Tuesday, December 23, 2008

~boss memang pukimak!!~

Satu lagi episod sedih terjadi dalam hidup aku..

Dalam pada rakan-rakan sebaya aku semua sebuk kahwin dan bersiap sedia nak kahwin..aku tetap dihimpit dengan segala kisah sedih..

Pagi tadi aku pergi kerja macam biasa..seperti rutin yang sepatutnya..Tetiba manager aku panggil masuk bilik..dan hulur sekeping surat..

Aku capai dan terus baca..

Fuck off!!!DISMISAL NOTICE!!!!!!

Aku hanya diam sekejap.Sambil kepala dah mula kusut.Hati dah mula sakit..
Manager aku hanya cakap aku terpaksa diberhentikan kerja sebab boss suruh..

Mudah kan?

Amat pedih..Tapi aku cuba senyum.Senyum aku amat tawar dan aku perlahan-lahan capai notis tu dan sign..

Manager aku cam serba salah..Tapi dah boss buat keputusan kene gak aku terima..
Sangat perit bila dibuang kerja camtu je..Tanpa satu alasan yang betul-betul kukuh..Tapi aku hanya kuli..makan gaji..aku hanya mampu terima je meskipun hati aku sangat pedih..

Rasa macam nak tumbuk je muka boss aku masa tuh!!Nak je aku serbu masuk bilik dia dan bagi sepak terajang sedas dua..Tapi aku sabar gak..Tetap senyum biarpun amat tawar..

Aku terus hilang mood..Kepala kusut..hati tak tenang..Memikirkan segala tanggungan yang aku ada..

Entahlah!!Dah tertulis nasib aku macam ni..Selalu ditimpa dugaan yang berat..Aku baru nak mulakan hidup tapi tersentak dengan apa yang berlaku..Kawan-kawan sebaya semua dah ada family sendiri tapi aku masih tercari-cari rentak untuk mulakan hidup..

Sampai bila?
Family problem..tekanan daripada keluarga..Rasa dipinggir..sekarang ni hilang kerja..

Betul-betul suruh aku belajar untuk sabar dan redha..

Aku percaya pada Allah..Ketentuan hidup aku milik Dia..Hanya Dia!!!

Dan aku tetap berharap agar satu hari nanti hidup aku akan gembira..Seperti orang lain..Macam rakan-rakan aku..

Entah la..semoga boss aku tu cepat mati!!!jatuh bankrap!!!atau dipanah petir!!!

Ini doa aku sebagai seorang yang terinaya!!!

Monday, December 15, 2008

~Ben Sherman is fuckin awesome!!!







I REALLY LOVE BEN SHERMAN!!!!!
NO MATTER WHAT..BEN SHERMAN IS FUCKIN COOL!!!AWESOME!!

~hikayat abang rawksta!!!~

Pasal apa tetiba aku rasa nak tulis sedikit pasal Rawksta!!!(Rockstar)...

Ada ke rawksta kat Malaysia ni?

Kalau ada pun sorang dua yang amat legend dan sumbangan dorang terhadap muzik amat banyak dan bernilai..

Aku tergerak untuk menulis tentang salah sorang dikalangan crowds nih..Perangai dan tingkah laku mamat ni kalah rawksta beb!!bukan niat aku nak menghina atau mengutuk tapi itu lah yang aku nampak depan mata aku sendiri dan apa yang aku dengar daripada sahabat-sahabat yang rapat dengan aku...

Rasa menyampah dan meluat ngan mamat ni memang dah lama...amat show off dowh!!!siyes aku berani jamin kalau sesapa yang tengok perangai mamat ni pasti menyampah dan mungkin rasa nak terajang jek..hahahaha..

Haruskah hanya kerna bergaul dengan otai muzik underground kau dah boleh digelar rawksta?cerita memang gempak beb!gebang tetap satu kampung!!!(kampung mamat ni hulu beb!!!!)hahaha...tapi itulah yang terjadi...sikap nak menunjuk-nunjuk depan kawan..mabuk tak tentu pasal...cerita kencang..sebat awek kawan sendiri...show off gadis depan kawan-kawan...semua ni rubbish dowh!!!!tapi bagi mamat ni itulah yang dibanggakan..yang dicanang cerita selalu...

Entahlah..aku malas nak masuk campur..cuma rasa meluat aku dah tak boleh bendung dowh!!!!aku tak kisah kalau dia memang bagus main instrument ke..ada band yang famous ke..tapi kalau setakat muka hancur..diri serabai..keje tak menentu..nak cerita poyo dan berlagak macam rawksta...serius aku tak boleh terima dowh!!!!better lu balik kampung lu cerita ngan ayam atau itik lu!!!sebab kampung lu pun hulu gak!!!!

sudahlah!!!kawan-kawan semua dah menyampah tengok lu!!!cuma malas nak amik peduli jer!!!

kesian dan kesian...itulah kisah abang rawksta!!!!rawksta cak lempong!!!!hahahahhaah

sekian..

Saturday, December 13, 2008

~SS dan SE di Rock The World 8!!!~

Aku tergerak hati nak menulis sedikit tentang rase gembira dan proud aku terhadap sahabat-sahabat aku..

Rock the world!!!!Hampir semua anak-anak muda yang mencintai muzik underground(aku tak nak labelkan ia sebagai indie!!) tahu tentang rock the world...Satu festival muzik underground tahunan yang terbesar di bumi Malaysia nih..

Tahun ni dah masuk edisi ke-8..dan kali ini ia agak istimewa bagi aku secara personal sebab buat pertama kalinya dua band sahabat aku akan perform atas stage idaman satu malaya nih...kalau sebelum ni aku datang sebab nak tengok live performance band feveret aku...kali ni tujuan aku pastinya berbeza....aku hanya nak pergi RTW semata-mata untuk bagi sokongan kepada Sharpshooter dan Static Emily...!!

Apeks Sharpshooter dan Yaya Static Emily pernah ngadu domba ngan aku..dorang berangan kalau dapat perform kat stage RTW...impain seumur hidup kata dorang...

Dan berkat usaha dorang juga...saban tahun bergiat dalam dunia muzik undergorund ni akhirnya Tuhan kurniakan peluang untuk dorang beraksi di RTW 8...dan yang paling menariknya kedua-duanya akan beraksi atas satu stage yang sama bersama band masing-masing..!!

Aku sebagai teman rapat malah ibarat adik beradik korang...aku tumpang gembira dan bangga atas kejayaan ini..terlaksana juga impian korang sume!!!Congrats guys!!!

Perform yang terbaik nanti di RTW!!!Sharpshooter dan Static Emily tetap terbaik dowh!!!



p/s:aku teringat masa zaman Gerhana Ska Cinta..Roots N Boots..The Official..ACAB perform kat RTW!!!dan aku takkan lupa tengok Couple first time perform kat RTW 5!!!lawak gile dowh!!!!

~13 disember 1994-13 disember 2008~

Hari ni 13 disember 2008...genap 14 tahun aku kenal seseorang yang bernama suhaida binti sukandar!!!!

dan tarikh ini amat bermakna pada aku secara personal..sekadar untuk mengenang cinta pertama aku 14 tahun yang lepas..

zaman kanak-kanak sekolah menengah...berkenalan secara tukar biodata..(masing-masing dulu ada buku biodata!!!..)dating kat kfc lepas habis sekolah..balik sekolah sesama naik bas sri jaya(sebelom dikenali sebagai intrakota)..masa cuti dating kat library!!!hahaha..

bila dikenang semula memang lawak..buat aku tersenyum sorang-sorang..


dan selepas 14 tahun berlalu..masing-masing kini sudah punyai hidup yang tersendiri..

