Monday, January 12, 2009

~sekadar survey yang tulus dan mulus!!~

aku sekadar nak menjawab soalan-soalan dibawah..as a survey!!!jawapan yang tulus dan ikhlas..hahaha..klu korang nak buat camni..just copy and paste jek..pastu jawab la seikhlas hati korang...peace!


1) Single, Taken, Naked, or Flirty?
~i would say single..

2) Are you happy with that?
~yeah sometime..but kinda fuck up gak kekadang tuh!!hahahaha

3) Would you kiss your ex?
~depend pada situasi..probably not!!

4) Have you ever had your heart broken?
~yeah..few times

5) Do you believe that there are certain circumstances where cheating is oK?
~yeah..depend on situation..sume orang penah menipu..so kecik2 hal tu tutup mata jela..

7) Have you ever talked about marriage with another person?
~i am not thinking bout that..not yet!!

8) Do you want children?
~yeah sure!!

9) How Many?
~2 cukop!!!

10.) Would you consider adoption?
~yeah..sekiranya keadaan memerlukan..

11) If someone liked you right now, would you want them to tell you?
~erm..terpulang la..ckp jela..i'll try to consider it..

12) Do you want someone you can’t have?
~erm..mebi yeah!!


13) Have you fallen in love?
~yeah..!!

14) Do you believe in celebrating anniversaries?
~sudah tentu..!!!aku masih ingat tarikh anniversary first love aku..14 tahun sudey!!!hehehe..


15) Do you believe that you can change for someone?
~in positive way...yes i do!




16.) Is it a good day?
~today?yeah!!fuckin awesome!!

17) Have you ever broken a heart before?
~no..eh penah kot sekali aku reject awek masa stadi kat penang dulu!!!hahaha


18) Does your ex still have feelings for you?
~i don't know!!

19) Do you still have feelings for them?
~nope..they are my best friends now!!i have to respect the friendship..

20) Do you believe in long distance relationships?
~yeah..!!but better in short distance..senang dan tak membebankan..!!


sekian untuk survey kali ni..sekadar nak mencari ketulusan diri jek..
cewahh!!!

Friday, January 9, 2009

~Tribute for Nike Ardilla~


'Ku tak akan bersuara..
walau dirimu kekurangan
hanya setiamu itu ku harapkan..
Ku tak akan menduakan
walau kilauan menggoda
Kasih dan sayangku
tetap untuh untukmu
Hanya ku pinta darimu
Setialah selamanya
sehingga abadi
cinta ini sayang
itu ku doakan...'

Dalam pada aku asyik sendiri dalam bilik..berfikir akan nasib aku..masa depan aku..dan apa yang akan jadi nanti..tetiba aku menjadi mellow..teringat kepada seseorang..ingatan yang amat kuat..secara tiba-tiba..seseorang itu bukan ahli keluarga aku..bukan juga sahabat-sahabat aku..tetapi yang aku maksudkan adalah Allahyarham Nike Ardilla..seorang penyanyi juga pelakon dari Indonesia yang pernah aku minati dulu...

Aku memang meminati arwah Nike sekitar tahun 1993-1995 dulu..dan masa tu aku sanggup kumpul duit belanja sekolah yang bapak aku bagi hari-hari semata-mata nak beli kaset(takde lagi cd masa tuh!!!)arwah Nike kat pasar malam area umah aku ni..

Dan aku mendengar juga menghayati lagu-lagu arwah..Biarkan Cintamu Berlalu..Bintang Kehidupan..dan dua lagu kesukaan aku Duri Terlindung dan Aku tak Akan Bersuara..Masih lagi terdengar-dengar suara lunak arwah yang dulu setiap malam aku dengar di radio buruk milik aku..

Aku masih lagi ingat ada satu poster arwah yang sangat besar aku tampal dalam bilik aku masa tu..punyalah aku minat pada arwah Nike!!!

