaca mata anda!!!






Tengah aku melepak-lepak sambil minum-minum ada sorang member aku ni
nak buat survey
untuk assigment apa ntah.
.aku jadik mangsa menjawab soklan dia..hehehe


ni antara soalan yang dia tanya aku pun jawab..

Perempuan di kaca mata anda....

1.Adakah anda pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan?
- Ya..secara jujur memang pernah..

2.Definisi perempuan daripada persepsi anda?
- Penilaian yang subjektif.Berbeza mengikut tafsiran masing-masing.
Bagi saya perempuan insan yang mulia dan lembut hati.
Peneman bagi lelaki secara fitrah.

3.Adakah perempuan itu lemah?
- Tak jugak.Ia bergantung kepada individu.Tak semua perempuan lemah.
Ada yang kuat dan cekal.Ada yang tegas..Secara umum emosi perempuan
bagi saya mudah berubah dan mungkin juga lemah tapi mereka juga kuat
sebenarnya.

4.Perempuan penting dalam hidup anda?
- Emm...penting!fitrahnya saya juga perlukan seorang perempuan
untuk
selalu ada disisi saya.Ia mungkin ibu..mungkin girlfriend..
mungkin
kakak atau adik..mungkin juga best friends..

5.Anda pernah cium atau peluk perempuan?
- Mestilah pernah..Sudah semestinya saya hug and kiss mak saya..hahaha..
dan ada ketika saya akan hug best friends saya yang perempuan.

6.Girlfriend?Pernah kiss and hug?
- Dulunya memang ada..Pernah juga..

7.Boleh ke sorang lelaki berkawan baik dengan perempuan?
Dalam erti kata lain
sebagai best friend?
- Kenapa pulak tak boleh?Bagi saya boleh je..dan saya ada beberapa
best friend
perempuan yang penting dalam hidup saya..
Takde problem pun..


8.No heart feeling?
- Nope..ada limit..best friend tetap best friend..berbeza dengan
special girlfriend..
Adakalanya lebih senang bercerita dengan best friend..
tanpa rasa segan dan
tak terlalu protokol sangat..Redah jek..hahaha

9.Do you have a girlfriend?
- Buat masa ni tidak..Mungkin akan datang ada kot..hahaha..

10.Girlfriend itu menyenangkan atau membebankan?
- Bergantung kepada sikap dan penerimaan si girlfriend tu..
Boleh jadik menyenangkan..
Boleh jadi jugak membebankan..
Perlu ada give and take la..Dan lelaki kene
la beralah..

11.Betul ke perempuan ni kuat jealous?
- Kalau nak ikutkan lelaki pun jeles gak..Tapi mungkin perempuan
agak lebih jeles kot..
Mungkin la..bagi saya itu perlu..cuma tak perlu
melampau sampai hilang rasa percaya dan hormat.


12.Perempuan zaman sekarang lebih sosial?Apa kata anda?
- Semua orang ada cara bersosial..Zaman makin berubah..dan perempuan
juga mahu
bersosial dan berhibur..cuma dengan cara masing-masing la..

13.Tapi persepsi orang selalu tak elok kat perempuan kaki sosial ni?
- Pedulikan la..bagi saya yang penting hati baik..hormat orang tua..

14.Tak kesah kalau girlfriend anda kaki sosial?
- Ni hak individu..kalau nak bersosial pun kene ada cara la..pandai
la jaga pride diri.
Dan kita tak boleh nak menilai orang dari luaran..
pakai tudung tak semestinya alim..
betul?hehehe..
tak bertudung tak semestinya jahat atau takde dara..rite?


15.Mana satu pilihan anda?Perempuan bertudung
atau free hair?dan kenapa?

- Be honest saya lebih prefer yang free hair..sebab saya lebih senang
dengan cara begitu..
bukan saya prejudis kepada yang bertudung cuma
saya rasa itu taste saya..dan bertudung harus
ikhlas dan jauh dari
sebarang fitnah dan maksiat..


16.Ciri-ciri perempuan idaman anda?
- Free hair..simple..cantik pada pandangan mata saya..bekerjaya..sengal..hahaha

17.Perlu ke cantik?
- Sangat perlu!Sebab saya bukan hipokrit dan saya realistik..
Cantik itu perlu untuk saya..

Cuma tafsiran cantik tu ikut mata saya la..

18.Perempuan yang paling cantik bagi anda?
- Thalia...Jessica Alba..Maya Karin..Vanidah Imran..Chantal Baudaux..
Marshanda..Asmirandah...Pretty Zinta...Nawal Zougby

19.Perempuan dari negara mana yang anda fikir majoritinya cantik?
- Sepanyol..Mexico..Latin Amerika..Lubnan dan Bulgaria..

20.Perempuan yang penting dalam hidup anda?
- Mak saya..Asimah binti Rein...dan best friends saya yang perempuan...
dan mungkin
future girlfriend saya...

