Monday, February 16, 2009

ktm komuter..panji reggae dan revolusi bunkface!!!


ktm komuter..panji reggae dan revolusi bunkface!!!


aku mahu bercerita tentang apa yang berlaku semalam..(15hb februari 2009,ahad)



2.00 petang...

paginya aku ada text apekz untuk ikut ke gig di seremban..dan kira-kira pukul 2 petang apekz bagi comformation yang ada tag free lebih untuk band crew. pada mulanya aku macam malas nak pegi memandangkan aku takde transport sebab kereta aku kawan aku pinjam..tapi terasa bosan duduk kat rumah aku nekad naik motor pegi ke stesen komuter serdang menuju ke seremban...

aku dah bertahun tak naik ktm komuter..agak lama.seingat aku last aku naik komuter masa zaman aku sekolah menengah..kira-kira 12 tahun lepas..hahaha..

so lepas je aku parking motor kat stesen komuter serdang,aku dengan tergesa-gesa nak beli tiket tren kat mesin tiket tapi malangnya... ada 3 mesin tiket kat situ..tapi hanya satu je yang boleh guna..2 mesin lagi dah rosak..yang satu tu pun tak boleh nak guna duit kertas..fuck off betul!!

bukan niat nak memperlekehkan sistem pengangkutan di malaysia ni tapi itulah kenyataan..teruk dan tak efisyen langsung..
jadi aku terpaksa beratur panjang(tersangat lah panjang!!!)..untuk beli sekeping tiket tren yang sepatutnya aku boleh dapatkan kat mesin tadi..sial! dahtu kaunter tiket ada dua..tapi yang buka cuma satu..jadi bayangkanlah betapa panjangnya barisan untuk beli tiket tren tu..ktm memang cam babi!! tak perihatin langsung pada kehendak konsumer..bangang!!! akhirnya selepas aku bersabar beratur dapat gak aku beli tiket tren(tu pun aku potong barisan!hahahhahaha)..then kene tunggu plak tren untuk 30 minit.. memang hati aku dah mendidih masa tu..kenapa lah sistem pengangkutan awam kat malaysia ni macam sial???


5.00 petang
...

selepas penat berdiri dalam tren..sambil puas menghidu pelbagai bau badan dan peluh(ada bau belacan..rendang daging..gulai tempoyak..bau keling.. bau bacin..macam-macam la..)aku sampai gak kat stesen seremban..bersyukur aku sesangat..

aroul(manager sharpshooter) pickup aku kat situ dan terus menuju ke tempat berlangsungnya gig.. aku sampai ngam-ngam masa sharpshooter nak perform..so terus aku tolong dorang mana yang patut.keadaan dalam pub tu sangat la panas..mungkin dipenuhi ratusan atau mungkin ribuan jenis manusia..tapi kerna aku dah datang jauh-jauh aku tekadkanlah hati.. ada dua perasan yang tercetus dalam diri aku masa sharpshooter perform..

1.aku agak teruja bila kebanyakan crowds masa tu dah boleh sing along lagu panji reggae..aku sangat impress!mungkin kesan dari myspace atau lagu
panji reggae dah kerap kali on air kat radio x-fresh..dan aku hanya senyum sambil berfikir yang reggae dah mula diterima umum..vibe gig masa tu agak baik.. dan crowds yang layan memang supportive sesangat..

2.aku tension bila bass drum idham(drummer sharpshooter) asyik bergerak ke depan..hahaha..kelakar bila tengok muka idham agak cuak dan jeling-jeling kat aku.. jadi aku pun sedaya upaya tahan bass drum tu dari bergerak..sampaikan microfon jatuh atas kepala aku..hahaha..gampang betul!

sesi seterusnya hanya dipenuhi dengan melayan beberapa band lain yang turut perform..biasalah..band favourite aku couple..dan juga joanna&co..terus terang
aku memang nak sangat tengok joanna&co perform live..dan bagi aku boleh tahan la performance dorang..cuma aku macam tak percaya bila tengok si joanna tu kurus mengalahkan tiang lampu!!!hahahha..sori babe!


10.30 malam
...

aku..apekz..aroul dan abun terus ke ukm bangi pulak sebab ada battle of the band kat sana.tu pun pegi atas nak support alis yang turut bertanding..

cuma aku nak cerita pasal guest band malam tu..mereka adalah...BUNKFACE!!!!


awalnya bila aku sampai je kat ukm aku tengok ramai gila gadis-gadis student yang majoritinya bertudung duduk memenuhi segenap ruang event tu..so dalam hati aku berkata..'ni semua sangap nak tengok bunkface la ni!!!'hahahaha..

ramalan aku benar belaka..bila sesi bunkface perform je..semua gadis-gadis tadi jadi tak keruan..hyper..seronok..so aku tertanya-tanya semua gadis-gadis ni mungkin tak pernah pergi gig dan layan bunkface..dorang hanya tau pasal lagu bunkface dah kerap on air kat radio..just maybe!! yang peliknya dorang tau satu lagu jek iaitu situasi..so makin tepatlah teori aku tadik!!! sengih-sengih muka dorang tengok budak-budak bunkface tu perform..jambu kot!!hahahaha...