Suhaida sudah pun bersuami dan alhamdulliah dah bergelar ibu pun...

dan aku...

masih lagi macam ni...single and available!!!

hahahaha...

hepi anniversary yg ke 14!!!untuk satu friendship yang jujur dan mulia...

Thursday, November 27, 2008

~13 disember dan soulmate bernama Suhaida~

Sejak aku break up ngan Sue kira-kira 3 tahun lepas,kitaorang terus lost contact..Sue masa tu mungkin dah tukar nombor telefon dan masing-masing buat hal hidup masing-masing..

Friendship antara aku ngan Sue amatlah lama..sejak 13 Disember 1994..sejak kitaorang sama-sama belajar kat SM Alam Megah,seksyen 27 Shah Alam lagi..

Terlalu banyak peristiwa dan kenangan pahit manis untuk didiarikan sepanjang aku dan Sue berpacaran..3 kali bercinta..dan 3 kali juga putus cinta..dari zaman sekolah menengah..pastu ke zaman universiti/kolej..sampailah zaman aku mula-mula nak bekerja..terlalu banyak beb!!!Dan aku amat menghargai segala pengalaman indah..suka dan duka..gaduh dan jeles...antara aku dan Sue...

Tak pernah terfikir yang aku akan close semula ngan Sue..lebih-lebih lagi bila Sue kini dah berkahwin..punyai suami dan bakal menimang anak sulung...dan mungkin Tuhan sayang akan persahabatan kitaorang..

Setelah agak lama..kitaorang dah mula berbaik-baik semula..atas dasar friendship yang dah lama kitaorang bina..tahun ni dah 14 tahun aku kenal akan Suhaida binti Sukandar..dan bagi aku friendship kitaorang berdua ni amatlah berharga..sangat bernilai..

Rasa hormat dan saling understanding antara kitaorang buat kitaorang kini lebih close..dan aku amatlah gembira untuk itu..Kini aku rasa bertuah dikurniakan sahabat sebaik Sue..Dia tetap salah seorang soulmate aku yang terbaik..yang paling lama aku kenal..dan mungkin juga yang paling paham akan diri aku segalanya...

Terima kasih Tuhan..kerna temukan aku semula dengan bestest soulmate aku yang sorang nih!!!

Sebagai penghargaan atas dasar friendship yang dah terbina berbelas tahun ni..aku cuma doakan agar Sue terus bahagia dalam hidup berkeluarga..sukses dalam karier..dan yang paling utama..selamat dalam proses melahirkan baby yang pertama nanti...

i nak kish baby u tau nanti!!!

Thanks Sue!!!kamu tetap yang terbaik..kamu tetap yang tercantik..!!!love u!!love our friendship!!!

14 tahun itu agak lama..dan kita harus bangga dengan persahabatan yang kita dah bina..remember that syg!!!

peace...!!!

Saturday, November 22, 2008

~momok?hantu?makhluk halus?atau sekadar imiginasi?

Aku just sekadar nak cerita apa yang jadik masa aku dan Alis follow aroul hantar van sewa kat area klcc ahad malam yang lepas..

selepas jenuh ikut si Aroul dari Bangi sampi ke Ampang..aku ngan Alis yang relaks duduk kat seat sebelah lalu kat satu lorong gelap kat area Lotus Jalan Ampang..area Nikko Hotel..lorong tu agak sempit dan gelap la..ada 3-4 biji kereta parking kat situ...Kitaorang just follow Aroul sebab dia nak drop van sewa kat area situ..

Elok je aku masuk kat lorong tu tetiba Alis bersuara..

Alis: Joy,awek kat depan tu?

Aku: Mana awek?

Alis: Tu hah!kat depan tu!Ko nampak tak?

Aku: yeke awek?lain macam je bro..

Alis: yela Joy..wat tatau sudey..


Masa tu aku tengok satu lembaga macam susuk badan perempuan muda agak kabur betul-betul dari arah depan...Agak blur..tapi ada susuk perempuan..ada macam rambut...putih...statik tanpa bergerak..tapi tak jelas la muka sebab agak jauh gak la...

Alis jeling aku...aku pun jeling Alis...

timbul gak rase cuak...hehehe..

then kitaorang terus gerak..

dalam kete on the way balik Bangi..masing-masing konfius dan tertanya-tanya apa yang kitaorang nampak tadi...

adakah ia betul-betul jelmaan syaitan?atau tiang letrik?atau sekadar halusinasi?tapi kalau tiang letrik tak mungkin sebab ia tak tinggi..ia setinggi perempuan muda..dan tak mungkin tiang warna putih..

persoalan ni tak terjawab..aku hanya mampu cakap...wallahualam...

Thursday, November 20, 2008

~doaku untuk ayna~

Sekejap tadi aku baru abis berbual panjang dengan ayna;salah sorang bestest soulmate aku..dan ia lebih kepada sesi terapi minda dan sesi discussion tentang hidop..

Aku perlu admit yang aku amat jarang sekali jumpa ayna tapi kami berdua selalu sedar yang we care about each other..

Dan untuk permasalahan yang melanda ayna kini..(tak perlu aku nyatakan kat sini atas dasar respect kepada hak personal)...aku hanya kirimkan doa buat kamu..Raja Nuraina..

Tamo sedey-sedey..trust to Him..kerna Dia amat mengenali hati budi hamba-hambaNya...

My pray just for u darling..soulmate yang baik hati..muga kamu baik-baik aja..

I do love u darl...!!dun ever sad and regret...and remember that u still have me by your side...insyaAllah...

Sekian kalinya...saya doakan yang baik-baik untuk ayna saya...

Monday, November 17, 2008

~Menjeng itu indah!!~

Sekejap tadi sekali lagi air mata aku menitis..bukan kerna sedih..tapi tetiba aku rasa bertuah kerna dikurniakan sahabat-sahabat yang berhati mulia...

Aku memang agak mellow 2-3 hari ni..mebi kerna kesan daripada gagalnya episod chenta ku kot..hahaha..

Aku dapat rasakan yang feel sayang yang aku cari aku hanya boleh dapat daripada semua bestfriends atau soulmates aku...mereka semua lah yang selalu ada dan sentiasa teratas dalam hati aku..

Tadi aku berbual panjang ngan Suzie..aku memang agak rindu ngan sayang menjeng aku tu..dan macam biasa Suzie memang mampu buat aku ketawa sakan setiap kali aku gayut ngan dia..Dia lah sayang aku yang terbaik..

Dalam pada aku sedih pun dia berjaya gak buat aku gelak sampai pecah perut..Dialah Suzie aku..sayang aku..menjeng aku...!!!

Sebab tu air mata aku menitis..sebab aku takut sangat friendship aku ngan Suzie yang dah kitaorang create ni jadi longgar angkara mainan perasaan masing-masing terhadap pasangan hidup...

Aku kene admit Suzie dah pun ada bf..dan aku senang sebenarnya dengan itu selagi Suzie rasa hepi dan bahagia dengan pilihan dia..

Aku hepi..senang setiap kali ada Suzie dalam hidup aku..Dia memang sangat terbaik dan chemistry antara kitaorang sangat kuat sampai aku rasa dia memang mampu buat aku ceria even pada masa aku kusut sangat...

Aku cuma rindu ngan Suzie menjeng kuh!!!

Dan aku doakan dia hepi sentiasa..dan air mata aku tadi untuk rasa gembira aku dalam ikatan persahabatan yang kuat antara aku dan Suzie..