Wednesday, June 17, 2009

~kesah nakal zaman sekolah~

kata orang..saat yang paling gembira dalam hidup
adalah
masa zaman sekolah menengah..

dan aku mengakuinya..

zaman sekolah amat menggembirakan..

di sini ada beberapa perkara yang best dan sengal
masa zaman sekolah menengah aku dulu..



1995-form 1..SM Alam Megah Seksyen 27 Shah Alam..

1. First love even masa tu still tingkatan 1..
kecik-kecik
dah pandai bercinta...hahaha..
dan first love tu bertahan
11 tahun lamanya..pergh!!!

2. aku stay kat PJ tapi sekolah kat Shah alam..
so aku kene
bangun pagi seawal 5.30 pagi..
kene tunggu bas intrakota
trip pukul 6.10 pagi..
kalau terlepas konfem aku sampai

sekolah pukul 9 pagi..hahaha

3. aku satu-satunya student yang 'jahat' kat kelas aku
sebab
dalam kelas aku ramai dak cina dan india..
ada melayu pun
kaki buku..haha

4. time lawan bola antara kelas konfem kelas aku kalah..
siap kene
belasah teruk..
hahaha..semua kaki bangku..!!


5. dating kat KFC..hahaha

6. selalu kene rotan sebab nakal sangat..

7. seluar kene gunting ngan cikgu disiplin sebab
canggih sangat..hahaha


8. tempah seluar sampai ke klang..bapak jauh!!hahaha



1996-1997-form 2 dan form 3..SM Bandar Sunway PJ

1. ponteng kelas atau sekolah atau tuisyen kat Sunway Pyramid..hahaha

2. best student dalam Bahasa Melayu..antara yang terbaik
dikalangan student melayu
.

3. wakil tilawah dan syarahan agama tapi selalu kene kaunseling
sebab masalah disiplin..hahaha


4. aku baca doa masa perhimpunan tapi selalunya aku mesti
kene jemur kat
belakang student lain masa perhimpunan sebab
datang lambat...hahaha


5. kene rotan sebab tarik bra dak pompuan..best wooo!!!hahaha

6. hisap rokok kat tangga tepi kelas sambil skodeng dak pompuan
berlatih taekwando..hahaha


7. salah sorang best student melayu kat sekolah masa PMR padahal
nota tak pernah salin pun..
tau tido jek dalam kelas..hahaha..

8. nyorok dalam stor sekolah sambil layan lagu nirvana..hahaha..

9. baju ngan seluar sekolah nak tempah kat cantona 7 sg wang..
konon dah gempak gile la tuh!hahaha


10. anti pengawas!!!hahaha..

11. letak pasir dalam ekzoz motor cabuk cikgu disiplin..
padan muka dia!!!hahaha


12. cikgu panggil aku setan putih sebab aku jahat tapi bagus dalam study..
cikgu pun pening!!hahaha..ada ke setan kaler putih?hahaha



1998-1999-form 4 dan form 5..SM Teknik Kerian Bagan Serai Perak

1. Selalu kene belasah ngan dak senior masa form 4.
Sebab aku dak Selangor..bongoknya dak kampung!


2. imam dan tukang azan kat surau...hahaha

3. PRS..patutnya pembimbing rakan sebaya tapi aku
jadik perosak rakan sebaya..hahaha


4. kene tiup sampah yang terlekat kat rumput pukul 3 pagi sebab
buat bising kat asrama..babik betul!haha


5. kene kurung kat court tenis selama sehari tanpa makan dan
minum sebab ponteng kelas prep..hahaha


6. lompat pagar malam-malam carik rokok..
pegi 4 orang..masa balik ada 5 orang..hahaha..


7. tak penah basuh baju..selalu aku upah dak pompuan
atau junior suruh basuhkan..malas gile!!hahaha


8. selalu kene rotan..kene tampar..kene terajang..
sebab nakal nak mampos..hahaha


9. tulis surat kat awek guna English sebab takut kantoi warden baca..hahaha

10. setia kat awek even sorang kat perak sorang kat selangor..
siap lekat gambar awek kat loker..haha


11. nak guna public phone kene beratur..sebab ada satu jek phone kat
asrama laki..takleh nak gayut lama-lama..huhuhu


13. seludup rokok dalam tin biskut atau letak dalam bag dak pompuan..hahaha

14. wasuk wad sebab operation apendiks..satu sekolah wat solat hajat sebab aku
dah kritikal masa tu.terharu gile!!


15. nangis masa last day kat sekolah..sedih sangat!abis baju sekolah aku penuh
ngan conteng dan signature kawan-kawan dan cikgu..




kenangan masa sekolah menengah takkan dilupakan..
ia takkan datang kembali..

dan aku hanya senyum sambil tersengih teringat kesemua kisah diatas..