Namu semua itu hanya tinggal kenangan..Secebis memori yang berkaitan dengan minat aku pada arwah..Kaset yang aku beli tu pun dah hilang entah ke mana..

Arwah Nike meninggal dunia pada 19 Mac 1995..akibat satu kemalangan kereta yang dipandu sendiri..Sangat sedih bila terkenangkan masa tu arwah masih agak muda..pergi dalam usia 20 tahun..pemergian yang agak tragis dan sedih..dan pernah sekali dulu aku air mata aku tetiba menitis bila terdengar lagu arwah Nike di radio..secara spontan je..Mungkin sedih dan teringat akan arwah!!!

Memiliki raut wajah yang cantik dan menarik..perwatakan yang sederhana..dan arwah sempat berbakti pada anak-anak yatim sekitar bandung dengan menubuhkan rumah kebajikan untuk anak-anak kecil ini..dan pemergiannya telah diratapi oleh mereka dan juga sekalian peminat-peminat arwah..

Yang tinggal kini dan menjadi kenangan hanyalah lagu-lagu nyanyian arwah..dan satu keratan akhbar yang aku gunting dan aku tampal dalam diari aku tahun 1995..(masih aku simpan sampai sekarang..dah buruk dan berabuk diari tuh!!)

Takdir dan ajal ketentuan Allah..yang pasti aku tetap ingat pada arwah Nike Ardilla..dan hanya doa aku panjatkan agar roh arwah tenang di sana..sesekali titisan air mata yang spontan tanda betapa sedihnya arwah pergi yang kini sudah 14 tahun berlalu..


Al-Fatihah untuk Allahyarham Nike Ardilla..20 December 1975-19 March 1995..

Monday, January 5, 2009

~diari 2008!!!~

diary of year 2008!!!


May 2008..One Cafe..gig Tribute to Bob Marley

Disember 2008 at Rock The World 8

April 2008 at SMK USJ4 Subang Jaya

May 2008 at gig Rockhestra at MCPA Grand Hall



2008 sudah pun berlalu..dan kini 2009 datang menjelma..dengan semuanya serba baru(kononnya la!!!)...

Sekadar untuk mengimbas kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2008..Segelumit kenangan pahit dan manis..suka dan duka..gelak tawa dan air mata..

Apa yang pasti sepanjang 2008 banyak peristiwa dan perkara yang telah berlaku..dan ia aku ambil sebagai satu pengajaran dan kenangan peribadi aku..

Di awal tahun tidak banyak yang berubah melainkan aku ada azam nak punyai special girlfriend memandangkan dah lama aku single..hahahaha..(itu pulak yang diutamakan...hehehe!!)...dan rutin harian banyak dihabiskan dengan beban kerja yang agak melampau..sebab tanggungan dan perbelanjaan bulanan dah bertambah..

Februari hanya dihiasi dengan satu gig yang dianjurkan oleh Twozhe Sounds Studio..Peace To World yang berlangsung di MCPA Hall,KL..agak menarik kerna secara tak langsung aku terlibat dalam urusan penganjuran gig..dan aku takkan lupa peristiwa lawak yang mana kononnya ingin mencari seorang gadis superb untuk dijadikan model t-shirt baru Sharpshooter..Tapi selepas dah deal..gadis yang disangkakan amat cantik(merujuk kepada gambar di Myspace)..rupanya agak tak berapa nak cantik...hahahaha..!!!terus cancel jadi model!!!

Bulan-bulan berikutnya agak suram dan diselubungi masalah dan salah faham antara aku dan mak aku sehingga aku decide untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama sahabat baik aku di Ampang..agak lama jugak..lebih kurang 3 ke 4 bulan aku membawa diri akibat daripada salah faham tu..