I love u sayang!!!i love babat!! i love menjeng!!!

saya teringat akan chikititas..baby tee sarpsuter..dan saat pertama kali saya jotos kamu syg!!!
hahahaha...

~Larut~

Agak lama juga aku tak menulis sesuatu dalam blog ni..dan hati aku tetiba tergerak untuk menulis sesuatu yang dah terjadi dua tiga menjak ni dalam hidup aku...

Angah(Miss Fazleena) pernah cakap aku ni mudah larut..mula-mula aku macam tak setuju dengan pendapat tu tapi bila aku fikir-fikir semula ada gak kebenaran dalam statement Angah tu..dan aku dalam diam mula admit yang aku agak mudah larut...

Dan kerna mudah larut aku sering kali jadi mangsa keadaan..

Kusut tak tentu hala..memikirkan problem orang lain..kadang kala yang tak sepatutnya aku fikir pun..

Yeah..mebi aku memang agak mudah larut dengan rasa suka aku terhadap orang..dan aku jenis yang mudah kesian dan percaya pada orang..

Sekali lagi aku terkena..tertipu dengan perangkap cinta yang aku cipta sendiri..larut dalam keinginan aku untuk rasa disayangi..

Mudah percaya pada orang..aku tertipu dengan situasi dimana aku tersepit di tengah-tengah masalah orang lain yang dah sememangnya kritikal..dan aku dengan bangang offer diri duduk di celah-celah perbalahan mereka..bodoh gak aku..adeh!!!

Sekian kalinya aku tewas dalam perjuangan cinta aku yang tak kemana..Tempoh yang sangat singkat..dan aku tak kecewa..cuma sedikit terkilan kerna rasa sangat tertipu dan keliru dengan apa yang dah terjadi...

Aku masih gagal untuk mencari seseorang yang mampu terima dan faham diri aku yang serba pelik ni..dan kali ini lebih teruk dari yang sebelumnya..Mujurlah aku dah belajar untuk sedia dan menerima..

Kepada yang berkenaan..Muga kamu baik-baik aja..Kamu sebenarnya baik hati cuma kamu mungkin lemah dan tak mampu untuk melayari hidup saya yang serba pelik ini..Terima kasih segalanya..dan jangan jadi loser babe..kerna di luar sana memang ramai lelaki yang sucks dan tak bertanggung jawab...

Sekian..

Sunday, October 12, 2008

~from bangi to Johor Bahru~

~from Bangi to Johor Bahru~


kukup style..mentel menjeng

kami kanak-kanak riang!!!

we are 'kukup band'...

~From Bangi to JB~

..02 oct 08 until 04 oct 08..

~secebis kenangan yang sewel..mereng..sengal..giler..menjeng..gewdiks..poyos~

~apekz..ijoy..suzie..lin joyce~

~bangi to machap to uda to pekan nanas to pontian to lala loco to skudai to bangi~
~danga bay..sayam stulang laut..villa de la rose(umah anak yatim cina)..mcd skudai..sate akak angah pekan nanas..lala loco..pantai kat permas jaya~
~nasik lauk ayam umah suzie..soto ayam umah lin..biskut mazola~
whatever happened kami berempat tetap akan terus bersahabat..4 sahabat mentel menjeng!!!
peace..love and harmony....

Sunday, October 5, 2008

~4 sahabat mentel menjeng di JB~


Selepas agak lama plan nak gi JB..akhirnya malam raya ke-2 aritu aku ngan Apeks bergandingan tenaga dan keringat gerak ke sana.Segala persiapan dah ready..so kitaorabg berdua gerak dari Bandar Seri Putra,Bangi dalam pukul 10.30 malam..




Perjalanan yang agak santai..Hanya dipenuhi dengan borak-borak kosong kami berdua sambil lagu-lagu feveret kami kedengaran di speaker kereta aku..Dalam hati masa tu rasa excited gile..cam tak sabar nak sampai sebab dah agak lama tak sampai ke JB..berkobar-kobar dan bersemangat waja gak la especially si Apeks.hehehee...




Sepanjang perjalanan aku just fokus untuk drive je sambil Apeks dok sebuk borak..nyanyi..dan aku hanya berasap berbatang-batang rokok..Agak sejuk gak beb gerak malam.Dah la dengan hanya pakai short ngan tshirt je..Mencabar gak la..terasa gak la sejuk kat kepala lutut aku masa tuh!hahahaha...




Sambil drive mata jeling signboard..bila nak sampai nih?hehhehee..fokus punya fokus tetiba terperasan signboard 'Machap'...hahahhaa..on the spot aku jeling Apeks..then gelak sama-sama...hahahaha..cam sial!Teringat Apeks kene bahan ngan aku dan Suzie pasal Machap.bongok!Bajet cam nak drop kat situ jap amik gamba tapi memandangkan kamera yang ada pun sekadar kamera handfon aku yang tak berapa nak canggih,cancel je la idea tuh!!!Sampai gak Apeks kat Machap!!!kahkahkahkah...




Perjalanan tetap diteruskan sampai la kat tol Skudai...masa tu aku ngan Apeks jerit kuat-kuat..rasa cam besh gile bila da sampai..hahahhaa...JB here we come!!!!hyper semacam masa tuh!hehehehe...masa tu pukul 1.32 pagi..laju gak aku drive!!hehehehe...




Dan tour guide bertauliah kitaorang da standby kat Skudai bersama ngan Kenari hitam ala garang gitu..ahaks!!sori Suzie!!!hahahhaa...then terus menuju ke Bandar Baru Uda untuk pickup sorang lagi wakil agensi travel kitaorang..cik lin!!!hahahhaha...




Masa berhenti tepi jalan kat Uda,aku takkan lupa saat pertama aku jumpa Suzie..hahahaha..aku akan ingat sampai bila-bila..Rasa puas bila dapat jotos pala Suzie dengan manja...hahahhaa..tercapai hajat yang dah agak lama aku pendam..hehehehe...even Suzie berusaha untuk mengelak..tapi tetap kene jotos beb!hahahaha..sori syg!ngee~



Berbekalkan panduan daripada tour guide dan wakil travel agensi aku ngan Apeks menuju ke Villa de la Rose..tempat penginapan kitaorang yang dah pun dibooking oleh cik Azlin Joyce kita malam tu..Sampai je kitaorang agak kaget gitu..sebab ia nampak macam apartment kuno ala-ala rumah anak yatim cina!!!hehehe..Lepas check in(sempat tokey apartment tu nganjeng Apeks..bajet Apeks nk check in berdua ngan Lin..hehehe..sini line clear dik!!!!hahahhaha)..kitaorang menuju ke SAYAM Stulang Laut untuk sesi makan di tengah malam..oppss!!makan di awal pagi!!!ala-ala bersahur gitu..ahaks!


dan..sesi seterusnya wajiblah acara tido secara rawak dan sehati berdansa bersama Apeks...hehehehe..



Hari berikutnya..tour dimulakan dengan perjalanan ke Pekan Nanas untuk beraya ke rumah cik Suziana..berbekalkan naluri hati yang kukuh sampai gak kitaorang berdua kat Pekan Nanas tanpa sedikit pun belaian mesra daripada si tour guide kitaorang.hehehe..Kami disambut sederhana oleh Suzie satu family especially mama Suzie yang agak sporting dan menjeng gak la.hahaha..siap Apeks kene nganjeng lagik pasal Machap!!!hahahaha..lawak gile beb sampai aku ketawa berair biji mata..hahahaha..Dengan menu yang disediakan oleh mama Suzie kitaorang sental sebaik mungkin...hahahaha..