~mak suzie gerek seyh!!!~


Beberapa hari yang lepas..atau mungkin minggu lepas kot si menjeng aku suzie call..

dan sekali lagi buat aku ketawa terbahak-bahak..


aku:hai yang..

suzie:babe..lu tengah watpe?

aku:wa tengah baring-baring jek..nape?

suzie:lu tak reti-reti lagi?skang ni pukul berapa?
(time tu dalam pukul 7.38 malam)

aku:wa nak amik air semayang la ni..lu kecoh ah..hahaha

suzie:yelatuh..dan dan lu amik air semayang..hahaha

kitaorang ketawa sesama..suzie ketawa cam sial..hahaha


suzie:babe..haritu mak wa tengok tv..muzik-muzik..
pastu dia nmpak muka apekz
dalam tv tu..pastu mak wa ckp
'woit..camne dak lembik machap ni boleh
masuk tv?'

aku ketawa terbahak-bahak..siot jek mak si suzie nih!
terus aku teringat kenangan masa aku ngan apekz pegi beraya kat umah suzie masa raya aidilfitri yang lepas...
masa apekz kene bahan ngan mak suzie pasal machap..
lawak gile masa tuh!

aku:mak lu cakap camtu?

suzie:yela..mak wa semangat duk depan tv..pastu mak wa ckp'tu bukan gelang
sama
cam yang dia bagi kat ko ke zie?'


hahahahaha..bengong betul!!hahaha
sempat lagi mak si suzie tu perasan gelang reggae yang aku ngan apekz beli masa kat lala loco jb dulu..

kitaorang terus ketawa terbahak-bahak..


terlintas kat fikiran aku..sedikit kenangan antara aku..apekz..suzie dan lin
masa kat jb time raya dulu...

kepada mak suzie..makcik memang gerek!!!...tolong jotoskan kepala suzie ek!!!hahaha

kepada apekz..mak suzie pun minat kat lu beb!chare!!artis tuh!!haha

Thursday, June 4, 2009

~Puteri Adeena!!!~


Puteri Adeena..

Aku suka panggil dia Deena Deenot!hahaha..rase cam sesuai dan comel jek nickname tu!
Kitaorang just kenal baru-baru ni jek..Tu pun kat Myspace..ntah sapa yang add sapa then kitaorang secara tetiba jadik close..

Secara tak diduga Deena alami masalah personal yang agak kritikal baru-baru ni..Permasalahan cinta dan salah faham dalam famili buatkan Deena jadik stress dan sedih..

Dan aku sebagai salah seorang sahabat yang dia ada cuba lah nak kuatkan semula semangat dan keyakinan dia untuk terus survive dalam life ni..

Aku taklah perfect dan sehebat mana tapi bila aku dengar segala problems Deena dan ada plak
tangisan air mata aku memang takleh nak terima..

Hal cinta adalah hak individu dan terlalu personal..Dan hal famili adalah satu yang sangat sensitif nak diberitahu kat semua orang..

Tapi aku ngan Deena tetap cuba untuk bercerita..berbincang secara open dan pada masa yang sama kitaorang motivate diri masing-masing..

3 hari 3 malam aku gayut ngan Deena..Sesi terapi emosi yang agak panjang..discussion yang agak open..luahan perasaan..bengang..sedih..stress dan airmata...

Taklah aku sangka rupanya disebalik raut wajah Deena yang cantik ada secalit rasa sedih dan tekanan dari pihak sekeliling dia..dan secara kebetulan kisah hidup yang sedih ni sama dengan apa yang aku pernah lalui..

Jadi kitaorang terus share cerita dan pendapat..Deena dah mula kuat dan berhenti menangis.
Dah mampu untuk gelak..Aku happy dengar gelak tawa dia even agak pudar..

Then bila aku duk sorang-sorang aku just terfikir kenapa perempuan secantik Deena..sebaik Deena terpaksa lalui perjalanan life yang sedih dan memedihkan..

No answer!Kerna bagi aku kadangkala insan yang baik terpaksa tempuhi semua yang sedih hanya sebab yang dilakukan oleh orang lain yang busuk hati..

Aku senasib ngan Deena!Secara kebetulan..

dan nasib kitaorang buatkan kitaorang jadik close..dan become closer!!!

Cuma aku hanya berdoa agar Deena back to normal..Gembira..kerna aku tau even dia memberontak untuk melawan kisah sedih dalam hidup..Dia punyai kekuatan dan keyakinan yang jarang ada pada gadis seusia muda seperti dia..

Ya Allah..kasihanilah kami..ampunkan lah kami..peliharalah kami...kami sayang parent kami..
kami tamo jadik anak yang kurang ajar..dan berilah sedikit rasa gembira agar kami dapat rasa kenikmatan walaupun seketika..

i love Deena!

Be strong babe!
Jangan jadik tisu!

~tentang sahabat saya!!!~


Dalam hidup aku ini terdapat sebilangan insan yang amat aku sayang..Mereka ini adalah sahabat..teman rapat.. kawan karib malah ibarat saudara sendiri..Kami amat saling menyayangi dan faham tentang erti sebuah persahabatan.. Mereka inilah yang selalu bersama aku tak kira dalam keadaan gembira atau sedih..gelak dan tawa..kusut dan depress.. mereka adalah sahabat yang terbaik pernah aku ada...