jadi bila je habis bunkface perform semua gadis-gadis tadi dah ready nak serbu budak-budak bunkface ni..dah ready ngan kamera masing-masing..adoi! tapi budak-budak bunkface ni ambil langkah playsafe terus blah sambil dikawal ketat bodyguard(kononnya la!!mungkin event crew kot!).. kecewa lah gadis-gadis bertudung tadi..kesian dorang!!!hahahaha..


situasi yang aku tengok tu buat aku terfikir wajarkah budak-budak bunkface tu buat macam tu?..so aku just cuba positive..kalau dorang tunggu memang bernanah
la jubo sekor-sekor nak melayan beribu pompuan kat situ..hahahaha..dahtu masa dah pukul 12 tengah malam masa tu..lebam beb kalau nak melayan semua...

ada gak terdengar kata-kata kecewa dan bengang daripada para gadisan tadik...frust kot tak dapat bergambar ngan budak-budak comel dan jambu!!hahahaha..

akhirnya..budak-budak sharpshooter pulak yang jadi perhatian segelintir gadisan di situ..(ada gak yang perasan!!!)..sempatlah bergambar budak-budak ni ngan gadis-gadis ukm..
hahahhaa..peminat beb kene la layan!hahahaha..si peo sempat nak mengayat sorang awek manis bertudung berbaju belang tapi gagal!!hahahhahaa..padan muka lu!! hahahhaa..

aku sangat penat dan lepas melepak kat kedai minum..makan kejap..dan terus balik..


4.00 pagi...

aku sampai di desa view tower melawati..dan berasa sangat penat!macam-macam yang berlaku dalam masa seharian nih!buat aku berfikir dan senyum!..



ktm komuter yang bangang..penangan panji reggae..dan revolusi cetusan bunkface!!!3 subjek yang berbeza berlaku dalam waktu sehari...satu lagi.. perangai gadis-gadis bertudung yang fanatik dan gedik terhadap lelaki jambu!!!hahahaha..

last words..all the best kepada sharpshooter dan juga bunkface!!semoga kalian terus berjuang dalam local music scene nih!! cheers!

Saturday, February 14, 2009

~valentine dan cinta sejati~

Valentine dan cinta sejati...


Saban tahun setiap orang pasti akan meraikan 14 Februari..Kerna apa?
Bagi mereka hari itu adalah keramat..
Valentine Day kata mereka..seluruh dunia dihiasi bunga-bunga yang indah..lilin-lilin yang bercahaya..
Simbolik pada cinta kononnya..
Mereka gembira..senyum riang dengan rasa cinta mereka..

Aku tak pernah meraikan 14 Februari..
Kerna aku ada prinsip aku sendiri..cinta dan kasih sayang bukan hanya untuk sehari..
Bukan hanya untuk 14 Februari..
ia perlu ada dalam hati setiap hari..setiap masa dan ketika..

Dan aku merasakan ia tidak rasional untuk meraikan cinta dan kasih sayang hanya untuk sehari..
Aku bukan ahli sejarah yang mengkaji sejarah Valentine..dan aku juga bukan ahli agama yang
menentukan hukum meraikan Valentine Day..cuma bagi aku secara personal cinta bukan untuk sehari..
Tapi untuk selamanya..

Dan tanpa meraikan Valentine Day aku masih punyai cinta dan kasih sayang..
Ia datang daripada keluarga tercinta dan sahabat-sahabat terbaik dalam hidup aku..

Aku tak perlukan bunga ros warna merah untuk buktikan cinta..
Aku hanya perlu pegang pada prinsip dan terus menyanyangi mereka-mereka ini..
Dan aku rasa amat bersyukur dan gembira..

Aku perlukan seseorang untuk menemani hidup aku..
Aku mungkin pelik..degil..keras kepala..
Tapi aku juga normal seperti yang lainnya..
Perlukan perempuan yang ambil tahu dan ada disamping aku..

Adakah aku jiwang?
Terlalu romantis?
Hati karat?

Tak perlu jadik hipokrit dalam cinta..
Sekeras mana hati kita..
Sedegil mana jiwa kita..
Harus ada sedikit rasa cinta..

Cinta pada Tuhan..
Cinta pada agama..
Cinta pada ibu bapa..
Cinta pada sahabat karib..
Segalanya..perlu disematkan dengan rasa cinta dan kasih sayang..

Bukan hanya kepada Valentine Day dan bunga..

Tapi pada semua..segalanya..

Aku tetap menanti suatu hari..aku akan berjumpa dengan seseorang..
Dan waktu itu aku akan kata..'i love you!!!'
Sambil memeluk dia dengan erat..
Dan satu ciuman tanda sayang..
Hanya diselangi muzik yang damai..

Dan dia hanya pejam mata..
Sambil menjawab dalam hati..
'i love you too!!!'