Selesai beraya kami meronda di sekitar daerah Pontian..pemanduan yang berkualiti daripada cik Suzie...


Menuju semula ke JB..rumah Azlin menjadi port seterusnya dan pastinya kuih dan muih hand made daripada Lin jadi santapan di kala senja waktu tu..Apeks senyum riang je sepanjang lepak kat rumah Lin..hehehhe...senyum ada makna tuh!!!ahaks!


Malam aku ngan Apeks just lepak makan kat Mcd dan tido..



Hari seterusnya adalah saat yang paling manis bagi kami berempat..4 sahabat mentel menjeng beradu kesengalan dengan agenda ronggeng yang agak slamber badak..Kitaorang pergi ke tepi pantai..dengan pemandangan yang agak besh..air laut yang agak coklat..ombak-ombak jahat..berhadapan dengan kapal-kapal di Singapura..kitaorang berempat mengganas depan kamera dengan aksi yang bermacam-macam..Memang besh dan manis dapat sengal danmereng sesama..dan aku akan ingat Suzie masa tu sebab dia yang paling gile dan gediks masa tuh...hahahaha


Danga Bay menjadi pilihan seterusnya dan semestinya posing depan kamera menjadi acara wajib..Setting berjalan macam pelancong dari oversea jerk...hahahaha..bukan dari Nepal taw!!hahahaha..



Penat ronggeng..sengal dan meliar di sekitar Johor Bahru..aku ngan Apeks singgah jap di Lala Loco dan kemudian drop makan jap kat sate Kak Angah kat Pekan Nanas sebelum terus bergerak pulang semula ke Bangi..


Balik Apeks drive beb!!hahahaha..


Sampai Bangi dalam pukul 2 pagi sebab Apeks drive agak slow dan lembab!hahahaha..sori yang!!



Kitaorang terus tido kepenatan dan kenangan di JB takkan dilupakan...



Kepada sahabat-sahabatku..Suziana...Azlin..ada rezeki kita pasti kan berjumpa lagi!!!!Thanks atas segala tunjuk ajar dan belaian rindu kalian sepanjang kitaorang berada di bumi bertuah Johor Bahru!!!!


untuk kalian berdua terimalah lagu..'Johor Bahru' from The Official...tribute to JB Riot!!!!yeah!!!!


peace!!!one love!!!one heart!!!!




Thursday, October 2, 2008

~KAMi dan indie scene~


Seharian penat beraya di siang hari..aku pegi layan movie pada malamnya..pergh!!layan movie di hari raya tuh!!!aku pegi layan kat GSC Alamanda Putrajaya sesama Angah..Apeks..Alis..Ajun dan juga Bai...derang ni la peneman aku masa raya ni..

Lupakan pasal raya..aku nak tulis pasal movie yang aku layan malam tu..'KAMI the movie!!'..

Sebenarnya aku bukannya follower yang true dengan series nih..Seingat aku aku pernah tengok satu atau dua episod je series KAMI nih..tapi bila tercetusnya revolusi dalam indie scence akibat kesan daripada KAMI the series ni..aku tergerak hati nak tengok versi movie plak...

Aku mulanya mencari apa faktor yang membuatkan anak-anak muda terutamanya budak-budak sekolah gila dengan KAMI ni..aku memang perasan selepas releasednya KAMi semua mengaku indie..semua sebuk dengan skinny jeans..semua sebuk nak pegi gig..gadis-gadis underage pun dah mula terjebak dengan gig dan underground scene ni..

Banyak gak perubahan aku tengok..wujudnya bands indie yang berlambak..clothing labels yang bercambah dengan hasil seni mereka..(kononnye la!)...gig organiser pun da banyak..dan mungkin sebab KAMi ni jugak..banyak pihak dah buka mata dan mula menerima indie music daripada local bands kita..

So aku layan jela movie ni..dan kat sini aku cuma nak katakan yang movie ni sekadar biasa-biasa aja..Simple movie tapi penuh dengan konflik kehidupan remaja..dan aku berpendapat yang memang sesuai untuk anak-anak muda layan movie ni..Agak realistik dengan life sekarang nih..Konflik famili..pencarian hala tuju hidop..dadah..gig..music..dan cara hidop bebas..

Aku mula dan cuba untuk paham peranan dan sumbangan KAMi dalam indie atau undergorund scene..dan aku buleh katakan ia memadai untuk membantu local bands kita diterima dan dikenali semua...

Dan revolusi indie mungkin akan terus berlaku..cuma aku agak letih melihat budak-budak kecik yang agak poser dan mungkin agak taksub dengan KAMi ni..biarkan jela dorang mencari identiti dorang..at least dorang support local music daripada rosakkan diri dengan merempit kat tengah jalanraya!!!

Syabas dan credit pada produksi KAMi..anda telah menyumbangkan sesuatu untuk local scene dan local bands..cuma aku tak larat nak tengok poser di luar sana yang tak tahu apa itu indie..apa itu underground music..tapi berlagak pandai!!!

Congrats and cheers for our local scene!!!

p/s:aku suka tgk muka juliana evans..cun amat!!!hahahahaha..

~air mata di pagi syawal..~


Saban tahun setiap insan yang bergelar muslim akan merayakan satu hari yang bermakna setelah bersusah payah berpuasa sepanjang Ramadhan..

Tanggal 1 Syawal amat dinantikan dengan penuh rasa gembira..Dan normalnya hari bermakna ini disambutkan dengan rasa seronok..gembira..diiringi kasih sayang insan tercinta terutamanya ibu bapa dan keluarga..

Tapi bagi aku 1 Syawal agak pedih..mungkin agak sadis dan sedih kerna dah 16 tahun aku tak rasa untuk beraya dalam bentuk sebuah famili yang bahagia..Maksud aku raya disisi ibu..ayah..adik..secara bersama-sama..

16 tahun tempoh yang agak lama..Dan sepanjang tempoh tu setiap pagi raya pasti air mata aku tak dapat aku tahan..Pasti akan meleleh jatuh juga walaupon aku sedaya upaya untuk tahan...

Dan kali ini ia tetap terjadi..seperti yang sebelumnya...bila ayah aku pergi untuk berhari raya dengan famili isteri dia(mak tiri aku la!!)....dan sehari sebelum raya mak aku pulak sebuk nak beraya dengan famili bapak tiri aku kat cerok kampong kat Kedah nun!!!...sedih doh!!!tinggal aku dengan adik aku berdua!!!Kitaorang still ada parents tapi serupa tak ada!!!Hari-hari baik anak-anak ditinggalkan semata-mata untuk utamakan sayang mereka kepada laki atau binik masing-masing...

Dorang yang bercerai dulu..kini aku ngan adik aku yang jadik mangsa keadaan..Hari raya amat sedih bila takde mak ngan ayah kat sisi kita...Apatah lagi dorang masih hidop tapi lebih pentingkan famili baru mereka...

Kami terbiar...dan kami hanya perlu berdikari sendiri...dan raya memang agak palat!!!

Syukur aku masih punyai famili angkat yang sanggup terima aku untuk beraya sesama...dan aku hanya menumpang sedikit rasa kasih sayang dan gembira daripada mereka...terima kasih sesangat!!!

Entah lah..aku bukan mahu mengeluh..apatah lagi mahu salahkan takdir..cuma aku kesal dengan sikap parents aku yang selama ni biarkan kitarang 2 beradik..dan hari yang mulia ini aku masih tak dapat rasakan makna sebenar sebab famili aku dah hancur hanya sebab rasa ego dan benci yang kuat dalam diri parents aku sesama sendiri...

dan air mata aku tetap menitis..sedih..teringat masa kecik dulu..bila kami beraya satu famili...

dan untuk korang...sahabat-sahabatku..bersyukurlah kerna korang ada famili yang sempurna...dan aku tak dapat rasa semua tu..hanya menumpang sedikit milik korang...

dan raya tetap raya..biar sedih..biar palat...aku tetap terus mahu hidop!!!