~Mohd Rizal Effendy~Maxwell~Pen~

Aku kenal mamat ni since tingkatan 4 masa sekolah teknik lagi...dalam tahun 1998..sangat lama kami bersahabat
sehingga kami dah macam adik beradik..kami respect each other dan faham diri masing-masing.. Rizal tetap yang terbaik dalam senarai sahabat yang pernah aku kenal..Dia selalu ada dan menolong aku di saat aku susah..Dia tak pernah berkira malah amat berhati mulia.. Dan Rizal sudah pun dikurniakan isteri yang cantik dan anak yang sangat comel..Aku sebagai sahabat mendoakan yang terbaik untuk sahabat aku yang paling terbaik aku pernah kenal sejak bertahun-tahun lamanya.. cheers bro!

~Suziana~Suzie~


Diantara kawan perempuan yang paling aku sayang..Aku mengenali Suzie pada 25.08.2008.. Perkenalan di Myspace hanya kerna sehelai babytee Sharpshooter akhirnya membuatkan kami jadi sangat rapat dan serasi..Aku akui Suzie satu-satunya sahabat perempuan yang sama dengan diri aku dan karektor serta perangai Suzie adalah ciri-ciri perempuan yang aku cari.. Sikap gila..bengong..dan sengal dalam diri Suzie buat kami amatlah rapat.. Kami memang agak jauh dari segi jarak tapi kami dekat dari segi erti persahabatan.. Suzie selalu buat aku ketawa..dengan lawak bangang dia..dan kami tak pernah sekali pun serius since kami kenal.. paling lama 30 saat..hahaha..untuk Suzie..aku sayang kamu!!!jangan lupa dengan gobok..menjeng..dan cengkerik henpon ciptaan kita bersama..hahaha..love u menjeng sayang!!!

~Mohd Azizi~GG~


Budak kecik ni aku kenal dah lama..Since aku masih study kat kolej dan GG di sekolah menengah lagi.. Umur kami agak jauh tapi we understanding each other..Kami amat terbuka dalam apa hal sekali pon.. Dan aku sedikit pon tak pernah salah faham ngan GG sepanjang aku kenal dia..Kami dah tempoh macam-macam bersama.. Pergi gig naik bas ke JB..tengok bola sehingga ke Singapore..dan macam-macam aku lalui bersama GG. Aku senang dengan sikap GG even dia lagi muda dari aku..Dia adalah adik aku..dan aku tak kesah kalau dia tegur aku sekalipun kalau aku buat salah.. untuk GG..be a working class hero..jadik skinheads yang educated..!!!cheers bro!!you are da great one!!


~Fazleena~Angah~


Miss Fazleena adalah satu-satunya kakak yang terbaik dalam hidup aku..Secara jujur aku bangga punyai kakak seperti Angah. Perkenalan yang langsung tak berkualiti di gig membuatkan kami amat rapat dan saling memahami diri masing-masing.. Even masih terdapat perbezaan pendapat kadang kala..kami tetap terbuka untuk bincang bersama..Aku amat sayang pada Angah.. Dia adalah soulmate aku..kakak aku..kekasih aku..sahabat aku..malah aku amatlah mengagumi diri Angah dan cara Angah bekerja dan survive dalam hidup..Angah lah tempat aku mengadu di saat aku kusut dan sedih..Angah je yang sanggup dan selalu mendengar keluhan aku..dan kami selalu debate dan open discussion tentang hidup dan segalanya.. Kepada cik fazleena..saya sayang kamu darling..amat sayang..semoga kamu cepat dikurniakan jodoh dan ditemukan dengan seorang lelaki yang baik hati agar dia dapat menemani hidup kamu..Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kakak saya yang sentiasa jelita dan luhur hatinya...i love u darling!!!

~Raja Nur Aina~Ayna~


Kami hanya kenal melalui Myspace pada 16.11.2007.Dan sejak itu Ayna dah menjadi sebahagian daripada hidup aku.. Ayna adalah soulmate aku..darling aku..sahabat aku..kekasih aku..dan teman terapi emosi aku setiap kali kami ada problem.. Kami selalu bincang secara terbuka tentang masalah hidup kami dan itu membuatkan aku amat sayang pada Ayna.. Kami jarang sangat jumpa tapi kami memahami satu sama lain..Kami amat jarang berbual di telefon tapi kami amat menyayangi satu sama lain..Itu uniknya persahabatan aku dengan Ayna..Sejak aku kenal dia kami hanya 2 kali berjumpa tapi Ayna tetap salah seorang yang terbaik dalam hidup aku..Dan aku akui yang dia memang aku sayang sangat..I really love you darling.. Satu persahabatan yang jujur membuatkan kami terus begini..dan akan terus begini..Mencari sesuatu yang lebih baik dalam pencarian hidup..Untuk Ayna darling..thanks be a part of my life!Love you so much sayang!


