Thursday, November 27, 2008

~13 disember dan soulmate bernama Suhaida~

Sejak aku break up ngan Sue kira-kira 3 tahun lepas,kitaorang terus lost contact..Sue masa tu mungkin dah tukar nombor telefon dan masing-masing buat hal hidup masing-masing..

Friendship antara aku ngan Sue amatlah lama..sejak 13 Disember 1994..sejak kitaorang sama-sama belajar kat SM Alam Megah,seksyen 27 Shah Alam lagi..

Terlalu banyak peristiwa dan kenangan pahit manis untuk didiarikan sepanjang aku dan Sue berpacaran..3 kali bercinta..dan 3 kali juga putus cinta..dari zaman sekolah menengah..pastu ke zaman universiti/kolej..sampailah zaman aku mula-mula nak bekerja..terlalu banyak beb!!!Dan aku amat menghargai segala pengalaman indah..suka dan duka..gaduh dan jeles...antara aku dan Sue...

Tak pernah terfikir yang aku akan close semula ngan Sue..lebih-lebih lagi bila Sue kini dah berkahwin..punyai suami dan bakal menimang anak sulung...dan mungkin Tuhan sayang akan persahabatan kitaorang..

Setelah agak lama..kitaorang dah mula berbaik-baik semula..atas dasar friendship yang dah lama kitaorang bina..tahun ni dah 14 tahun aku kenal akan Suhaida binti Sukandar..dan bagi aku friendship kitaorang berdua ni amatlah berharga..sangat bernilai..

Rasa hormat dan saling understanding antara kitaorang buat kitaorang kini lebih close..dan aku amatlah gembira untuk itu..Kini aku rasa bertuah dikurniakan sahabat sebaik Sue..Dia tetap salah seorang soulmate aku yang terbaik..yang paling lama aku kenal..dan mungkin juga yang paling paham akan diri aku segalanya...

Terima kasih Tuhan..kerna temukan aku semula dengan bestest soulmate aku yang sorang nih!!!

Sebagai penghargaan atas dasar friendship yang dah terbina berbelas tahun ni..aku cuma doakan agar Sue terus bahagia dalam hidup berkeluarga..sukses dalam karier..dan yang paling utama..selamat dalam proses melahirkan baby yang pertama nanti...

i nak kish baby u tau nanti!!!

Thanks Sue!!!kamu tetap yang terbaik..kamu tetap yang tercantik..!!!love u!!love our friendship!!!

14 tahun itu agak lama..dan kita harus bangga dengan persahabatan yang kita dah bina..remember that syg!!!

peace...!!!

Saturday, November 22, 2008

~momok?hantu?makhluk halus?atau sekadar imiginasi?

Aku just sekadar nak cerita apa yang jadik masa aku dan Alis follow aroul hantar van sewa kat area klcc ahad malam yang lepas..

selepas jenuh ikut si Aroul dari Bangi sampi ke Ampang..aku ngan Alis yang relaks duduk kat seat sebelah lalu kat satu lorong gelap kat area Lotus Jalan Ampang..area Nikko Hotel..lorong tu agak sempit dan gelap la..ada 3-4 biji kereta parking kat situ...Kitaorang just follow Aroul sebab dia nak drop van sewa kat area situ..

Elok je aku masuk kat lorong tu tetiba Alis bersuara..

Alis: Joy,awek kat depan tu?

Aku: Mana awek?

Alis: Tu hah!kat depan tu!Ko nampak tak?

Aku: yeke awek?lain macam je bro..

Alis: yela Joy..wat tatau sudey..


Masa tu aku tengok satu lembaga macam susuk badan perempuan muda agak kabur betul-betul dari arah depan...Agak blur..tapi ada susuk perempuan..ada macam rambut...putih...statik tanpa bergerak..tapi tak jelas la muka sebab agak jauh gak la...

Alis jeling aku...aku pun jeling Alis...

timbul gak rase cuak...hehehe..

then kitaorang terus gerak..

dalam kete on the way balik Bangi..masing-masing konfius dan tertanya-tanya apa yang kitaorang nampak tadi...

adakah ia betul-betul jelmaan syaitan?atau tiang letrik?atau sekadar halusinasi?tapi kalau tiang letrik tak mungkin sebab ia tak tinggi..ia setinggi perempuan muda..dan tak mungkin tiang warna putih..

persoalan ni tak terjawab..aku hanya mampu cakap...wallahualam...

Thursday, November 20, 2008

~doaku untuk ayna~

Sekejap tadi aku baru abis berbual panjang dengan ayna;salah sorang bestest soulmate aku..dan ia lebih kepada sesi terapi minda dan sesi discussion tentang hidop..

Aku perlu admit yang aku amat jarang sekali jumpa ayna tapi kami berdua selalu sedar yang we care about each other..