Friday, September 19, 2008

~karaoke dan dikocok-kocok~

Karaoke sengalan di Alamanda Putrajaya..


sapa la yang pilih lagu nih?hahahaha


kalis rindu!!!iyolah yaya..

para gadesan asyik berdangdut!!

ya ampun..sawan babun!!!hahahaha

Sambungan kepada kisah sengal berbuka pose tempoh hari...

Selesai je upacara berbuka pose beramai-ramai kat Restoren Cenara,kitarang bergerak ke Alamanda Putrajaya pula...Mulanya nak main bowling lagi tapi bila difikir semula dan atas persetujuan bersama..kitaorang decide nak gi karaoke...

Karaoke kat Alamanda agak biasa-biasa je..Bayaran yang dikenakan pun agak murah lah..Orang yang bertanggungjawab dalam urusan karaoke ni adalah cik Ajun..Bersungguh-sungguh aku tengok Ajun deal ngan gadis kat kaunter karaoke tu..Bila da deal cantik..sorang kene bayar RM5 untuk sesi karaoke selama 2 jam...Murah kan?

So apa lagi..semua dah mula gian dan tak saba nak tunjukkan bakat yang dah lama terpendam..Bila dikira semula lebih kurang 14 orang yang ada dalam large room karaoke masa tu...Memang agak havoc dan kecoh la bila bilik karaoke diisi dengan orang seramai itu.Dahtu semua sengal dan sewel plak tu..hahahahhaa..

Macam biasa dalam sesi karaoke orang yang paling gile adalah Alis..memang kalau nak karaoke kene bawak Alis.Sebab Alis memang cam sial bangang kalau karaoke...hahahahhaa..Sesi dimulakan dengan gandingan duet antara Alis dan Apeks dengan lagu wajib 'Lepaskan Diriku' original daripada band J-Rock..

Lepas tu sorang-sorang tunjukkan belang menyanyi even ada tu suara cam haram..hahahahaha..Angah agak memahami aku bila dia pilih lagu feveret aku 'Gadis dan Bunga' dari Rahimah Rahim untuk dinyanyikan bersama..Macam haram tapi enjoy beb..Semua dok bergelek cam kelab dangdut bila time chorus...hehehehhee...Matanya lirik-lirik selalu..rupanya manis-manis ayu...!!hahahahhaa...Korang semua gile dan gerek seyh!!!!Rahimah Rahim rules!!!hahahahhaa..

Dan detik paling menarik dan aku nak tergelak berguling-guling bila Ajun nyanyi lagu 'Sejarah Mungkin Berulang' dari New Boys...Memang lawak bila Tomok dan New Boys dijadikan bahan..kahkahkah...Lepas tu Alis ngan Baizura dengan lagu Di Kocok Kocok..Memang pecah perot gelak bila tengok Bai gelek dan goyang gerudi..pastu aksi spontan Alis ngan Arul memang buat kitarang semua nak terburai isi perut asek gelak..Yaya pon sempat nyanyi lagu Kalis Rindu!!!Blah ah Yaya!!!kata tak suka Elyana..Nyanyi gak..Cis!!Porah!!!!!hahahahaha..Arol dengan gila menyanyikan lagu Sweet Child Of Mind..Memang mantap gile showmanship budak sekor nih sampai terguling-guling dalam bilik tu...hahahahhaa..pitching lu bleh tahan gak beb!!!!yeah!yeah!!!

Adeep sempat nyanyi lagu 'I Wanna Hold Your Hands' original daripada The Beatles..Kira semua berpeluang la nyanyi dan test power suara masing-masing..Macam-macam perangai budak-budak ni...Alis dan Arul memang paling terbaik kalau karaoke..Macam haram!!!hahahahaha...

Dan aku takkan lupa Dikocok kocok versi Alis diiringi gelek gerudi dari Baizura...hahahahhaa..

Kesekian kalinya..teman sengalan aku ni letak je kat majlis apa pun tetap akan sewel..mereng dan sengal...hahahhaahaha..

p/s:nak balik tatau nak carik parking kete kat mana..hahahhahahaha..

Thursday, September 18, 2008

~sharpshooter dan berbuka puasa!!~

Selepas beberapa hari aku tangguhkan,baru kini aku punyai kesempatan yang sedikit untuk menulis..dan kali ni tentunya pasal majlis berbuka puasa bersama Sharpshooter tempoh hari...



Setelah berjaya redah hujan yang lebat dan jammed yang teruk petang tu kat highway(accident beb!teruk gak ah..),aku,Alis dan Apeks sampai gak kat Restoren Cerana.Agak ceruk gak ah(belakang Petronas rupanya!!!hehehehe..patutlah tak nampak!).Masa tu betul-betul dah nak dekat buka puasa.So kitaorang pun terus gi ke meja yang dah pun dibooking oleh Arul petang tu.Ramai gak yang dah sampai..All The Shooters dah pon ready nak makan masa tu(The Shooters gelaran untuk rakan terdekat dan penyokong-penyokong serta peminat-peminat Sharpshooter!!)...



Agak blur gak mulanya sebab aku tak tau nak makan apa.hehehe..Banyak gak juadah dan hidangan yang disediakan secara buffet..So aku pening gak ah nak pilih..setelah nekad dan optimis aku decide nak makan bubor lambuk je..hahahhahaa...



Bila azan maghrib da berkumandang(mana datang masjid kat situ plak!!hahahaha)..En Arul kita petang tu memulakan tradisi membaca doa..Abis semua doa dia baca tapi doa buka puasa tak hafal..hahahahhaa.cam haram je!!!



Barisan tentera The Shooters pon sebuk la makan..Penuh meja dengan macam-macam makanan..(Gile nafsu makan budak-budak ni!!)..Daripada nasik..menuju ke lauk pauk..ikan bakar..sotong bakar..soto ayam...bubor lambuk..asam jeruk..air batu campor sehingga la buah tembikai semua dorang sebat!hahahaha...



Macam-macam perangai la keluar..ada yang khusyuk menyental makanan..ada yang kuat menyembang dan bergossip..ada yang sebuk gelak bagai...dan tak lupa ada yang sebok suap nasik kat bf atau gf masing-masing..(nak bercinta kat tempat lain la weh!!!!hahahahhaa)..



Aku hanya makan semangkuk bubur lambok yang tak berapa nak sedap ngan air oren..pastu biasalah..sesi lepaskan sangap rokok bermula la..hehehehhee..Malam tu aku beli rokok mahal beb!Marlboro light 20..so berasap pon feel je..hahahhahaha..



Selesai acara makan dan menyental lauk pauk,aktiviti wajib semua the shooter mengambil alih..Apa lagi kalau bukan sesi ambik gambar!!!!Photoshoot session beb!!!Berbekalkan kecanggihan Nikon SLR milik Ajun dan Canon SLR beserta flash yang agak gabak milik Adeep maka sorang-sorang sebuk berposing sakan..Siap bawak camera stand tuh!!!hahahaha..dah macam nak shooting filem jer..hehehehe..Apeks yang paling hyper time ni sebab mana je cerok dia nak gak selit untuk berposing...hahahahahha...Alis plak bergaya dengan rambut rebonding yang agak lurus dan ala norki gitu..hahahahahaha...Yaya dengan dress up ketat mampat..kahkahkah...Peo dengan gaya ala MB baru selangor..(lawa beb songkok lu!!!)...Ajun,Angah dan Bai tak perlu dinafikan lagi kegedikan mereka setiap kali depan kamera...opps!sori!hehehhee..si Fyra gadis kecil pon tak ketinggalan..Kuku dan Man Gonjeng ala romantik kapel gitu...macam-macam la!pening aku nak describe sorang-sorang!hahahahaha..aku je agak cam gampang dengan setting rambut ntah apa ntah...(nyesal aku wat rambut camtu beb!)hahahahaha..