~Puteri Erni Suraya~Yaya~


Aku kenal Yaya melalui Apekz dan kemudian berjumpa kat MCPA masa Yaya perform ngan Bottlecap sekitar April 2008.Sejak tu kami amat rapat sehingga dah ibarat saudara sendiri.Dengan perwatakan yang slamber dan bengong membuatkan Yaya menjadi salah seorang sahabat terbaik yang pernah aku kenal.Yaya selalu ada dalam hidup aku..Tak kira masa aku suka mahupun masa aku sedih..Dan aku amat senang dengan Yaya..Seorang yang amat berbakat dalam muzik dengan bandnya..Aku sebagai sahabat mendoakan yang terbaik untuk Yaya yang amat aku sayang..Dengan apa yang kau lalui sebelum ini aku harap kau akan dapat sesuatu yang lebih baik dalam hidup..All the best sayang dalam study..muzik dan relationship.. I always love u Yaya!!!


~Fazli~Apekz~


Antara bandmate Sharpshooter yang mula-mula aku kenal..Seingat aku kami berjumpa di gig kat Crizz Club dan kemudian di
KL Jam Asia Hartamas..Lepas tu melarat-larat ke gig yang seterusnya zaman Little Havana..Sejak tu kami rapat dengan aku hadir untuk support Sharpshooter sehingga la sekarang..Terlalu banyak kenangan aku bersama Apekz..dan aku amat senang dan sayang pada Apekz..Kami dah ibarat saudara sendiri...Masalah susah dan senang aku kongsi dengan Apekz..Seorang yang agak lurus tapi masih perfikiran terbuka..Amat manja tapi masih ada keyakinan diri..Itu yang membuatkan Apekz tersenarai menjadi sebahagian insan yang aku sayang dalam hidup aku..Aku just berdoa agar sahabatku yang seorang ni akan lebih sukses dalam kerjaya dan muzik juga dalam pencarian sorang perempuan dalam hidup dia.. Thanks bro for the friendship.LoVE u bro!!!


~Fariz~Alis~

Pada mulanya aku ingat Alis seorang yang pendiam dan agak sombong..Itulah luaran Alis kalau tak kenal dia.. Hakikatnya Alis seorang yang amat ceria..sengal dengan lawak-lawak bangangnya dan adakala komited dengan perjuangan muzik dia.. Satu benda yang aku amat kagum kat Alis adalah semangat dan minatnya terhadap muzik dan gitar memang tak boleh dinafikan.. Sanggup mendambakan hidup demi muzik amat membuatkan aku hormat kepada sahabat aku yang seorang ni..Aku banyak waktu bersama-sama Alis.. Lepak sehingga lewat pagi..Chill out sana sini..Dan Alis tak pernah buat aku sakit hati.. Dengan karektor yang bersahaja Alis memang salah seorang sahabat yang terbaik..Good luck bro untuk perjuangan muzik kau.. dan aku sangat-sangat berharap kau akan temui seorang gadis yang hot..cantik dan mantap tapi berhati mulia untuk jadi teman hidup kau..!!! Berusaha untuk majukan diri sendiri..Love u bro!!Cheers!!!


~Fariza~Ajun~

Ibarat adik sendiri Ajun adalah yang paling senang aku dekati..Sikap yang sangat terbuka dalam apa keadaan sekali pun membuatkan aku rasa senang untuk mengadu atau berkongsi cerita dengan Ajun..Mahupun Ajun lebih muda dari aku tapi bagi aku dia layak untuk menegur salah silap aku kalau lah aku ada buat salah..Dan kami selalu juga berbincang tentang hidup..kadang kala hal-hal cinta.. Ajun amat menyenangkan..Mempunyai perwatakan yang tersendiri..bakat dalam seni..keterbukaan fikiran dan senang untuk bergaul dan berkawan membuatkan Ajun amatlah disenangi semua..Dan bukan aku saja malah aku rasa semua bersetuju kalau aku kata yang Ajun amat friendly dengan semua orang..untuk Ajun..i love u sis!!!Kamu cantik..comel..dan moga Tuhan kurniakan insan sebaik kamu untuk menjadi peneman hidup..Dan juga selamat maju jaya dalam study Ajun..teruskan lakukan something untuk seni.. Dan Ajun adalah antara insan yang aku kagum dan sayang!!!LOVE U DARLING!!!


~Wan Nazirah~Wan~

Aku kenal Wan melalui Myspace sekitar awal Ogos 2008..Kemudian melarat-melarat ke YM..Even hanya kenal melalui internet dia perlahan-lahan telah menjadi seorang yang terbaik pernah aku kenal..Kami pernah lepak KFC sampai pukul 5 pagi..makan tom yam tengah-tengah malam..antara kenangan yang indah antara aku ngan Wan..Adakalanya kami berkongsi cerita dan masalah..Terapi emosi.. Dan Wan amat memahami..Seorang yang rajin dalam kerja..punyai keazaman yang tinggi untuk berjaya..dan aku kagum dengan sikap yang sebegitu.. Ada masanya kalau aku perlukan teman Wan boleh menjadi yang terbagus..Persamaan minat dan pemikiran kami yang agak sinonim membuatkan aku sayang pada dia..Aku senang dan sayang akan Wan Nazirah!!!I love u babe!!!So much!!