Thursday, February 12, 2009

stress!!!

Aku mengalami satu tempoh yang agak tragis sekarang..Hampir 2 bulan tanpa kerja..Betul-betul buat aku tertekan dan stress..Aku telah cuba untuk cari kerja baru..Tapi dengan keadaan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ni,peluang memang agak sukar..

Famili sendiri sudah mula meragui..Dan aku terfikir betapa payahnya hidup tanpa kerja..amat susah..terpaksa meminjam duit untuk terus survive dalam hidup..Mujurlah masih ada sahabat yang sudi membantu..Syukur alhamdulillah..

Hari demi hari aku kian stress..Walaupun aku masih mampu untuk tersenyum tapi dalamannya aku koyak sikit demi sikit..Tanpa sedar aku dah mula jadi pendiam..memberontak..mungkin ini kesannya hidup dalam tekanan..

Aku tetap positif dalam hidup..Mahu terus improve dan improve..aku tetap berusaha untuk cari kerja baru..tetap berdoa dan berharap agar aku juga boleh jadi seperti rakan-rakan sebaya aku yang majoritinya dah berjaya dalam hidup mereka..

Kesemua mereka berkejar-kejar untuk berkahwin..ada yang dah ada anak..bagi aku itu bagus..takdir hidup mereka..

Takdir aku mungkin berbeza..

Mungkin bermula dengan kisah sedih macam sekarang(sebenarnya dah berbelas tahun aku sedih..cuma aku simpan!!)...dan akan hadirnya rasa gembira dan sukses dalam hidup..

Untuk itu aku akan terus berdoa pada Allah..kerna Dia saja yang mampu tolong aku..

Aku mungkin akan stress dua-tiga menjak ni..bagi aku itu normal bagi seorang insan yang hidup..kan??

Entahlah..aku cuma ingin sedikit rasa gembira..

Monday, February 2, 2009

~kami semua makhluk perosak bahasa!~

Neh adelah kamus terbaru ciptaan aku dan kawan2 aku. kami makhluk perosak?!

YEN
Cubbling = Clubbing (Terikut kepekakan si Mancak~)
Saplek = Sapedek
Pussy = Puisi
Gadisku Dalam Kome = Gadisku Dalam Koma
Healer = Hailer
MISA = MCPA
Deotoren = Deodorant
Terang Menerang = Terang Benderang
Clutch = Clash
Wayet = Wallet
Benteng = Banting

BANTING
Pusak = Pulak
Rumput = Daun

FALIQ
Loletos = Total Lost
Test = Taste
Tesisik = Tersisih
Selasan = Selatan
Bantang Berjuntai = Batang Berjuntai
Karam Singh Waliyam = Karam Singh Walia
Thriller = Trailer
Sepaluh = Separuh

ADEEP
Bayam = Sayang (adeke patot die pgil aku bayam?????)

IJOY
Divider = Skirting
Kangan = Tangan
Shecondlink = Secondlink
Mecej = Message
MACP = MCPA
Apaca = Apasal
Sazzy Palak = Sazzy Falak
Lera = Rela

SHAZ
Trofi = Traffic Light
Cikdu = Cikgu
Bulu Dad = Bulu Dada

KIMI
Anak die ade pompan x? = Die ade anak pompan x?
Kekep = Cap
Mariah Kelly = Mariah Carey

IJAN
Orang = Lagu
Menjayuh = Menjauh
Litar Kinjang = Lata Kinjang

PETER
Foldover = Fly Over
Signbird = Signboard

MANCAK
Tengkat = Tingkat
Etek = Itik
Yee Mee Dri = Yee Mee Dry
Palestin = Plastersin
Peteng = Potong
Runtuh = Tenggelam
Penting = Pening

YAYA
Shortshare = Shortsem
Lahabu = Lahabau
Politakmara = Poly Tech Mara
Perat = Perut
Kilet = Kilat
Bas = Kedai
Ingot = Ingat
Baham = Bahan
Gelak = Gerak

ALLAY
Ijul = Ijoy

UNA
Thaipusyam = Thaipusam
Ijajah = Ijazah

IZZAT UNIKL
Scratch = Sketch

FARIZ AWANBAND
Aku tekan pakai bunyi = Aku tekan ade bunyi (Dengkil~)

ALI
Pat = Featuring
Skangkang = Skanking

SHIRA
Surut = Straight + Lurus

BRADER ROCK
Static Emilty, Static Emali = Static Emily
Awan The Band = Awanband

MESIN KARAOKE AMPANG PARK
Pelangi Peyang = Pelangi Petang
Sile = Sila

MENU STEVEN'S CORNER
Ikan Bulus = Ikan Bilis (Bulus saja dinding ituuu!!)

*Akan diupdate setiap ari sbb kompem ari2 slh ckp.hahahah! yg phm n rase nk gelak, gelak jek. kalo xphm, xya sebok2 nk komen. Janji.. ia menceriakan kite!! SUMPAH! sume neh sgt2 wat aku heppy~

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com