Dan untuk permasalahan yang melanda ayna kini..(tak perlu aku nyatakan kat sini atas dasar respect kepada hak personal)...aku hanya kirimkan doa buat kamu..Raja Nuraina..

Tamo sedey-sedey..trust to Him..kerna Dia amat mengenali hati budi hamba-hambaNya...

My pray just for u darling..soulmate yang baik hati..muga kamu baik-baik aja..

I do love u darl...!!dun ever sad and regret...and remember that u still have me by your side...insyaAllah...

Sekian kalinya...saya doakan yang baik-baik untuk ayna saya...

Monday, November 17, 2008

~Menjeng itu indah!!~

Sekejap tadi sekali lagi air mata aku menitis..bukan kerna sedih..tapi tetiba aku rasa bertuah kerna dikurniakan sahabat-sahabat yang berhati mulia...

Aku memang agak mellow 2-3 hari ni..mebi kerna kesan daripada gagalnya episod chenta ku kot..hahaha..

Aku dapat rasakan yang feel sayang yang aku cari aku hanya boleh dapat daripada semua bestfriends atau soulmates aku...mereka semua lah yang selalu ada dan sentiasa teratas dalam hati aku..

Tadi aku berbual panjang ngan Suzie..aku memang agak rindu ngan sayang menjeng aku tu..dan macam biasa Suzie memang mampu buat aku ketawa sakan setiap kali aku gayut ngan dia..Dia lah sayang aku yang terbaik..

Dalam pada aku sedih pun dia berjaya gak buat aku gelak sampai pecah perut..Dialah Suzie aku..sayang aku..menjeng aku...!!!

Sebab tu air mata aku menitis..sebab aku takut sangat friendship aku ngan Suzie yang dah kitaorang create ni jadi longgar angkara mainan perasaan masing-masing terhadap pasangan hidup...

Aku kene admit Suzie dah pun ada bf..dan aku senang sebenarnya dengan itu selagi Suzie rasa hepi dan bahagia dengan pilihan dia..

Aku hepi..senang setiap kali ada Suzie dalam hidup aku..Dia memang sangat terbaik dan chemistry antara kitaorang sangat kuat sampai aku rasa dia memang mampu buat aku ceria even pada masa aku kusut sangat...

Aku cuma rindu ngan Suzie menjeng kuh!!!

Dan aku doakan dia hepi sentiasa..dan air mata aku tadi untuk rasa gembira aku dalam ikatan persahabatan yang kuat antara aku dan Suzie..

I love u sayang!!!i love babat!! i love menjeng!!!

saya teringat akan chikititas..baby tee sarpsuter..dan saat pertama kali saya jotos kamu syg!!!
hahahaha...

~Larut~

Agak lama juga aku tak menulis sesuatu dalam blog ni..dan hati aku tetiba tergerak untuk menulis sesuatu yang dah terjadi dua tiga menjak ni dalam hidup aku...

Angah(Miss Fazleena) pernah cakap aku ni mudah larut..mula-mula aku macam tak setuju dengan pendapat tu tapi bila aku fikir-fikir semula ada gak kebenaran dalam statement Angah tu..dan aku dalam diam mula admit yang aku agak mudah larut...

Dan kerna mudah larut aku sering kali jadi mangsa keadaan..

Kusut tak tentu hala..memikirkan problem orang lain..kadang kala yang tak sepatutnya aku fikir pun..

Yeah..mebi aku memang agak mudah larut dengan rasa suka aku terhadap orang..dan aku jenis yang mudah kesian dan percaya pada orang..

Sekali lagi aku terkena..tertipu dengan perangkap cinta yang aku cipta sendiri..larut dalam keinginan aku untuk rasa disayangi..

Mudah percaya pada orang..aku tertipu dengan situasi dimana aku tersepit di tengah-tengah masalah orang lain yang dah sememangnya kritikal..dan aku dengan bangang offer diri duduk di celah-celah perbalahan mereka..bodoh gak aku..adeh!!!

Sekian kalinya aku tewas dalam perjuangan cinta aku yang tak kemana..Tempoh yang sangat singkat..dan aku tak kecewa..cuma sedikit terkilan kerna rasa sangat tertipu dan keliru dengan apa yang dah terjadi...

Aku masih gagal untuk mencari seseorang yang mampu terima dan faham diri aku yang serba pelik ni..dan kali ini lebih teruk dari yang sebelumnya..Mujurlah aku dah belajar untuk sedia dan menerima..

Kepada yang berkenaan..Muga kamu baik-baik aja..Kamu sebenarnya baik hati cuma kamu mungkin lemah dan tak mampu untuk melayari hidup saya yang serba pelik ini..Terima kasih segalanya..dan jangan jadi loser babe..kerna di luar sana memang ramai lelaki yang sucks dan tak bertanggung jawab...

Sekian..

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com