~Azlin~Lin~


Entah macam mana aku tetiba boleh rapat ngan Lin..Asalnya aku kenal Suzie dan kebetulan pulak Lin ni bestfriend Suzie dan rapat pulak ngan Apekz..So secara tak sengaja kami jadi bestfriend jugak..hehehe..Awalnya aku agak tak berapa rapat sangat ngan Lin.. Nak kata luangkan masa memamg jarang sangat sebab Lin kat JB dan aku plak kat PJ..adapun sekali jumpa masa raya 2008 masa aku ngan Apekz ke JB..sejak tulah kitaorang mula rapat dan kenal..Memahami persahabatan..Bagi aku Lin taklah sesengal mana cuma dia mesra keadaan.. dan mudah berkawan dengan sesapa jer..Aku senang dengan Lin dan bagi aku dia mampu untuk menjadi sebahagian insan yang terbaik pernah aku kenal..Sekarang sejak Lin dah berpindah ke KL atas tuntutan kerjaya dan kebetulan rumah kami agak dekat..so banyak lah masa untuk aku luangkan bersama Lin..dan kami makin serasi dan sengal..dah mula untuk faham erti persahabatan.. Ada masanya kami berbincang tentang masalah dan juga hidup..Ada masanya kami gelak sesama..sengal sesama.. Dan Lin makin penting dalam hidup aku sebagai seorang sahabat yang baik.. Thanks babe for being my bestest friend!Lu memang baik dan cantik!!Wa sayang lu babe!!love u menjeng!!


~Nurul Hafiana~Fiffy~


Kami baru jek beberapa bulan kenal.Mula kenal di Myspace pastu YM..Then semakin rapat sehingga Fiffy aku dah anggap macam adik aku sendiri. Fiffy sangat sengal..biol dan gila..Aku tak boleh nak menafikan yang kami berdua punyai perangai yang hampir sama..Sengal sentiasa.. Fiffy selalu buat aku ketawa..Kami selalu gelak sakan sesama..Sikap gila-gila yang ada pada Fiffy membuatkan dia terus penting dalam hidup aku. Kami lalui hari demi hari bersama dan aku begitu gembira setiap kali Fiffy ada dengan aku..Segala percakapan dan perilaku dia buatkan aku selalu gelak dan senyum..Fiffy adalah adik aku yang tebaik dan juga bengong..hahaha..untuk Fiffy secara jujur aku sangat gembira dapat kenal ko dik!!aku amat bersyukur dikurniakan dengan seorang adik yang baik dan faham diri aku.. Aku sayang kau dik!tak kira kau sengal..biol atau gila aku akan tetap sayang kau!! I love u sis!!Study rajin-rajin dan aku nak adik aku sukses satu hari nanti. Ko adik aku yang terbaik!!Muaaahh!!


~Adaviah~Vee~

Sorang lagi sahabat perempuan aku yang bengong.Secara kebetulan aku kenal Vee kat Myspace dan Vee pulak schoolmate Suzie masa zaman sekolah dulu. Dunia ni amat kecil.Awalnya kami memang selalu borak mengarut-ngarut kat YM dan Vee pun jenis melayan karenah aku.Aku tak sangka plak yang Vee pun bengong dan sengal gak kalau nak compare dengan penampilan luaran dia.Semakin hari kami makin close dan aku dah pun anggap Vee salah sorang sahabat aku yang baik dan sporting pernah aku kenal.Ada gak sesekali kami borak dan discuss problem dan perjalanan hidup masing-masing. Kesengalan kami berdua membuatkan kami menjadi sahabat yang rapatdan paham kehendak diri masing-masing. Aku sayang kau Vee!!!si senteng menjeng!hahaha


~Nurul Niza~Kuku~

Aku kenal Niza secara serentak dengan aku kenal Yaya sekitar April 2008.Dan sejak tu kami agak rapat dan selalu gak luangkan masa sesama.
Lepak mamak..karaoke..bowling malah layan gig sesama.Bagi aku Niza sorang gadis yang biasa-biasa tapi friendship kami agak kuat gak. Dan aku senang dengan itu.Adakalanya wujud perbezaan pendapat dan salah faham tapi kami tetap terus bersahabat.Ada masa kami sengal dan gile sesama.. Aku senang dengan Niza dan dia adalah salah sorang sahabat yang baik sebenarnya cuma kekadang dia terlalu sentap dalam kisah cinta dia. Tu bukan hak aku cuma aku just berpesan dan berharap agar Niza tak tewas dalam episod cinta yang dicipta sendiri. Jangan terlalu leleh dan emosi.Kau sahabat terbaik dalam life aku wei!!!


~Edriaty~Edy~

Perkenalan di gig kat JB sekitar Jun 2007 akhirnya buat kami agak close sebagai bestfriend.Dan aku akui yang Edy memang salah sorang sahabat yang baik pernah hadir dalam life aku.Perwatakan yang amat sukar dijangka dan kekadang sikap emosi tak menentu ada dalam diri Edy.. Tapi aku tetap sayang dengan Edy kerna masih ada persamaan antara kami berdua.Minat terhadap bolasepak..muzik..dan bahasa sebahagian yang sinonim antara aku ngan Edy.Secara jujur aku memang pernah suka dan minat kat Edy tapi kami lebih senang untuk rapat sebagai bestfriend dan aku terima akan itu.Satu yang baik pada Edy yang aku suka adalah penampilan yang simple dan bersahaja jek. Membuatkan aku sayang akan Edy..akan sayang dan tetap sayang..i love u babe!