Aku bajet sekejap jela sesi bergamba nih..Rupanya melarat-larat sampai ke stage restoren tuh..hahhahaha..cam haram budak-budak ni..Semua customer yang makan kat situ ushar pelik je kat kitaorang sume.Dah la kecoh..gelak-gelak bagai..pastu sesi bergamba kalah Fasha Sanda beb..kahkahkahkah...



Tapi disebalik ketawa..gelak bagai..sengalan..wujud satu ikatan akrab diantara kami semua..Kami bukan saja kawan..malah kami juga teman rapat..soulmates..siblings..dan kami gembira dan bangga akan ikatan akrab yang dah terbentuk itu..Untuk Sharpshooter..semoga korang sukses sentiasa..Banyak dapat show dan gigs lepas ni..Dan untuk teman-teman sengalan ku..aku amat sayang korang!!!!



Credit untuk Sharpshooter band members(Alut..Yanie..Apeks..Alis..Idham..Peo)..Angah..Ajun..Yaya..Kuku..Adeep..Man..Fyra..Baizura..Mun..Myra..Sue..dan terutamanya kat Arul yang bertungkus lumus menjayakan majlis segembira dan seceria ini.

peace..love and harmony!!!



SAY TOMOK!!!!!

~SHARPSHOOTER AND THE SHOOTERS~


Monday, September 8, 2008

~Sengalan di bulan Ramadhan~

06092008 hari Sabtu kat Mid Valley Megamall,KL.

Seharian asek on9 YM dan Myspace sehingga hampir tiba waktu berbuka..Waktu lebih kurang pukul 5.30 petang.Mulanya aku deal ngan Ain(Ainno Nino..nama myspace dia!!!hehehehe..) nak gi beli juadah kat bazaar ramadhan area Jalan Klang Lama ni je...Dalam dok bersiap Apeks call then ajak aku berbuka ramai-ramai kat Mid Valley..Erm..aku cakap aku try tanya Ain dulu sebab aku da set nak gi bazaar ngan dia..Bila Ain cakap ikut je..maka bermula la episod kisah sengal di Mid Valley ini...

Lepas agak lama menunggu adik aku balik dari guna kete aku..(sesuka hati dia je sebat kete aku!!!)..aku terus gi Kolej Alamanda amik Ain.Then terus bergerak ke Mid Valley.Sampai sana lebih kurang pukul 7 petang..Aku ngan Ain jalan dan jumpa semua budak ni kat KFC..Semua dah tercegat menunggu kecuali kelibat Apeks,Alis,Arul dan Yaya yang tak muncul-muncul lagi..aku ingat aku yang lewat rupanya dorang lagi lambat..Alasan Apeks biasalah..'Aku sesat la Joy!!'..hehehehe..

Bila semua dah menghadirkan diri kitaorang decide nak gi buka pose kat Kenny Rogers Roaster.Bila sampai je depan Kenny Rogers,bilangan yang beratur nak buka kat situ dah macam orang nak beli tiket wayang!!!So,tanya punya tanya waiteres tu cakap kene amik order dulu..So masing-masing la poyo order..hahahaha..sume order Hot Chicks apa ntah!!(da macam lucah plak nama menu ayam neh!!!!)kahkahkah...

Setel je order bagai..aku gi kedai roti jap beli roti untuk kitaorang berbuka.Memandangkan pihak Kenny Rogers tengah sibuk set table untuk kitaorang waktu tu..Sedar tak sedar dah tiba waktu berbuka.Hanya kurma Yusop Taiyub ehsan daripada Erna yang menjadi pilihan buka pose waktu tu...Detik-detik berikutnya dipenuhkan dengan aktiviti berposing dan bergamba sesama kami..(Sementara nak tunggu Kenny Rogers siap setkan meja untuk kitaorg semua!!)Macam-macam perangai dowh budak-budak ni.Ingatkan bulan pose semua dah insaf,rupanya sama gaks..hahahaha..masih gila terhadap lensa kamera even kamera untuk petang itu hanya kamera handphone Yaya je..hehehehe..

Dah setel sume,maka kitaorg pun berbuka lah di Kenny Rogers tu.Gadis-gadis Kenny Rogers tu agak slamber badak gak melayan kerenah bebudak nih..hehehehe..Bila doa dah dibacakan oleh Encik Arul kita petang tu..(baca doa pun cam haram!!bleh gelak-gelak!!)..maka sesi makan bermula..macam-macam la dibualkan dan diborakkan sambil mulut menguyah ayam..terutamanya si Apeks yang sememangnya gila makan ayam..hahahaha..Kecoh amat la Kenny Rogers tu dengan gelak tawa kitaorang sampaikan suara kitaorang je yang kuat masa tuh..hahahaha..Arul sengal dowh!!!Cam sial jer!!!kahkahkah..

Selesai je aktiviti makan.sesi lepaskan sangap rokok pulak menyusul.Mana yang smoking tu masing-masing keluarkan secret weapon dari poket.Dan tangga la jadik port kitaorang berasap..Ahaks!!

Pastu masing-masing ajak gi main bowling plak..Aku on je bila semua dah beria-ria nak bersukan malam-malam nih..Suasana kat Cosmic Bowl tu macam besh je.Ala-ala macam layan band The Otherside Orchestra kat gig je..Ada lampu lip lap lip lap..Siyes cool!!!So,sesi main bowling bermula la dihiasi dengan aksi sengal masing-masing..Ada yang masok longkang..ada yang strike..macam-macam lah!!Dan Arul paling hyper masa tuh!!Sampaikan abis nak pecah perut kitaorang gelak..Lawak gila masa tuh!!!Yela..Bukan senang nak kumpul pastu main bowling ramai-ramai camni..Siyes best gila..dan aku asek gelak je melayan kerenah budak-budak ni..

Habis main dua frame..dan kemenangan mutlak milik Adeep(bf si Yaya..)..aku nombor 3 kot dalam senarai 10 orang yang bertanding..hehehehehe..Maka masing-masing gerak dan balik ke destinasi masing-masing..Apeks,Alis dan Arul ke Bangi...Kuku dan Man ke Shah Alam..Yaya dan Adeep ke Ampang..Erna ke Kajang dan aku dan Ain ke PJ...Say good bye dan selamat!!!

Aku ngan Ain gerak balik dan borak-borak dalam kete.Sampai je kat Kolej Alamanda aku hantar Ain balik ke asrama dia..(Ain tak boleh balik lewat sebab dia budak kecik!!!)hahahahaha...

So..sampai je umah aku rasa hepi..Seronok dan puas dapat luangkan masa dengan soulmates aku yang sengal dan gila ini....Siyes besh korang!!!!

Kepada cik ainno nino..best tak?lepas ni jom lepak lagi ngan kitaorang yang sememangnya sengal dan gile ini!!!

Sekian..


Sementara nak tunggu time makan!!!!

Apeks sempat gak posing sambil Erna ngan Ain tengah tengok menu..

MAKAN TYME!!!!

Lepas sangap rokok jap..