April membawa penemuan aku dengan Yaya..yang kini salah seorang sahabat terbaik bagi aku..Pertemuan ringkas di gig Kelam Kabut Fest kat MCPA membuatkan aku ngan Yaya terus rapat sehingga hari ini..(Yaya masa tu dalam mencari semangat baru untuk bergelar performer semula setelah Static Emily berehat panjang akibat masalah dalaman!!!)...April juga aku menangis di malam hari lahir aku kerna rasa disingkirkan oleh mak aku hanya dengan satu sms sahaja..agak pedih masa tu!!(hanya Yaya dan Ajun je yang tahu apa yang jadi malam tu!!)..tetapi aku tetap rasa dihargai dengan birthday celebration yang dibuat secara suprise oleh Rizal malam tu..thanks bro!!!

May membawa kepada gig sulung anjuran aku sendiri dan sahabat aku Rizal dalam Cili Pedas Music..bersama dengan Stress Music dikepalai oleh Hood dan Twozhe Sounds Studio oleh Faizal..
18 May dipilih dan Light Off On Sunday menjadikan impian aku untuk menganjurkan gig atas usaha sendiri terlaksana di MCPA Hall,KL..Thanks kepada semua yang terlibat..Semua bands yang perform masa gig tu..Angah dan Republic Theatre..Sharpshooter..Skudap Skudip..Muck..Freelove..warga Bodysurft Music..The Times..Couple dan band-band yang lainnya..Thank you so much!!!

June aku mengambil keputusan untuk resign dari company tempat aku kerja setelah dibebani kerja yang sangat melampau dan salah faham yang teruk antara aku dengan sang supervisor yang cam celaka...

July..August..September hanya seperti biasa..kerja dan terus bekerja..

October membawa kepada peristiwa di pagi raya bila aku keseorangan untuk menyambut Aidilfitri..tanpa disisi ibu bapa dan keluarga..Syukurlah masih ada famili angkat yang sudi menerima dan tempat aku menumpang sedikit gembira di pagi raya yang mulia..Thanks kepada mummy..angah..apeks..alis dan ajun yang menjadi peneman aku di pagi raya ketika itu..Airmata dan pelukan anda amat bermakna bagi saya waktu tu!!dan October juga menemukan aku dengan sahabat menjeng aku Suziana sehingga aku dan Apeks sanggup ke JB semata- mata untuk mencari satu nilai friendship yang bermakna..

07hb October juga aku akhirnya menemui seseorang yang akhirnya menjadi special girlfriend aku..Siti Elmynadya!!!Tapi aku harapkan satu relationship yang panjang dan jujur tapi tetap ditentukan yang dia bukan milik aku selepas hanya tempoh satu bulan bersama..Agak singkat tapi atas rasa hormat pada milik orang lain aku decide untuk undur diri...atas dasar prinsip hidup aku dan malas nak carik pasal ngan orang!!!

November pula lebih dihiasi dengan gig dan trip ke Kuantan dan Johor Bahru dengan Sharpshooter serta rakan-rakan karib yang lain..sengalan bersama..gelak tawa sesama..Satu kenangan yang amat indah!!

dan Disember lebih kepada kebanggaan kerna sahabat-sahabat aku akhirnya dapat perform di stage Rock The World 8..!!!Static Emily dan Sharpshooter membuatkan aku rasa bangga secara personal..Punyai sahabat yang berbakat besar dalam muzik..

Penutup 2008 yang agak sedih bila aku diberhentikan kerja secara tiba-tiba dan kembali mencari hala tuju hidup memandangkan masalah-masalah yang selama ini melanda diri aku masih belum selesai..

Setahun yang penuh lengkap dengan setiap episod suka dan duka..amat bermakna untuk dijadikan iktibar dan pengajaran..dibawa ke lembaran tahun baru 2009!!!

Good Bye 2008!!!and Welcome 2009!!!..dengan satu azam dan keinginan untuk merubah hidup menjadi ke arah yang lebih bagus..lebih bahagia..dan lebih gembira...!!!Wish Me luck!!!dan untuk famili dan semua sahabat-sahabat aku hanya ucapan dan doa aku iringkan untuk kalian semua!!!

Sekian!

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com