~Siti Elminadia~Nadya~

Kami pernah couple even sekejap!haha..Perkenalan sekitar September 2008 membuatkan kami jadik rapat dan aku senang dengan Nadya.. Kami pernah declare couple pada 07 Oktober 2008 tapi hanya mampu kekal dalam sebulan jek.hahaha..bukan tak sependapat cuma ada faktor personal lain yang tak boleh dielakkan.Dan perpisahan secara baik adalah cara yang terbaik kami ada.Tapi kami tetap bersahabat sehingga sekarang.Aku senang dengan friendship ni.Tak pernah sekali rasa terganggu.Aku tak pernah berdendam mahupun nak beza-bezakan antara Nadya dengan sahabat yang lainnya.Nadya pernah gembirakan aku..buat aku rasa bahagia dan dihargai. Dan aku amat menghargai apa yang dah dilakukan..Bagi aku Nadya sorang gadis yang amat lembut dari segi emosi tapi masih mampu untuk berdikari.Kuat dalam cubaan hidup.Aku tetap kagum dengan cara Nadya survive untuk terus hidup bahagia.Kini aku masih still contact ngan Nadya dan kami tetap bersahabat.Tak pernah terfikir untuk bermasam muka mahupun berdendam. Masing-masing ada perjalanan hidup sendiri dan rasa respect itu penting dan buat friendship lebih bermakna. i love sayang!!so much!!!!mucho and mucho!!!


~Siti Yuslina~Yus~

Terlalu lama aku kenal minah ni.Kami bersahabat sejak tahun 2001 kalau tak salah aku.8 tahun berlalu tapi kami tetap menjadi sahabat
yang baik.Aku amat sayang pada Yuslina sampai bila-bila.Dialah sahabat mahupun kekasih aku masa senang dan susah..suka dan duka.. tawa dan air mata..Terlalu banyak kenangan antara kami dan aku amat gembira dapat kenal sorang sahabat berhati mulia macam Yus. Aku amat rindukan dia sebab agak lama kami tak jumpa.Dan dengan menempuh segala susah payah akhirnya Yus bergelar isteri jugak. Aku hepi untuk ko babe!!!Sangat hepi!!Ko sangat tabah dan kuat!Aku amat kagum dengan ko babe!!Semoga terus bahagia dan gembira dengan perjalanan hidup yang serba baru..Jadik isteri yang baik dan ko tetap sahabat aku sampai akhirnya!!i always love u babe!!


~Suhaida~Sue~

Kalau nak ditulis kisah aku ngan Suhaida terlalu banyak beb!!haha..Sue satu-satunya perempuan yang amat faham aku sebab kami pernah couple sejak dari zaman sekolah menengah lagi.Amat lama sejak 13 Disember 1994 dan kami couple bertahun-tahun lamanya. Sehingga masing-masing study di kolej dan universiti malah sampai awal zaman pekerjaan..Terlalu lama beb!!Macam-macam yang aku lalui sesama Sue..Rasa bahagia..suka..duka..gelak..sedih..menangis..sedih..jeles..gaduh..semuanya dah kami lalui bersama sepanjang tempoh relationship yang kami bina bertahun-tahun.Secara jujur bagi aku Sue perempuan yang amat paham tentang diri aku. Aku selalu terkenang kenangan antara kami berdua.Cinta zaman sekolah..hahaha..zaman kolej..wah!!!lama gile dowh!!Sejarah dalam hidup aku couple dengan sorang perempuan selama 11 tahun lamanya..Putus couple balik..putus then couple...3 kali kesemuanya..dalam tempoh 11 tahun!!! Dan kini Sue dah pun berkeluarga dan dah pun punyai baby girl yang sangat comel!!!Aku secara jujur senang dengan pilihan yang yang Sue buat even dulu aku kecewa dan sedih..Tapi ternyata kami takde jodoh dan hidup harus diteruskan..Aku gembira dengan apa yang kami pilih.. pilihan hidup masing-masing!Tapi secara personal bagi aku tempoh 11 tahun couple ngan Sue antara detik yang terbaik pernah hadir dalam hidup aku!!! I always love u babe!!Be a good wife and mom!!!


~Izwan Shah~Iwan~

Salah sorang sahabat yang paling lama aku kenal.Sejak form 1 kat Sekolah Menengah Alam Megah Shah Alam dulu.Terlalu banyak kenangan bersama antara kami berdua.SOrang sahabat yang berhati mulia..tak pernah sesekali berkira dalam friendship.Itulah Izwan Shah.. dan kini aku bangga dengan pencapaian kerjaya dan life dia kalau nak dibandingkan dengan life 15 tahun lalu memang amat susah dan payah.. Tapi kerna hati yang luhur dan ikhlas rezeki dia melimpah ruah..Bagi aku dunia akhirat Izwan adalah sahabat dan saudara aku.. Jasa dan budi terhadap aku terlalu banyak..Kenangan zaman sekolah menengah..perangai gila dan bangang tetap aku ingat sampai bila-bila..kau tetap sahabat aku bro!!Aku sayang ko beb!!dengan hadirnya isteri dalam hidup teruskan perjalanan hidup kau dengan jayanya!! cheers bro!!love u!