Sesi bowling weh!!!Arul sengal!!

Sebelom balik sempat bergambar lagik..

Mereka-meraka yang terlibat dalam acara petang itu adalah:
~Apeks..Alis..Arul..Ijoy..Yaya..Kuku..Man..Erna..Ain..dan Adeep(even datang kemudian!!)~






Saturday, September 6, 2008

~b.e.a.u.t.i.f.o.o.l.f.r.i.e.n.d.s~

Di dalam life aku ni ada sebilangan insan yang amat aku sayang..Dan mereka ini bukan sahaja teman baik malah mungkin sudah ibarat saudara kandungku sendiri.Susah senang mereka yang ada bersama aku.Suka duka mereka juga ada di sisi aku.Dan aku amat bersyukur kerna dapat menjadi sebahagian daripada diari indah dalam diri mereka....Dan untuk itu aku ingin katakan di sini yang aku amat sayang kalian semua...Moga kalian baik-baik aja....Love all of u guys!!!!Muahhhhh!!!!....





~Mohd Rizal Effendy-Maxwell-~



~Izwan Shah-Iwan-~


~Fazleena-Angah-~



~Raja Nur Aina-Ayna-~



~Syed Mohd Izmir-Pak Tam-~




~Mohd Azizi-GG-~



~Fazli-Apeks-~




~Fariza-Ajun-~




~Fariz-Alis-~




~Nurul Niza-Kuku-~





~Putri Ernie Suraya-Yaya-~





~Lely~




~Wan Nazirah-One-~




~Suziana-Suzie-~




~ Noorafiza-La-~

~Izzati-Izz-~



~Edriaty-Edy-~




~Suhaida-Sue-~




~Shameen-Mean-~



~Norizani-Ejan-~



~Zarul Zahid-Aeit-~


Hanya ucapan terima kasih yang sesuai untuk korang sume..Soulmates yang cantik..baik..indah..dan mulia hatinya....!!!!!Sayang korang weh!!!!!!


















Friday, September 5, 2008

~Mizz Maniac & babytee Sarpsuter~







~SUZIE aka MIZZ MANIAC~




Awal-awal lagi Suzie dah tanya aku pasal t-shirt Sharpshooter yang baru.Mula-mula aku pun tatau ada design baru.Dua tiga kali belek kat Myspace baru perasan rupanya memang ada design t-shirt Sharpshooter yang latest..






So Suzie pon order kat aku..



Kebetulannya malam merdeka aritu aku gi gig kat Galaxy Ampang.Sharpshooter pon perform kat situ..Wah..sumer line up bergaya ngan t-shirt design baru!!!Cayuk!!cayuk!!!






Support member punya hal aku beli selai utk aku..cun gak design baru neh!!!Pastu tetiba teringat kat Suzie(masa tu tatau lagi nama dia Suzie!!!!hahahaha...Mizz Maniac!!!)..aku pun beli selai babytee size S..memula terfikir gak muat ke minah ni size S?..nanti sendat semacam susah plak!!!tersembul sumer yang ada..singkat sampai nampak pusat!!!!hahahhaaha..sexy lor!!!wakakaka..



Tapi aku amik gak size S tu memandangkan size yang tinggal pun S ngan XS je...kalau XS aku rase mau Suzie jadik cam balut nangka je.hahahahaha.






So..sesi deal untuk delivery dimulakan di page masing-masing kat Myspace..(Myspace lor!!!cara terbaik!!)...Then berlarutan ke YM!!!(da macam nak ngorat jerk!!!)hahahaha..bila sume dah deal..aku pun bungkus babytee tu dengan kertas kaler2..cam nak bagi hadiah besday!!!hahahaha..Dah tulis alamat bagai aku pos esok paginya guna pos laju...kene la RM5..hahahaha..



Bayar tau Suzie sayang!!!Ingat free ke?..hahahahha..






So tengahari ni Suzie bagitau aku babytee tu dah sampai!!!Wah!!!laju gak abang posmen wat keje!!!Sonok bagai la cik Suzie sayang!!!...






Cuma yang kelakarnya...aku cuma nak gelak bila dalam sume sesi jual beli babytee ni...Pakwenya si Suzie ni jeles..Adoyai!!!tak yah jeles la bro...gua tau la nak beza awek member ke...atau gadis yang gua leh ayat buat scandal....hahahahaha..






Untuk Suzie sayang!!!!aku ulang sekali lagi...Suzie SAYANG!!!!!!!!hahahahaha..biar la pakwe kamu tu jeles....hahahaha...terimalah babytee tu ye..Love Sharpshooter!!!!Peace...Love..and Harmony..!!!!!!






~Light Off On Sunday~

















Mungkin dah agak lewat untuk tulis tentang ni..Tapi aku sekadar nak merakamkan ia sebagai satu kenangan dan pengalaman aku je.


Buat pertama kalinya..selepas bertahun-tahun aku layan gig kesana kemari..seluruh pelusuk bumi Malaysia..dengan dorongan rakan-rakan rapat,partner label aku Rizal Effendy..rakan-rakan di Stress Music terutamanya Hood...juga bro Faizal dari Twozhe Sound Studio...serta sis aku yang cantik dan jelita..Miss Fazleena dari Republic Theatre,aku berjaya anjurkan satu gig yang selama ini aku idamkan..dengan perkongsian modal kami semua berusaha untuk gig yang telah lama kami plan..

Light Off On Sunday!!!Tema yang dipilih hasil idea Hood dan rakan-rakan..dan tarikh 18 May 2008 di MCPA Hall,Jalan Maharajalela..Gig kami ni berlangsung..

Dengan segala perancangan yang dah disediakan..sesi promo yang agak baik kami nekad untuk teruskan gig ini.

Setelah masing-masing berusaha untuk promo..sejauh JB dan Ipoh aku pergi untuk spread flyers..dan usaha keras Hood di setiap gig sekitar KL..dan juga sesi interview 'on air' bersama Suria.fm...Light Off On Sunday diteruskan..

12 bands independent dipilih untuk mengisi slot gig kami petang itu..Bonafiday(band dari Seremban kalau tak salah la!!)...Ashes Of Scarlet(satu lagi band baru yang aku pon tatau dorang main apa..hahahaha..pon dalam list gak)..Awanband(band indie rock yang ala-ala hujan kononnya!!!)...Oh Chentaku(besh woo band neh..siyes bagus bagi aku!!)Frasa(band yang semakin femes dan meningkat dalam indie scence)..Skudap-Skudip(band ska dari Klang!!!)..Sharpshooter(haruslah dorang ada dalam bandlist!!!hehehehe)...Free Love(saja aku invite band ni sebab dah lama dorang tak perform kat MCPA)..Muck(satu lagi band otai dari Ipoh yang juga rakan aku)...The Otherside Orchestra(superb beb band nih!!!dengan lampu lip-lap mereka!!hahahaha)..The Times(tak yah nak describe lagi band ni!!!ramai yang dah tau dorang ni camne)dan tak ketinggalan Couple(power pop band yang sangat terbaik!!!)


Tak lupa juga sesi short film screening 'Papership' dari Republic Theatre...



Secara overallnya..aku amat puas hati dengan showmanship..performance dari sume band yang terlibat..Even datang dari background dan genre muzik yang berbeza tapi dapat jugak dorang perform yang terbaik untuk crowds yang hadir dan membayar tiket.Tak sia-sia la bagi sume crowds yang layan sume bands yang perform petang tu.



Sebagai salah sorang organiser yang terlibat aku gembira dengan perjalanan seluruh gig hari tu..even terdapat sedikit missunderstanding di antara kami tapi kami tetap teruskan juga..



Untuk kepuasan crowds yang hadir dan membayar tiket..juga kepuasan band-band yang perform aku rase kami sume agak berjaya...



Dan tak lupa konsep untuk buat short film screening di gig juga bagus bagu aku dan ia patut diteruskan dalam mana gig akan datang.Konsep ni bagus beb..independent bukar sekadar perjuangan dalam muzik tapi juga dalam film dan seni yang lainnya..





Disini aku nak mention beberapa details yang aku rase aku perlu belajar dari apa yang berlaku sepanjang Light Off On Sunday berlangsung:



1.Pemilihan crew perlu dilakukan secara berhati-hati.(aku admit aku dah buat salah dalam hal ni!!!Sori bagi pihak Cili Pedas Music..hanya ajun dan aiet yang benar-benar jadi crew hari tu)

2.Cara penjualan tiket juga perlu diambil kira.

3. Security di pintu masok yang amat longgar(tamau salahkan sapa-sapa dalam hal ni..cuma perlu dijadikan peringatan!!!)






dan ada juga menda baik yang aku perlu ucapkan tahniah:






1. Sound equipments yang terbaik dari Twozhe Sounds Studio..credit untuk cikgu jimmy dan bro Faizal..

2. Sumer crew yang betul-betul dah contribute.Thanks korang!!!Stress Music..Cili Pedas Music..Twozhe...(especially untuk ajun!!!)

3. Warga Republic Theatre untuk satu sesi screening yang memberi impak!!!

4. Sumer bands yang dah perform.

5. Sumer clothing labels yang dah join masa gig.(sori tatau nak mention nama label clothing korang!!)

6. Media yang hadir untuk buat review..thanks to Remix!!!dan juga Suria.fm




Ramai orang beranggapan idea dan konsep untuk gig Light Off On Sunday agak menarik.Itu respon yang aku terima dari rakan-rakan dan crowds yang hadir.Jarang organiser yang nak campur adukkan genre dalam satu gig.Tapi bagi aku scene sekarang lebih kepada indie..sume org demam indie!!!so tak salah kalau aku selitkan sedikit unsur ska dan reggae dicelah-celah kemeriahan indie sekarang.Dan alhamdulillah band-band ska dan reggae makin diterima oleh crowds dan pendengar.



Kesekian kalinya jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dan menjayakan gig ni.Thanks korang!!!

Thursday, September 4, 2008

~Hari Pertama Ramadhan~


















Syukur alhamdulillah..Ramadhan al-mubarak kini hadir kembali..Dan sekian kalinya umat Islam seluruh bumi Allah swt memulakan ibadah puasa dan rukun Islam ketiga ini.Menunaikan kewajiban sebaik mungkin.

Dan aku mulakan puasa tahun ni secara sederhana bersama soulmates aku..(credit utk angah..ajun..apeks..alis serta seluruh isi famili mereka).Pada mulanya aku kepingin nak mulakan puasa dengan famili aku sendiri tapi memandangkan situasi kat rumah macam tak berapa besh so aku decide untuk bersama mereka-mereka ini.





Hari pertama yang sederhana.Memang mulanya agak kekok gak ah sebab setahun kan dah tak puasa.Bila nak mula balik agak berat gak ah.Tapi bila angah dah sungguh-sungguh masak makan sahur kami..aku rasa dihargai.Agak biasa tapi bagi aku detik itu agak menarik dijadikan kenangan peribadi.Dihidangkan dengan menu yang amat simple..seringkas mungkin kami mulakan niat untuk mulakan puasa sepanjang ramadhan nih.





Dan di siang harinya puasa aku lebih diisi dengan aktiviti tidur dalam bilik.hahahaha..Penat gak ah even tak buat apa-apa..Rasa lapar tu biasalah..tambah dengan rasa sangap nak merokok.Aduh..dugaan sungguh.





Bila dah nak waktu berbuka..aku,ajun dan apeks pun pergi la ke bazaar ramadhan kat bandar seri putra,bangi..aku ulang balik!!!BANDAR SERI PUTRA!!!hahahhaha..hujan yang agak lebat membuatkan kami bertiga berpayung dan payung ajun paling besar mengalahkan payung makcik yang berniaga kat bazaar tu..hahahahaha...Semua cam biasa..sampai detik ajun beli ayam masak merah kat satu gerai makcik yang tak berapa ramai pelanggannya..mungkin ajun fikir tak payah lah bersesak-sesak nak beli kat gerai yang ramai orang..Tak kisah la kan..tapi bila ajun keluarkan duit untuk bayar harga 4 ketul ayam tu aku terkejut giler..RM14 untuk 4 ketul ayam masak merah!!!!Giler mahal!!!!aku jeling ajun tapi dah bayar...siot ah makcik tu...masa tu aku rasa nak lepuk je leher makcik tu..Serius mahal dowh!!!tapi dah puasa kene la aku bersabar.Tapi bagi aku takkan la harga makanan camtu mahal sangat.Tak masuk akal..Giler amik kesempatan dowh dorang nih!!!!Kalau la makcik teruskan jual dengan harga macam tu..aku jamin memang takde orang nak beli kat dia lagik...Makcik..jual mahal-mahal bukannya kubur makcik buleh letak aircond pun nanti!!!Agak-agak lah makcik oi!!!





Ingatkan habis kat situ jela..bila aku beli air tebu kat gerai mamat ni..harga dia memang la sangat mahal..aku order dua jug air tebu..bila aku nak bayar,mamat tu cakap RM12..Pergh!!!terkena aku petang tuh!!!!Serius mahal giler!!!Lagilah rasa bengang aku membuak-buak jer petang tuh..





Haih..sabar je la..manusia hanya tahu ambil kesempatan..tak kira la bulan puasa ke..bulan raya ke..atau bulan-bulan yang biasa...Manusia sentiasa dengan sikap tamak dan haloba..





Aku tak kisah sangat..cuma bagi aku tak patut la harga makanan dijual sampai mahal macam tu sekali..Kalau pun nak kaya cepat bukan macam tu caranya..





Untuk makcik ayam masak merah dan mamat air tebu..diucapkan semoga kalian berjaya dan sukses selalu!!!!





Selamat Berpuasa kepada semua...famili..teman-teman rapatku..sahabat andai dan kenalan semua...terutama untuk FAZLEENA..FARIZA...FAZLIEY..FARIZ...korang sume besh amat!!!sayang korang!!!!


~welkam ke dalam dunia blog~

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni ramai yang dah ada blog sendiri.Tak kira la sebagai blog peribadi ke..atau ada matlamat lain ke..aku melihat ini satu perkembangan dari sudut sahsiah diri.Blog ibarat diari kepada seseorang..dan tempat untuk kita meluahkan apa yang kita fikir..dan apa yang kita rasa.Setidak-tidaknya kita punyai medium untuk menulis..secara tulus..luhur dan ikhlas.

Dan aku juga ingin mencuba dengan blog juga.So,aku create gak la blog ni sebagai hamparan untuk aku menulis sesuatu.Mungkin dah lama aku tak menulis secara serius dan kritis tapi aku cuba gunakan medium yang agak terbuka ini untuk menulis sesuatu yang aku fikir releven dan jujur.

Selamat datang ke dunia blog!!!Ucapan yang paling ringkas dan sesuai untuk diri aku sendiri.Dan harapnya dapat aku gunakan sebaik mungkin dengan tulisan yang punyai mesej yang bagus.

~hug and kisses~
HERFIZUL AKMA NASARUDDIN-ijoy-

~songs from soul~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com