~Syed Mohd Izmir~Pak Tam~

Salah sorang sahabat baik aku yang sangat berhali mulia.Aku rapat ngan Pak Tam masa aku study kat GMI dulu.Kitaorang satu kelas dan amat close.
Aku sangat kagum dan respect kat sahabat aku yang sorang ni.Dulu zaman study waktu susah takde duit Pak Tam yang banyak tolong aku. Kami dah ibarat saudara dah.Susah senang sesama.Study sesama..Even dua-dua malas dan selalu serong kelas tapi kami tetap antara student yang terbaik dalam kelas.Pak Tam memang tak pernah nak berkira soal duit atau apa pun even bapak dia kaya dan banyak duit tapi dia simple jek. Amat sederhana dan kerna itu dia menjadi salah seorang yang terbaik yang pernah aku kenal dalam hidup.Kini masing-masing dah kerja dan aku proud ngan pencapaian sahabat aku yang sorang ni even aku sebenarnya tak setanding ngan dia kalau nak dibuat perbandingan. Thanks bro atas segala pertolongan dan jasa ko selama ni.Cariklah sorang gadis untuk temankan hidup kau beb!!Aku berdoa dan amat yakin kau akan jumpa yang baik.Love u bro!Cheers!


~Fairul Azli~Along~

Aku berkawan ngan Along sejak dari kecik.Zaman sekolah rendah lagi.Kebetulan kami duduk dalam satu taman so memang agak close lah. Macam-macam aku lalui bersama Along..Perangai sengal..layan bola sampai ke Singapore..semuanya dah dirasai bersama.Seorang yang sederhana.. tak berkira apa jua dan aku dah pernah kerja sesama ngan Along..chill out sesama..Kalau ada problem kami discuss sesama.. Itulah friendship yang terbentuk sekian lamanya..Dan aku amat gembira bila baru-baru ni Along dah pun berkahwin dan punyai isteri yang baik dan cantik.. May God bless u bro!Ko tetap terbaik bagi aku Along!Jaga Wani baik-baik dowh!!


~Noorafiza~La~

Antara sahabat perempuan yang paling lama aku kenal.Sejak dari form 4 masa sekolah teknik lagi.Aku memang close ngan La.Dulu adakalanya dia lah tempat aku mengadu domba dan segala masalah yang ada.Frienship kami amat kuat sejak dari zaman sekolah menengah ke zaman study di kolej dan sampai lah ke hari ini.Tak ada beza sedikit pun.Aku amat senang dengan hadirnya La dalam life aku.Dia adalah antara sahabat perempuan yang faham diri aku dan selalu nasihatkan aku.Even ada sedikit dalam diri La nampak macam kampung tapi bagi aku dia tetap terbaik yang pernah aku jumpa.Dan jodoh dia dah pun sampai.Punyai suami yang dia sayang.Aku gembira dan bersyukur untuk kebahagiaan sahabat aku yang sorang ni.. sayang ko La!be a gud wife!!


~Puteri Adeena~Deena~

Kalau nak diikutkan kami baru je kenal.Tu pun melalui Myspace dan YM la..hehehe..tapi hari demi hari kami kenal diri masing-masing dan kini Deena aku anggap salah seorang sahabat aku yang baik.Kami mula close dan bercerita tentang perihal hidup masing-masing.Mula untuk kenal dan faham diri masing-masing.Dengan tempoh waktu yang singkat we become a close and good friend.Dan dengan segala masalah dan kejadian personal yang menimpa Deena baru-baru ni dan secara kebetulan dia lalui kisah hidup yang hampir sama dengan aku membuatkan kami jadi makin rapat dan memahami.Bagi aku Deena seorang yang ceria dan sengal dari segi luaran tapi dalamannya dia sunyi dan perlukan seseorang yang mampu buatkan dia kuat dan bersemangat..Deena amat cantik..muda dan aku tak sesekali segan mahupun berkira untuk kongsi segala masalah dan kisah hidup dengan Deena.. Cuma apa yang aku harapkan Deena kuat untuk lalui perjalanan hidup ni dan menjadi seorang yang makin matang dan kenal erti hidup.. Jangan mudah give up untuk terus survive dalam hidup dan jangan sesekali menangis hanya kerna orang atau perkara yang kita tau itu bukan yang baik untuk diri kita.Aku berharap akan dapat jumpa Deena satu hari nanti dan tak sabar untuk lihat dia senyum gembira.. Satu senyuman yang manis disebalik raut wajah yang cantik..Be strong babe!Love u so much!!muaahh!!!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com